Salam..Menjelang hari ibu lagi dua tiga hari, apa you all rasa? Sekadar berkongsi cerita di sini.. Sebenarnya kat mana ceruk rantau pun dalam bumi Allah ni dan sape sape pun yang diberi peluang jadi seorang ibu.. amat mudah terasa hatinya,nalurinya selalu tepat dan doanya juga amat mustajab..
Dan seperkara lagi Allah tinggikan darjat seorang ibu, melebihi darjat seorang ayah. Bukan utk membelakangi hak hak dan keutamaan seorang ayah, tapi mungkin secara biologinya pengorbanan seorang ibu menuntut 'commitment' sepanjang hayat.
Cuba tanyakan pada anak anak kita apa sebenarnya makna "Hari Ibu" pada mereka? Adakah sekadar bagi hadiah kat ibu @ ucapkan selamat hari ibu kat mak masing masing @ belanja mak makan makan kat luar atau mungkin pada yang lebih berkemampuan, bawa mak pergi bercuti kat tempat best best ke..
Pernahkah kita sebagai anak terfikir apa sebenarnya hadiah istimewa yg seorang ibu harap harap kan? Rasanya bukan la hadiah setahun sekali seperti yang selalu diraikan. Dan bukan juga "makan malam istimewa" atau kad ucapan .
Bila dah 12 tahun menjadi seorang ibu.. rasanya hati ni lebih memahami .. setiap langkah yg diatur setiap hari dari saat membuka mata di awal pagi, bait bait doa yang dimohon setiap kali selepas solat , itulah sebenarnya hadiah yang amat bermakna jika Allah perkenankan. Walaupun ada hari hari nya seakan amat menduga tahap kesabaran, namun apa lah yang termampu seorang ibu lakukan selain dari berusaha dan terus berusaha memberikan yang terbaik utk anak anak..regardless of what we get back in return from our beloved ones...
Sedih memang sgt sedih .. Tapi itu lah hakikatnya hidup.. Bagi anak anak yang masih diberi peluang untuk punyai seorang ibu, jaga lah hatinya, patuhi kata katanya selagi tidak menyalahi suruhan Allah, jangan meninggi suara bila bertutur dgnnya, pandanglah wajahnya bila bercakap dan jangan sekali kali berbohong dgnnya kerana seorang ibu lebih tahu jika si anak tidak berkata benar..dan selalu la merendah diri dan minta maaf setiap kali buat kesilapan, jangan tunggu hari raya je..
** Dari hati..
Selamat Hari Ibu.. Biar lah Allah sahaja yang menilai setiap perbuatan dan amalan kita... Wallahua`lam,
No comments:
Post a Comment