Wednesday, March 13, 2013

13.03.13

13.3.13   "Pendengar Yang Baik"

Bismillah.. sempena tarikh cantik hari ni Ibu tergerak hati utk update sesuatu. 

Sudah hampir suku tahun 2013 rupanya, spt biasa Ibu akan sebutkan..."cepat nye masa berlalu"

Dalam kesibukan seharian menguruskan rumahtangga, menangani keperluan dan kerenah anak anak, apalagi menguruskan pelanggan pelanggan Ibu di Sue Beauty Saloon, Ibu rasa kan memang masa terlalu cepat. 


Dalam kesibukan seharian juga sempat Ibu perhatikan gelagat anak anak Ibu, mereka ni juga sebenarnya  terlalu disibukkan dgn jadual padat setiap hari. Pagi ke sekolah , tgh hari balik ,makan tengahari , solat, terus bersiap siap ke Sekolah Agama di sebelah petang. Selesai  sessi sekolah agama, balik semula ke rumah , solat dan bersiap pula ke rumah Ustaz utk belajar mengaji Quran.

Usai mengaji, balik lagi ke rumah utk tukar baju , bersedia utk ke padang bola pulak, lambat siap je dah ada dua tiga org kawan datang menunggu di luar pagar. Hampir waktu maghrib, mesti dah ada di rumah, mandi, makan dan bersiap ke surau utk berjemaah di surau. Balik dari surau, ambik beg lagi satu utk ke kelas tambahan sessi malam  di sekolah. 

Sebaik balik dari kelas malam, biasanya mata  Hero Malaya kami dah 'ripit' , boleh dibuka separuh je, mood pun dah tak berapa baik kalau nak dibawa bersembang atau tanya kan itu dan ini. Sedar sedar dia dah terbaring tido .

Pagi esoknya jadual yang sama akan berulang lagi dan lagi dan lagi...

Sebagai renungan.. Kita ibubapa sering merasa sibuk  dgn tuntutan tugas setiap hari, tanpa kita sedar anak anak juga  ada jadual tetap masing masing yg amat menuntut komitmen masa mereka.  Tentunya mereka juga penat , lesu dan ada banyak rasa yg ingin dikongsi dgn kita setiap kali bila berpeluang. Mereka juga perlu meluahkan rasa sedih, marah, geram, ketidakpuasan hati atau apa jua bentuk perasaan  yg terhimpun  sedari awal pagi  bila dihantar ke sekolah  hingga ke   saat kita bertemu semula sebaik pulang dari kerja. 

Ibu mengingatkan diri sendiri dan semua Ibu lain yg berkesempatan membaca blog ni, sepenat mana sekali pun, bersedialah utk menjadi pendengar yang setia kpd anak anak, sebelum mereka beralih arah utk mengadu segala hal kpd kawan kawan di luar sana. Jadilah pendengar yg baik , mungkin mereka bukan minta kita merungkaikan setiap kekusutan, tp memadailah jika kita bersedia utk meyakinkan mereka, hidup ini tidak  mudah tapi dgn izin Allah dan bila kita bersama sama bersedia melaluinya , setiap kesukaran bakal  diselangi dgn 
 kesenangan dan  dipermudahkan juga urusan kita.. Bi iznillah.

Salam Kasih Sayang,

Dari IbuSue 
13.3.13

No comments: