Thursday, February 26, 2009

Surau Taman Seroja..

Sarawak..lebih tepat lagi Saratok..atau lebih khusus lagi..Surau Tmn Seroja.. Segalanya bermula di sini.4 tahun lalu, bila dikhabarkan kami akan berpindah ke Sarawak, blank ...totally blank.. tambahan pulak dgn komen kwn kwn yg duk cerita gambaran tak elok je..

Pertama tama nya, bila abang dimaklumkan pasal hal transfer ni, dia terus call aku,bagitau dan tanya pendapat..ok ke tidak ni.. Basically pada aku tak de apa yg nak ditakutkan as long as kami berpindah dlm satu famili , tak ada sorang pun antara kami yg akan ditinggalkan di semenanjung, waima si Saparlina pun akan kami angkut bersama. Tapi yg menjadi BIG Questionmark dlm kepala masing masing ialah nak meninggalkan Sue Beauty Salon di Balok, Sue Beauty Salon di Kemaman dan Up Tele Centre di juga di Pusat Perkhidmatan Balok tu.. Terbayang bayang guane kami memulakan dari zero stage sampai la kami berdua dapat bernafas dgn legaaaa.. dan penat lelah kami dapat dinikmati dgn kunjungan ke Beijing (ala ala honeymoon sbb kitorang tak bwk anak anak pun..) dan sebelum tu saat saat yg sgt bermakna buat kami berdua bila dijemput menjadi tetamu Allah,menjalani ibadat umrah.

Segala mcm hal bermain dalam fikiran dan kami perlu lakukan sesuatu, antaranya ada perniagaan yg perlu dijual dan ada yg masih boleh diteruskan walaupun kami bakal berada jauh dari sini nanti..

Tak kurang juga di kalangan peserta Felcra di Seri Bandi yg menawarkan diri utk jumpa orang tu dan orang ni..Mungkin merasakan ada sikit sikit kabel dgn org atasan/berpengaruh, supaya tempat kami di Sarawak nanti dapat ditukarkan dgn orang lain.. Tapi aku berpendapat perpindahan kali ni tak perlu dipandang sbg masalah atau hukuman . Kami sahut cabaran ni dan akhirnya ramai yg pelik kerana aku tak protes dan sanggup berpindah semasa bisnes kami berada di keadaan sgt selesa dan insyaallah akan menambah lagi cawangan di kwsn bandar kuantan.. Tak apa .. Rezeki kita ALLAH yg pegang, walau di mana kita berada, selagi berpegang pada tali NYA dan tali sesama insan, insyaAllah ...

Dan selepas 3 thn 8 bulan menjadi rakyat sementara dan pemegang paspot lawatan sementara di Sarawak, kami selamat mendarat semula di KLIA pd 2 Jan 2009.. Juga lebih kurang sama perasaannya spt mula menjejak kaki di airport Kuching dulu.. Tak tahu nak stay kat mana, anak sekolah camane, rumah kami ok ke tidak, dan macam macam lagi dalam kepala..Tapi ada sesuatu yang amat berharga kami bawa pulang bersama. Kalau dulu kami ke Sarawak anak cuma 4.. Dan kepulangan kami semula ke semenanjung bersama ahli paling kecil @ kata orang Sarawak, `mbiak benar.. Muhammad Rahim Irsyad. Cabaran besar menanti di sini, InsyaAllah akan kami harungi bersama..

Sunday, February 15, 2009

Natane Cosmetics.

Segala puji bagi Allah Yg mempermudahkan segala urusan kita..dan melapangkan pintu pintu rezeki buat hamba hamba NYA yg berusaha..

Sepanjang bulan ni, pengguna Natane mula dapatkan semula bekalan. Caranya biasa la..Sms / call dan tempahan akan dihantar ke alamat. 013- 9092456. Lagi cepat dpt respond kalau sms..Mun (jika) di e-mail , agak lambat sikit la sebab kadang kadang tak sempat nak buka e-mail box tiap hari..Dua minggu lepas kami ke Pertama Complex ambil stok dan jumpa dgn Boss Natane, En Zaidi. (sebenarnya suami bos.. Puan Sha selalu busy, jd mana mana la.. asalkan kami dpt stok yg di order..) For the first time this year, kami diberitahu kos utk pengedar dinaikkan. Maknanya kos modal kami meningkat, katanya itu ekoran dari kenaikan beberapa faktor yg sik dapat dielakkan. Apa nak buat, disebabkan produk ni sentiasa ada permintaannya, jadi setakat kenaikan harga antara 4-5 ringgit tu kami terpaksa terima la.. Dan pengguna Natane sgt sgt beruntung sebenarnya.. Walaupun modal pengedar meningkat, harga jualan bagi semua item masih dikekalkan mcm biasa..

Dan..Utk semua pengguna Natane, teruskan pakai produk ni ye.. sik susah nak beli..sms je pd Puan Sue, transfer RM kat maybank2u.com atau dptkan no akaun bank lain yg terdekat dgn tmpt u all, insyaAllah penghantaran segera akan dibuat.


Natane.. Enhance Your Beauty.. ( Boleh gitu..?)

What a shiny sunny Sunday..

Salaaam.. Hari ahad, sepatutnya penuh dgn program menarik yg kami plan awal awal sejak semalam.. tapi disebabkan hubby masih kat Sabah, maka jadi la hari ni.. Just another day without you. apa nak buat, tuntutan keje mendahului perkara2 lain.

Sms dari mama pagi tadi sikit sebanyak buat kami semua seronok. 'Slm wahai anakku.d manakah anakanda b'ada...hjt di hati nak ke...ape pendpt anakanda?' Yesss..!Bila bagitau anak anak je yg NekMa nak datang, semua nampak ceria je.. Sebenarnya ibu la yg paling happy.Lama benar tak jumpa mama. Katanya nak bawakan gulai lemak ikan tenggiri utk Aman. Tu la satu satu nya "bonda semua orang" yg sentiasa mengutamakan keperluan orang lain, ingat kesukaan anak cucu dan kalau diibarat kan bateri, mama ni jenis bateri Energizer yg kuasanya everlasting..

Cun cun waktu zohor, sampai la 3 beranak ni..Mama, baba dan zakwan. Rupanya zek stay area sini jugak. At least from now on dia dah tahu rumah kami, ape ape hal atau jika ada kesuntukan bila bila masa pun, boleh la kami bantu, insyaAllah..
berbalik pada cerita mama, sebenarnya datang nak ambil kotak kotak dan luggage yg kami bawa balik dgn kargo dari Saratok hari tu. Kiranya hari ni selesai la misi kami.. Mcm biasa la, mama kalau dtg mmg tak sah kalau tak bawa apa apa..so hari ni, sambal tumis ready made, beberapa bungkus burung puyuh masak tumis pedas, gulai lemak ikan tenggiri dan sebiji kek buah campuran dari singapore.. alhamdulillah rezeki kami..

Seronok tengok kan mama, baba dan zek melayan kakak nani dan abang aman makan. Kak Nini dokong adik Irsyad dan ibu layan diorang sembang kat meja mkn. Mama nampak ceria.. al maklum tak perlu berjauhan lagi dari insan insan tersayang.. Alhamdulillah. Kunjungan yang singkat dah buat kami happy.. Dalam berbual bual tadi, sempat lagi Aman bercerita kat NekMa yg dia dilantik jd Ketua Kelas.. Apalagi, seronok la TokBa dan NekMa dgr pencapaian cucu diorang kat tempat baru ni.

Dan..kali ni NekMa mula ikut cara kakak Nani panggil baby Irsyad...."Raimchad"

Moral of the story : Ada masanya pertemuan yg singkat lebih bermakna dan punya pengisian tersendiri. Mungkin ada orang yg kita boleh jumpa sepanjang hari tapi belum tentu dia dapat bikin hati kita senang, aman dan tenteram... ( Lu pikir la sendiri***)

Saturday, February 14, 2009

Alahai irsyad...

Alhamdulillah.. sempat juga nak bercerita sikit malam ni. Opps..Si 'mbiak benar' nang kacak nangis lagi, nampaknya kena hold dulu cerita. Nanti buka semula ye..