Monday, June 11, 2012

Tahniah , IbuSue



Bismillah...

Kedatangan hari ni 11hb Jun 2012 mmg agak mendebarkan hati Ibu , setelah dua minggu kami rehat dari penerbangan pesawat di awal pagi , pagi ni bermula semula rutin harian sbg Pilot CBJ****seawal pukul 7 pagi.

Kalau Zauji ada di rumah insyaAllah tugasan sentiasa dibantu dan terasa agak teratur sikit jadual Ibu. Dari petang Ahad (semalam) Zauji sudah berlepas ke luar daerah , maka segalanya perlu dikendalikan oleh Ibu sendiri , dgn bantuan sayap kanan dan kiri ( kak Nini dan Ayong)... Terima kasih girls.

Elok juga Ibu kongsikan bersama kwn kwn bloggers di sini, rutin seharian Ibu. Tentu nya ibu ibu lain lebih sibuk dan melalui hari hari yg lebih mencabar dari Ibu sendiri.. Jom kita share pengalaman masing masing.. Mencabar sgt sgt kan..

( 9.36 mlm ..penceritaan terpaksa dihenti kan sebentar,, tiba masa utk ambil Abg Aman di sekolah, pulang dari kelas malam)

ok...kita sambung semula.

Seawal 6 pagi selepas solat subuh , Ibu akan sibuk di dapur siapkan sarapan utk kami 7 orang..
(Biasanya sambil masak sarapan, dah mula la jugak masak utk lauk makan tengahari nanti)

Selesai sarapan , pukul 7 pagi Along akan tolong hidupkan enjin pesawat dan buka pagar. Penerbangan pertama bermula. Hari ni, semua penumpang berjaya dikumpulkan dlm satu penerbangan, ayong ke simpang surau (sorry , Ibu tak dpt hantar sampai ke sekolah...) Abg Aman dan Kak Nani ke sekolah Tmn Selasih dan Adik Ichad dpt terus dihantar ke Taska Anak Anak Comel. (Thanks to Kak Nini yg byk bantu mandikan dan siapkan beg si Ichad)

Balik dari ngantarin anak anak, Ibu akan sambung tugasan di dapur sambil mata menjeling manja ke jam dinding,, utk pastikan dpt siap dlm masa yg sepatutnya. Usai masak utk mkn tengahari anak anak nanti, Ibu mula mengemas mana yg sempat, dan sebaik pukul 9.30 pagi, Ibu perlu bersiap utk ke Sue Beauty Saloon. ( Business Hour 10 am- 7 pm)

Tengahari jika ada masa lapang Ibu akan keluar sekejap utk jemput Abg Aman dan Kakak Nani dari sekolah dan hidangkan lunch. Ada masanya anak2 ni perlu jalan kaki sendiri pulang ke rumah dan uruskan semuanya sendiri dan bergegas pulak ke sekolah agama di sebelah petang.
( Maaf ya anak anak, elok juga bersusah susah sekarang, supaya nanti akan pandai menguruskan diri sendiri jika ditakdirkan Ibu tak lagi dpt menyediakan itu dan ini nanti..takdir Tuhan , kita tak kan dpt meneka..)

Pukul 7 sebaik selesai berurus niaga , Ibu akan segera ke Taska , jemput pulang si kecik kami Muhammad Raheem Irsyad. Kesian dia selalu lambat Ibu ambil , hari ni dah dekat pukul 7 pun masih ada pelanggan masuk utk gunting rambut, Alhamdulillah...masih ada bahagian rezeki utk kita ..(tapi sorry ye Dik, Ibu ambik lambat lagi...)

Jadual malam lagi padat..jom Ibu ringkaskan..
Dlm kesuntukan masa utk solat Maghrib,dlm kesibukan melayan yg ni lapar, yg tu dahaga nak dibancuh Teh panas, ada pulak yg belum mandi, kain di jemuran adakala nya lambat di angkat, dan bermacam macam...dan dalam kepenatan serta keperluan utk menyegarkan diri sendiri..
( I really love to have a long shower :)

8.00 mlm hantar Abg Aman ke Sekolah Keb Selasih utk kelas malam .
8.30 mlm hantar Kak Nini, Kak Nani dan Adik Ichad ke rumah Ustaz utk Kelas Al Quran
9.00 mlm jemput anak anak dari Kelas al Quran
9.40 mlm jemput Abg Aman dari sekolah

Dan keadaan masih meriah hingga la ada yg dah mula mengantuk dan minta di "pok pok" .. ada yg masih belum siap kerja sekolah, ada yg dah tertido (biasanya Abg Aman la..) dan kadang kadang masih ada yg lapar semula daaaa.. Ha ha ha

Sekadar berkongsi sebahagian kisah Ibu di sini, suka duka dalam meniti hidup ni, biarlah kita memilih utk tidak banyak merungut atau menyalahkan org org di sekeliling setiap kali melalui waktu waktu sukar. Mungkin Allah sedang menguji sejauh mana kesanggupan kita utk menerima dugaanNYA. Bukan mudah utk diberi ganjaran dan kesenangan andai tidak merasai keperitan dan kesukaran terlebih dahulu..

(Dan seawal pagi esok, semasa melayan anak anak bersarapan di meja makan, Ibu juga perlu bersedia utk mendengar cerita dari setiap orang , tentang mimpi mereka semasa tidur.... dan selalu nya bukan hanya menjadi pendengar setia dan sabar...tetapi juga merangkap pengulas mimpi.. dan selalunya mimpi Si Story Teller kami lah yg paling adventurous)

Pesanan Ibu utk semua , sesekali ucapkan tahniah utk diri sendiri, kerana selepas melalui hari yg penuh sibuk, kita masih mampu tersenyum tatkala anak anak semuanya sudah lena dan ambil lah masa utk duduk bermuhasabah dan bersyukur kpd NYA setelah melalui hari yg panjang... Alhamdulillah ,, kita semua kaum Ibu ni sentiasa dibekalkan hati yg mampu bersabar dlm menghadapi kerenah org org tersayang di sekeliling kita..

Akhir kalam....Tahniah , IbuSue :)





No comments: