Wednesday, January 12, 2011

Sekolah Petang pulakk..


Anak2 sarapan on first day sokolah..




Kak Nani aka Story Teller dlm kelas baru,with new friends, new sorroundings,new uniforms, new spirits and all new do`s and don`t....



Hari ni Kakak Nani dan Abg Aman mula masuk Sekolah agama (ptg) .Alhamdulillah si Kakak Nani tak banyak kerenah utk ke kelas petang ni..Agaknya sbb dia dah terbiasa tgk Kak Nini dan Abg Aman ke sekolah Agama tahun lepas..

Tahun lepas sessi belajar berlansung di anjung surau..kiranya open-air la..tak bukak kipas pun tak pe..

Tapi tahun ni kelas dah berpindah ke tingkat atas dan Ibu rasa agak panas dan satu satu nya tangga utk naik turun tu pulak ada ciri ciri bahaya..agak curam dan sempit..
Semalam semasa urusan ambik borang, dah Ibu highlight kan kat Ustaz Yaakob psl keselamatam anak anak di tangga..Katanya insyaAllah ustaz sendiri akan monitor..

Hari ni suasana masih haru biru blues lg..dgn suara bdk bdk berlari, menjerit, berebut tempat duduk..tak tahu la mcm mana kakak dpt sesuai kan diri dgn group baru ni.. Hrp2 semuanya ok seperti mana dia dpt sesuaikan diri di sessi pagi kat Sekolah Keb Taman Selasih..Jgn sampai kakak tertido dlm kelas ye.. Nanti malu abg Aman..

Friday, January 07, 2011

"Menyentuh Hati"

Assalamualaikum..

Sekadar berkongsi cerita dgn teman teman Blogger semua..

Lokasi : Meja Makan kat dapur rumah kami
Masa : 2.35 ptg
Aktiviti : Layan anak anak makan tengahari
(Semua pilih menu bubur nasik w/pun Ibu ada jugak masak nasik putih biasa)

**Kalau tak silap, tajuk cerita tu Dunia Batin ku


Sambil sambil suap adik Ichad yg leka hirup kuah sup daging, ibu dan yg lain2 (Kak nini, Abg Aman dan Kak Nani) layan cerita kat TV .Mula2 tak tahu pun tajuk cerita ni..Sedih dan menyayat hati, almaklum la bila pelakonnya Sheila Rusly,Shafei Naswip, dan ada dua tiga org lg yg Ibu tak berapa kisahkan nama asalnya..

Alahai lps sebabak,,babak yg seterusnya lg la sedih..lepas si bapa meninggal, si ibu pulak kena jaga keluarga ..dah la keje menoreh getah je..Pandangan serong org kampung
kat ank yg dia panggil "Abg" tu pun buat kami geram je..Tup tup si Ibu pulak meninggal masa duk berehat bwh pokok , nak mkn nasik lemak..Aduii, rasa ada benda duk tersekat kat tekak..

Ibu mmg ellergik cerita camni, selalu la kena kontrol jgn bg air mata keluar dpn ank2..Tiba tiba si "Story Teller" yg kerap minta nak tambah nasik dan kuah bubur.(dia sebenarnya duduk membelakangkan tv tu) bersuara " Ish isshh betul betul menyentuh hati la cerita ni Bu.."

Aiik..pandai betul budak tahun 1 ni buat ayat..Ibu dan kak nini duk puji la dia , dan spt biasa dia mmg tak layan puji puji nih..Responnya.."Bu,, akak nak tambah kuah lg,dan nasik,,ibu bancuh biar jd mcm nasik ichad td ya.."
Ha ha ha..

Wednesday, January 05, 2011

Ahlan Wa Sahlan 2011






Bismillah..

(Bermula dari 19 Mei 1970..jauhnya perjalanan hidup yg dah di lalui..)

Dah 2011 ye..Cepatnye masa berlalu. Byk perkara baru berlaku tahun ni,insyaAllah dpt kami tangani dgn baik.

Story 1.

Anak bongsu kami Muhammad Raheem Irsyad aka Atromen Cosmos,dah berusia 2 tahun. Makin bijak beraksi, kuat betul pengaruh atromen dlm diri si oncot ni. Dah boleh communicate dgn kami dan mmg dia ni beruntung sgt sbb jd centre of attraction dlm family. Bila dia lena lama sgt, ramai yg tertunggu tunggu si adik bangun tido.Dan bila si to`et ni dah bgn, ramai ramai pulak dtg nak cium la,, usik la.."Ha..dah bgn dah.." Tp apa apa pun ibu la yg paling beruntung sbb dia paling manja dgn Ibu..Alhamdulillah jejaka kecik yang nama nya dah di reka dan di seru seru lama sebelum Ibu mula pregnant..Akhirnya hadir secara zahir dlm hidup kami pd 30 Nov 2008..(Best kan ada budak kecik dlm rumah ni..)


