Sunday, September 02, 2012

Di tinggalkan sorang sorang....ada berani ?





1 sept 2012 (Sabtu)

Bismillah..cepat nya masa berlalu. hari ni dah masuk bulan 9. Rasanya kebanyakan orang masih dlm mood beraya , saya tetap perlu ke salon dan rutin harian masih spt biasa. Cuma jadual hari ni mesti disusun rapi kerana ada jemputan ke majlis perkahwinan anak jiran kami, ada juga jemputan ke open house di rumah customer salon dan ada program kwn2 anak yg nak dtg beraya.

Budaya org M`sia , puasa belum tentu cukup sebulan tp raya mesti 30 hari...Ini budaya, dan bukan amalan yg dituntut..Elok juga diselit kan sedikit kat sini, bila dijemput ke rumah terbuka aka majlis hari raya, betulkan dulu niat kita bila berkunjung,, dahulu kan tujuan utk berziarah dan menyambung silaturrahmi dan bukan MAKAN ...MAKAN...dan MAKAN . Jom kita semua betulkan yg biasa berlaku ni dan biasa kan buat perkara yg betul, insyaAllah .

Macam biasa.. mukaddimah entri mmg lari jauh dari tajuk kat atas.

Kita mula smula , straight to the point..

Slps tinggalkan salon utk beberapa jam, saya pergi semula utk menyiapkan beberapa kerja . Slps azan maghrib, sambil memandu pulang dlm suasana remang remang senja , sebaik menghampiri ke Jln 20 dari jauh saya dpt lihat deretan kereta di luar pagar kwsn perkuburan Karak di dpn rmh kami.

Dalam hati saya terasa sayu melihat suasana sebegini. Tanpa dipinta, minda sendiri terus cuba meletakkan diri sendiri di tempat anak anak atau saudara terdekat si mati. Tentu sedih bila terpaksa meninggalkan insan yg tersayang seorang diri di pembaringan, di dlm lahad yg sempit. Bila kita sendiri pernah merasai kehilangan insan2 tersayang, terutama bila arwah abah dan arwah Ma dijemput pulang ke sisi Tuhan, naluri saya lebih mudah tersentuh..

Dan sbg hambaNYA yg masih diberi peluang utk menarik nafas di bumi ni, mari kita semua renung kan , fikir fikir kan..cuba bayangkan kita sendiri sbg si mati yg di hantar ke perkuburan..pergi dan tak mungkin kembali semula ke rumah besar kita, tak dpt lagi nak solat 5 waktu, tak dpt lg nak ber`infaq, tak berpeluang lg nak berbuat baik ......bersedia kah kita utk di tinggalkan sorang sorang... Andai dlm keadaan belum cukup bekalan utk ke sana..tiba tiba kita dah dijemput pulang...cuba tanya diri sendiri.."ada berani..?"

No comments: