Assalamualaikum.. Lama benar tak berkesempatan nak bercerita kat blog ni. Alasan yg relevan ialah sibuk dgn hal hal lain yg tak pernah selesai. Al maklum la, bila menyandang banyak sgt jawatan, kdg kdg ada hal yg kita terlepas pandang..
Banyak sgt jawatan??? Nyaman gilak bunyinye.. Ye la, kalau dah jadi pengurus hal ehwal keluarga mcm sekarang, ibu ni jadi doktor(especially bila ada yg demam atau atas alasan tertentu, buat buat demam..), chef (bab ni sgt sgt menuntut kesabaran..terutama bila selera masing masing berbeza, maka menu order utk ala carte jadi pelik pelik..sabo je,tp most of the time of course la ibu yg decide apa yg ibu nak masak..) house keeping manager (ada 7 orang permanent resident termasuk ibu la..consultant (bukan senang nak deal dgn banyak aduan tentang salah laku si adik @ abang,tak puas hati bila sorang kena buat keje dan sorang lagi tak di suruh, kena dengar pulak cerita masing masing bila dah balik dari sekolah..ni belum lagi kira cerita yg detail..siap dgn apa nama kawannya, kat mana dia tinggal, sape duk kat sebelah dia dlm kelas..dan mcm mcm , termasuk la sessi memujuk dan penerangan berkala setiap kali tak ditunaikan apa apa permintaan bila kami keluar shopping..
He he he ..itu baru sebahagian kecik dari tugasan harian ibu. Belum lagi masuk bab prepare meals for breakfast, walaupun ada masanya kami 'kesiangan' so yg nak ke sekolah dah jadi kelam kelibut, maka yg dimakan tak la banyak mana pun, tapi mesti ada special request supaya hidangan yg tak abis tu disimpan dulu.. 'nanti kitorang nak makan bila balik sekolah nanti..'
Bab laundry..Ya Ampun.. Sesiapa yg melalui routine mcm ibu tentu amat faham..Al maklum dari loading ke mesin (kdg kdg hubby tolong la..), unload dari mesin ( yg ni pun kdg kdg dia berminat jgk tolong), sidai kain ( tang ni, ibu quite cerewet..biar ibu yg jemur, ada seni nya..kalau yg lain pakat tolong, nampak lain sgt pattern jemuran nya..besar kecik tak teratur dan berkedut..) ,lipat baju (kdg kdg anak anak lipat baju sendiri..cuma hasil kerja tgn msg msg tu tak la berapa indah dipandang.. tapi untuk ajar urus keperluan sendiri.) dan ironing..
Dan sejak 30hb Nov 2008 ... ibu dinaikkan pangkat lagi kepada Pediatrician . Sejak kehadiran si kecik Muhammad Raheem Irsyad, daily job scope ibu jadi lebih mencabar. Alhamdulillah sekarang ni dia dah 5 bulan. Semakin lasak dgn berat dah mencecah hampir 8 kg. Kalau tengokkan kemahiran dia mengangkat punggung dan bahu, insyaallah by next 2 weeks boleh merangkak dah kut. Part perut je agaknya berat sikit.. Sabar sayang.. Just go step by step..
Berbalik pada tajuk fikir dulu..sebenarnya panjang lagi ayat yg tersirat selepas dua patah perkataan tu.
Kalau la ada yg kata "seronok la awak ye..tak keje..duk main dgn anak kat rumah je..nak beli ape ape abang awak bagi.." maka sebenarnya percaya la..kenyataannya kami yg jadi suri di rumah ni sgt sgt la sibuk. teringat masa jadi Sales Coordinator kat Impiana dulu, ada jugak masa rehat rehat dan santai selepas buat hotel inspection dgn customers, dan juga masa berkedai dulu, lagi la best.. Baik la you all fikir dulu before kata surirumah boleh rehat dan take our own sweet time kat rumah..
Dan percayalah.. dalam apa jua tugasan yang kita buat kat bumi Allah ni, biarlah dimulakan dgn lafaz yg mulia ..Bismillah. Niat mesti betul. Lakukan kerana Allah, insyaAllah segala penat lelah akan dibalas dgn kebaikan yang berlipatganda dari Allah.
Macam ibu jugak..bila ibu memilih untuk mendahulukan keperluan utk melaksanakan amanah Allah iaitu menjadi isteri kpd abah dan ibu serta pembimbing kepada anak anak, ibu tahu akan ada beberapa 'nikmat' yang perlu ditolak ke tepi.. Dan insyaAllah tidak akan ibu menyesal dgn laluan yg ibu pilih ni, kerana hanya yang melalui nya sahaja akan merasai kemanisan menjadi seorang ibu spt ku..
Ok.. Si Manja ichad dah mula menangis..nak dimandikan tu..
Dari Hati **
Teringat pulak kata kata sorang Mentor tentang calon calon protege yg dicari. Katanya lebih kurang gini la.. "Menyanyi lagu rock ni you kena jujur. Tak boleh dibuat buat,dia dtg dari dalam.. Saya tak nampak tu masa awak nyanyi tadi..Orang yg nyanyi lagu rock ni..jujur..Sebab tu yang paling senang masuk syurga ialah penyanyi rock sebab dia jujur.."
Terkejut jgk dgr ulasan rocker berbadan sasa tu.. `Ala kulli haal...Fikir dulu..
Wassalam
No comments:
Post a Comment