Saturday, February 27, 2010

Outing Day...

Assalamualaikum.. Cuti 3 hari, nak bawak anak anak gi mana ye..? Semalam pagi kami berdua (plus Aman dan K.nani) ke Pasar Borong Selayang. Beli stok utk aktiviti masak masak Ibu seharian. Dah puas diingatkan, pegi pasar borong tak sesuai utk budak budak..Si Ben 10 dan Si Power Puff Girl ni seboleh boleh nak ikut..Lastly, ibu bagi ikut..Along dan Kak Nini stay kat rumah, jaga Ichad.

Dan rasanya Si Power Puff Girl Ibu dah dapat kenangan manis semalam bila dia terpele`ot kat pasar tu..kat tempat jual ikan pulak tu..Kesian dia. Ye la..tempat tu kan licin..Nasib baik dia boleh kontrol tak nangis..Aduhai,, kalau dia start jerit mesti terkejut semua org kat sana semalam..

Petang pun redup je..
Abah layan tido..
Si Aman pulak duk tunggu nak ajak keluar..

Penyudahnye ptg smalam kami tak kemana pun , So pagi ni awal awal pg lg Ibu dah plan something yg Aman dah lama mintak. Ketepikan dulu plan kami berdua nak gi berziarah ke kedai perabut kat Puchong, selesaikan dulu hajat si abak bujang..

So kami pun pegi la ke.....Muzium Negara.Ha ha ha..Layaaan..








Monday, February 15, 2010

Hari Cuti..Best nye kalau ...


Buku ni pun Ibu belum habis baca lagi..

Assalamualaikum..



Minggu ni mmg sibuk , jadual kami sekeluarga bila cuti je tak lekat kat rumah pun..
Mulai dari 12 hb majlis akad nikah Ayah Su (Adik bungsu Ibu), esoknye pulak kami ada jemputan di rumah adik lelaki Ibu, Aweh.Majlis Cukur Jambul anak perempuan ke 3. Sofea Camellia. Comey betul si baby dipakaikan persalinan pink. Tu la kan, kita mak mak ni, bila tgk baby je, sejuk je ati. Setakat ni Camellia ni la yg paling junior dalam family MSY.. Si Tengku Muda Ibu dah turun takhta dah..

Semalam pulak 14 hb Majlis Persandingan kat rumah keluarga pengantin perempuan. Lokasinya kat Kota Warisan (akad nikah pun kat situ)..Rombongan kami ditempatkan kat rumah berdepan dgn rumah pengantin, MASYAALLAH..Lawa nye rumah. 8 bilik,4 kat tingkat bawah, 4 lagi kat atas, siap ada kolam mandi nye, gazebo 2 tingkat,kamera cctv, lanskap yg menyejukkan mata, dapur yg luas dan sangat selesa. ( Biasa la, Ibu ni consider sgt suasana dapur,, tempat ofis HQ kita kan..)
Terima kasih la kat Tuan rumah yg sudi menawarkan rumah mewah dia utk jd tempat bersanggah kami.Peramah dan merendah diri je Tuan Rumah yg berbadan kecik tu..
( Ibu duk berfikir sendiri,, kdg kdg orang yg betul betul kaya dan berada selalu nye tak meninggi diri pun, tapi yang baru baru nak belajar jadi org kaya je yg selalunya lebih b`lagak dan eksyen nya mengalahkan mak datin pulak.. Seronok berbual dgn Tuan rumah ketika dia dtg menegur Ibu dan pelawa minum, dalam hati, ape la keje suami org nih..) Tu la kan,,, rezeki masing masing.

Majlis bersanding agak meriah la, Dan yg pasti Ibu ada kenangan tersendiri semalam, Bila dah selesai acara tepung tawar, dan kami dijemput ke tempat jamuan, rupanya Abah sedang makan semeja dgn sorang artis ni, selalu keluar TV. Antara siri yg kami selalu nampak muka dia..Drama Tari Tirana..Sape ekkk ?? Ha ha ha..Bukan si Tirana atau Ashhh, atau si Neo..Tapi Si Atuk Tirana...ZAIBO..

Zaibo ni kalau di majlis sgt sopan orang nye, cakap pun teratur je, tak sombong. Sambil mkn mkn tu sempat la Ibu join jugak dia dan Abah sembang..Ha ha ha ..Tak pe la kan..artis terkenal jugak tu..

Dan masa balik,, kat atas kereta.. Anak anak siap nyanyi pulak..Zai zai zai zai..BO bo bo bo..

Dan...

Hari ni la baru Ibu boleh relax sikit, tak de nak terkejar kejar gi majlis kenduri kat mana mana..

Tu la tajuk kat atas tu..Hari Cuti..Best nya kalau ...

* Ibu dapat rehat rehat kat rumah je..atau..
* Abah bawak kami gi bercuti kat Langkawi ke..atau..
* Kita beli nasik bungkus je,tak yah masak..Ibu penat la..atau..
* Ibu rasa nak gi buat rawatan badan ..Lama tak scrub bdn ..atau..
* Anak anak pakat tolong Ibu gosok baju yg menimbun tu..atau..

..kita semua kena ikut Abah balik ke Segamat, mlm ni ada kenduri dan doa kesyukuran..Alahai penat nye..Kaki kanan ibu yg bengkak ni pun belum baik lagi..

Nak balik ke nih?? Hari Jumaat ni nak kena balik ke Tanah Merah pulak, kenduri Sambut Menantu di rumah MSY.. Very long journey tuh..Ya Ampuuun.

Saturday, February 06, 2010

Slowly..But it works..!

Alhamdulillah, lepas sebulan sudah makin nampak hasilnya, walaupun tak la se drastik org yg makan ubat kurus atau mcm mcm pil "ajaib" yg konon nye boleh kurang kan berat badan beberapa kg sebulan..

Pendekatan yg Ibu ambik ni lebih kepada 'mesra diri' dan 'mesra selera'..

Sekadar rekod baru utk diri sendiri..Berat Ibu dah turun 1 kg..InsyaAllah yg dah turun tu tak kan naik naik lagi.. Rasanya ok dah tu kan..sebulan boleh buang 1 kg..

Sekali lagi..Alhamdulillah.