Wednesday, May 20, 2009

39 tahun lalu..

Cerita ni bermula 39 tahun lalu di kampung Tok Bok, Labok, Kelantan. Pada 19hb Mei 1970..Keluarga besar Hj Deraman bin Hj Salleh dan isteri tercinta Hjh Mek Yas bt Awg Hamat menyambut kelahiran ahli keluarga baru, seorang puteri dan diberi nama Ros Zuraini. Semakin meningkat dewasa, si anak yang dipanggil Su, agak cerah kulitnya dan berambut kerinting ala mee meggi. Mewarisi sifat sifat penyayang dari bondanya dan juga tegas dalam kelembutan .(ada orang kata la..he he he.)serta punyai minat yg mendalam di dlm bidang perniagaan. Almaklum anak kelantan.. Arwah abah juga seorang Tukang Sembelih Lembu merangkap Peniaga Daging. Sebut saja nama Wok Mei dan Mok Su Yah..Sapo tak kenal..

Menamatkan zaman sekolah rendah di SKPC dan sekolah menengah di Sek.Men.Keb (A) Naim Lilbanat. Alhamdulillah boleh berbahasa Arab sikit sikit..walaupun tidak terlalu fasih. Diringkaskan cerita, melanjutkan pengajian ke ITM pd tahun 1988-1990. berkelulusan Diploma In Business Studies.

1990..Mula memasuki zaman pekerjaan sebaik menamatkan pengajian di ITM Segamat. Sebagai Kenangan, elok juga dicatatkan di sini.. Jawatan pertama yang disandang- Shift Supervisor BDF / Medical Latex di Senai, Johor. Tapi tak lama mana pun kat sana kerana kesihatan kedua ibu bapa yg semakin merosot dan sbg si anak yg prihatin, kembali tinggal bersama keluarga dan diterima bertugas di Unit Penyelidikan Dan Pembangunan, HUSM Kubang Kerian. " A Study of Prevalence and Pathogenesis of Renal Stone"..Agak menarik kan..

Namun dugaan Allah ..siapa lah kita utk menolaknya.Tidak akan berubah walau sedetik..

Tarikh 9 Feb 1995 bersamaan hari ke 9 Ramadhan (Khamis).. Abah yang di sayangi telah dipanggil pulang oleh Pencipta Yang Maha Agung..Ditambah lagi dgn peristiwa perpisahan abadi antara Abah dan Ma beberapa bulan sebelumnya.. dan beberapa ujian yg menimpa telah membuka semula langkah jauh dari kampung halaman..Bukan membawa diri atau cuba menjauh tapi mungkin itu yang dikira sbg terbaik pd masa itu. Hidup perlu diteruskan..Alhamdulillah di tahun 90an, Diploma holder masih dikira beruntung, senang dapat kerja. (Mungkin juga nasib dan rezeki seorang anak yatim..) Di Kenwood(M) Sdn Bhd, tugasan baru semakin mencabar bila diberi tanggungjawab memantau jadual penghantaran parts dari pembekal asal di Jepun ke Kenwood di Johor. Apalagi bila berurusan dgn majikan berbangsa Jepun. Peluang dihantar berkursus di S`pore selama beberapa bulan juga pengalaman yg sgt berguna sepanjang hayat..
Panggilan rasmi di tempat kerja dulu..'Ros San'...Makna nya Cik Ros..


Tahun 1996..Dan sebagaimana yang tertulis sejak azali, sampai masanya bertemu jodoh. Agak menarik juga sebab dalam tempoh beberapa bulan saja selepas dipertemukan dan disusuli dgn peminangan dan akhirnya sah bergelar isteri kpd seorang lelaki yg telah lama dikenali oleh bondanya sendiri. Kawan baik kpd abang ipar iaitu suami kpd salah seorang kakak. Keikhlasan yg ditunjukkan telah membuka pintu hati untuk menerima kehadiran seseorang yg bakal bergelar pasangan hidup.. Dan selebihnya diserahkan kpd Allah.. Disebabkan seorang di Johor dan seorang lagi di Terengganu, maka keputusan utk berhenti kerja diambil walaupun amat mengecewakan bonda tercinta.. InsyaAllah masih ada peluang dan rezeki lain menanti di tempat baru..Tanggal 19 Ogos 1996 kami diijab kabulkan..Buat pertama kalinya majlis perkahwinan dlm keluarga kami, tanpa kehadiran Abah.. ( Tuhan lebih menyayangi nya..)
Kami mula bercinta selepas sah bergelar suami dan isteri.. sehingga ke hari ini masih terus ingin bercinta..

