Saturday, October 20, 2012

Alhamdulillah ,terima kasih ALLAH


antara entri yg terbengkalai sekian  lama  dlm  draft..baru hari ni  dpt curi masa utk di publishkan...(Puan sue tgh rajin menulis,,idea ada mariiiiii)

Bismillah....
Lama betul tak update blog ni.Antara sbb nya adalah amat sibuk terutama sepanjang Ramadhan baru ni. Saya biasanya jadi silent reader di blog sendiri.

Kebetulan pulak hari ulang tahun perkahwinan kami pd 19hb Aug adalah bersamaan dgn hari raya AidilFitri baru ni.

Alhamdulillah rasanya baru lg bergelar isteri kpd En Rashid ..tahun ni puteri pertama kami dah pun berusia 15 tahun, jauh sudah rupanya perjalanan kami di alam rumahtangga.. InsyaAllah cukup sudah bilangan 5 org kanak kanak riang sbg penghibur ,penyejuk hati dan juga pembekal saham akhirat kami berdua kelak.
Tak sangka juga bila beberapa hari sblm hari ulangtahun perkahwinan kami, saya telah menyatakan hasrat saya utk memiliki hp baru,, impian saya segera ditunaikan,

Bila usia meningkat sebenarnya kita akan jd lebih selesa dgn gajet gajet yg senang diguna dan dan saiz aksara nya juga lebih besar..kat mana mana pun senang nak update blog, mudah  nak baca dgn terang...

Maka  dipendekkan cerita,   alhamdulillah...terima kasih Allah,,terima kasih Zauji Habibi..

saturday blues....

Bismillah....semua ada  kat rumah hari ni   tapi ibu pulak yg kena keluar spt biasa ke salon..maka separuh jiwa ibu ada  tertinggal  kat rumah dan ibu bawak separuh je...hu hu hu...
kesian abah kwn dgn anak2  je la..
td  sdg duk leka menekan tab ni , ada sorang customer dtg,,,mmg  ibu kenal sgt dia sbb antara regular customer yg amat memerlukantahap kesabaran maksima..........

Kak Embun (bkn nama sebenar) :  Sue,,akak dtg nak tanya je ni..Sue ada simpan lg tak gambar Sofea Jane yg akak bwk dulu. Puas akak cari,,tak jumpe la ,Dik.

Puan Sue (juga bkn nama sebenar) : Tak de la...akak bwk balik smula kan ,, mesti ada kat rmh tu..nape kak?

Kak Embun : Bukan ape, Sue ingat lg tak fesyen rambut Sofea Jane yg dlm gambar tu? Akak nak simpan , nanti  next time kalau akak nak gunting lg akak nak fesyen  mcm tu lg la..Akak suka..Sue ingat lagi tak fesyen mcm tu..atau Sue  nak akak tunjukkan rambut akak skrg..

Puan Sue : (sambilsenyumnaktenangkanhatidansabarrrrrrr) Boleh jgk kalau akak nak bg Sue tgk..Bagus la kalau Kak Embun suka,insyaAllah Sue ingat lg fesyen tu tp tak dpt jd betul2 mcm Sofea Jane la  kak,,sbb  jenis rambut dia lain,,akak  lain  ..Cuma dpt la bg akak nampak cantik dn muda gitu...
(kali ni Kak Embun pulak senyum)

Kak Embun: (masih ulang  soalan dan statement  yg sama mcm  masa dia mula2 masuk td) ...dan berulang ulang ...

Puan Sue:( juga cuba sedaya upaya utk melayan kerenah customer yg istimewa ni......)

Dari dlm, beralih ke luar pintu, masih lg berulang2 topik yg sama, hingga la kak Embun  dah berada di dpn salon..perbualan kami hanya  tamat bila ada call masuk dan Puan Sue minta  diri..

Bukan tujuan nak mengumpat customer sendiri ,,sekadar  berkongsi dgn  semua kwn2 di sini..ibu punya berbagai2 lapisan customer yg juga punya berbagai2 kerenah..kalau ikutkan  logik akal, kak embun  dtg utk gunting  rambut kalau tak silap dulu dua bulan sblm puasa lg..dan skrg dan sekarang ni lg seminggu je nak raya  haji..Dan kak embun ni pulak dah  byk kali dtg ke salon sejak lps gunting  dulu,kalau tak silap dua hari lepas pon dia ada singgah dan bertanya itu dan ini..tak de pulak disebut pasal keratan gambar fesyen rambut tu,tiba tiba hari ni boleh tringat keratan gambar  si Sofea Jane..Mana nak di cari ...

(kali ni  beberapa kali jgk la ibu kena berenti menulis,,bila ada customer dtg gunting rambut..cuci..beli brg..alhamdulillah..rejeki..)

Selepas selesai  sorang customer td,baru je ibu nak duduk rehat jap..ada call dan caller nye  .......Kak Embun lg daaaaa :)

Puan Sue: Assalamualaikum ,Kak.....
Kak Embun : Wkmsalam Dik....dah jumpe ni..akak mintak XYZ  ni tolong cari kan haaa...nanti akak nak simpan elok2 la..senang bila akak nak gunting bla bla bla......

Puan Sue :  ok Kak Embun.. (legaaaa)

Semuga dia dpt meneruskan hidup hari ni dgn tenang dan rehat secukupnya tanpa fikirkan hal hal yg tak sepatutnya...(kerana ketenangan hati dan fikiran kita juga  akan memberi ketenangan kpd org2 di sekeliling  kita )

Tu br sebahagian  kecik dari kisah kisah menarik di Sue Beauty Saloon..kerenah pelanggan.. apa nak buat ..Customers are  always right. 

wassalam...

Sunday, September 02, 2012

Di tinggalkan sorang sorang....ada berani ?





1 sept 2012 (Sabtu)

Bismillah..cepat nya masa berlalu. hari ni dah masuk bulan 9. Rasanya kebanyakan orang masih dlm mood beraya , saya tetap perlu ke salon dan rutin harian masih spt biasa. Cuma jadual hari ni mesti disusun rapi kerana ada jemputan ke majlis perkahwinan anak jiran kami, ada juga jemputan ke open house di rumah customer salon dan ada program kwn2 anak yg nak dtg beraya.

Budaya org M`sia , puasa belum tentu cukup sebulan tp raya mesti 30 hari...Ini budaya, dan bukan amalan yg dituntut..Elok juga diselit kan sedikit kat sini, bila dijemput ke rumah terbuka aka majlis hari raya, betulkan dulu niat kita bila berkunjung,, dahulu kan tujuan utk berziarah dan menyambung silaturrahmi dan bukan MAKAN ...MAKAN...dan MAKAN . Jom kita semua betulkan yg biasa berlaku ni dan biasa kan buat perkara yg betul, insyaAllah .

Macam biasa.. mukaddimah entri mmg lari jauh dari tajuk kat atas.

Kita mula smula , straight to the point..

Slps tinggalkan salon utk beberapa jam, saya pergi semula utk menyiapkan beberapa kerja . Slps azan maghrib, sambil memandu pulang dlm suasana remang remang senja , sebaik menghampiri ke Jln 20 dari jauh saya dpt lihat deretan kereta di luar pagar kwsn perkuburan Karak di dpn rmh kami.

Dalam hati saya terasa sayu melihat suasana sebegini. Tanpa dipinta, minda sendiri terus cuba meletakkan diri sendiri di tempat anak anak atau saudara terdekat si mati. Tentu sedih bila terpaksa meninggalkan insan yg tersayang seorang diri di pembaringan, di dlm lahad yg sempit. Bila kita sendiri pernah merasai kehilangan insan2 tersayang, terutama bila arwah abah dan arwah Ma dijemput pulang ke sisi Tuhan, naluri saya lebih mudah tersentuh..

Dan sbg hambaNYA yg masih diberi peluang utk menarik nafas di bumi ni, mari kita semua renung kan , fikir fikir kan..cuba bayangkan kita sendiri sbg si mati yg di hantar ke perkuburan..pergi dan tak mungkin kembali semula ke rumah besar kita, tak dpt lagi nak solat 5 waktu, tak dpt lg nak ber`infaq, tak berpeluang lg nak berbuat baik ......bersedia kah kita utk di tinggalkan sorang sorang... Andai dlm keadaan belum cukup bekalan utk ke sana..tiba tiba kita dah dijemput pulang...cuba tanya diri sendiri.."ada berani..?"

Friday, July 06, 2012

Salon Muslimah (utk wanita sahaja) di Tmn Samudera, Batu Caves .

(Gambar : antara produk jualan , sgt bagus kerana tak perlu memberus lg uniform sekolah terutama yg warna putih, insyaAllah pakaian lebih bersih, putih bersinar dan berbau segar... ha ha ha, macam ayat iklan kat tv je :)

Bismillah...

Alhamdulillah semakin ramai yg mengenali Sue Beauty Saloon hasil dari pencarian dari PakCik Google..
Iklan di internet sgt berkesan. Dan antara soalan standard yg ditanya oleh bakal pelanggan adalah lokasi, masa perniagaan , dan macam macam lg..

Puan Sue mengucapkan berbanyak2 terima kasih,, jangan segan utk call . Yg penting kita berurusan dlm suasana yg selesa tanpa kehadiran pelanggan/pengiring/peneman lelaki.

Ok..waktu perniagaan kami di Sue Beauty Saloon ialah dari pukul 10 pagi hingga 7 mlm. Tp jgn risau had waktu tidak la terlalu ketat, jika masih ada pelanggan yg terpaksa dtg selepas 7 mlm insyaAllah masih diterima. Saya amat maklum bahawa ada segolongan pelanggan yg waktu balik kerja nya agak lambat,,di tambah lg dgn heavy traffic jammed di Kolumpo ni.. Jgn risau, apa yg saudari / ukhti semua perlu buat adalah sms atau call.

Cuma Ahad sahaja kami tak buka salon. Saya cuba luangkan hari Ahad utk keluarga, dan juga urusan di luar daerah. Selebihnya , insyaAllah saya di Sue Beauty Saloon.

Antara big landmark yg ada di sekitar kwsn kedai ni ialah * Giant Batu Caves *Apartment Banjaria *Klinik Seri Indah *Pasar Malam Tmn Samudera(rabu) Makna nya jika saudari semua sudah berada di beberapa lokasi td, sebenarnya dah dekat sgt dah dgn salon saya. Sudi sudi kan singgah , insyaAllah ada beberapa produk yg di pamerkan di kaunter luar salon akan menarik minat pelanggan.

Antara yg selalu kerap di re order dari pembekal ialah :

* Semua produk D'Herbs Healthy Sdn Bhd
-Jus Perawan Plus Collagen
-Krim Ajaib Mutiara Gold
-Lipstik Collagen
-Lunas Resdung
-Celak Arab
-Premium Diet (yg ni paling top)
-Mukjizat Scrub Soap
-Glow B White
-D'Herbs Beauty Soap

*Losyen Biotrim
*Air Anugerah
*Wangian Kasturi Syifa
*Baraka
*Cocoa Collagen
*Smart Cocoa A+

*Alas Seterika Ajaib
* Sabun serbaguna Bio Sinar

....sekadar senarai sebahagian dari jualan.

Sudi sudi kan berkunjung ke :

Sue Beauty Saloon
579 Jln Samudera Utara 2
Bgnn Kedai Tmn Samudera
Batu Caves , Selangor

(Salon kecantikan dan rawatan rambut utk wanita sahaja)

Saturday, June 23, 2012

Teropong ke Bintang






Bismillah...

Sejak dari dulu lagi ( sebenarnya sejak dari masa kami tinggal di Sarawak) Ibu selalu berangan nak teropong ke langit pd waktu malam, nak tengok keindahan kerlipan bintang..Hingga la kami dah transfer balik semula ke semenanjung dan tinggal kat kediaman kami sekarang ni,, nampaknya hajat Ibu belum jugak kesampaian.

Sesekali bila berkesempatan duduk santai di beranda dgn Zauji pd waktu malam hajat yg satu tu akan dtg semula.. InsyaAllah semuga Allah perkenankan dan sedikit masa lagi Ibu akan dpt teropong ke langit mengintai bintang bintang di sekeliling bulan...

Amiin..

Wednesday, June 20, 2012

Another Telematch begins....

Bismillah..

Tak byk yg nak ditulis kali ni, waktu pun sgt terhad rasanya,
cuma mempersiapkan secukupnya fizikal dan mental
untuk melalui hari hari mencabar....
zauji ke O/S lagi..
Semuga Allah swt permudahkan segala
urusan Ibu di siang dan malam..
Amiin..

Rabbi Yassir wa la Tu`assir
Ya Kareem

Monday, June 11, 2012

Tahniah , IbuSue



Bismillah...

Kedatangan hari ni 11hb Jun 2012 mmg agak mendebarkan hati Ibu , setelah dua minggu kami rehat dari penerbangan pesawat di awal pagi , pagi ni bermula semula rutin harian sbg Pilot CBJ****seawal pukul 7 pagi.

Kalau Zauji ada di rumah insyaAllah tugasan sentiasa dibantu dan terasa agak teratur sikit jadual Ibu. Dari petang Ahad (semalam) Zauji sudah berlepas ke luar daerah , maka segalanya perlu dikendalikan oleh Ibu sendiri , dgn bantuan sayap kanan dan kiri ( kak Nini dan Ayong)... Terima kasih girls.

Elok juga Ibu kongsikan bersama kwn kwn bloggers di sini, rutin seharian Ibu. Tentu nya ibu ibu lain lebih sibuk dan melalui hari hari yg lebih mencabar dari Ibu sendiri.. Jom kita share pengalaman masing masing.. Mencabar sgt sgt kan..

( 9.36 mlm ..penceritaan terpaksa dihenti kan sebentar,, tiba masa utk ambil Abg Aman di sekolah, pulang dari kelas malam)

ok...kita sambung semula.

