Friday, January 27, 2012

Meminjam kata kata dari Prof Muhaya

Salam semua....

Sempena mengambil berkat hari Jumaat , Sohibul Ayyam..jom kita kongsi bersama pesanan dari sahabat yg amat Ibu kagumi Prof Dr Muhaya.. even kat fesbuk Ibu pon selalu Ibu di refresh minda oleh kata kata semangat aka motivasi dari Prof ni..Dan hari ni , Ibu nak semua pembaca yg ter'jenguk' sekejap kat blog Ibu ni juga dpt sedikit perubahan minda..
Mmg di 'kopipes' setiap ayat ori dari nya. Maaf jika ada typing error sikit2, Ibu tak ubah apa apa, sbb Ibu tak suka ubah ayat orang lain..

"segala yang kita dapat ini hasil dari pilihan yg kita buat sejak bertahun tahun yg lalu. kesihatan kita, ketenangan kita, hubungan kita denagn manusia, dengan Allah, kewangan kita hasil dari pilihan setiap saat.

buat keputusan utuk buat pilihan berbeza untuk hasil yg berbeza. celik mata dan reset minda setiap hari untuk buat pilihan yg berbeza. pilih untuk ambil tindakan atau hanya berangan.

Apa yang kita boleh buat tapi tak mahu buat kita akan terima hasilnya. orang yang berjaya mereka mengambil keputusan dan bertanggung jawab atas kehidupan mereka dan tidak menyalahkan sesiapa atau suasana.

walau apa yang berlaku adalah hasil pilihan kita. kita tak perlu tunggu sausana yang tepat atau jumpa oran yg tepat utk dapat apa kita mahu. Kita tanya apa tanggung jawab saya untuk buat sesuatu berlaku. ini memberi kebebasan pada kita dan tidak bergantung pada sesiapa kecuali Allah swt."

So mari kita ambil masa beberapa minit, renung renungkan kata kata di atas..

Pendapat Ibu, kita lah yg mesti bertanggung jawab atas apa yg berlaku atau atas apa jua yg kita lalui hari ini..Jgn sesekali menyalahkan org di sekeliling jika kita tak mampu mencapai apa yg kita impikan..Mungkin keputusan atau tindakan yg kita buat sebelum ini belum cukup berani utk menonjolkan siapa diri kita yg sebenarnya hari ini..

Jom carigali kelebihan yg Allah beri pada kita, dan gunakan segalanya utk kebaikan. Jgn sesekali menindas org lain, mengguris hati dan perasaan org semata mata mata utk dilihat berada lebih tinggi pencapaian di mata sesama manusia.

Biarlah kita dipandang baik dan mulia akhlak tidak hanya di mata makhluk di bumi tapi berusaha lah agar kita juga dikenali sbg hamba yg dimuliakan oleh penghuni di langit.. Sama sama kita menuju ke arah itu , InsyaAllah. Semuanya tidak mustahil kan.. Mulakan hari ini , dgn niat yg baik, kerana Allah..

**
(Ada org yg memilih utk menyesali hidup hari ini dan menyalahkan kenangan lalu.. Mungkin bunyi nya agak ganjil dan sulit tp itu la sebenarnya kehidupan, penuh misteri...

Semuga Allah permudahkan laluan kita di dunia dan akhirat..

2 comments:

Kunang-Kunang said...

Salam Sue,

Kadang2 terfikir juga mungkin pilihan yang kita buat dalam kehidupan kita ini ada pilihan yang di buat dibawah sedar.

Maksud takdir.

Puan Sue said...

salam kak KK,, insyaAllah jika kita sentiasa dkt pd NYA, setiap pilihan yg kita buat adalah dari gerakhati yg Allah hantar..