Thursday, March 15, 2012

RM 65

Bismillah..

Tajuk kali ni RM65..sebenarnya kesinambungan dari kisah Ibu kat spital Slayang la ni.. Sambil menunggu giliran masing masing Datin X sempat bertanya Ibu, "You keje kat mana?" Dan macam biasa jwpn standard Ibu , "Keje sendiri, saya ada salon".. Dan macam biasa jugak selalunya org lain akan berminat nak tahu pasal lokasi, servis, harga dan macam macam...

Ibu jd 'terkedu' bila si Datin X ni bercerita pasal salon yg selalu dia kunjungi kat satu tempat ni. Bila dgr kan lokasinya pon kita dah boleh agak 'meme' rega servis nya mahal..Tp bila Datin X sebut RM65 caj minima tiap kali pergi sana, terasa kering jap anak tekak Ibu..(Mahal nyeeeeee...)

Ibarat kata si Datin x, "Tak kira la I mtk diorang trim se inci ke..caj nya masih RM 65 jugak..Mahal sangat la..Semalam I pegi buat perm,,tp you tgk la..tak jadi pon..Dari dulu lagi tak pernah turun harga"

Memandangkan tu kali pertama kami jumpa dan sembang, Ibu tak berminat nak bagi komen tulus ikhlas spt yg sepatutnya..Ibu cuma katakan "Mahal nye..."

Tapi antara ayat yang tak terucap semalam :

1)Alahai Datin,,kalau dari dulu lagi harga nya dah RM65 dan you tak puas hati, tak yah la pegi sana lagi.. Cari la salon lain,,kat KL ni kan serata alam ada salon..

2) Alahai Datin,, diorang dah tahu you banyak duit..letak la harga berapa pon,, kuis sikit sikit rambut dah boleh buka resit RM65..

3) Pd umur you sekarang, sepatutnya bertudung la..kan lagi manis dan nampak sopan. Kita tak tahu lepas ni apa lagi sakit Allah nak bagi kat kita.. skrg you duk ulang jumpa Pakar Ortho,, dulu Pakar saraf, ada jaminan ke you sempat berubah kalau tiba tiba dipanggil pulang.. Dato` R pon tak dapat cover pahala utk you.. I ingatkan you sbb itu tugas I sbg hamba Allah..utk menyeru kpd kebaikan dan tinggalkan kemungkaran.. I tahu you tak kan suka dgr ni kan..Tp believe me, one day you`ll think about it too.

Tu la kan,, kita ni selalu nya terlalu menjaga hati , perasaan org dan situasi.. Rupanya Ibu ni masih di tahap 'selemah lemah iman iaitu berdiam diri'

wallahua`lam

Wednesday, March 14, 2012

warna warni kehidupan # 1

Bismillah..

Hari ni penuh dgn kisah menarik. Ibu akan share kat sini antara nya..



Spt biasa mulai Feb 2012 seminggu sekali Ibu akan bergegas ke Klinik Pakar Tangan & Mikrosurgeri di Hospital Selayang. Almaklum seiring dgn peningkatan usia, sedikit sedikit nikmat dari Allah yg dipinjamkan NYA akan ditarik balik, maka antara rela dan terpaksa, dlm jadual padat setiap hari, temujanji ke sana utk sessi fisio terapi mesti Ibu luangkan juga masa.

(semasa menunggu giliran dipanggil utk pendaftaran dan bayaran)

Puan Sue : (beri senyuman pd seorang wanita yg baru dpt no. dan melihat2 pd skrin.)
Datin X : Lama lagi ni..(sambil mengambil tempat bersandar pd tiang)
Puan Sue : Nombor berapa?
Datin X : 1131..skrg baru 1113.. You no berapa?
Puan Sue : 1123..tak lama dah ni..

Datin X : You tahu tak,, kaunter yg pangkal no 2 tu utk warga emas kan..Diorang kategori kan
mcm mana ye? start umur berapa?
Puan Sue : Tak pasti pulak ye.. 55 atau 60 kut (sambil senyum, sambil duk mikirin...maybe org
ambik kan nombor giliran utk mak nya, tp tak de pula org lain dtg bersama )

Datin X : Saya ni dah 50 lebih tau.. Dia orang yg bg no ni ingat ape ye..Saya dah mintak no utk warga emas tadi, tp dia buat tak dengar je..

Puan Sue : ehh !! ye ke dah 50 lebih..? Nampak muda sgt lagi kan...(komen jujur sebenarnya)

* Pengajaran nya*
**Ada masanya 'kelihatan lebih muda dari usia sebenar' juga akan merumitkan keadaan ..

Lain org tentu lain pendapatnya.
Quote of the day " It`s ok to feel good and to look good and younger than others BUT sometimes you`ll regret on it.."




Thursday, February 02, 2012

Urut Badan @ Sue Beauty Saloon

Bismillahirrahmanirrahim...

Alhamdulillah salon Ibu semakin mendapat tempat di hati ramai pelanggan..Mungkin sebab

*Lokasi di tingkat bawah, so sgt memudahkan golongan mak cik mak cik nak berkunjung, Al maklum la kalau di tingkat atas tentu tak larat org yg berumur ni nak panjat tangga..Bagi pelanggan yg masih muda belia tentu tak jd hal

* UNTUK WANITA SAHAJA.. bukan ke susah nak cari salon yg khas utk kaum kita kita je? Jadi bagi sesiapa yg memilih utk di gunting rambutnya di salon yg tidak bercampur dgn kaum lelaki atau 'separa wanita' anda amat di alu alukan di sini.


*Berhawa dingin. Kebanyakan org yg dtg ke salon tentu nya sbb nak rehat, santai santai di samping nak dptkan rawatan/ servis dari Puan Sue kan..Jadi dari cuaca panas dan berpeluh kat luar sana, bila masuk ke dlm, insyaAllah suasana yg Ibu sediakan akan selesakan pelanggan semua.

*Harga amat berpatutan. Sesuai dgn tempat, Ibu tak la letak harga mahal sgt. Dan jika pelanggan warga emas yg dikenalpasti tinggal di kwsn 'biasa biasa' dan tak punya pendapatan tetap, insyaAllah caj gunting rambut tak sampai sepuloh rial pun..

Alhamdulillah setakat ni antara pelanggan dari jauh yg pernah mendapatkan servisdari salon Ibu ialah Puan Seema dari Kashmir, India (lecturer kat UIA) ,, Saamiya dari Fiji ,,(mak nya dari Fijii pon kalau dtg bercuti akan dtg salon ni..),, mak mertua si Saamiya dari Perth pon di bawa sama ke sini bila dia dtg jenguk anak menantu nya kat Malaysia..

Tu customer dari jauh,,yg dari area sini pun semakin meluas . Alhamdulillah ..

Dan sejak 17 hb Jan 2012, Ibu mula ambik pelanggan utk rawatan urut badan. Bkn Ibu yg urut sendiri (belum ada masa nak gi refresh course dgn Dr Sharifah Hafizah) Ibu guna khidmat seorang Kakak ni yg berpengalaman dlm urut tradisional.. Alhamdulillah dari hari mula tu sampai 31 Jan baru ni, kami dah dpt 10 org pelanggan yg kesemuanya sgt berpuas hati ..

Semuga Sue Beauty Saloon akan semakin mendapat tempat di hati para wanita semua..

Maka di sini Ibu amat berbesar hati utk mengajak kwn kwn semua berkunjung ke :

Sue Beauty Saloon
579, Jln Samudera Utara 2
(Bgnn Kedai) Tmn Samudera
68100 Batu Caves'
Selangor

(kalau dah sampai kat Giant Batu Caves tu kira dah dkt sgt ..)

**teringat kata kata seorang kwn " Dlm setiap rezeki yg Allah kurniakan pd kita, ada sebahagian nya hak org lain, jadi kita kena byk bersyukur dan byk memberi kpd org yg memerlukan,, insyaAllah akan ditambahkan lagi bahagian rezeki utk kita"

renung renung kan...Selamat Beramal

Friday, January 27, 2012

Meminjam kata kata dari Prof Muhaya

Salam semua....

Sempena mengambil berkat hari Jumaat , Sohibul Ayyam..jom kita kongsi bersama pesanan dari sahabat yg amat Ibu kagumi Prof Dr Muhaya.. even kat fesbuk Ibu pon selalu Ibu di refresh minda oleh kata kata semangat aka motivasi dari Prof ni..Dan hari ni , Ibu nak semua pembaca yg ter'jenguk' sekejap kat blog Ibu ni juga dpt sedikit perubahan minda..
Mmg di 'kopipes' setiap ayat ori dari nya. Maaf jika ada typing error sikit2, Ibu tak ubah apa apa, sbb Ibu tak suka ubah ayat orang lain..

"segala yang kita dapat ini hasil dari pilihan yg kita buat sejak bertahun tahun yg lalu. kesihatan kita, ketenangan kita, hubungan kita denagn manusia, dengan Allah, kewangan kita hasil dari pilihan setiap saat.

buat keputusan utuk buat pilihan berbeza untuk hasil yg berbeza. celik mata dan reset minda setiap hari untuk buat pilihan yg berbeza. pilih untuk ambil tindakan atau hanya berangan.

Apa yang kita boleh buat tapi tak mahu buat kita akan terima hasilnya. orang yang berjaya mereka mengambil keputusan dan bertanggung jawab atas kehidupan mereka dan tidak menyalahkan sesiapa atau suasana.

walau apa yang berlaku adalah hasil pilihan kita. kita tak perlu tunggu sausana yang tepat atau jumpa oran yg tepat utk dapat apa kita mahu. Kita tanya apa tanggung jawab saya untuk buat sesuatu berlaku. ini memberi kebebasan pada kita dan tidak bergantung pada sesiapa kecuali Allah swt."

So mari kita ambil masa beberapa minit, renung renungkan kata kata di atas..

Pendapat Ibu, kita lah yg mesti bertanggung jawab atas apa yg berlaku atau atas apa jua yg kita lalui hari ini..Jgn sesekali menyalahkan org di sekeliling jika kita tak mampu mencapai apa yg kita impikan..Mungkin keputusan atau tindakan yg kita buat sebelum ini belum cukup berani utk menonjolkan siapa diri kita yg sebenarnya hari ini..

Jom carigali kelebihan yg Allah beri pada kita, dan gunakan segalanya utk kebaikan. Jgn sesekali menindas org lain, mengguris hati dan perasaan org semata mata mata utk dilihat berada lebih tinggi pencapaian di mata sesama manusia.

Biarlah kita dipandang baik dan mulia akhlak tidak hanya di mata makhluk di bumi tapi berusaha lah agar kita juga dikenali sbg hamba yg dimuliakan oleh penghuni di langit.. Sama sama kita menuju ke arah itu , InsyaAllah. Semuanya tidak mustahil kan.. Mulakan hari ini , dgn niat yg baik, kerana Allah..

**
(Ada org yg memilih utk menyesali hidup hari ini dan menyalahkan kenangan lalu.. Mungkin bunyi nya agak ganjil dan sulit tp itu la sebenarnya kehidupan, penuh misteri...

Semuga Allah permudahkan laluan kita di dunia dan akhirat..

Thursday, December 29, 2011

Minyak Jerslin...Testimoni terkini

Assalamualaikum...

Ibu baru je selesai berurusan muamalat dgn dua pelanggan ibu dan anak. Ceria dan peramah kedua dua nya , sgt memudahkan urusan berjual beli di kaunter dpn.

Dipendekkan cerita, pelanggan ni dtg nak beli Minyak Jerslin. Katanya salah sorang kwn yang dah lama berhajat nak mengandung lagi telah menggunakan minyak ni. Dan alhamdulillah dgn izin NYA kwn tadi dah di sahkan mengandung dan testimoni direct dari 'pengguna yg berpuas hati" tadi telah mengundang rasa teruja di hati kakak tadi..

Kata Ibu, kita kena berusaha dan anggap la minyak Jerslin ni sbg perantara usaha kita, manakala yg mengizinkan hanya ALLAH. Dia bersetuju, Alhamdulillah sekurang kurang nya kita sama sama memperbetulkan anggapan masyarakat sekarang..

Ada ketika nya sesetengah org mudah kagum dgn berbagai testimoni, dan mengharapkan perkara yg sama akan dilalui bila menggunakan produk2 tertentu.. Terutamanya dlm usaha utk mendapatkan zuriat, kita tentunya mampu berusaha dgn berbagai kaedah, moden, tradisional, mkn mcm mcm ubat atau mencuba bermacam macam teknik **(OOpppps.. terover sudah..)

Ibu suka nakmengingatkan diri sendiri dan sahabat2 semua, yakin lah bila dah semua ikhtiar kita buat , yakin lah bahawa Allah lebih tahu bila waktu yg sesuai utk dimakbulkan hajat kita. Cepat atau lambat , tentu ada hikmahnya.. Redha dan bersabar lah...

`Ala Kulli haal...Ibu sgt2 bersyukur, urusan di Sue Beauty Saloon semakin meriah, samada jualan dan kunjungan pelanggan utk servis rambut , muka dan badan. Dah lama tak berpeluang balik tepat waktu, mcm biasa..

Maaf ya anak anak..semua ini utk kita semua.. Bila Ibu dan Abah sibuk, tak bermakna kami tak beri perhatian atau tak sayang,, kita tetap ada masa santai "utk kita kita aje" kan..

*** Lagi satu testimoni yg Ibu rasa kaum Ibu akan seronok baca. Kalau ada anak yg masih kencing malam, cuba sapukan minyak Jerslin ke perut dan ari ari anak, insyaAllah anda akan lihat perubahan yg menakjubkan nanti..Selamat mencuba dan jgn lupa berdoa semuga Allah permudahkan urusan kita semua...

Thursday, December 15, 2011

Anda stressed?

Bismillah..

Anda stressed? Tak pe , Jgn risau,,

Sesekali" tensi", "serabut perut" atau "senok otoks"..Ianya adalah perkara biasa.

Teringat pesanan Mama Salbiah , katanya dunia ni kan Darul Ujian, maka kita tak dapat lari dari di uji.

Benar sekali kata mama, setiap kali di uji kita akan jadi lebih kuat dan tabah. Dan mungkin lebih bersedia utk ujian yg seterusnya..

Ibarat kata adinda saya Ummu Ummar, " Koho byk duga`ang koho dedil"

Berbalik kpd gambar di atas, ianya bukan sekadar hiasan. Org2 yg hidupnya banyak bersulamkan dugaan, bukan bermakna Allah tak sayang. Sesekali kita di uji dan kita akan berusaha utk menghadapi dan menyelesaikan masalah yg menimpa, hasil nya akan membuat kan kita tersenyum puas..

Pernah tak dgr .."No pain, NO gain"

Sekali sekala menikmati "desserts" kan sedap... Tp `ala kulli haal, begantung juga pd tahap dugaan yg menimpa dan kesudian kita utk menerima ujian dari Allah..

Jika kita tidak redha dgn apa jua dugaan yg menimpa dan berterusan menyalahkan org org sekeliling, dan tidak dpt memaafkan kesilapan diri sendiri, maka kesannya amat buruk.. Kita sebenarnya akan mempertikaikan ketentuan kejadian yg dah di aturkan seelok eloknya oleh Allah..

Sesuatu yg paling kita inginkan dan Allah tidak izinkan utk menjadi milik kita, sebenarnya DIA lebih mengetahui rahsia segala sesuatu kejadian. Percayalah jika ditakdir kan sesuatu tu bukan rezeki kita, yg dah ada dlm mulut pun boleh terkeluar semula atau baru nak di suap ke mulut,,tiba tiba boleh terjatuh..Bukan kah Allah lebih mengetahui apa yg lebih baik utk kita ?

Renung renungkan dan selamat beramal..

Salam Kasih Sayang dari IbuSue..

Wednesday, December 07, 2011

Bercuti @ Layan keje

Bismillahirrahmanirrahim..

Cuti sekolah masih panjang lagi, kadang kadang rasa kesian kat anak anak ibu, rutin harian yg sama..

Awal pagi bangun ,mandi, solat subuh, dan lepas breakfast bersiap2 utk ke kelas Intensif Al Quran.

Pukul 9.00 habis kelas, Ibu jemput balik rumah. Kadang kadang kena stay kat salon Ibu dulu sampai tengahari. Bila dah sampai rumah, acara bebas. Selalunya on line je la..Tak pun, mengadap tv, sambil gaduh berebut channel.

Bila tak sibuk sangat di salon Ibu cuba jugak balik jenguk anak2 sekejap..kalau tak, dkt nak malam baru boleh jumpa Ibu semula..Selalu Ibu rasa kesian..

Last week kami ke Kuala Selangor, bawak anak anak ke Kg Kuantan tgk kelip kelip, ke Bukit Malawati..Si kecik , adik Ichad la yg paling enjoy masa naik trem ke Bkt Malawati. Katanya "keretapi Dinasour" ...

Bila on our way balik ke Batu Caves semula esoknya, Abg Aman tanya Ibu.." Bu, sekali ni je ke kita gi bercuti? sekejap sgt la.."

Sekali lagi Ibu dicuit rasa kesian..

So dari pagi tadi Ibu cuba cari masa yg sesuai slow talk dgn Abah , destinasi seterus nya hujung minggu ni, insyaAllah kita semua akan ke Cameron Highland pulak..dan nampaknya Ibu kena tutup salon sehari..Nak tutup hari Sabtu, sayang pulak rasanya. Hari sabtu baru baru ni pon Ibu terpaksa buka separuh hari je, sempat la gunting beberapa kepala je..terus balik mengemas dan bertolak ke Kuala Selangor.. Maaf ye pelanggan sekelian...Family first.No matter how 'right' u are..

No choice, kali ni kena korbankan hari Isnin pulak..InsyaAllah hari Sabtu Ibu pulun abis sampai petang dan awal pagi Ahad kita berangkat. Nak merasa ronda ronda Pasar Malam Berinchang.
Semuga Allah permudahkan perjalanan kami nanti..

Thanks to my dearest Zauji Habibi kerana bersedia ambik cuti on Monday.. Untuk anak anak kan :)