Seawal 6 pagi selepas solat subuh , Ibu akan sibuk di dapur siapkan sarapan utk kami 7 orang..
(Biasanya sambil masak sarapan, dah mula la jugak masak utk lauk makan tengahari nanti)

Selesai sarapan , pukul 7 pagi Along akan tolong hidupkan enjin pesawat dan buka pagar. Penerbangan pertama bermula. Hari ni, semua penumpang berjaya dikumpulkan dlm satu penerbangan, ayong ke simpang surau (sorry , Ibu tak dpt hantar sampai ke sekolah...) Abg Aman dan Kak Nani ke sekolah Tmn Selasih dan Adik Ichad dpt terus dihantar ke Taska Anak Anak Comel. (Thanks to Kak Nini yg byk bantu mandikan dan siapkan beg si Ichad)

Balik dari ngantarin anak anak, Ibu akan sambung tugasan di dapur sambil mata menjeling manja ke jam dinding,, utk pastikan dpt siap dlm masa yg sepatutnya. Usai masak utk mkn tengahari anak anak nanti, Ibu mula mengemas mana yg sempat, dan sebaik pukul 9.30 pagi, Ibu perlu bersiap utk ke Sue Beauty Saloon. ( Business Hour 10 am- 7 pm)

Tengahari jika ada masa lapang Ibu akan keluar sekejap utk jemput Abg Aman dan Kakak Nani dari sekolah dan hidangkan lunch. Ada masanya anak2 ni perlu jalan kaki sendiri pulang ke rumah dan uruskan semuanya sendiri dan bergegas pulak ke sekolah agama di sebelah petang.
( Maaf ya anak anak, elok juga bersusah susah sekarang, supaya nanti akan pandai menguruskan diri sendiri jika ditakdirkan Ibu tak lagi dpt menyediakan itu dan ini nanti..takdir Tuhan , kita tak kan dpt meneka..)

Pukul 7 sebaik selesai berurus niaga , Ibu akan segera ke Taska , jemput pulang si kecik kami Muhammad Raheem Irsyad. Kesian dia selalu lambat Ibu ambil , hari ni dah dekat pukul 7 pun masih ada pelanggan masuk utk gunting rambut, Alhamdulillah...masih ada bahagian rezeki utk kita ..(tapi sorry ye Dik, Ibu ambik lambat lagi...)

Jadual malam lagi padat..jom Ibu ringkaskan..
Dlm kesuntukan masa utk solat Maghrib,dlm kesibukan melayan yg ni lapar, yg tu dahaga nak dibancuh Teh panas, ada pulak yg belum mandi, kain di jemuran adakala nya lambat di angkat, dan bermacam macam...dan dalam kepenatan serta keperluan utk menyegarkan diri sendiri..
( I really love to have a long shower :)

8.00 mlm hantar Abg Aman ke Sekolah Keb Selasih utk kelas malam .
8.30 mlm hantar Kak Nini, Kak Nani dan Adik Ichad ke rumah Ustaz utk Kelas Al Quran
9.00 mlm jemput anak anak dari Kelas al Quran
9.40 mlm jemput Abg Aman dari sekolah

Dan keadaan masih meriah hingga la ada yg dah mula mengantuk dan minta di "pok pok" .. ada yg masih belum siap kerja sekolah, ada yg dah tertido (biasanya Abg Aman la..) dan kadang kadang masih ada yg lapar semula daaaa.. Ha ha ha

Sekadar berkongsi sebahagian kisah Ibu di sini, suka duka dalam meniti hidup ni, biarlah kita memilih utk tidak banyak merungut atau menyalahkan org org di sekeliling setiap kali melalui waktu waktu sukar. Mungkin Allah sedang menguji sejauh mana kesanggupan kita utk menerima dugaanNYA. Bukan mudah utk diberi ganjaran dan kesenangan andai tidak merasai keperitan dan kesukaran terlebih dahulu..

(Dan seawal pagi esok, semasa melayan anak anak bersarapan di meja makan, Ibu juga perlu bersedia utk mendengar cerita dari setiap orang , tentang mimpi mereka semasa tidur.... dan selalu nya bukan hanya menjadi pendengar setia dan sabar...tetapi juga merangkap pengulas mimpi.. dan selalunya mimpi Si Story Teller kami lah yg paling adventurous)

Pesanan Ibu utk semua , sesekali ucapkan tahniah utk diri sendiri, kerana selepas melalui hari yg penuh sibuk, kita masih mampu tersenyum tatkala anak anak semuanya sudah lena dan ambil lah masa utk duduk bermuhasabah dan bersyukur kpd NYA setelah melalui hari yg panjang... Alhamdulillah ,, kita semua kaum Ibu ni sentiasa dibekalkan hati yg mampu bersabar dlm menghadapi kerenah org org tersayang di sekeliling kita..

Akhir kalam....Tahniah , IbuSue :)