Wednesday, November 30, 2011

Alahai Customer ku...

Assalamualaikum...

Semalam salah sorang customer Ibu, datang utk Rawatan Muka / Facial. Spt biasa sebaik pelanggan dah baring dlm keadaan selesa ibu memulakan tugasan dan akan berhati hati utk bertanya apa apa soalan yg mungkin tidak disenangi sang pelanggan.

Tapi semasa scrub disapu di bahagian hidung, terdetik di hati Ibu...lembut nya ..namun tugasan tetap diteruskan dan Puan A masih bercerita pasal beberapa perkara dgn Ibu ,,biasa la topik mak mak...di usia 40 an....kulit kering, supplement, anak anak, slimming, bla bla bla..

Sekali lg jari jemari Ibu perlu membelai hidung Puan A bila tiba step utk "massage muka"...

Tiba tiba Puan A menukar topik, katanya "Hidung saya ni lain sikit, Sue rasa tak mcm lembik je..?" ..Dan tentunya statement mcm tu akan di jwb dgn satu soalan juga. "Nape ye..?" Balas ibu sedikit terkejut..(rupanya apa yg bersarang di hati sejak tadi bersebab,,dan empunya diri dah mula buka mulut)

Dipendekkan cerita, rupanya Puan A tak de batang hidung. Menurut cerita dari mak nya , masa kecik dulu puan A terjatuh dari buai dan batang hidungnya patah. "Tu la sampai sekarang tak de batang hidung dan lembik je" katanya.

Sebenarnya org2 tertentu je yg diberi kebenaran buat direct touch kat hidung kita kan..selain dari sang suami, biasanya Perunding Kecantikan la antara yang akan diagnos sebarang kelainan pd anggota muka kita..

Sempat juga Ibu memuji Puan A, " Tp x dok batang hidung pon, mancung molek ni.." sambil dijawab dgn gelak kecik dari Puan A.

Dan utk beberapa persoalan yg belum jelas dlm kepala ni, Ibu bertanya lagi " Pah tu batang hidung hok patoh dulu, x sambung smula ke..? @ doktor buang..?"

Kali ni Puan A semakin terbuka bercerita, katanya dia pun tak tahu ke mana tulang tu.. "Mok saya cerita ggitu je..Tu yg lloni hidung lembik je..'

Yang pasti dia antara koleksi customer2 Ibu yg luarbiasa.. " Kalu lloni budak2 patoh doktor sambung slalu..dulu dulu lain.."

Dan yg pastinya org tak kan tahu dia ada sikit kekurangan kerana tanpa batang hidung spt org lain, Puan A tetap dilihat cantik bergaya , berhidung mancung, ada bisnes kedai jahit baju sendiri, ada keluarga bahagia spt org lain juga..

Alhamdulillah ..Indahnya hidup ini...

(Teringat pd sorang lagi customer salon Ibu, yg sebelum ni datang buat rawatan muka dan gunting rambut dgn memakai 'Beg najis' yg tersorok rapi dlm baju nya.. dan dia sgt berhati hati dan segan kalau kalau ada bau yg kurang enak tersebar dari badannya...berita terkini dari saudara terdekat yg dtg ke salon minggu lepas, katanya Kak Ess dah selamat dibedah utk kali yg entah ke berapa baru ni..kuman kanser dah semakin terkawal dan alhamdulillah saluran usus besar dah mampu berfungsi semula,,kini mampu guna saluran buangan semulajadi dan tiada lagi 'beg khas'..) InsyaAllah dlm waktu terdekat Ibu akan dpt jumpa kak Ess..

Sunday, November 20, 2011

overweight....Terlebih sudaa

Bismillah

Mlm ni selepas selesai "bbojeng" rambut Ibu dan Adik Ichad, Ibu bawa anak anak gi Jayen beli sikit sikit bekalan makanan utk dua tiga hari ni.

Biasanya hari Ahad dan Sabtu kan ada byk stall utk cuba rasa dlm Jayen , tp maybe sbb dah mlm , dah tak de la aktiviti cuba rasa , hopefully next weekend Ibu dpt bawak sebelah siang. Bukan apa, anak anak kami mmg enjoy mencuba sikit2 dan bekas yg disediakan pulak kiut kiut je.

Restoran Ibu (dapur laa..) ditutup kerana MasterChef bercuti , so Ibu plan nak cari Marina Nugget Tempura je utk supper. Kami skip dinner sebab di sebelah siang td kami dah attend 2 kenduri kawin. (nampak nya musim cuti skolah ni byk hari la restoran kami tak beroperasi..al maklum MasterChef ni kan suka berjimat dan Ibu nak mulakan kempen gaya hidup sihat..Nape ye..?

al kisahnya tadi masa kat Jayen, lepas ambik setin Jacob, rupanya ada 'kaunter kesihatan',, boleh timbang berat, ukur tinggi, kira BMI ...dan....aduhai rupanya berat Ibu naik lagi..kalau tgh mengandung naik berat tu kira biasa la..boleh bg alasan 'baby besar' @ makan utk dua org... ( boleh gitu ..?)

Sebenarnya dua tiga bulan lepas Ibu dah berjaya kurangkan hampir 5 kg , tapi dlm bulan ni entah kenapa selera makin bertambah, asal mkn je mesti nak tambah, dan kurang pulak masa nak bersenam.. Dan hasil nya ... tadi petugas kat kaunter Jacob tu explained yg Ibu dah terlebih hampir 10 kg dari ideal weight.

Relax..relax..jgn gelabah, InsyaAllah kita akan workout slowly...dan mulai esok Ibu akan pastikan ada perubahan walaupun sedikit...dan ianya akan berterusan..

Rabbi yassir wala tu`assir Ya Kareem..

Saturday, November 12, 2011

Bismillah..

Sekadar renungan dan mengingati diri sendiri..

Agaknya bila kali terakhir kita muhasabah diri sendiri,,

Tentang solat kita, solat suami, solat anak anak,,

Bacaan Al Quran kita, bacaan Al Quran suami, anak anak ..sudahkah betul sebutannya, panjang pendek bacaannya, tajwidnya bagaimana;;

Bila kali terakhir kita mengingatkan ahli keluarga kita untuk solat berjemaah. Sesekali suami tentunya mampu memimpin jemaah solat di rumah..Berapa kerap ianya berlaku di rumah kita,,

Masa yg Allah pinjamkan kepada kita,, di mana , bagaimana , bersama siapa kita habiskannya.

Cuba renung renungkan dan fikirkan sejenak. Semuga kita semua masih diberi ruang untuk menjadikan hari ini lebih baik dari semalam. Dan ingatlah kadang kala org yg kita anggap musuh sebenarnya ingin menyedarkan kita dari terlalai...dan org yang selalu kita dahulukan sbg sahabat yg menyokong setiap langkah kita ada masa nya sering melalaikan dan byk merampas detik detik berharga dari ahli rumah kita sendiri.. Tanpa rasa simpati kerana hati mereka sekeras tembok besi.

***Dari hati berkata kata " Tiada keraguan kini, kerana hanya Allah yg lebih mengerti"

Thursday, November 10, 2011

Kasturi Syifa` ...Satu ikhtiar perubatan Islam

Assalamualaikum....Dgn nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani..

Kali ni Ibu nak berkongsi sedikit info tentang haruman yang menjadi fevret Ibu sejak dulu..kasturi.. Teringat masa kami jadi tetamu Allah utk ibadah Umrah dulu, mmg haruman Kasturi seakan ada di mana mana ..pendek kata mmg itu la bauan di kebanyakan tempat di sana .. Mengikut kata sorang kawan Ibu, "kasturi ni bauan syurga" Sgt menarik fakta ni kan..

Jom kita dptkan info lebih detail pasal haruman kasturi Syifa` pula.

Minyak wangi kasturi syifa' satu ikhtiar perubatan islam.

Diantara kandungannya minyak wangi kasturi putih yg telah dibacakan 30 juzuk alquran,doa2 syifa,almuawwizat,asmaul husna,selawat tafrijiyyah,selawat syifa,solat hajat dan lain2..salah satu wangian sebagai ikhtiar agar dapat membantu menjadi perisai,benteng diri..menaikkan aura diri,menghilangkan rasa gemuruh dan gementar,menjadi pelindung diri untuk ke hutan,lautan yg luas,tasik2,sungai sungai..dan berbagai2 kegunaannya.

InsyaAllah ianya boleh digunakan sebagai terapi wangian sunnah yang berfungsi sebagai:

