Wednesday, March 13, 2013

14 feb 2013

(entri sebenar bertarikh 14 feb 2013, lama tersimpan rapi sbg 'draft' tanpa sempat Ibu publish kan)

Bismillah... dpt juga mencuri masa utk update blog yg dah lama sepi.  Jam dah 1.23 pagi, Zauji kat sebelah ni dah lena dibuai mimpi, Ibu masih ada tuntutan yg perlu diselesaikan.

Teringat kan 2 sms yg Ibu terima mlm td dari seorang hamba Allah yg mempersoalkan ketentuan Allah, Ibu tak dpt nak menjawab kerana bimbang juga jawapan Ibu nanti tidak seperti yg dia harapkan. Dan tak nak dipanjang kan kesedihan nya andai  jawapan Ibu tidak menyebelahi dia, lalu Ibu biarkan 2 sms yg tak berbalas tadi.

Tapi hati amat terpanggil utk membalasnya di sini, di halaman sendiri. Andai ditakdirkan empunya sms td berkunjung , semuga dapat dia tatapi dgn hati terbuka.

"Hidup ni ibarat berada di  satu tempat yg sgt mengasyikkan,  kita akan diberi peluang oleh Allah utk mendapat apa yg kita idamkan dan Allah bagi peluang juga utk kita berbuat segala sesuatu, dgn izinNYA .
Maka ada masanya kita  akan kalah dlm pertimbangan, kecundang dgn perangkap syaitan, pun dalam waktu yang sama masih diberi NYA peluang utk berbahagia di dunia yg sementara ini.  TAPI bila apa yang kita harapkan, impikan tak menjadi nyata, ada pula yg akan menyalahkan org lain, dan mula mempersoalkan ketentuan takdir Allah, tanpa  meneliti kesilapan diri sendiri. "

Wallahua`lam. Ibu tak ada jawapan yg khusus utk soalan yg bertalu talu di sms tadi.

13.03.13

13.3.13   "Pendengar Yang Baik"

Bismillah.. sempena tarikh cantik hari ni Ibu tergerak hati utk update sesuatu. 

Sudah hampir suku tahun 2013 rupanya, spt biasa Ibu akan sebutkan..."cepat nye masa berlalu"

Dalam kesibukan seharian menguruskan rumahtangga, menangani keperluan dan kerenah anak anak, apalagi menguruskan pelanggan pelanggan Ibu di Sue Beauty Saloon, Ibu rasa kan memang masa terlalu cepat. 


Dalam kesibukan seharian juga sempat Ibu perhatikan gelagat anak anak Ibu, mereka ni juga sebenarnya  terlalu disibukkan dgn jadual padat setiap hari. Pagi ke sekolah , tgh hari balik ,makan tengahari , solat, terus bersiap siap ke Sekolah Agama di sebelah petang. Selesai  sessi sekolah agama, balik semula ke rumah , solat dan bersiap pula ke rumah Ustaz utk belajar mengaji Quran.

Usai mengaji, balik lagi ke rumah utk tukar baju , bersedia utk ke padang bola pulak, lambat siap je dah ada dua tiga org kawan datang menunggu di luar pagar. Hampir waktu maghrib, mesti dah ada di rumah, mandi, makan dan bersiap ke surau utk berjemaah di surau. Balik dari surau, ambik beg lagi satu utk ke kelas tambahan sessi malam  di sekolah. 

Sebaik balik dari kelas malam, biasanya mata  Hero Malaya kami dah 'ripit' , boleh dibuka separuh je, mood pun dah tak berapa baik kalau nak dibawa bersembang atau tanya kan itu dan ini. Sedar sedar dia dah terbaring tido .

Pagi esoknya jadual yang sama akan berulang lagi dan lagi dan lagi...

Sebagai renungan.. Kita ibubapa sering merasa sibuk  dgn tuntutan tugas setiap hari, tanpa kita sedar anak anak juga  ada jadual tetap masing masing yg amat menuntut komitmen masa mereka.  Tentunya mereka juga penat , lesu dan ada banyak rasa yg ingin dikongsi dgn kita setiap kali bila berpeluang. Mereka juga perlu meluahkan rasa sedih, marah, geram, ketidakpuasan hati atau apa jua bentuk perasaan  yg terhimpun  sedari awal pagi  bila dihantar ke sekolah  hingga ke   saat kita bertemu semula sebaik pulang dari kerja. 

