(entri sebenar bertarikh 14 feb 2013, lama tersimpan rapi sbg 'draft' tanpa sempat Ibu publish kan)
Bismillah... dpt juga mencuri masa utk update blog yg dah lama sepi. Jam dah 1.23 pagi, Zauji kat sebelah ni dah lena dibuai mimpi, Ibu masih ada tuntutan yg perlu diselesaikan.
Teringat kan 2 sms yg Ibu terima mlm td dari seorang hamba Allah yg mempersoalkan ketentuan Allah, Ibu tak dpt nak menjawab kerana bimbang juga jawapan Ibu nanti tidak seperti yg dia harapkan. Dan tak nak dipanjang kan kesedihan nya andai jawapan Ibu tidak menyebelahi dia, lalu Ibu biarkan 2 sms yg tak berbalas tadi.
Tapi hati amat terpanggil utk membalasnya di sini, di halaman sendiri. Andai ditakdirkan empunya sms td berkunjung , semuga dapat dia tatapi dgn hati terbuka.
"Hidup ni ibarat berada di satu tempat yg sgt mengasyikkan, kita akan diberi peluang oleh Allah utk mendapat apa yg kita idamkan dan Allah bagi peluang juga utk kita berbuat segala sesuatu, dgn izinNYA .
Maka ada masanya kita akan kalah dlm pertimbangan, kecundang dgn perangkap syaitan, pun dalam waktu yang sama masih diberi NYA peluang utk berbahagia di dunia yg sementara ini. TAPI bila apa yang kita harapkan, impikan tak menjadi nyata, ada pula yg akan menyalahkan org lain, dan mula mempersoalkan ketentuan takdir Allah, tanpa meneliti kesilapan diri sendiri. "
Wallahua`lam. Ibu tak ada jawapan yg khusus utk soalan yg bertalu talu di sms tadi.
No comments:
Post a Comment