Friday, October 31, 2008

Regatta Saratok

Regatta ni makna nya pesta sukan air dan termasuk la acara pentas b`lagu ( hiburan dgn acara nyanyian, penghibur dari kalangan iban sarawak dan juga yg di datangkan khas dari semenanjung.Dgr ceritanya,regatta di mukim Kabong minggu lepas Mas Idayu pun ada..Kesian Mas idayu, jauh gilak nyo datang mao hiburkan sidak peminat situk..), pesta Regatta juga sgt relevan dgn kehadiran gerai gerai jualan yg dibuka di sekeliling pasar Saratok.Tp bagi saya Regatta memberi maksud yg lebih terarah kepada kesukaran nak parking kereta masa gi pasar beli sayur dan lauk pauk,(ditambah plk dalam keadaan membawa muatan sendiri yg semua kwn kwn duk teka `mengandung kembar')..juga bermaksud panggilan utk pegi cuci mata tgk orang jual brg brg plastik, besen besen, bakul plastik dan serba mak nenek yg boleh diisi kat belakang Hilux abg nanti..

Hubby pulak duk bersungut kena buka kaunter pameran kategori pertanian kat Dewan Masyarakat Saratok. Pada pandangan saya, orang ramai nang sik minat utk pegi meninjau kat tempat ilmiah camtu..Kecuali kalau ada rombongan pelajar sekolah yg di pandu arah oleh cikgu ketua rombongan.. Sidak balo balo dari kg seberang atau serata ceruk kg yg keluar ke pesta Regatta semua nya akan ke gerai jualan, tak pun 'tawaf' kat Fun Fair.. Dan yg pastinya kat dpn pentas b`lagu di area stesen bas sinun. Tak pe la bang.. tugas perlu dilaksanakan jgk, yang penting sudut pameran oleh Felcra Bhd terpacak juak dalam dewan.

Dan pagi ni misi kami utk dapatkan bahan bahan utk polah Nasik Ayam terlaksana juga..W/pun perlu jalan kaki jauh lps keluar dari pasar tadi..Sabo je.. Agaknya org lain pun kesian nengokkan ibu mengandung kena menapak camtu. So utk mkn tengahari ari ni insyaAllah hasrat anak anak tersayang yg asyik merungut dah lama tak makan nasik ayam tu akan tercapai.. Adik baby kat dalam perut ni pun duk menendang dari awal pg tadi .. Agaknya dia pun tak sabar lagi dah nak keluar, join d kid`s club...Kelab Kanak Kanak Riang dalam Sue & Rashid Co.. InsyaAllah semuga semuanya dipermudahkan nanti.. ( Perkenankan lah doa kami ya Allah..)

Monday, October 27, 2008

Pulut Kuning.

Brase nok ssuke ssoghang jah mase baru nok kukus beras pulut ptg td.. Bkn ape, cuma teringat kat sifu Pulut Kuning di Kota Damansara. Agok nye kalu dia tahu ibu wat pulut lagi ape le komen dia kali ni.Tp meme dia pun lorat gaduh jugak hari ni sbb ada tempahan katering utk mmasok Laksa Johor, Bihun Goreng dan Nasi Dagang. Personaliti hok buat tempahan pun dgr cerita nya bukan calang calang oghang jugok.. Pegawai di Kementerian Belia Dan Sukan, di Putrajaya..Napok gayanya lepas ni Sifu Pulut Kuning semakin melebar sayap dalam bidang katering la pullok..

Alhamdulillah sambil sambil masak nasik impit utk majlis Ramah Tamah Aidil Fitri WADIRA di pejabat Felcra pagi esok, menjadik jugak pulut kuning ibu..Dan disebabkan ini kali kedua
'dipolah' ( bahasa sarawak..maknanya dibuat) dia punya rasa tu makin sodap..Alhamdulillah.. ( Teringat bahasa org tua tua Kelantan dulu, ado patat siput..he he he..makna nye ada byk kemahiran la.Sesekali puji diri sendiri...apa salahnye kan..)

Kena gi spital lagi...Dugaan..

Jam dah dkt kul 5 ptg ni.Makna nya lagi sekali kena gi ke unit A & E ( Kemalangan dan Kecemasan ) Spital Saratok.Ini kira yg ke 5. Lepas ni kul 7 ptg dan last sekali kul 9 mlm nanti...Dari awal pagi tadi, pukul 4.30 kami dah bgn dan bersiap sbb mula pukul 5, kena buat ujian BSP - bahasa mudahnya ujian utk kiraan gula dalam darah. Keputusan ujian dari kul 5 pg td pun masih di tahap cun cun je..Tak melambangkan ibu ni sbg berpenyakit DM pun..dalam 5.3 mmol/L je, pukul 7 pg punya result lagi cantik, cuma 4.5 mmol/L ..Kul 11 dan 2 ptg pun still maintain 5 point lebih.. Ikutkan hati memang tak nak ulang alik camni..Abg dah balik, "Mana ibu? Jom..Jom..dah pukul 5.." Aduss...

Baru balik dari spital..Aduhai..bacaan kali ni naik la pulak..8.3mmol/L..Susah hati jgk ni..risau kut nanti kena repeat lagi sehari.Agaknya sebab dari kul 2 tadi tak de aktiviti berpeluh, sempat tido sekejap sambil layan adik nani tgk tv. Bgn tido, baru mkn sikit nasi..tu pun sikit je.Memang dah beringat sgt dari pagi tadi.. Harap harap yg kul 7 dan 9 mlm ni bacaan turun semula.. Rasanya sape sape yg pernah di duga kena minor diabetes masa mengandung camni, punya pengalaman dan komen tersendiri..Ya la, kita tgh mengandung kan selalu ada rasa nak mkn tu, nak mkn ni la..tp bila dah 'terjerat' ni, byk pulak do`s and don`t nya.. Dugaan..

Monday, October 20, 2008

Pesanan Mama Salbiah..

Alhamdulillah dalam duk penat ngemas rumah lepas tamu semua dah balik mlm td, mak ida call bg tau mama ada dtg ke Saratok tp yang tak bestnya esok dia dah nak balik semula ke semenanjung. Ada program dhuha di surau kul 8 pg esok.. Bg tau hubby, mtk tlg dia hantar ke seroja esok pg, I dah tak larat nak drive,kesian kat "Mr Raheem", bila ibu duk kat driver seat je dia mula squeeze dan rasa mcm tersepitje kat tgh tu.. So bila hubby kata boleh je.. selesai dah 1 perkara. Thanks abg..You`re so supportive.

Tiba kat surau td jemaah tgh solat, sempat la masuk masa solat hajat dan terus sambung amin kan doa doa mama. Hari ni ada beberapa perkara yg sempat di salin kat note book dan direct 'save dlm CPU'..Mari kita kongsi sama sama kat sini..

1) Perlu ada commitment utk laksanakan program agama secara berterusan. Jgn terlalu berharap supaya org lain yg buat tugas yg sepatutnya kita buat..

2) Lakukan sumbangan dlm agama / jemaah dgn ikhlas, insyaallah rezeki akan datang dalam berbagai bentuk yg tidak disangka sangka..

PESAN MAMA :

# Hutang - Mesti jelaskan spt yg dijanjikan w/pun sedikit sedikit..
## Janji - Tunaikan janji kerana org yg mungkir janji, even malaikat akan
laknat dan semua manusia akan menjauhi..
### Bertanguh - Jgn sekali kali suka bertangguh bila nak buat apa jua kerja ..

Adoi ngantuk nye.. Bersambung lagi..



Saturday, October 18, 2008

Natane Cosmetics.

Produk Kecantikan Natane.. sebenarnya dah mula dijual semasa Sue berkedai di Balok, Kuantan dan Kemaman, Terengganu dulu lg. Masa tu SUE BEAUTY SALON jd dealer tunggal utk Kuantan dan T`ganu.. Bila dah pindah ke Saratok,Sarawak ni secara otomatik stok brg pun ikut sama. Alhamdulillah setakat ni pengguna berpuas hati. Harga pun ala ala mesra pembeli gitu..Ya la.. sekadar bg satu contoh senang..kalau krim muka ( uv protection ) harga RM69.90 , boleh diguna utk lebih dari 6 bulan, ( ada customer kata dkt setahun..) memang berbaloi sangat.. auk la.. ibuk ibuk.. Mun kitak mo mo mau kacak, sik boh kedekut gilak.. ( speaking sarawak sket)
Mun salah kamek klaka tuk, maaf.. sik pandei juak mek madah bahasa kitak.. Mek tuk nang "oghe klate tulen".


Utk kaum wanita yg pentingkan penampilan diri terutama yg mengimpikan kulit wajah yg bersih, cerah semulajadi ( bukan cerah sbb kena tepek dgn krim) tanpa kesan parut jerawat dan jeragat (nauzubillah..), tak salah utk beri peluang pd produk ni membelai kulit wajah kita..
Bercakap dari pengalaman sendiri sbg pengguna, penjual dan penasihat kecantikan.. InsyaAllah Natane Cosmetics adalah pilihan tepat.. Belum cuba belum tahu...

Alhamdulillah, selepas lebih 3 tahun di Sarawak ni, bilangan pengguna pun makin bertambah dan dari seluruh Tanah Malaya.. Cikgu Je d Saratok,Tie di Cheneh Baru, Kak Mastura & kwn kwn d Pelabuhan Kuantan,Kak Rose di Rantau Petronas, Shaharom di Kedah, Puan Nessie di Miri,Puan Zaiton N Sembilan, Kak jamid di Tmn samudera Gombak, Pn Iza Putrajaya..dan lain lain yg tak disebut nama nya di sini... Sokongan anda semua buat saya lebih bersemangat utk promosikan produk ni.

Utk yang baru nak mencuba, sgt sgt dialu alukan.. Dapatkan dulu pek percubaan RM120.00 je..

Thursday, October 16, 2008

You`re My Everything...



You`re my everything
The sun that shines above you
Makes the blue bird sings
The stars that twinkle way up in the sky
Tell me I`m in love

When I kiss your lips
I feel the rolling thunder to my fingertips
And all the while my head is in a spin
Deep within...I`m in love

You`re my everything and nothing matters
but the love you bring
You`re my everything
To see you in the morning with those big brown eyes

You`re my everything
forever and the day I need you close to me
You`re my everything
You never have to worry, never fear..
For I am near

You`re my everything
I live upon the land and see the sky above
I`ll swim within oceans.. sweet and warm..
There`s no storm..my love

You`re my everything and nothing really matters
but the love you bring
You`re my everything, to see you in the morning
with those big brown eyes..
You`re my everything forever and the day
I need you close to me
You`re my everything
You never have to worry, never fear..for I am near

When I hold you tight
there`s nothing that can harm you in the lonely night
I`ll come to you and keep you safe and warm
It`s so strong.. my love

When I kiss your lips
I feel the rolling thunder to my fingertips
and all the while my head is in a spin
Deep within..I`m in love...


Khas utk suami tersayang..terima kasih kerana sgt memahami, mencintai, sentiasa memberi ruang utk sue 'berjemaah'..
Semuga kita sentiasa lengkap melengkapi antara satu sama lain, sabar dan ceria dgn kehadiran anak anak ..

Nur Raihana
Nur Rifhani
Muhammad Rahman Arief
Nur Raudhatul Imane
&
(Muhammad Raheem Irsyad)... Dgn izin Mu Ya Allah..

Wednesday, October 15, 2008

Cantik Manis..

Sekadar berkongsi cerita.. Hari ni adik Nani dgn mood pd tahap maksima panggil ibu .." Hai Si Cantik Manis.." Satu lagi pengaruh dialog siri dari tv. Entah dari cerita ape ye.. ( Rupanya dari siri Totally Spies) Maklumat dari Kak Pinky Anne dan Haniblue.

Si abang Amen pulak lepas mandi tadi, mintak ibu tutup mata dulu sebelum tengok dia, katanya ada surprise.. Bila dia dah sampai dpn ibu, rupanya si bujang ni dah tak sabar nak pakai baju Ben10 yang baru ibu beli dari mummy Ummar hari tu.. Terkedu gak ibu tgk t shirt baru camtu dia boleh pakai dgn seluar tidur Ultraman..Pujuk sekejap suruh tukar baju lain, at least baju baru tu dipakai hari kita buat open house ke, tak pun masa abah bwk jalan ke Sibu ke.. Tp nampak nya kali ni ibu kalah..Sabo je..

Tuesday, October 14, 2008

Cuba-cuba

Bismillah...Dgn nama Allah saya buka ruangan ni. Sebenarnya sekadar cuba cuba.. Mana tahu kut menjadik.. Minggu ni dah masuk minggu ke 32. Maknanya kalau tak ada aral melintang pukang, lagi 6 minggu akan bertambah la seorang lagi cahayamata kami.. insyaallah... Dalam hati hanya Allah sahaja yang lebih tahu.. takut, berdebar, masih terbayang bayang lagi kesakitan yang dialami setiap kali melahirkan.. Dan , kali ni sekali lagi episod mengandung dan melalui saat saat 'bertarung dgn maut'..

Ya Allah.. Permudahkan lah segalanya , Amiin