Ibu mengingatkan diri sendiri dan semua Ibu lain yg berkesempatan membaca blog ni, sepenat mana sekali pun, bersedialah utk menjadi pendengar yang setia kpd anak anak, sebelum mereka beralih arah utk mengadu segala hal kpd kawan kawan di luar sana. Jadilah pendengar yg baik , mungkin mereka bukan minta kita merungkaikan setiap kekusutan, tp memadailah jika kita bersedia utk meyakinkan mereka, hidup ini tidak  mudah tapi dgn izin Allah dan bila kita bersama sama bersedia melaluinya , setiap kesukaran bakal  diselangi dgn 
 kesenangan dan  dipermudahkan juga urusan kita.. Bi iznillah.

Salam Kasih Sayang,

Dari IbuSue 
13.3.13

Sunday, December 02, 2012

01.12.12. Dari Hati Suerashid...

Bismillah.. cepatnye masa berlalu . dah masuk bulan Dec 2012.

Baru semalam 30Nov 2012, anak bongsu kami Muhammad Raheem Irsyad menyambut besday. Dah genap 4 tahun umur adik Ichad  sekarang, Alhamdulillah.

Baru dua hari lepas 29 Nov 2012 , puteri sulung kami Nur Raihana selesai menduduki ujian pemilihan ke MRSM di Kuantan. Besar harapan ibu dan abah supaya terpilih nanti.

Baru tiga minggu lepas kami sekeluarga berpeluang utk bercuti ke Jakarta-Bandung , Alhamdulillah sesekali dpt luangkan masa bercuti dan layan kerenah anak anak, walaupun pun amat menuntut kesabaran maksima .

Banyak perkara menarik berlaku sepanjang 2012, suka duka , kesemuanya akan saya kenang selagi hayat dikandung badan...

Terlalu banyak perkara utk disyukuri, Alhamdulillah, Semuga Allah akan memberi peluang kpd saya utk terus menghirup udara segar setiap hari dan melalui kehidupan seharian yg agak sibuk tanpa sesekali mengingkari perintahNYA..

Dan semuga saya berpeluang utk melihat kejayaan anak anak kami nanti, tidak hanya berjaya di dunia tp saya amat mengharapkan kecemerlangan mereka mengumpul bekalan utk ke alam yg kekal nanti,,,kerana mereka lah saham kami berdua di dlm kubur nanti.. Amiin.

Tuesday, November 20, 2012

Gaza.....anak anak riang VS anak anak malang ...

Sejak kebelakangan ni, saya amat berhati hati bila berkesempatan jenguk ke Fb,,,mungkin pd usia 40an,
 naluri keibuan saya sgt mudah tersentuh dan tersentap tiap kali ada dipaparkan gambar kekejaman
 terhadap anak2 syurga d Gaza.. segera terbayang wajah anak2 di rumah...
 terluka sikit je, si kecil saya akan segera minta disapu ubat,
 di tampal plaster,,minta dibelai dan dimanja.

.
Tp anak2 syurga di sana ... Aduh.....tak sanggup saya bayangkan ..
Semuga Allah akan segera mengubah nasib malang mereka,
 agar kehidupan zaman kanak kanak mereka 
akan lebih bermakna dan
mereka mampu trsenyum riang
 spt anak anak saya di sini....

Wednesday, October 31, 2012

mimpi semalam

Assalamualaikum....entri kali ni berkenaan mimpi..dah lama saya tak bermimpi, asal letak je kepala kat bantal fevret saya, terus lena  entah ke mana mana, mcm skrin tv lps  suis di off kan.
Tp mlm td agak istimewa, saya dibawa kesuatu   tempat tinggi spt mendaki gunung dgn kenderaan yg gagah dn semakin tinggi kami daki, semakin indah  pemandangannya....MasyaAllah,sgt cantik tak terbayangkan dgn kata  kata..

Mungkin saya tidak berpeluang utk berada di situ maka Allah singkapkan laluan semasa mimpi,,Alhamdulillah w/pun ianya cuma mainan dan penambah rasa semasa tidur,,,saya tetap beranggapan   Allah bekalkan saya satu pengalaman istimewa mlm td.

Saturday, October 20, 2012

Alhamdulillah ,terima kasih ALLAH


antara entri yg terbengkalai sekian  lama  dlm  draft..baru hari ni  dpt curi masa utk di publishkan...(Puan sue tgh rajin menulis,,idea ada mariiiiii)

Bismillah....
Lama betul tak update blog ni.Antara sbb nya adalah amat sibuk terutama sepanjang Ramadhan baru ni. Saya biasanya jadi silent reader di blog sendiri.

Kebetulan pulak hari ulang tahun perkahwinan kami pd 19hb Aug adalah bersamaan dgn hari raya AidilFitri baru ni.

Alhamdulillah rasanya baru lg bergelar isteri kpd En Rashid ..tahun ni puteri pertama kami dah pun berusia 15 tahun, jauh sudah rupanya perjalanan kami di alam rumahtangga.. InsyaAllah cukup sudah bilangan 5 org kanak kanak riang sbg penghibur ,penyejuk hati dan juga pembekal saham akhirat kami berdua kelak.
Tak sangka juga bila beberapa hari sblm hari ulangtahun perkahwinan kami, saya telah menyatakan hasrat saya utk memiliki hp baru,, impian saya segera ditunaikan,

Bila usia meningkat sebenarnya kita akan jd lebih selesa dgn gajet gajet yg senang diguna dan dan saiz aksara nya juga lebih besar..kat mana mana pun senang nak update blog, mudah  nak baca dgn terang...

Maka  dipendekkan cerita,   alhamdulillah...terima kasih Allah,,terima kasih Zauji Habibi..

saturday blues....

Bismillah....semua ada  kat rumah hari ni   tapi ibu pulak yg kena keluar spt biasa ke salon..maka separuh jiwa ibu ada  tertinggal  kat rumah dan ibu bawak separuh je...hu hu hu...
kesian abah kwn dgn anak2  je la..
td  sdg duk leka menekan tab ni , ada sorang customer dtg,,,mmg  ibu kenal sgt dia sbb antara regular customer yg amat memerlukantahap kesabaran maksima..........

Kak Embun (bkn nama sebenar) :  Sue,,akak dtg nak tanya je ni..Sue ada simpan lg tak gambar Sofea Jane yg akak bwk dulu. Puas akak cari,,tak jumpe la ,Dik.

Puan Sue (juga bkn nama sebenar) : Tak de la...akak bwk balik smula kan ,, mesti ada kat rmh tu..nape kak?

Kak Embun : Bukan ape, Sue ingat lg tak fesyen rambut Sofea Jane yg dlm gambar tu? Akak nak simpan , nanti  next time kalau akak nak gunting lg akak nak fesyen  mcm tu lg la..Akak suka..Sue ingat lagi tak fesyen mcm tu..atau Sue  nak akak tunjukkan rambut akak skrg..

Puan Sue : (sambilsenyumnaktenangkanhatidansabarrrrrrr) Boleh jgk kalau akak nak bg Sue tgk..Bagus la kalau Kak Embun suka,insyaAllah Sue ingat lg fesyen tu tp tak dpt jd betul2 mcm Sofea Jane la  kak,,sbb  jenis rambut dia lain,,akak  lain  ..Cuma dpt la bg akak nampak cantik dn muda gitu...
(kali ni Kak Embun pulak senyum)

Kak Embun: (masih ulang  soalan dan statement  yg sama mcm  masa dia mula2 masuk td) ...dan berulang ulang ...

Puan Sue:( juga cuba sedaya upaya utk melayan kerenah customer yg istimewa ni......)

Dari dlm, beralih ke luar pintu, masih lg berulang2 topik yg sama, hingga la kak Embun  dah berada di dpn salon..perbualan kami hanya  tamat bila ada call masuk dan Puan Sue minta  diri..

Bukan tujuan nak mengumpat customer sendiri ,,sekadar  berkongsi dgn  semua kwn2 di sini..ibu punya berbagai2 lapisan customer yg juga punya berbagai2 kerenah..kalau ikutkan  logik akal, kak embun  dtg utk gunting  rambut kalau tak silap dulu dua bulan sblm puasa lg..dan skrg dan sekarang ni lg seminggu je nak raya  haji..Dan kak embun ni pulak dah  byk kali dtg ke salon sejak lps gunting  dulu,kalau tak silap dua hari lepas pon dia ada singgah dan bertanya itu dan ini..tak de pulak disebut pasal keratan gambar fesyen rambut tu,tiba tiba hari ni boleh tringat keratan gambar  si Sofea Jane..Mana nak di cari ...

(kali ni  beberapa kali jgk la ibu kena berenti menulis,,bila ada customer dtg gunting rambut..cuci..beli brg..alhamdulillah..rejeki..)

Selepas selesai  sorang customer td,baru je ibu nak duduk rehat jap..ada call dan caller nye  .......Kak Embun lg daaaaa :)

Puan Sue: Assalamualaikum ,Kak.....
Kak Embun : Wkmsalam Dik....dah jumpe ni..akak mintak XYZ  ni tolong cari kan haaa...nanti akak nak simpan elok2 la..senang bila akak nak gunting bla bla bla......

Puan Sue :  ok Kak Embun.. (legaaaa)

Semuga dia dpt meneruskan hidup hari ni dgn tenang dan rehat secukupnya tanpa fikirkan hal hal yg tak sepatutnya...(kerana ketenangan hati dan fikiran kita juga  akan memberi ketenangan kpd org2 di sekeliling  kita )

Tu br sebahagian  kecik dari kisah kisah menarik di Sue Beauty Saloon..kerenah pelanggan.. apa nak buat ..Customers are  always right. 

wassalam...