  1. Perisai diri
  2. Perisai tempat kediaman, tempat karja, tempat perniagaan dan sbgnya
  3. Memberi ketenangan jiwa
  4. Mencerdaskan akal dan mencetuskan aura positif
  5. Menghindarkan peasaan gemuruh dan gementar
  6. Menghindarkan gangguan makhluk halus, jin dan sebagainya
  7. Doa perlindungan untuk ketempat2 keras seperti dalam hutan, lautan yg luas, tasik, sungai, bangunan tinggalan lama dan sebagainya
  8. Doa perlindungan dari disihirkan orang, histeria, rasukan dan sebagainya
  9. Produk ini dijamin bersih halal dan suci dan boleh dibawa solat
  10. Mudah-mudahan dimakbulkan Allah
11. Bagi bayi / kanak kanak yg selalu menangis terutama pd waktu mlm .
Cara Penggunaan:
  1. Berdiri menghadap kiblat, tarik nafas perlahan-lahan,
    santai dan tenang.
  2. Beristigfarlah dan mulai membaca Ummul Kitab Al-
    Fatihah.
  3. Berselawat 3x dan gemakan niat atau Doa ketika mulai menyapu kasturi.
  4. Gemakan niat seperti : “Ya Allah jadikanlah usaha ku yg
    sedikit ini asbab kepada penyembuhan ke atas rohani
    dan jasmani ku”.
  5. Kemudian hidu lah bau Kasturi itu sedalam-dalamnya.
  6. Mudah-mudahan Allah memberi manfaat daripadanya
Sebagai Perisai Diri / Shield (Aura Protection)
  1. Mulai menyapu kasturi pada kedua-dua belah kening
    dan dibelakang telinga
  2. Sapu dibahagian bahu kiri dan kanan
  3. Tangan (urat nadi) di kiri dan kanan
  4. Sapu juga pada leher serta hidulah bau Kasturi itu
    sedalam-dalamnya.
  5. Kanak2 sering menangisdi tengah malam, : Sapukan pada ubun2,tangan, cuping, telinga, leher, pakaian dan sebagainya
Sebagai Perlindungan tempat kerja, rumah dan tempat peniagaan
  1. Sebaik-baiknya digunakan bersama air yang telah siapdiruqyah dengan Ayat Al-Quran dan sebagainya.
  2. Sediakan satu bekas yg telah di isi dgn air, sapu Kasturi Syifa’ pada jari telunjuk
  3. Mulai dgn masukkan jari ke dalam air tersebut dan kemudian pusing air itu tadi dgn jari anda mengikut pusingan tawaf (Anti-Clockwise)
  4. Gemakan niat ketika itu, seperti “Ya Allah jadikanlah usaha ku yg sedikit ini asbab kepada terlindungnya diriku drpd kejahatan manusia dan jin”.
  5. Baca 3 qul pada air kemudian hembus perlahan-lahan.
  6. Masukkan ke dalam botol spray kemudian spray lah di dinding rumah atau di ruang pejabat atau di tempat-tempat perniagaan.
Insya-Allah..
Kandungan: Minyak wangi kasturi putih (Makkah) didoakan dengan:
  1. 30 Juzuk Al-Quran
  2. Ayat-ayat Syifa'
  3. Ayat-ayat Ruqyah
  4. Al-Muawizat
  5. Asmaul Husna
  6. Doa-doa Syifa
  7. Selawat Syifa
  8. Selawat Tafrijiyah
  9. Istihgfar
  10. Solat hajat
Alhamdulillah produk ni boleh di dapatkan di SUE BEAUTY SALOON juga. Bagi yg dekat, boleh datang terus ke salon ,,insyaAllah bagi yg jauh pula akan di hantar melalui poslaju .


Friday, November 04, 2011

Hari Anugerah ....Alhamdulillah

Alhamdulillah urusan hari ni dipermudahkan...

Dari dua tiga hari lepas Abg Aman dan Kak Nani duk ingatkan ibu supaya jgn lupa hadir di majlis tu,,kedua dua nya dapat 5A masa exam akhir tahun baru ni..Kak Nini pula insyaAllah lg seminggu terima result UPSR..

Dipendekkan cerita abah yg dijadualkan sampai dari Srawak hari ni (Jumaat) pon dapat selesaikan urusan kerja lebih awal dan tiba rumah lewat mlm td dgn penerbangan akhir dari Kuching..Dpt la kami sama sama hadir pagi td..

Kata Abah pg ni ada meeting di ofis..Kata Ibu,, "Ibu pon ada appoinment facial dlm kul 10 pg ni" Tp kami sepakat utk attend sebagai penyokong kuat dan pendorong ank ank dlm mencapai kejayaan...terdetik di hati Ibu.."Jgn lah hanya berjaya di dunia sahaja..biarlah kejayaan akademik ank ank Ibu seiring dgn kecemerlangan di akhirat juga.."

Dan alhamdulillah sebaik selesai abg Aman dan Kak Nani turun dari pentas dgn "Piala Gelas " di tgn,,kami semua bergegas balik rumah dan Ibu bersiap ke salon ..

Walaupun terlepas janji temu dgn Puan Customer Ibu pagi ni,,Ibu masih mampu bersyukur kerana masih diberi peluang oleh Allah utk melihat detik detik kebanggaan dan senyuman puas ank ank tadi.. Itu juga satu bentuk rezeki yg tak ternilai dari Allah swt.

Wahai ank ank..Jgn kecik hati atau merajuk setiap kali Ibu atau Abah marah bila ada yg tak buat ulangkaji,,tak siap kerja sekolah,, malas pergi sekolah,, liat nak bgn pagi,, liat nak solat terutama Subuh.. Sesungguhnya kami berdua memegang amanah dari Allah dlm membesarkan, mendidik, dan memastikan ank ank kami tak tersasar haluan nya.. Bukan senang nak jadi ibubapa ..