Hari ni 30hb Mei , hari pertama cuti sekolah. Awal pagi lagi si Along dan Nini dah bangun dah bersiap.Hari ni juga kedua dua anak dara kami akan mengikuti kursus Kaedah Mokhdar di Country Homes Rawang.Maknanya 7 hari pertama cuti kali ni akan diisi dgn input yang amat berfaedah. Kepada sesiapa yg pernah hantar anak anak berkursus dgn En Mokhtar ni tentu sependapat dan sehasrat dgn kami..Sebanyak mana pun yg kami keluarkan sbg yurannya, harapan kami sbg ibubapa sgt tinggi menggunung..
InsyaAllah 1 minggu di sana, Along dan Nini akan melalui pengalaman menarik dan seronok. Apa lagi dgn kehadiran 5 orang lagi sepupu bersama..
Dan macam orang hantar anak pegi masuk asrama, siap dgn beg besar sorang satu,'cetong' berisi keperluan mandi, selimut, cadar dan lain lain..Malam tadi selepas anak anak dah masuk tidur kami ke Giant utk beli bekal mkn dan minum.. Serba sedikit utk tiap jenis makanan termasuk la biskut Jacobs,Air Tin,Kek Pisang, Mamee dan beberapa benda yg agak agak dapat mengenyangkan diorang kat sana nanti..Sambil ibu duk ambik itu dan ini isi ke bakul, si Abah pulak duk komen.."Ibu ni.. macam nak hantar anak gi berkelah kat sana.."
Camtu la..orang lelaki ni kdg kdg kurang sensitif bab ni kan..Tak pe la..Sekurang kurang nya kami saling lengkap melengkapi.
Dan petang tadi, ibu call hp Along utk bertanya khabar..sebenarnya nak dpt kan first impression anak anak beberapa jam selepas kami tinggalkan kat sana. Kata Along.."Semua ok bu..Lauk pun sedap.Ada lauk ayam jgk." Komen Nini juga lebih kurang sama..
***Dari Hati:
Betapa penting nya peranan makanan sedap dan bekalan 'cikedih' yg sedap sedap dalam hidup anak anak.. Semuga anak anak ku dapat tidur lena malam ni..dan disulami mimpi yg indah indah..
Rasa sunyi pulak sejak sampai rumah tadi..(Terkurang 2 orang ni.)
1 comment:
Bila dah biasa seme ada kat rumah, terkurang sorang mesti terasa cam sunyi je ye... Tulah, hakikatnya sekuat mana pun sayang dan tak maunya kita berpisah ngan anak2, bila tiba masanya nanti mereka terpaksa juga berjauhan dengan kita.
Post a Comment