Tahun 2000, Sue Beauty Saloon di Pusat Perkhidmatan Balok, Kuantan dan juga UP TeleCentre di premis yg sama mula beroperasi. Diikuti Sue Beauty & Hair Saloon di Kemaman Centre Point pd 2002.. Keluarga kami semakin bertambah dan kerjaya ibu dan abah juga semakin berkembang. Syukur yg tak terhingga kpd Yang Maha Esa.. Dalam kesibukan menguruskan perniagaan kami juga berpeluang berkunjung ke Tanah Suci dan sempat juga pd tahun tahun yg berikutnya ke Beijing..

Tahun 2005 kami sekeluarga berpindah ke Saratok, Sarawak. Suami diarahkan berkhidmat di sana dan perniagaan kami di semenanjung terpaksa juga ditutup.......................( Innaa lilllahi wa inna ilaihi raaji'un) Alhamdulillah penghijrahan ke Sarawak membuka lembaran baru, kenangan yg amat manis dan indah..Terima Kasih kpd Mama Salbiah bt Omar, Baba Ustaz Arifin dan suami tercinta kerana memberi peluang aktif mengimarahkan surau dan jemaah Dhuha.. Walau di mana kami melangkah di bumi Allah ni, namun hati masih ditinggalkan di sana. Kuat dan mendalamnya ikatan ukhwah..

Diringkaskan lagi..Tahun 2009.. Nur Raihana (12 tahun), Nur Rifhani (10 tahun), Muhammad Rahman Arief (7 tahun), Nur Raudhatul Imane (5 tahun) dan Muhammad Raheem Irsyad (..6 bulan).. Keluarga besar kami berpindah balik semula ke semenanjung pd awal tahun ni.
Alhamdulillah.. Apa jua dugaan yg menimpa, hidup mesti diteruskan.. Ada masanya kita perlu ketepikan beberapa perkara utk mendahulukan beberapa perkara yg lain.. Kerana Allah sahaja yg lebih layak menilai. Dan..alangkah indahnya kehidupan kat dunia ni kalau kita bijak menghargai pengorbanan,kasih sayang dan kesetiaan. Dan.. jadilah insan yg prihatin tentang perkara perkara kecil yg berlaku di sekeliling kita.. Jgn sesekali 'hanyut' dgn kesibukan di dunia, sesekali intai lah ke alam selepas kematian.. Mungkin perkara perkara yg dianggap kecil
dan tidak perlu pd masa sekarang.. akan jadi penyelamat kita semasa di "titian" nanti..


Dan..Kehidupan seharian semakin mencabar bila kami perlu selalu berjauhan, dgn tuntutan kerja suami yg terlalu sibuk dan jam kerja yg tak menentu..Mungkin ada benarnya.. semakin tinggi tahap profesion seseorang, maka semakin besar ruang jarak dgn keluarga.."Weekend Husband"...Itu lah istilah yg relevan.. Juga ada masanya pd hari hari penting dan sgt sgt memerlukan kehadirannya, tetap perlu dilalui berseorangan..

Apa pun keperluan dan kebajikan anak anak tetap menjadi keutamaan, insyaallah..

Dan hari ini, anak kecil yg dilahirkan 39 tahun dulu masih punya impian tersendiri. Walaupun sentiasa 'mengalah' .. sangat yakin ..Allah Maha Adil dan Maha Mendengar setiap detik gerak hati hambaNYA..

Untuk suami tersayang..terima kasih kerana sudi menerima ku seadanya dalam melayari sebuah kehidupan. Dan sama sama kita berdoa semuga hati kita semakin dekat pd NYA..

Monday, May 18, 2009

Layaaaan lagi..

TEARS IN HEAVEN.

Would you know my name
if I saw you in heaven?
Would it be the same
if I saw you in heaven?
I must be strong and carry on
'Cause I know
I don't belong here in heaven...

Would you hold my hand
if I saw you in heaven?
Would you help me stand
if I saw you in heaven?
I'll find my way through night and day
'Cause I know
I just can't stay here in heaven...

**Time can bring you down,
time can bend your knees
Time can break your heart,
have you begging please...
begging please..
Beyond the door
there's peace I'm sure
And I know there'll be no more tears in heaven...

Would you know my name
if I saw you in heaven?
Would you be the same
if I saw you in heaven?
I must be strong and carry on
'Cause I know I don't belong here in heaven...

***********************************************************************************
Mungkin lagu ni sikit sebanyak dapat membawa minda kita ke persoalan alam selepas kematian. Nyanyi, nyanyi jugak..tapi biar la faham intipati yg disampaikan tu..

**Dari hati..
Sama sama la kita berdoa semuga di alam fana nanti kita dapat dipertemukan semula dgn orang orang yg kita sayang kat dunia ni..dan dalam keadaan dia masih mengenali dan menyayangi kita..

Selamat Hari Guru

Untuk semua guru se Malaysia..selamat Hari Guru ..Especially utk Cikgu Jun, Jae,Nani, Lia (yg nak kawin tak lama lagi), Tini, Eti di Kedah, Cikgu CT Aishah, Cikgu Jamaliah, Zahanah dan ramai lagi..Walau kat ceruk mana pun anda ditugaskan..

Mengimbas kembali sambutan hari guru tiap tahun dari zaman ibu sekolah rendah tahun 70an kat Sekolah Kebangsaan Pulai Chondong dulu sampai la tahun 80an pengabisan sekolah menengah kat Sekolah Menengah Keb. (Agama) Naim Lil Banat . Masa jadi student, macam jadi satu kemestian student akan bagi hadiah kat cikgu terutamanya barisan cikgu cikgi yang jadi favourite.. Ingat kan bila dah tamat zaman persekolahan, sambutan hari guru tak la jadi agenda utama tiap tahun..Tapi rupanya bila anak anak dah makin besar dan bersekolah, kami berdua akan turut serta menyambut nya..cuma dalam bentuk yang berbeza tapi masih dikira memain kan peranan amat penting..

Macam tahun tahun sudah,Ayong, Nini,Amen dan kakak Nani akan bagi tau ibu berapa orang ckgu yg diorang nak bagi hadiah. Ibu dan abah akan ambik tugas gi beli, ibu akan tolong balut, ayong potong cellotape dan alhamdulillah selesai la tugas untuk tahun ni. Malam tadi, punya la ramai mak mak membeli hadiah hari guru,rasa macam orang shopping raya last minute.. Kalau dibandingkan, masa kat Sarawak dulu lagi best bila time beli hadiah utk cikgu cikgi ni..Boleh dikatakan 90% cikgu kat sekolah anak anak tu ibu kenal dgn baik dan demo tu pun kenal ibu dan abah. Dan kedai yg jual cenderahati pun banyak, kalau tak nak beli kat Saratok, boleh ke Sarikei atau kalau perancangan awal dibuat, kami beli masa berhujung minggu kat Sibu..

Tapi sekarang ni bila dah pindah ke semenanjung, agaknya terkena duk kwsn yang tak berapa "mesra alam" ni, susahnya nak cari hadiah yang sesuai kat area sini.. Anyhow, last night we managed to get few items dan ibu tambah dgn beberapa cenderahati dari stok e-kedai ibu.. Kiranya stok dari kedai "From Sarawak With Loves.." ibu pun turut menyumbang tahun ni.. Tak pe la..Asalkan hasrat anak anak tercapai..
Sebenarnya budak budak ni tak terfikir agaknya, yang duk kat rumah ni, " hok la pote la pote..kulu kilir..lorat tok bradu ssamo.." pun seorang guru juga.. malah pendidik yang jauh lebih awal mendidik diorang sebelum cikgu tadika memulakan tugas mengenalkan ABC , nyanyi lagu , hafal doa makan dan macam macam lagi.. Tak pe la..Mungkin tak tercapai akal bebudak . Nanti bila sampai giliran masing masing dah jadi ibu nanti, baru la demo napok.. Entah la kot masa tu Ibu Su ni pun dah dipanggil pulang.

Dan..Pejam celik ..pejam celik..Rupanya hari ni dah 18hb Mei. Maknanya esok 19 Mei la kan..


Tuesday, May 12, 2009

Jom Nyanyi..

Lama benar tak dengar lagu ni kan..

# Ingin ku pergi jauh dari mu
# Agar ku kenal erti rindu ini
# Ingin aku menyelami jiwa mu
# Agar ku kenal diri mu kasih..

# Ingin aku membenci diri mu
# Tapi kebencian tiada pada ku
# Walau apa yang kau sangka kan
# Aku tetap cinta pada mu

Sekadar mengingati lagu lama yg masih evergreen sampai sekarang.. Dan lagu ni la yg duk bermain dalam kepala sesekali hari ni..

***Dari Hati
..Saratnya makna yang tersirat di sebalik bait bait yang tersurat. Dan..kalau ada yang terasa nak merajuk hari ni, pandai pandai la pujuk hati sendiri.. Mungkin sekarang bukan lagi zaman dipujuk pujuk. Terima la dugaan seadanya, insyaAllah ada jalur sinar di sebalik kesuraman hari ni..Dan..seperti biasa juga, live must go on..

Friday, May 08, 2009

Selamat Hari Ibu..

Salam..Menjelang hari ibu lagi dua tiga hari, apa you all rasa? Sekadar berkongsi cerita di sini.. Sebenarnya kat mana ceruk rantau pun dalam bumi Allah ni dan sape sape pun yang diberi peluang jadi seorang ibu.. amat mudah terasa hatinya,nalurinya selalu tepat dan doanya juga amat mustajab..



Dan seperkara lagi Allah tinggikan darjat seorang ibu, melebihi darjat seorang ayah. Bukan utk membelakangi hak hak dan keutamaan seorang ayah, tapi mungkin secara biologinya pengorbanan seorang ibu menuntut 'commitment' sepanjang hayat.



Cuba tanyakan pada anak anak kita apa sebenarnya makna "Hari Ibu" pada mereka? Adakah sekadar bagi hadiah kat ibu @ ucapkan selamat hari ibu kat mak masing masing @ belanja mak makan makan kat luar atau mungkin pada yang lebih berkemampuan, bawa mak pergi bercuti kat tempat best best ke..



Pernahkah kita sebagai anak terfikir apa sebenarnya hadiah istimewa yg seorang ibu harap harap kan? Rasanya bukan la hadiah setahun sekali seperti yang selalu diraikan. Dan bukan juga "makan malam istimewa" atau kad ucapan .



Bila dah 12 tahun menjadi seorang ibu.. rasanya hati ni lebih memahami .. setiap langkah yg diatur setiap hari dari saat membuka mata di awal pagi, bait bait doa yang dimohon setiap kali selepas solat , itulah sebenarnya hadiah yang amat bermakna jika Allah perkenankan. Walaupun ada hari hari nya seakan amat menduga tahap kesabaran, namun apa lah yang termampu seorang ibu lakukan selain dari berusaha dan terus berusaha memberikan yang terbaik utk anak anak..regardless of what we get back in return from our beloved ones...



Sedih memang sgt sedih .. Tapi itu lah hakikatnya hidup.. Bagi anak anak yang masih diberi peluang untuk punyai seorang ibu, jaga lah hatinya, patuhi kata katanya selagi tidak menyalahi suruhan Allah, jangan meninggi suara bila bertutur dgnnya, pandanglah wajahnya bila bercakap dan jangan sekali kali berbohong dgnnya kerana seorang ibu lebih tahu jika si anak tidak berkata benar..dan selalu la merendah diri dan minta maaf setiap kali buat kesilapan, jangan tunggu hari raya je..

** Dari hati..

Selamat Hari Ibu.. Biar lah Allah sahaja yang menilai setiap perbuatan dan amalan kita... Wallahua`lam,



Tuesday, April 21, 2009

Fikir dulu...

Assalamualaikum.. Lama benar tak berkesempatan nak bercerita kat blog ni. Alasan yg relevan ialah sibuk dgn hal hal lain yg tak pernah selesai. Al maklum la, bila menyandang banyak sgt jawatan, kdg kdg ada hal yg kita terlepas pandang..



Banyak sgt jawatan??? Nyaman gilak bunyinye.. Ye la, kalau dah jadi pengurus hal ehwal keluarga mcm sekarang, ibu ni jadi doktor(especially bila ada yg demam atau atas alasan tertentu, buat buat demam..), chef (bab ni sgt sgt menuntut kesabaran..terutama bila selera masing masing berbeza, maka menu order utk ala carte jadi pelik pelik..sabo je,tp most of the time of course la ibu yg decide apa yg ibu nak masak..) house keeping manager (ada 7 orang permanent resident termasuk ibu la..consultant (bukan senang nak deal dgn banyak aduan tentang salah laku si adik @ abang,tak puas hati bila sorang kena buat keje dan sorang lagi tak di suruh, kena dengar pulak cerita masing masing bila dah balik dari sekolah..ni belum lagi kira cerita yg detail..siap dgn apa nama kawannya, kat mana dia tinggal, sape duk kat sebelah dia dlm kelas..dan mcm mcm , termasuk la sessi memujuk dan penerangan berkala setiap kali tak ditunaikan apa apa permintaan bila kami keluar shopping..

He he he ..itu baru sebahagian kecik dari tugasan harian ibu. Belum lagi masuk bab prepare meals for breakfast, walaupun ada masanya kami 'kesiangan' so yg nak ke sekolah dah jadi kelam kelibut, maka yg dimakan tak la banyak mana pun, tapi mesti ada special request supaya hidangan yg tak abis tu disimpan dulu.. 'nanti kitorang nak makan bila balik sekolah nanti..'

Bab laundry..Ya Ampun.. Sesiapa yg melalui routine mcm ibu tentu amat faham..Al maklum dari loading ke mesin (kdg kdg hubby tolong la..), unload dari mesin ( yg ni pun kdg kdg dia berminat jgk tolong), sidai kain ( tang ni, ibu quite cerewet..biar ibu yg jemur, ada seni nya..kalau yg lain pakat tolong, nampak lain sgt pattern jemuran nya..besar kecik tak teratur dan berkedut..) ,lipat baju (kdg kdg anak anak lipat baju sendiri..cuma hasil kerja tgn msg msg tu tak la berapa indah dipandang.. tapi untuk ajar urus keperluan sendiri.) dan ironing..

Dan sejak 30hb Nov 2008 ... ibu dinaikkan pangkat lagi kepada Pediatrician . Sejak kehadiran si kecik Muhammad Raheem Irsyad, daily job scope ibu jadi lebih mencabar. Alhamdulillah sekarang ni dia dah 5 bulan. Semakin lasak dgn berat dah mencecah hampir 8 kg. Kalau tengokkan kemahiran dia mengangkat punggung dan bahu, insyaallah by next 2 weeks boleh merangkak dah kut. Part perut je agaknya berat sikit.. Sabar sayang.. Just go step by step..

Berbalik pada tajuk fikir dulu..sebenarnya panjang lagi ayat yg tersirat selepas dua patah perkataan tu.

Kalau la ada yg kata "seronok la awak ye..tak keje..duk main dgn anak kat rumah je..nak beli ape ape abang awak bagi.." maka sebenarnya percaya la..kenyataannya kami yg jadi suri di rumah ni sgt sgt la sibuk. teringat masa jadi Sales Coordinator kat Impiana dulu, ada jugak masa rehat rehat dan santai selepas buat hotel inspection dgn customers, dan juga masa berkedai dulu, lagi la best.. Baik la you all fikir dulu before kata surirumah boleh rehat dan take our own sweet time kat rumah..

Dan percayalah.. dalam apa jua tugasan yang kita buat kat bumi Allah ni, biarlah dimulakan dgn lafaz yg mulia ..Bismillah. Niat mesti betul. Lakukan kerana Allah, insyaAllah segala penat lelah akan dibalas dgn kebaikan yang berlipatganda dari Allah.

