Assalamualaikum...
Semalam salah sorang customer Ibu, datang utk Rawatan Muka / Facial. Spt biasa sebaik pelanggan dah baring dlm keadaan selesa ibu memulakan tugasan dan akan berhati hati utk bertanya apa apa soalan yg mungkin tidak disenangi sang pelanggan.
Tapi semasa scrub disapu di bahagian hidung, terdetik di hati Ibu...lembut nya ..namun tugasan tetap diteruskan dan Puan A masih bercerita pasal beberapa perkara dgn Ibu ,,biasa la topik mak mak...di usia 40 an....kulit kering, supplement, anak anak, slimming, bla bla bla..
Sekali lg jari jemari Ibu perlu membelai hidung Puan A bila tiba step utk "massage muka"...
Tiba tiba Puan A menukar topik, katanya "Hidung saya ni lain sikit, Sue rasa tak mcm lembik je..?" ..Dan tentunya statement mcm tu akan di jwb dgn satu soalan juga. "Nape ye..?" Balas ibu sedikit terkejut..(rupanya apa yg bersarang di hati sejak tadi bersebab,,dan empunya diri dah mula buka mulut)
Dipendekkan cerita, rupanya Puan A tak de batang hidung. Menurut cerita dari mak nya , masa kecik dulu puan A terjatuh dari buai dan batang hidungnya patah. "Tu la sampai sekarang tak de batang hidung dan lembik je" katanya.
Sebenarnya org2 tertentu je yg diberi kebenaran buat direct touch kat hidung kita kan..selain dari sang suami, biasanya Perunding Kecantikan la antara yang akan diagnos sebarang kelainan pd anggota muka kita..
Sempat juga Ibu memuji Puan A, " Tp x dok batang hidung pon, mancung molek ni.." sambil dijawab dgn gelak kecik dari Puan A.
Dan utk beberapa persoalan yg belum jelas dlm kepala ni, Ibu bertanya lagi " Pah tu batang hidung hok patoh dulu, x sambung smula ke..? @ doktor buang..?"
Kali ni Puan A semakin terbuka bercerita, katanya dia pun tak tahu ke mana tulang tu.. "Mok saya cerita ggitu je..Tu yg lloni hidung lembik je..'
Yang pasti dia antara koleksi customer2 Ibu yg luarbiasa.. " Kalu lloni budak2 patoh doktor sambung slalu..dulu dulu lain.."
Dan yg pastinya org tak kan tahu dia ada sikit kekurangan kerana tanpa batang hidung spt org lain, Puan A tetap dilihat cantik bergaya , berhidung mancung, ada bisnes kedai jahit baju sendiri, ada keluarga bahagia spt org lain juga..
Alhamdulillah ..Indahnya hidup ini...
(Teringat pd sorang lagi customer salon Ibu, yg sebelum ni datang buat rawatan muka dan gunting rambut dgn memakai 'Beg najis' yg tersorok rapi dlm baju nya.. dan dia sgt berhati hati dan segan kalau kalau ada bau yg kurang enak tersebar dari badannya...berita terkini dari saudara terdekat yg dtg ke salon minggu lepas, katanya Kak Ess dah selamat dibedah utk kali yg entah ke berapa baru ni..kuman kanser dah semakin terkawal dan alhamdulillah saluran usus besar dah mampu berfungsi semula,,kini mampu guna saluran buangan semulajadi dan tiada lagi 'beg khas'..) InsyaAllah dlm waktu terdekat Ibu akan dpt jumpa kak Ess..
0 comments:
Post a Comment