Thursday, March 15, 2012

RM 65

Bismillah..

Tajuk kali ni RM65..sebenarnya kesinambungan dari kisah Ibu kat spital Slayang la ni.. Sambil menunggu giliran masing masing Datin X sempat bertanya Ibu, "You keje kat mana?" Dan macam biasa jwpn standard Ibu , "Keje sendiri, saya ada salon".. Dan macam biasa jugak selalunya org lain akan berminat nak tahu pasal lokasi, servis, harga dan macam macam...

Ibu jd 'terkedu' bila si Datin X ni bercerita pasal salon yg selalu dia kunjungi kat satu tempat ni. Bila dgr kan lokasinya pon kita dah boleh agak 'meme' rega servis nya mahal..Tp bila Datin X sebut RM65 caj minima tiap kali pergi sana, terasa kering jap anak tekak Ibu..(Mahal nyeeeeee...)

Ibarat kata si Datin x, "Tak kira la I mtk diorang trim se inci ke..caj nya masih RM 65 jugak..Mahal sangat la..Semalam I pegi buat perm,,tp you tgk la..tak jadi pon..Dari dulu lagi tak pernah turun harga"

Memandangkan tu kali pertama kami jumpa dan sembang, Ibu tak berminat nak bagi komen tulus ikhlas spt yg sepatutnya..Ibu cuma katakan "Mahal nye..."

Tapi antara ayat yang tak terucap semalam :

1)Alahai Datin,,kalau dari dulu lagi harga nya dah RM65 dan you tak puas hati, tak yah la pegi sana lagi.. Cari la salon lain,,kat KL ni kan serata alam ada salon..

2) Alahai Datin,, diorang dah tahu you banyak duit..letak la harga berapa pon,, kuis sikit sikit rambut dah boleh buka resit RM65..

3) Pd umur you sekarang, sepatutnya bertudung la..kan lagi manis dan nampak sopan. Kita tak tahu lepas ni apa lagi sakit Allah nak bagi kat kita.. skrg you duk ulang jumpa Pakar Ortho,, dulu Pakar saraf, ada jaminan ke you sempat berubah kalau tiba tiba dipanggil pulang.. Dato` R pon tak dapat cover pahala utk you.. I ingatkan you sbb itu tugas I sbg hamba Allah..utk menyeru kpd kebaikan dan tinggalkan kemungkaran.. I tahu you tak kan suka dgr ni kan..Tp believe me, one day you`ll think about it too.

Tu la kan,, kita ni selalu nya terlalu menjaga hati , perasaan org dan situasi.. Rupanya Ibu ni masih di tahap 'selemah lemah iman iaitu berdiam diri'

wallahua`lam

2 comments:

che dah said...

Pn Su kena promo lah...

Mr. Asada said...

tak terucap depan dia, mungkin dia akan baca kat sini nanti.. :P