Wednesday, December 07, 2011

Bercuti @ Layan keje

Bismillahirrahmanirrahim..

Cuti sekolah masih panjang lagi, kadang kadang rasa kesian kat anak anak ibu, rutin harian yg sama..

Awal pagi bangun ,mandi, solat subuh, dan lepas breakfast bersiap2 utk ke kelas Intensif Al Quran.

Pukul 9.00 habis kelas, Ibu jemput balik rumah. Kadang kadang kena stay kat salon Ibu dulu sampai tengahari. Bila dah sampai rumah, acara bebas. Selalunya on line je la..Tak pun, mengadap tv, sambil gaduh berebut channel.

Bila tak sibuk sangat di salon Ibu cuba jugak balik jenguk anak2 sekejap..kalau tak, dkt nak malam baru boleh jumpa Ibu semula..Selalu Ibu rasa kesian..

Last week kami ke Kuala Selangor, bawak anak anak ke Kg Kuantan tgk kelip kelip, ke Bukit Malawati..Si kecik , adik Ichad la yg paling enjoy masa naik trem ke Bkt Malawati. Katanya "keretapi Dinasour" ...

Bila on our way balik ke Batu Caves semula esoknya, Abg Aman tanya Ibu.." Bu, sekali ni je ke kita gi bercuti? sekejap sgt la.."

Sekali lagi Ibu dicuit rasa kesian..

So dari pagi tadi Ibu cuba cari masa yg sesuai slow talk dgn Abah , destinasi seterus nya hujung minggu ni, insyaAllah kita semua akan ke Cameron Highland pulak..dan nampaknya Ibu kena tutup salon sehari..Nak tutup hari Sabtu, sayang pulak rasanya. Hari sabtu baru baru ni pon Ibu terpaksa buka separuh hari je, sempat la gunting beberapa kepala je..terus balik mengemas dan bertolak ke Kuala Selangor.. Maaf ye pelanggan sekelian...Family first.No matter how 'right' u are..

No choice, kali ni kena korbankan hari Isnin pulak..InsyaAllah hari Sabtu Ibu pulun abis sampai petang dan awal pagi Ahad kita berangkat. Nak merasa ronda ronda Pasar Malam Berinchang.
Semuga Allah permudahkan perjalanan kami nanti..

Thanks to my dearest Zauji Habibi kerana bersedia ambik cuti on Monday.. Untuk anak anak kan :)



0 comments: