Bismillah.. cepatnye masa berlalu . dah masuk bulan Dec 2012.
Baru semalam 30Nov 2012, anak bongsu kami Muhammad Raheem Irsyad menyambut besday. Dah genap 4 tahun umur adik Ichad sekarang, Alhamdulillah.
Baru dua hari lepas 29 Nov 2012 , puteri sulung kami Nur Raihana selesai menduduki ujian pemilihan ke MRSM di Kuantan. Besar harapan ibu dan abah supaya terpilih nanti.
Baru tiga minggu lepas kami sekeluarga berpeluang utk bercuti ke Jakarta-Bandung , Alhamdulillah sesekali dpt luangkan masa bercuti dan layan kerenah anak anak, walaupun pun amat menuntut kesabaran maksima .
Banyak perkara menarik berlaku sepanjang 2012, suka duka , kesemuanya akan saya kenang selagi hayat dikandung badan...
Terlalu banyak perkara utk disyukuri, Alhamdulillah, Semuga Allah akan memberi peluang kpd saya utk terus menghirup udara segar setiap hari dan melalui kehidupan seharian yg agak sibuk tanpa sesekali mengingkari perintahNYA..
Dan semuga saya berpeluang utk melihat kejayaan anak anak kami nanti, tidak hanya berjaya di dunia tp saya amat mengharapkan kecemerlangan mereka mengumpul bekalan utk ke alam yg kekal nanti,,,kerana mereka lah saham kami berdua di dlm kubur nanti.. Amiin.
Sunday, December 02, 2012
Tuesday, November 20, 2012
Gaza.....anak anak riang VS anak anak malang ...
Sejak kebelakangan ni, saya amat berhati hati bila berkesempatan jenguk ke Fb,,,mungkin pd usia 40an,
naluri keibuan saya sgt mudah tersentuh dan tersentap tiap kali ada dipaparkan gambar kekejaman
terhadap anak2 syurga d Gaza.. segera terbayang wajah anak2 di rumah...
terluka sikit je, si kecil saya akan segera minta disapu ubat,
di tampal plaster,,minta dibelai dan dimanja.
.
Tp anak2 syurga di sana ... Aduh.....tak sanggup saya bayangkan ..
Semuga Allah akan segera mengubah nasib malang mereka,
agar kehidupan zaman kanak kanak mereka
akan lebih bermakna dan
mereka mampu trsenyum riang
spt anak anak saya di sini....
naluri keibuan saya sgt mudah tersentuh dan tersentap tiap kali ada dipaparkan gambar kekejaman
terhadap anak2 syurga d Gaza.. segera terbayang wajah anak2 di rumah...
terluka sikit je, si kecil saya akan segera minta disapu ubat,
di tampal plaster,,minta dibelai dan dimanja.
.
Tp anak2 syurga di sana ... Aduh.....tak sanggup saya bayangkan ..
Semuga Allah akan segera mengubah nasib malang mereka,
agar kehidupan zaman kanak kanak mereka
akan lebih bermakna dan
mereka mampu trsenyum riang
spt anak anak saya di sini....
Wednesday, October 31, 2012
mimpi semalam
Assalamualaikum....entri kali ni berkenaan mimpi..dah lama saya tak bermimpi, asal letak je kepala kat bantal fevret saya, terus lena entah ke mana mana, mcm skrin tv lps suis di off kan.
Tp mlm td agak istimewa, saya dibawa kesuatu tempat tinggi spt mendaki gunung dgn kenderaan yg gagah dn semakin tinggi kami daki, semakin indah pemandangannya....MasyaAllah,sgt cantik tak terbayangkan dgn kata kata..
Mungkin saya tidak berpeluang utk berada di situ maka Allah singkapkan laluan semasa mimpi,,Alhamdulillah w/pun ianya cuma mainan dan penambah rasa semasa tidur,,,saya tetap beranggapan Allah bekalkan saya satu pengalaman istimewa mlm td.
Tp mlm td agak istimewa, saya dibawa kesuatu tempat tinggi spt mendaki gunung dgn kenderaan yg gagah dn semakin tinggi kami daki, semakin indah pemandangannya....MasyaAllah,sgt cantik tak terbayangkan dgn kata kata..
Mungkin saya tidak berpeluang utk berada di situ maka Allah singkapkan laluan semasa mimpi,,Alhamdulillah w/pun ianya cuma mainan dan penambah rasa semasa tidur,,,saya tetap beranggapan Allah bekalkan saya satu pengalaman istimewa mlm td.
Saturday, October 20, 2012
Alhamdulillah ,terima kasih ALLAH
antara entri yg terbengkalai sekian lama dlm draft..baru hari ni dpt curi masa utk di publishkan...(Puan sue tgh rajin menulis,,idea ada mariiiiii)
Bismillah....
Lama betul tak update blog ni.Antara sbb nya adalah amat sibuk terutama sepanjang Ramadhan baru ni. Saya biasanya jadi silent reader di blog sendiri.
Kebetulan pulak hari ulang tahun perkahwinan kami pd 19hb Aug adalah bersamaan dgn hari raya AidilFitri baru ni.
Alhamdulillah rasanya baru lg bergelar isteri kpd En Rashid ..tahun ni puteri pertama kami dah pun berusia 15 tahun, jauh sudah rupanya perjalanan kami di alam rumahtangga.. InsyaAllah cukup sudah bilangan 5 org kanak kanak riang sbg penghibur ,penyejuk hati dan juga pembekal saham akhirat kami berdua kelak.
Tak sangka juga bila beberapa hari sblm hari ulangtahun perkahwinan kami, saya telah menyatakan hasrat saya utk memiliki hp baru,, impian saya segera ditunaikan,
Bila usia meningkat sebenarnya kita akan jd lebih selesa dgn gajet gajet yg senang diguna dan dan saiz aksara nya juga lebih besar..kat mana mana pun senang nak update blog, mudah nak baca dgn terang...
Maka dipendekkan cerita, alhamdulillah...terima kasih Allah,,terima kasih Zauji Habibi..
Maka dipendekkan cerita, alhamdulillah...terima kasih Allah,,terima kasih Zauji Habibi..
saturday blues....
Bismillah....semua ada kat rumah hari ni tapi ibu pulak yg kena keluar spt biasa ke salon..maka separuh jiwa ibu ada tertinggal kat rumah dan ibu bawak separuh je...hu hu hu...
kesian abah kwn dgn anak2 je la..
td sdg duk leka menekan tab ni , ada sorang customer dtg,,,mmg ibu kenal sgt dia sbb antara regular customer yg amat memerlukantahap kesabaran maksima..........
Kak Embun (bkn nama sebenar) : Sue,,akak dtg nak tanya je ni..Sue ada simpan lg tak gambar Sofea Jane yg akak bwk dulu. Puas akak cari,,tak jumpe la ,Dik.
Puan Sue (juga bkn nama sebenar) : Tak de la...akak bwk balik smula kan ,, mesti ada kat rmh tu..nape kak?
Kak Embun : Bukan ape, Sue ingat lg tak fesyen rambut Sofea Jane yg dlm gambar tu? Akak nak simpan , nanti next time kalau akak nak gunting lg akak nak fesyen mcm tu lg la..Akak suka..Sue ingat lagi tak fesyen mcm tu..atau Sue nak akak tunjukkan rambut akak skrg..
Puan Sue : (sambilsenyumnaktenangkanhatidansabarrrrrrr) Boleh jgk kalau akak nak bg Sue tgk..Bagus la kalau Kak Embun suka,insyaAllah Sue ingat lg fesyen tu tp tak dpt jd betul2 mcm Sofea Jane la kak,,sbb jenis rambut dia lain,,akak lain ..Cuma dpt la bg akak nampak cantik dn muda gitu...
(kali ni Kak Embun pulak senyum)
Kak Embun: (masih ulang soalan dan statement yg sama mcm masa dia mula2 masuk td) ...dan berulang ulang ...
Puan Sue:( juga cuba sedaya upaya utk melayan kerenah customer yg istimewa ni......)
Dari dlm, beralih ke luar pintu, masih lg berulang2 topik yg sama, hingga la kak Embun dah berada di dpn salon..perbualan kami hanya tamat bila ada call masuk dan Puan Sue minta diri..
