Sunday, September 02, 2012

Di tinggalkan sorang sorang....ada berani ?





1 sept 2012 (Sabtu)

Bismillah..cepat nya masa berlalu. hari ni dah masuk bulan 9. Rasanya kebanyakan orang masih dlm mood beraya , saya tetap perlu ke salon dan rutin harian masih spt biasa. Cuma jadual hari ni mesti disusun rapi kerana ada jemputan ke majlis perkahwinan anak jiran kami, ada juga jemputan ke open house di rumah customer salon dan ada program kwn2 anak yg nak dtg beraya.

Budaya org M`sia , puasa belum tentu cukup sebulan tp raya mesti 30 hari...Ini budaya, dan bukan amalan yg dituntut..Elok juga diselit kan sedikit kat sini, bila dijemput ke rumah terbuka aka majlis hari raya, betulkan dulu niat kita bila berkunjung,, dahulu kan tujuan utk berziarah dan menyambung silaturrahmi dan bukan MAKAN ...MAKAN...dan MAKAN . Jom kita semua betulkan yg biasa berlaku ni dan biasa kan buat perkara yg betul, insyaAllah .

Macam biasa.. mukaddimah entri mmg lari jauh dari tajuk kat atas.

Kita mula smula , straight to the point..

Slps tinggalkan salon utk beberapa jam, saya pergi semula utk menyiapkan beberapa kerja . Slps azan maghrib, sambil memandu pulang dlm suasana remang remang senja , sebaik menghampiri ke Jln 20 dari jauh saya dpt lihat deretan kereta di luar pagar kwsn perkuburan Karak di dpn rmh kami.

Dalam hati saya terasa sayu melihat suasana sebegini. Tanpa dipinta, minda sendiri terus cuba meletakkan diri sendiri di tempat anak anak atau saudara terdekat si mati. Tentu sedih bila terpaksa meninggalkan insan yg tersayang seorang diri di pembaringan, di dlm lahad yg sempit. Bila kita sendiri pernah merasai kehilangan insan2 tersayang, terutama bila arwah abah dan arwah Ma dijemput pulang ke sisi Tuhan, naluri saya lebih mudah tersentuh..

Dan sbg hambaNYA yg masih diberi peluang utk menarik nafas di bumi ni, mari kita semua renung kan , fikir fikir kan..cuba bayangkan kita sendiri sbg si mati yg di hantar ke perkuburan..pergi dan tak mungkin kembali semula ke rumah besar kita, tak dpt lagi nak solat 5 waktu, tak dpt lg nak ber`infaq, tak berpeluang lg nak berbuat baik ......bersedia kah kita utk di tinggalkan sorang sorang... Andai dlm keadaan belum cukup bekalan utk ke sana..tiba tiba kita dah dijemput pulang...cuba tanya diri sendiri.."ada berani..?"

Friday, July 06, 2012

Salon Muslimah (utk wanita sahaja) di Tmn Samudera, Batu Caves .

(Gambar : antara produk jualan , sgt bagus kerana tak perlu memberus lg uniform sekolah terutama yg warna putih, insyaAllah pakaian lebih bersih, putih bersinar dan berbau segar... ha ha ha, macam ayat iklan kat tv je :)

Bismillah...

Alhamdulillah semakin ramai yg mengenali Sue Beauty Saloon hasil dari pencarian dari PakCik Google..
Iklan di internet sgt berkesan. Dan antara soalan standard yg ditanya oleh bakal pelanggan adalah lokasi, masa perniagaan , dan macam macam lg..

Puan Sue mengucapkan berbanyak2 terima kasih,, jangan segan utk call . Yg penting kita berurusan dlm suasana yg selesa tanpa kehadiran pelanggan/pengiring/peneman lelaki.

Ok..waktu perniagaan kami di Sue Beauty Saloon ialah dari pukul 10 pagi hingga 7 mlm. Tp jgn risau had waktu tidak la terlalu ketat, jika masih ada pelanggan yg terpaksa dtg selepas 7 mlm insyaAllah masih diterima. Saya amat maklum bahawa ada segolongan pelanggan yg waktu balik kerja nya agak lambat,,di tambah lg dgn heavy traffic jammed di Kolumpo ni.. Jgn risau, apa yg saudari / ukhti semua perlu buat adalah sms atau call.

Cuma Ahad sahaja kami tak buka salon. Saya cuba luangkan hari Ahad utk keluarga, dan juga urusan di luar daerah. Selebihnya , insyaAllah saya di Sue Beauty Saloon.

Antara big landmark yg ada di sekitar kwsn kedai ni ialah * Giant Batu Caves *Apartment Banjaria *Klinik Seri Indah *Pasar Malam Tmn Samudera(rabu) Makna nya jika saudari semua sudah berada di beberapa lokasi td, sebenarnya dah dekat sgt dah dgn salon saya. Sudi sudi kan singgah , insyaAllah ada beberapa produk yg di pamerkan di kaunter luar salon akan menarik minat pelanggan.

Antara yg selalu kerap di re order dari pembekal ialah :

* Semua produk D'Herbs Healthy Sdn Bhd
-Jus Perawan Plus Collagen
-Krim Ajaib Mutiara Gold
-Lipstik Collagen
-Lunas Resdung
-Celak Arab
-Premium Diet (yg ni paling top)
-Mukjizat Scrub Soap
-Glow B White
-D'Herbs Beauty Soap

*Losyen Biotrim
*Air Anugerah
*Wangian Kasturi Syifa
*Baraka
*Cocoa Collagen
*Smart Cocoa A+

*Alas Seterika Ajaib
* Sabun serbaguna Bio Sinar

....sekadar senarai sebahagian dari jualan.

Sudi sudi kan berkunjung ke :

Sue Beauty Saloon
579 Jln Samudera Utara 2
Bgnn Kedai Tmn Samudera
Batu Caves , Selangor

(Salon kecantikan dan rawatan rambut utk wanita sahaja)

Saturday, June 23, 2012

Teropong ke Bintang






Bismillah...

Sejak dari dulu lagi ( sebenarnya sejak dari masa kami tinggal di Sarawak) Ibu selalu berangan nak teropong ke langit pd waktu malam, nak tengok keindahan kerlipan bintang..Hingga la kami dah transfer balik semula ke semenanjung dan tinggal kat kediaman kami sekarang ni,, nampaknya hajat Ibu belum jugak kesampaian.

Sesekali bila berkesempatan duduk santai di beranda dgn Zauji pd waktu malam hajat yg satu tu akan dtg semula.. InsyaAllah semuga Allah perkenankan dan sedikit masa lagi Ibu akan dpt teropong ke langit mengintai bintang bintang di sekeliling bulan...

Amiin..

Wednesday, June 20, 2012

Another Telematch begins....

Bismillah..

Tak byk yg nak ditulis kali ni, waktu pun sgt terhad rasanya,
cuma mempersiapkan secukupnya fizikal dan mental
untuk melalui hari hari mencabar....
zauji ke O/S lagi..
Semuga Allah swt permudahkan segala
urusan Ibu di siang dan malam..
Amiin..

Rabbi Yassir wa la Tu`assir
Ya Kareem

Monday, June 11, 2012

Tahniah , IbuSue



Bismillah...

Kedatangan hari ni 11hb Jun 2012 mmg agak mendebarkan hati Ibu , setelah dua minggu kami rehat dari penerbangan pesawat di awal pagi , pagi ni bermula semula rutin harian sbg Pilot CBJ****seawal pukul 7 pagi.

Kalau Zauji ada di rumah insyaAllah tugasan sentiasa dibantu dan terasa agak teratur sikit jadual Ibu. Dari petang Ahad (semalam) Zauji sudah berlepas ke luar daerah , maka segalanya perlu dikendalikan oleh Ibu sendiri , dgn bantuan sayap kanan dan kiri ( kak Nini dan Ayong)... Terima kasih girls.

Elok juga Ibu kongsikan bersama kwn kwn bloggers di sini, rutin seharian Ibu. Tentu nya ibu ibu lain lebih sibuk dan melalui hari hari yg lebih mencabar dari Ibu sendiri.. Jom kita share pengalaman masing masing.. Mencabar sgt sgt kan..

( 9.36 mlm ..penceritaan terpaksa dihenti kan sebentar,, tiba masa utk ambil Abg Aman di sekolah, pulang dari kelas malam)

ok...kita sambung semula.

Seawal 6 pagi selepas solat subuh , Ibu akan sibuk di dapur siapkan sarapan utk kami 7 orang..
(Biasanya sambil masak sarapan, dah mula la jugak masak utk lauk makan tengahari nanti)

Selesai sarapan , pukul 7 pagi Along akan tolong hidupkan enjin pesawat dan buka pagar. Penerbangan pertama bermula. Hari ni, semua penumpang berjaya dikumpulkan dlm satu penerbangan, ayong ke simpang surau (sorry , Ibu tak dpt hantar sampai ke sekolah...) Abg Aman dan Kak Nani ke sekolah Tmn Selasih dan Adik Ichad dpt terus dihantar ke Taska Anak Anak Comel. (Thanks to Kak Nini yg byk bantu mandikan dan siapkan beg si Ichad)

Balik dari ngantarin anak anak, Ibu akan sambung tugasan di dapur sambil mata menjeling manja ke jam dinding,, utk pastikan dpt siap dlm masa yg sepatutnya. Usai masak utk mkn tengahari anak anak nanti, Ibu mula mengemas mana yg sempat, dan sebaik pukul 9.30 pagi, Ibu perlu bersiap utk ke Sue Beauty Saloon. ( Business Hour 10 am- 7 pm)

Tengahari jika ada masa lapang Ibu akan keluar sekejap utk jemput Abg Aman dan Kakak Nani dari sekolah dan hidangkan lunch. Ada masanya anak2 ni perlu jalan kaki sendiri pulang ke rumah dan uruskan semuanya sendiri dan bergegas pulak ke sekolah agama di sebelah petang.
( Maaf ya anak anak, elok juga bersusah susah sekarang, supaya nanti akan pandai menguruskan diri sendiri jika ditakdirkan Ibu tak lagi dpt menyediakan itu dan ini nanti..takdir Tuhan , kita tak kan dpt meneka..)

Pukul 7 sebaik selesai berurus niaga , Ibu akan segera ke Taska , jemput pulang si kecik kami Muhammad Raheem Irsyad. Kesian dia selalu lambat Ibu ambil , hari ni dah dekat pukul 7 pun masih ada pelanggan masuk utk gunting rambut, Alhamdulillah...masih ada bahagian rezeki utk kita ..(tapi sorry ye Dik, Ibu ambik lambat lagi...)

Jadual malam lagi padat..jom Ibu ringkaskan..
Dlm kesuntukan masa utk solat Maghrib,dlm kesibukan melayan yg ni lapar, yg tu dahaga nak dibancuh Teh panas, ada pulak yg belum mandi, kain di jemuran adakala nya lambat di angkat, dan bermacam macam...dan dalam kepenatan serta keperluan utk menyegarkan diri sendiri..
( I really love to have a long shower :)

8.00 mlm hantar Abg Aman ke Sekolah Keb Selasih utk kelas malam .
8.30 mlm hantar Kak Nini, Kak Nani dan Adik Ichad ke rumah Ustaz utk Kelas Al Quran
9.00 mlm jemput anak anak dari Kelas al Quran
9.40 mlm jemput Abg Aman dari sekolah

Dan keadaan masih meriah hingga la ada yg dah mula mengantuk dan minta di "pok pok" .. ada yg masih belum siap kerja sekolah, ada yg dah tertido (biasanya Abg Aman la..) dan kadang kadang masih ada yg lapar semula daaaa.. Ha ha ha

Sekadar berkongsi sebahagian kisah Ibu di sini, suka duka dalam meniti hidup ni, biarlah kita memilih utk tidak banyak merungut atau menyalahkan org org di sekeliling setiap kali melalui waktu waktu sukar. Mungkin Allah sedang menguji sejauh mana kesanggupan kita utk menerima dugaanNYA. Bukan mudah utk diberi ganjaran dan kesenangan andai tidak merasai keperitan dan kesukaran terlebih dahulu..

(Dan seawal pagi esok, semasa melayan anak anak bersarapan di meja makan, Ibu juga perlu bersedia utk mendengar cerita dari setiap orang , tentang mimpi mereka semasa tidur.... dan selalu nya bukan hanya menjadi pendengar setia dan sabar...tetapi juga merangkap pengulas mimpi.. dan selalunya mimpi Si Story Teller kami lah yg paling adventurous)

Pesanan Ibu utk semua , sesekali ucapkan tahniah utk diri sendiri, kerana selepas melalui hari yg penuh sibuk, kita masih mampu tersenyum tatkala anak anak semuanya sudah lena dan ambil lah masa utk duduk bermuhasabah dan bersyukur kpd NYA setelah melalui hari yg panjang... Alhamdulillah ,, kita semua kaum Ibu ni sentiasa dibekalkan hati yg mampu bersabar dlm menghadapi kerenah org org tersayang di sekeliling kita..

Akhir kalam....Tahniah , IbuSue :)





Tuesday, May 15, 2012

Salon Kecantikan dan Gunting Rambut di Gombak

Assalamualaikum..

Kepada semua wanita yg tinggal di sekitar Gombak..Memperkenalkan sebuah salon muslimah beralamat di No 579, Jln Samudera Utara 2, Tmn Samudera , 68100 Batu Caves.

Sue Beauty Saloon menyediakan servis utk wanita sahaja..

Antara perkhidmatan yang disediakan:

*Gunting Rambut kanak kanak dan dewasa
*Cuci Rambut
*Treatment / Rawatan Stim
* Inai Uban

*Facial Normal & Vacuum
*Facial Treatment

*Rawatan Resdung

*Rawatan Rendam Kaki
*Rawatan Urut kaki
*Terapi Hydro utk Kaki

*Rawatan Pakej urut badan dan  Sauna

*Rawatan Bekam

Sue Beauty Saloon amat mementingkan keselesaan pelanggan, ruang salon rambut yg berhawa dingin dan tempat menunggu yg selesa .

Juga menjual
* Produk Kecantikan Natane
* Minyak Jeslin
* Cocoa Collagen
* Maajun Anggun Bistari
* Rangkaian Produk De`Herbs
*Losyen Mustajab Pati Halia
*Losyen Aromatherapi BioTrim
* Mandian Susu Beras Puteri Binary
* Scrub Badan Susu Beras

....dan lain lain lg..

Thursday, May 10, 2012

Dari Hati Puan Sue...

Assalamualaikum... semua ok,,tenang dan satu soalan cepumas dari saya.."Dah Solat ke ni..? Jgn lambat lambat kan, nanti Allah tak sayang kita lagi..dan paling ditakuti ,,jauh pula rahmat NYA dari kita ..Nauzubillah.

Kali ni intro agak menginsafkan..Dan sepatutnya begitu la dlm post yg akan datang nanti..

Saya terpanggil utk memohon maaf kpd semua bakal pengguna Natane,,rupanya masih ada post lama dulu dulu yg saya terlepas pandang dan tak di update harga Pek Percubaan Natane..

Pagi ni saya berurus niaga dgn Umi dari Kelana Jaya . Katanya di blog saya harga Pek Percubaan cuma RM120..dan saya beritahu skrg harga nya RM130, Saya bersyukur kerana Umi seorang yg baik dan tidak cerewet tentang harga dan tak byk soal ,terus order je.. Berbeza dgn bakal pembeli yg lain, ada yg bertanya soalan yg agak menguji kesabaran, seolah olah Puan Sue ni pengasas Natane @ seorang yg mempunyai 'magical touch'...maka bila ada sebarang perubahan yg tak di senangi pd kulit wajah, Puan Sue juga perlu menjawab.. Mungkin Umi sudah melihat hasil pemakaian/ testimoni dari kwn2 ofis yg pakai Natane ,,maka urus niaga kami amat mudah.. Pagi, dia sms order dan confirm kan byrn,, tgh hari Umi dah transfer bayaran dan selepas Zuhur saya dah ada di kaunter Poslaju,, Alhamdulillah semua nya dipermudahkan dan sempat  memandu 'pesawat' balik semula ke salon utk appoinment yg seterusnya 2.30 tadi..

Utk makluman bakal pengguna semua, entri yg terkhilaf tu bertarikh 27 Mac 2009.. mmg saya terlepas pandang mungkin sbb termasuk dlm older post..Masa ni masih di Saratok, Sarawak..

InsyaAllah saya akan refresh semula entri lama lama dulu berkenaan Natane.. Dulu semasa di sana saya byk masa terluang dan kebanyakan nya saya isi dgn upload byk info tentang produk kecantikan Natane yg saya mula pakai dan jual sejak 2003 .. Berbeza dgn sekarang ni, amat terasa spt masa 24 jam terlalu singkat, padat utk diisi dan terhad sgt .. Sue Beauty Saloon yg mula di wujudkan semula pd Mei 2011 amat membataskan masa saya , namun Alhamdulillah...dlm kesibukan menguruskan bisnes yg sgt saya suka ni, urusan di rumah juga masih 'dlm tangan' saya ..tanpa bibik aka pembantu.

Terima kasih Zauji dan anak anak yg sgt memahami dan cuba sedaya mampu bekerjasama (walau ada kalanya hasil tak spt yg Ibu harapkan, namun sekurang kurangnya we make things moving and done)..

**Madah dari Puan Sue

Kebahagiaan dan kepuasan adalah bila kita berpeluang utk melakukan sesuatu yg kita suka terutamanya bila berjaya utk mendekatkan diri pd NYA di kala org lain nyenyak bermimpi..dan ianya mendatangkan hasil spt yg kita harapkan, dan  bila orang tersayang di sekeliling  sentiasa bersedia utk bersama di waktu waktu sukar ,,apalagi semasa  kita bahagia..


dan utk kali yg entah ke berapa... Terima Kasih Allah...