Sekadar renungan dan mengingati diri sendiri..
Agaknya bila kali terakhir kita muhasabah diri sendiri,,
Tentang solat kita, solat suami, solat anak anak,,
Bacaan Al Quran kita, bacaan Al Quran suami, anak anak ..sudahkah betul sebutannya, panjang pendek bacaannya, tajwidnya bagaimana;;
Bila kali terakhir kita mengingatkan ahli keluarga kita untuk solat berjemaah. Sesekali suami tentunya mampu memimpin jemaah solat di rumah..Berapa kerap ianya berlaku di rumah kita,,
Masa yg Allah pinjamkan kepada kita,, di mana , bagaimana , bersama siapa kita habiskannya.
Cuba renung renungkan dan fikirkan sejenak. Semuga kita semua masih diberi ruang untuk menjadikan hari ini lebih baik dari semalam. Dan ingatlah kadang kala org yg kita anggap musuh sebenarnya ingin menyedarkan kita dari terlalai...dan org yang selalu kita dahulukan sbg sahabat yg menyokong setiap langkah kita ada masa nya sering melalaikan dan byk merampas detik detik berharga dari ahli rumah kita sendiri.. Tanpa rasa simpati kerana hati mereka sekeras tembok besi.
***Dari hati berkata kata " Tiada keraguan kini, kerana hanya Allah yg lebih mengerti"
0 comments:
Post a Comment