Bukan tujuan nak mengumpat customer sendiri ,,sekadar berkongsi dgn semua kwn2 di sini..ibu punya berbagai2 lapisan customer yg juga punya berbagai2 kerenah..kalau ikutkan logik akal, kak embun dtg utk gunting rambut kalau tak silap dulu dua bulan sblm puasa lg..dan skrg dan sekarang ni lg seminggu je nak raya haji..Dan kak embun ni pulak dah byk kali dtg ke salon sejak lps gunting dulu,kalau tak silap dua hari lepas pon dia ada singgah dan bertanya itu dan ini..tak de pulak disebut pasal keratan gambar fesyen rambut tu,tiba tiba hari ni boleh tringat keratan gambar si Sofea Jane..Mana nak di cari ...
(kali ni beberapa kali jgk la ibu kena berenti menulis,,bila ada customer dtg gunting rambut..cuci..beli brg..alhamdulillah..rejeki..)
Selepas selesai sorang customer td,baru je ibu nak duduk rehat jap..ada call dan caller nye .......Kak Embun lg daaaaa :)
Puan Sue: Assalamualaikum ,Kak.....
Kak Embun : Wkmsalam Dik....dah jumpe ni..akak mintak XYZ ni tolong cari kan haaa...nanti akak nak simpan elok2 la..senang bila akak nak gunting bla bla bla......
Puan Sue : ok Kak Embun.. (legaaaa)
Semuga dia dpt meneruskan hidup hari ni dgn tenang dan rehat secukupnya tanpa fikirkan hal hal yg tak sepatutnya...(kerana ketenangan hati dan fikiran kita juga akan memberi ketenangan kpd org2 di sekeliling kita )
Tu br sebahagian kecik dari kisah kisah menarik di Sue Beauty Saloon..kerenah pelanggan.. apa nak buat ..Customers are always right.
(kali ni beberapa kali jgk la ibu kena berenti menulis,,bila ada customer dtg gunting rambut..cuci..beli brg..alhamdulillah..rejeki..)
Selepas selesai sorang customer td,baru je ibu nak duduk rehat jap..ada call dan caller nye .......Kak Embun lg daaaaa :)
Puan Sue: Assalamualaikum ,Kak.....
Kak Embun : Wkmsalam Dik....dah jumpe ni..akak mintak XYZ ni tolong cari kan haaa...nanti akak nak simpan elok2 la..senang bila akak nak gunting bla bla bla......
Puan Sue : ok Kak Embun.. (legaaaa)
Semuga dia dpt meneruskan hidup hari ni dgn tenang dan rehat secukupnya tanpa fikirkan hal hal yg tak sepatutnya...(kerana ketenangan hati dan fikiran kita juga akan memberi ketenangan kpd org2 di sekeliling kita )
Tu br sebahagian kecik dari kisah kisah menarik di Sue Beauty Saloon..kerenah pelanggan.. apa nak buat ..Customers are always right.
wassalam...
Sunday, September 02, 2012
Di tinggalkan sorang sorang....ada berani ?

Bismillah..cepat nya masa berlalu. hari ni dah masuk bulan 9. Rasanya kebanyakan orang masih dlm mood beraya , saya tetap perlu ke salon dan rutin harian masih spt biasa. Cuma jadual hari ni mesti disusun rapi kerana ada jemputan ke majlis perkahwinan anak jiran kami, ada juga jemputan ke open house di rumah customer salon dan ada program kwn2 anak yg nak dtg beraya.
Budaya org M`sia , puasa belum tentu cukup sebulan tp raya mesti 30 hari...Ini budaya, dan bukan amalan yg dituntut..Elok juga diselit kan sedikit kat sini, bila dijemput ke rumah terbuka aka majlis hari raya, betulkan dulu niat kita bila berkunjung,, dahulu kan tujuan utk berziarah dan menyambung silaturrahmi dan bukan MAKAN ...MAKAN...dan MAKAN . Jom kita semua betulkan yg biasa berlaku ni dan biasa kan buat perkara yg betul, insyaAllah .
Macam biasa.. mukaddimah entri mmg lari jauh dari tajuk kat atas.
Kita mula smula , straight to the point..
Slps tinggalkan salon utk beberapa jam, saya pergi semula utk menyiapkan beberapa kerja . Slps azan maghrib, sambil memandu pulang dlm suasana remang remang senja , sebaik menghampiri ke Jln 20 dari jauh saya dpt lihat deretan kereta di luar pagar kwsn perkuburan Karak di dpn rmh kami.
