Sunday, December 02, 2012

01.12.12. Dari Hati Suerashid...

Bismillah.. cepatnye masa berlalu . dah masuk bulan Dec 2012.

Baru semalam 30Nov 2012, anak bongsu kami Muhammad Raheem Irsyad menyambut besday. Dah genap 4 tahun umur adik Ichad  sekarang, Alhamdulillah.

Baru dua hari lepas 29 Nov 2012 , puteri sulung kami Nur Raihana selesai menduduki ujian pemilihan ke MRSM di Kuantan. Besar harapan ibu dan abah supaya terpilih nanti.

Baru tiga minggu lepas kami sekeluarga berpeluang utk bercuti ke Jakarta-Bandung , Alhamdulillah sesekali dpt luangkan masa bercuti dan layan kerenah anak anak, walaupun pun amat menuntut kesabaran maksima .

Banyak perkara menarik berlaku sepanjang 2012, suka duka , kesemuanya akan saya kenang selagi hayat dikandung badan...

Terlalu banyak perkara utk disyukuri, Alhamdulillah, Semuga Allah akan memberi peluang kpd saya utk terus menghirup udara segar setiap hari dan melalui kehidupan seharian yg agak sibuk tanpa sesekali mengingkari perintahNYA..

Dan semuga saya berpeluang utk melihat kejayaan anak anak kami nanti, tidak hanya berjaya di dunia tp saya amat mengharapkan kecemerlangan mereka mengumpul bekalan utk ke alam yg kekal nanti,,,kerana mereka lah saham kami berdua di dlm kubur nanti.. Amiin.

1 comment:

Anonymous said...

Seronok yer dapat melihat negara orang