Macam ibu jugak..bila ibu memilih untuk mendahulukan keperluan utk melaksanakan amanah Allah iaitu menjadi isteri kpd abah dan ibu serta pembimbing kepada anak anak, ibu tahu akan ada beberapa 'nikmat' yang perlu ditolak ke tepi.. Dan insyaAllah tidak akan ibu menyesal dgn laluan yg ibu pilih ni, kerana hanya yang melalui nya sahaja akan merasai kemanisan menjadi seorang ibu spt ku..

Ok.. Si Manja ichad dah mula menangis..nak dimandikan tu..


Dari Hati **
Teringat pulak kata kata sorang Mentor tentang calon calon protege yg dicari. Katanya lebih kurang gini la.. "Menyanyi lagu rock ni you kena jujur. Tak boleh dibuat buat,dia dtg dari dalam.. Saya tak nampak tu masa awak nyanyi tadi..Orang yg nyanyi lagu rock ni..jujur..Sebab tu yang paling senang masuk syurga ialah penyanyi rock sebab dia jujur.."

Terkejut jgk dgr ulasan rocker berbadan sasa tu.. `Ala kulli haal...Fikir dulu..



Wassalam

Friday, March 27, 2009

NATANE COSMETICS.. Sila buat tempahan.

ASSALAAMUALAIKUM...


PRODUK KECANTIKAN NATANE
Hubungi Puan Sue : H/P 013 - 9092456 E-Mail suerashid@yahoo.com





NATANE - ENHANCE YOUR BEAUTY


Produk Natane merupakan rangkaian penjagaan kulit yg terhasil dari gabungan teknologi tinggi dan kepakaran dermatologi yg diiktiraf dalam bidang kosmetik. Melalui kajian saintifik yg tinggi,produk ini diformulasikan sesuai utk kulit wanita Asia.Dengan ramuan bahan bahan terbaik dari makmal makmal dermatologi Perancis dan Korea.
Produk Natane telah terbukti keberkesanan nya kpd kulit wajah pengguna. Penggunaan yg teratur dan pemakaian yg berterusan, insyaAllah akan memberikan hasil yang amat memuaskan.
Natane diakui selamat berdasarkan bahan aktif yg menyejukkan kulit seperti Aloe Vera, Minyak T-tree, ekstrak timun, ekstrak Ginseng, azulen dan asid buah. Kandungan bahan aktif ini mampu mengaktifkan kembali proses penggantian sel kulit lama kpd sel kulit baru TANPA radangan,pengelupasan dan kaedah yg menyakitkan kulit. Hasil nya kulit wajah akan menjadi lembab bercahaya.

Rangkaian produk kecantikan Natane :

HARGA

* Active Lotion Milk ( Susu Pembersih ) RM 54.90

* Active Lotion Cream ( Scrub Muka ) RM 64.90

* Softening Cleanser Foam ( Sabun Pembersih ) RM 44.90

* Acne Purifying Toner ( Penyegar ) RM 69.90

* Active Purifying Toner ( Penyegar ) RM 69.90

* UV Protection ( Krim Siang SPF 30 ) RM 69.90

* Blanc Matrix Renewing ( Krim Malam ) RM 69.90

RASAILAH PERUBAHAN WAJAH HANYA DALAM 14 HARI BERSAMA NATANE

Mulakan dengan ..

BASIC MATRIX CARE
Hanya dengan 4 langkah mudah, ringkas, tidak menyakitkan,tiada pengelupasan, bebas melakukan aktiviti harian, telah terbukti keberkesanannya memberi hasil yang optimum untuk wajah idaman anda.

ACTIVE LOTION MILK 60 ml ( SUSU PEMBERSIH ) RM 54.90
Untuk kulit berminyak, jerawat dan sensitif.Penggunaan bahan solekan setiap hari pd wajah memerlukan rutin pembersihan yang lebih mendalam.
Gunakan Active Lotion Milk utk menanggalkan sisa sisa solekan yg termendap di bawah lapisan kulit. Berfungsi sbg anti oksida, mengeringkan jerawat tanpa mengubah nilai pH.
Bahan aktif utama iaitu Tea-tree Oil berfungsi utk melarutkan bahan berminyak pd kulit wajah dan sbg agen penyembuh utk memulihkan kembali sel kulit yang luka dan sensitif.

Penggunaan

Titikkan susu pembersih d beberapa bhgian muka dan urut perlahan lahan dan rata di seluruh wajah. Lap semula menggunakan kapas muka yang di lembabkan.Bilas dgn air bersih. Menjadikan kulit lebih segar dan bersih.


SOFTENING CLEANSER FOAM RM 44.90
Pembersih muka .Sangat lembut dan melembabkan kulit selepas membersih.Mengeluarkan segala kotoran yg tersumbat jauh ke dalam kulit tanpa mengganggu keseimbangan pH pd kulit.
Menanggalkan sel mati dan memberi ruang utk kulit bernafas dgn lebih sempurna
Kandungan bahan aktif iaitu ALOE VERA 100% bertindak sbg anti-oksida,bahan pelembab dan dpt mengelakkan dari masalah pengeringan kulit sbg faktor utama kpd pembentukan kedutan awal.

Guna dgn berterusan, insyaallah kulit wajah menjadi lebih cerah, berseri dan tekstur kulit yang lembut dan sihat..

UV PROTECTION RM69.90
Krim Siang .
Dirumus dari Vitamin E yg kaya dgn pelembab dan diakui mempunyai daya untuk menghalang kesan negatif radikal bebas yg merupakan punca utama kpd kesan penuaan.
SPF 30 utk memberi perindungan maksimum kpd kulit.
Selain berfungsi sbg pelindung dari sinar matahari,juga bertindak sbg pelembab.
Tidak melekit dan mudah serap pd lapisan kulit.
Hasilnya kulit wajah kelihatan ceria dan lembab bercahaya.

NATANE ... ENHANCE YOUR BEAUTY


BLANC MATRIX RENEWING RM69.90
Krim malam.
Mengeringkan jerawat dn mengurangkan serta menghilangkan parut pd wajah.
Merawat kulit wajah dgn mengurangkan garis halus/kedutan di wajah.
Memulihkan masalah jeragat dan warna kulit tidak sekata.
Mengembalikan tekstur kulit yg asli,licin,halus,cerah dan berseri.
Kesan ketara dapat dilihat selepas beberapa minggu namun ramai pengguna mengakui keberkesanan dpt dirasai hanya selepas beberapa hari sahaja.

ATURAN PENGGUNAAN

Selepas mencuci muka (sebelum tidur).Gunakan tangan yg bersih utk mengambil sedikit krim dan sapu beberapa titik di kwsn dahi,hidung,dagu dan pipi. Ratakan perlahan lahan.
Elakkan menyapu krim di kawasan muka yg sensitif spt. mata dan bibir.
Pada peringkat awal penggunaan, boleh dipakai setiap malam mengikut kesesuaian. Selepas 3 bulan boleh lah dikurangkan kepada 4 kali seminggu.

MEMANDANGKAN KITA SEMUA MEMILIKI JENIS KULIT WAJAH YG BERBEZA, MASALAH KULIT KITA JG TAK SAMA ANTARA SATU DGN YG LAIN.... JADI TEMPOH UNTUK MERASAI KESAN / HASIL YG AKAN DIPEROLEHI SELEPAS PENGGUNAAN PRODUK JUGA PASTI BERBEZA .. INSYAALLAH CARA PENGGUNAAN YG BETUL DAN SABAR AKAN MEMBERIKAN PULANGAN YANG MEMUASKAN..


DGN NATANE...
RINGKAS, TIDAK MENYAKITKAN, TIADA PENGELUPASAN, BEBAS MELAKUKAN AKTIVITI HARIAN , TERBUKTI KEBERKESANAN
INSYAALLAH AKAN MEMBERI HASIL YG OPTIMUM UTK WAJAH IDAMAN ANDA.


DAPATKAN SET PERCUBAAN NATANE HARGA : RM 130.00
Mengandungi :

# Active Lotion Milk
# Softening Cleanser Foam
# UV Protection ( Day Cream )
# Blanc Matrix Renewing ( Night Cream )


Selamat Mencuba