Dalam hati saya terasa sayu melihat suasana sebegini. Tanpa dipinta, minda sendiri terus cuba meletakkan diri sendiri di tempat anak anak atau saudara terdekat si mati. Tentu sedih bila terpaksa meninggalkan insan yg tersayang seorang diri di pembaringan, di dlm lahad yg sempit. Bila kita sendiri pernah merasai kehilangan insan2 tersayang, terutama bila arwah abah dan arwah Ma dijemput pulang ke sisi Tuhan, naluri saya lebih mudah tersentuh..
Dan sbg hambaNYA yg masih diberi peluang utk menarik nafas di bumi ni, mari kita semua renung kan , fikir fikir kan..cuba bayangkan kita sendiri sbg si mati yg di hantar ke perkuburan..pergi dan tak mungkin kembali semula ke rumah besar kita, tak dpt lagi nak solat 5 waktu, tak dpt lg nak ber`infaq, tak berpeluang lg nak berbuat baik ......bersedia kah kita utk di tinggalkan sorang sorang... Andai dlm keadaan belum cukup bekalan utk ke sana..tiba tiba kita dah dijemput pulang...cuba tanya diri sendiri.."ada berani..?"
Friday, July 06, 2012
Salon Muslimah (utk wanita sahaja) di Tmn Samudera, Batu Caves .
Bismillah...
Alhamdulillah semakin ramai yg mengenali Sue Beauty Saloon hasil dari pencarian dari PakCik Google..
Iklan di internet sgt berkesan. Dan antara soalan standard yg ditanya oleh bakal pelanggan adalah lokasi, masa perniagaan , dan macam macam lg..
Puan Sue mengucapkan berbanyak2 terima kasih,, jangan segan utk call . Yg penting kita berurusan dlm suasana yg selesa tanpa kehadiran pelanggan/pengiring/peneman lelaki.
Ok..waktu perniagaan kami di Sue Beauty Saloon ialah dari pukul 10 pagi hingga 7 mlm. Tp jgn risau had waktu tidak la terlalu ketat, jika masih ada pelanggan yg terpaksa dtg selepas 7 mlm insyaAllah masih diterima. Saya amat maklum bahawa ada segolongan pelanggan yg waktu balik kerja nya agak lambat,,di tambah lg dgn heavy traffic jammed di Kolumpo ni.. Jgn risau, apa yg saudari / ukhti semua perlu buat adalah sms atau call.
Cuma Ahad sahaja kami tak buka salon. Saya cuba luangkan hari Ahad utk keluarga, dan juga urusan di luar daerah. Selebihnya , insyaAllah saya di Sue Beauty Saloon.
Antara big landmark yg ada di sekitar kwsn kedai ni ialah * Giant Batu Caves *Apartment Banjaria *Klinik Seri Indah *Pasar Malam Tmn Samudera(rabu) Makna nya jika saudari semua sudah berada di beberapa lokasi td, sebenarnya dah dekat sgt dah dgn salon saya. Sudi sudi kan singgah , insyaAllah ada beberapa produk yg di pamerkan di kaunter luar salon akan menarik minat pelanggan.
Antara yg selalu kerap di re order dari pembekal ialah :
* Semua produk D'Herbs Healthy Sdn Bhd
-Jus Perawan Plus Collagen
-Krim Ajaib Mutiara Gold
-Lipstik Collagen
-Lunas Resdung
-Celak Arab
-Premium Diet (yg ni paling top)
-Mukjizat Scrub Soap
-Glow B White
-D'Herbs Beauty Soap
*Losyen Biotrim
*Air Anugerah
*Wangian Kasturi Syifa
*Baraka
*Cocoa Collagen
*Smart Cocoa A+
*Alas Seterika Ajaib
* Sabun serbaguna Bio Sinar
....sekadar senarai sebahagian dari jualan.
Sudi sudi kan berkunjung ke :
Sue Beauty Saloon
579 Jln Samudera Utara 2
Bgnn Kedai Tmn Samudera
Batu Caves , Selangor
(Salon kecantikan dan rawatan rambut utk wanita sahaja)
Subscribe to:
Posts (Atom)