Story 2

Alhamdulillah si Story Teller aka Nur Raudhatul Imane dah selamat melangkah ke alam Tahun 1.. Seperti yg di jangka, dia boleh sesuaikan diri dgn suasana baru. Mungkin berkat pengalaman bersekolah tadika di merata tempat dari Tadika Hikmah di Saratok Sarawak dulu, kemudian Tadika Kemas Tmn Selasih (Batu Caves) dan sampai la ke Tadika Iman Readers. Hari ni hari ke 3 dia jadi budak tahun 1 kat Sekolah Kebangsaan Taman Selasih. InsyaAllah dia akan jadi seorang yg berjaya dlm hidup dan sentiasa ceria, menyenangkan org sekeliling dan mudah berinteraksi .
"Ibu, kakak ada 3 kerja yg kakak nak jadi nanti..Pelukis, Detektif, Saintis.."
Tak pe la,,kita tgk je nanti, kalau panjang umur ibu dan Abah dpt kami meraikan, whatever will be, will be..



Story 3

Putera pertama (anak ke 3) dlm keluarga suerashid, Muhammad Rahman Arief thn ni dah masuk Tahun 3. Orang kat SeriBandi masih ingat kat Abg Aman. Dulu masa dia ni kecik,lepas hantar si Along dan Kak Nini ke Tadika, ibu akan bawak Aman round pegi tengok Kren kat tapak projek sekolah menengah dan naik Tekta (Traktor)kat ofis abah. Lps dah selesai sessi lawatan baru Ibu ke kedai kita kat Balok dan Chukai..Cepatnya masa berlalu.. Alhamdulillah Abg Aman dah pun kena 'potong' tahun lepas, suka Ibu tgk kwn kwn yg join dia waktu rehat kat Sekolah hari tu..Semua nya nampak baik, bersih dan pandai hormat org.
At least masa kat sekolah dia jd kawan yg baik dan di senangi kwn2 lain walaupun kat rumah perangainya sgt berbeza..Mungkin faktor manja..( Tak pe Man..dark side punya ibu simpan ye..)
Tahun ni dia dpt lg dilantik jadi Ketua Kelas 3 Cempaka. Terima Kasih Allah, semuga Muhammad Rahman Arief akan dipinjamkan serba sedikit sifat kepimpinan , semuga nanti dia tahu melindungi dan mengurus org2 di sekeliling dgn baik..
Ingat ya Man..melindungi..dan bukannya menyakiti.. (I`ll be watching you..)


Story 4

Tahun ni anak ke dua kami Nur Rifhani dah masuk Tahun 6..Debaran kami kian bermula..UPSR.. Nampaknya kita kena keje keras ye Nie..Ibu akan pastikan semuanya berjalan lancar. No excuse. Kurangkan FaceBook, atau maybe kita tutup dulu akaun FB nini, tunggu sampai lps exam baru activate smula..boleh..? Or maybe once in a blue moon..
Badan dia kecik je..tp semangat nya kuat, seboleh boleh nak punctual bila masuk bab gi sekolah..Rasa mcm baru je lg Ibu dukung budak 'sihat'yg suka hisap 2 btg jari kiri, yg lengan nya ada tiga ruas besarrrr punya..matanya bulat, rambut dia sikit je,dan pendek je org nye masa kami stay kat Cheneh dulu..Sekarang Reef Honey dah kurus tinggi ,berkacamata dan pandai bergaya gitu..
Apa pun, byk masa yg akan kita luangkan bersama nanti, especially waktu ulangkaji. READY or not? Ibu And Abah will only take a 'YES' as the answer..



Story 5

The eldest in our family, Nur Raihana ..sometimes boleh di recognized sbg 'Kak Sue'jugak..pd umur 14 tahun, kami berdua kdg2 nampak mcm kakak dan adik ..(Happy to write this..) Mmg masa sgt cepat berlalu.. This young lady, used to have rambut meggee masa kecik dulu..Suka mandi kat swimming pool(selalu la weekend kami akan check in hotel dan layan si kecik tu mandi kolam.)At the same time boleh unwinding kan..Anak pun belum ramai mcm sekarang..
Masa dia baby dulu sgt senang nak uruskan..Letak je dpn tv, pasang video nasyid Kumpulan Raihan..Baring la dia kat situ habiskan nenen sebotol..Dan dah besar ni pun masih senang di urus..(InsyaAllah..)
Tahun baru dgn spek baru yg lg tebal ..Semuga Along ada 'clearer' vision ..Ingat ..next year PMR.. Being excellent in UPSR mmg tak menjaminkan dpt belajar kat Sekolah Asrama Penuh..tapi apa yg penting pd Ibu dan Abah adalah ..Along had proven to us that YOU DID IT..
Next year PMR..get ready.




`Ala kulli hal..saya amat bersyukur dgn apa yg Allah kurniakan sepanjang 15 tahun usia penyatuan hati kami, di kurniakan anak anak yang sihat, ceria dan lengkap pakej spt mana anak2 org lain..bising,bergaduh,berebut,dengki,kuat mengadu,kuat makan,suka sepah rumah, merajuk,tarik rambut kakak,suka tukar baju,conteng dinding, panjat rak tv,high demanding,manja,penakut,bekeng,suka menjerit,bla bla bla ..Ini lah kehidupan..Semuga Allah taala memberi peluang kami berdua utk merasai hari hari emas kami nanti untuk melihat kejayaan anak anak kami bukan sahaja dihormati kerana pencapaian akademik dan kerjaya..tapi kami mengimpikan lebih dari itu..Biarlah mereka juga di kenali di kalangan yang di langit dan di bumi sebagai hamba Allah yang berakhlak mulia, sentiasa memperbanyakkan amalan baik dan dekat hatinya dgn Yang Maha Pencipta, ada sumbangan nya utk anak2 yatim dan golongan miskin.. InsyaAllah..