Cerita ni bermula 39 tahun lalu di kampung Tok Bok, Labok, Kelantan. Pada 19hb Mei 1970..Keluarga besar Hj Deraman bin Hj Salleh dan isteri tercinta Hjh Mek Yas bt Awg Hamat menyambut kelahiran ahli keluarga baru, seorang puteri dan diberi nama Ros Zuraini. Semakin meningkat dewasa, si anak yang dipanggil Su, agak cerah kulitnya dan berambut kerinting ala mee meggi. Mewarisi sifat sifat penyayang dari bondanya dan juga tegas dalam kelembutan .(ada orang kata la..he he he.)serta punyai minat yg mendalam di dlm bidang perniagaan. Almaklum anak kelantan.. Arwah abah juga seorang Tukang Sembelih Lembu merangkap Peniaga Daging. Sebut saja nama Wok Mei dan Mok Su Yah..Sapo tak kenal..
Menamatkan zaman sekolah rendah di SKPC dan sekolah menengah di Sek.Men.Keb (A) Naim Lilbanat. Alhamdulillah boleh berbahasa Arab sikit sikit..walaupun tidak terlalu fasih. Diringkaskan cerita, melanjutkan pengajian ke ITM pd tahun 1988-1990. berkelulusan Diploma In Business Studies.
1990..Mula memasuki zaman pekerjaan sebaik menamatkan pengajian di ITM Segamat. Sebagai Kenangan, elok juga dicatatkan di sini.. Jawatan pertama yang disandang- Shift Supervisor BDF / Medical Latex di Senai, Johor. Tapi tak lama mana pun kat sana kerana kesihatan kedua ibu bapa yg semakin merosot dan sbg si anak yg prihatin, kembali tinggal bersama keluarga dan diterima bertugas di Unit Penyelidikan Dan Pembangunan, HUSM Kubang Kerian. " A Study of Prevalence and Pathogenesis of Renal Stone"..Agak menarik kan..
Namun dugaan Allah ..siapa lah kita utk menolaknya.Tidak akan berubah walau sedetik..
Tarikh 9 Feb 1995 bersamaan hari ke 9 Ramadhan (Khamis).. Abah yang di sayangi telah dipanggil pulang oleh Pencipta Yang Maha Agung..Ditambah lagi dgn peristiwa perpisahan abadi antara Abah dan Ma beberapa bulan sebelumnya.. dan beberapa ujian yg menimpa telah membuka semula langkah jauh dari kampung halaman..Bukan membawa diri atau cuba menjauh tapi mungkin itu yang dikira sbg terbaik pd masa itu. Hidup perlu diteruskan..Alhamdulillah di tahun 90an, Diploma holder masih dikira beruntung, senang dapat kerja. (Mungkin juga nasib dan rezeki seorang anak yatim..) Di Kenwood(M) Sdn Bhd, tugasan baru semakin mencabar bila diberi tanggungjawab memantau jadual penghantaran parts dari pembekal asal di Jepun ke Kenwood di Johor. Apalagi bila berurusan dgn majikan berbangsa Jepun. Peluang dihantar berkursus di S`pore selama beberapa bulan juga pengalaman yg sgt berguna sepanjang hayat..
Panggilan rasmi di tempat kerja dulu..'Ros San'...Makna nya Cik Ros..
Tahun 1996..Dan sebagaimana yang tertulis sejak azali, sampai masanya bertemu jodoh. Agak menarik juga sebab dalam tempoh beberapa bulan saja selepas dipertemukan dan disusuli dgn peminangan dan akhirnya sah bergelar isteri kpd seorang lelaki yg telah lama dikenali oleh bondanya sendiri. Kawan baik kpd abang ipar iaitu suami kpd salah seorang kakak. Keikhlasan yg ditunjukkan telah membuka pintu hati untuk menerima kehadiran seseorang yg bakal bergelar pasangan hidup.. Dan selebihnya diserahkan kpd Allah.. Disebabkan seorang di Johor dan seorang lagi di Terengganu, maka keputusan utk berhenti kerja diambil walaupun amat mengecewakan bonda tercinta.. InsyaAllah masih ada peluang dan rezeki lain menanti di tempat baru..Tanggal 19 Ogos 1996 kami diijab kabulkan..Buat pertama kalinya majlis perkahwinan dlm keluarga kami, tanpa kehadiran Abah.. ( Tuhan lebih menyayangi nya..)
Kami mula bercinta selepas sah bergelar suami dan isteri.. sehingga ke hari ini masih terus ingin bercinta..
Tahun 2000, Sue Beauty Saloon di Pusat Perkhidmatan Balok, Kuantan dan juga UP TeleCentre di premis yg sama mula beroperasi. Diikuti Sue Beauty & Hair Saloon di Kemaman Centre Point pd 2002.. Keluarga kami semakin bertambah dan kerjaya ibu dan abah juga semakin berkembang. Syukur yg tak terhingga kpd Yang Maha Esa.. Dalam kesibukan menguruskan perniagaan kami juga berpeluang berkunjung ke Tanah Suci dan sempat juga pd tahun tahun yg berikutnya ke Beijing..
Tahun 2005 kami sekeluarga berpindah ke Saratok, Sarawak. Suami diarahkan berkhidmat di sana dan perniagaan kami di semenanjung terpaksa juga ditutup.......................( Innaa lilllahi wa inna ilaihi raaji'un) Alhamdulillah penghijrahan ke Sarawak membuka lembaran baru, kenangan yg amat manis dan indah..Terima Kasih kpd Mama Salbiah bt Omar, Baba Ustaz Arifin dan suami tercinta kerana memberi peluang aktif mengimarahkan surau dan jemaah Dhuha.. Walau di mana kami melangkah di bumi Allah ni, namun hati masih ditinggalkan di sana. Kuat dan mendalamnya ikatan ukhwah..
Diringkaskan lagi..Tahun 2009.. Nur Raihana (12 tahun), Nur Rifhani (10 tahun), Muhammad Rahman Arief (7 tahun), Nur Raudhatul Imane (5 tahun) dan Muhammad Raheem Irsyad (..6 bulan).. Keluarga besar kami berpindah balik semula ke semenanjung pd awal tahun ni.
Alhamdulillah.. Apa jua dugaan yg menimpa, hidup mesti diteruskan.. Ada masanya kita perlu ketepikan beberapa perkara utk mendahulukan beberapa perkara yg lain.. Kerana Allah sahaja yg lebih layak menilai. Dan..alangkah indahnya kehidupan kat dunia ni kalau kita bijak menghargai pengorbanan,kasih sayang dan kesetiaan. Dan.. jadilah insan yg prihatin tentang perkara perkara kecil yg berlaku di sekeliling kita.. Jgn sesekali 'hanyut' dgn kesibukan di dunia, sesekali intai lah ke alam selepas kematian.. Mungkin perkara perkara yg dianggap kecil
dan tidak perlu pd masa sekarang.. akan jadi penyelamat kita semasa di "titian" nanti..
Dan..Kehidupan seharian semakin mencabar bila kami perlu selalu berjauhan, dgn tuntutan kerja suami yg terlalu sibuk dan jam kerja yg tak menentu..Mungkin ada benarnya.. semakin tinggi tahap profesion seseorang, maka semakin besar ruang jarak dgn keluarga.."Weekend Husband"...Itu lah istilah yg relevan.. Juga ada masanya pd hari hari penting dan sgt sgt memerlukan kehadirannya, tetap perlu dilalui berseorangan..
Apa pun keperluan dan kebajikan anak anak tetap menjadi keutamaan, insyaallah..
Dan hari ini, anak kecil yg dilahirkan 39 tahun dulu masih punya impian tersendiri. Walaupun sentiasa 'mengalah' .. sangat yakin ..Allah Maha Adil dan Maha Mendengar setiap detik gerak hati hambaNYA..
Untuk suami tersayang..terima kasih kerana sudi menerima ku seadanya dalam melayari sebuah kehidupan. Dan sama sama kita berdoa semuga hati kita semakin dekat pd NYA..
2 comments:
happy belated birthday ka.sue. eh dh nk masuk angka 4 ye. ingat belasan tahun lagi. heheh! semoga bertambah amal seiring usia. bahgia hingga ke syurga...
"mengapa selalu aku yg mengalah..."
jap jap. kak ain nk tgk org lompat.
:)
Post a Comment