Kembali menulis, mungkin ada yg perlu dikongsi setelah sekian lama blog ni sepi. Saya tengok sahabat blogger yg lain juga dah lama tak update cerita.
Hari ni dah berbaki cuma 14 hari sahaja lagi sebelum memasuki 2026. Ada impian yg dah terlaksana dan ada juga yg belum dicapai. Tentu ada hikmah bila Allah lambatkan. Kita merancang, DIA yg lebih tahu bila waktu yg sesuai utk berlaku.
Alhamdulillah, Thumma Alhamdulillah.
Zauji setahun je lagi sebelum pencen secara rasmi di hujung 2026 nanti.
Along Raihana direzeki kan WFH. Work From Home. Dia antara yg jadi peneman kami di rumah walau sesekali sibuk dgn meeting online. Doing so well, kerap travel ke sana sini. Happy for her, dia cukup bijak utk mengatur kehidupan menikmati masa yg ada .
Degree dlm bidang Food Tech. tapi bidang kerja sekarang agak tak seiring tapi dia tahu guna peluang kerja yg relevant dgn keperluan semasa.
Reef dah hampir setahun di sebuah sekolah menengah di Terendak, Melaka.Sibuk dgn dunia Pendidik. Ticer Reef ni kesayangan ramai murid di sana. Dia juga happy dgn kerjaya sekarang. Impian nya memang dari dulu nak teaching, tapi selepas SPM Allah beri peluang utk belajar baking dulu. Dia redha dan buat yg terbaik semasa Dip. Dan sambung course TESL utk Degree.
Abg Rahman Arief dah masuk alam pekerjaan. Sambung legasi Abah dlm bidang Pengurusan Pertanian. Beberapa bulan dalam latihan di SimeDarby Plantation, rezeki dia dapat tempat di FGV sbg Cadet Planter. Awal pagi tadi bertolak ke Putrajaya utk lapor diri.
Posting ke ladang di negeri mana , akan diketahui hari ni. Selalu ibu doakan agar anak anak sentiasa dapat berada di tempat yg baik. Berurusan dgn org org baik dan dapat solat di awal waktu. Tu ciri ciri orang berjaya yg disenangi.
Kak Imane tahun ni sambung Degree di UITM Shah Alam. Peringkat Diploma sblm ni di Raub. Course IT yg agak mencabar tp Ibu sentiasa yakin anak yg sorang ni akan fly high dan mampu jadi somebody yg disegani nanti. Masih lg seorang yg kreatif dan innovatif. Masih juga enjoy aktiviti Seni melukis, reka bentuk dan berbagai hasil tgn kreatif.
Si bongsu Sarawakian, Irsyad. Kami pindah balik ke Semenanjung semasa umur nya baru 30 hari. Semalam hari akhir dia menduduki SPM. Punya minat yg jauh berbeza dari siblings yg lain. Tapi berada dalam aliran sains tulin DLP. Seperti adik beradik yg lain, dia sangat suka kucing. SPM is over.
Pagi ni usai kami lambai Zauji yg keluar ke ofis, dia bercerita malam tadi tidur pkl 3 pagi. Rupanya leka pasang mainan. Harijadi 30/11 baru ni banyak dapat hadiah dari kwn kwn. Katanya nak buka slps selesai exam. Semuga anak ni akan melangkah jauh dlm mengejar impian.
What ever will be ,,will be. The future is not ours to see.
Dan saya ?
In shaa Allah akan saya sambung di posting yg seterusnya.

