Thursday, May 12, 2011

Sue Beauty Saloon




Selamat datang ke Sue Beauty Saloon.

Menyediakan perkhidmatan Gunting Rambut, Cuci Rambut , Facial, Rawatan Resdung, Rawatan Kaki (rendam herba dan urut), Urut Badan, Sauna dan bla bla bla...

Waktu Perniagaan : 9.30 pagi - 7 mlm

Sebarang pertanyaan / temujanji sila hubungi Puan Sue 013 909245

Saturday, April 23, 2011

Beberapa hari lagi.. "Kelahiran Semula"

Bismillah.. suspen jer tajuk entri kali ni.. Re- birth of Sue Beauty Saloon.

Macam tak percaya sebenarnya , ibu dlm proses nak buka semula kedai seperti dulu.

*Wang deposit dan sewa dah dibayar..(Lega....),
*Kunci kedai dah dapat
*Layout plan dah buat sikit sikit.
*Hari ni dah mula beli stok jualan

Alhamdulillah urusan kami tadi dipermudahkan, perbincangan utk dpt kan harga sbg pekedai berjalan lancar dan stok permulaan produk kosmetik, produk slimming , jamu , makanan kesihatan dan bermacam lagi utk mengisi rak display nanti diangkut ke kereta.

Aduhai..duit mengalir laju je mcm air paip. Semuga segala usaha kami diberkati Allah dan dapat manafaatkan semua orang yang bakal berurusan dgn kami.

InsyaAllah awal Mei 2011 nanti "Sue Beauty Saloon" akan kembali beroperasi..

Tuesday, April 05, 2011

Hasil Tangkapan ..To`et jer..






Bismillah,,

Mlm td sebaik balik dari dating, Zauji terus pasang "portable playroom" utk Jerry, yg menumpang di rumah kami sesedap rasa dan rajin 'berkongsi rezeki kami'...

Ibu : Kecik je bdn dia..Harap2 dapat la mlm ni..
Zauji : Kalau bg ikan bilis, suka dia ni..
Ibu : ( ikan bilis mahal pun sanggup dikongsi bersama..istimewa nya Jerry)

Kami naik utk jenguk anak2, rupanya si Ichad lena kat bilik sejuk kakak nya.. dan ambik masa utk online sekejap.. Sedang berbual dgn Zauji, tiba tiba kami dgr bunyi spt ada sesuatu di dapur..

Zauji : Ha ! dah dpt..

Dipendek kan cerita itu la dia ' tetamu kecik' yg suka menyelinap masuk ke dapur kami dan main2 kat belakang fridge dan serata tempat yg dia suka..hatta meniti kat wayar talian talipon kat atas...

Alhamdulillah, antara rekod tangkapan paling pantas yg kami buat setakat ni.. Harap2 yg ni spesis terakhir dari kaum kerabat dia yg berkongsi dapur dgn kami...


Monday, April 04, 2011

'ngeteh'....

Salam ..

Kali ni Ibu nak cerita pasal satu 'habit' kaum lelaki waktu mlm.. 'ngeteh' nama ringkasnya..maksudnya keluar minum teh dan borak borak dua tiga jam di coffee house atau tempat2 yg boleh duduk2 sambil tgk2 perangai org lalu lalang sambil bercakap2 dan membakar duit (hisap rokok laaa..)

Utk yg bujang dan tiada sape2 yang anda commited utk jaga hatinya dan jaga kebajikan dan meluangkan masa anda dgn mereka, tidak termasuk dlm skop yg Ibu nak ceritakan di sini..

Ibu lebih suka fokuskan pd golongan suami, ayah dan seangkatannya. Banyak persoalan yang Ibu nak anda semua renung renungkan ..

Berapa jam dah anda luangkan di tempat keje (dari kul 8pg - 7 mlm dan ada masa nya tiba di rumah dah kul 8 mlm) dan cuma sampai di rumah pd waktu mlm.. anda akan tiba dgn wajah kepenatan dan cuba utk senyum kpd sang isteri yang seharian disibukkan dgn segala macam tugasan yg tak kan pernah selesai.. Sedangkan si isteri juga penatnya hanya Allah yang lebih tahu..

Belum sempat anak anak sedar si Ayah sudah pulang, anda pula mula bersiap2 utk KELUAR SEMULA luangkan masa dgn kwn2 yang sedari pagi anda jumpa di pejabat, anda luangkan masa bersama semasa tea break, lunch dan tea break lagi ptg nya.. Ada kalanya utk 'ngeteh' dan pd mlm yg lain nya pulak, lebih eksklusif iaitu 'Driving Range'..

Agaknya apa la perasaan isteri anda ye..

Kenapa tak ditukar perangai buruk ni ? Apakah isteri cuma utk ***(tuuut) dan tidak perlu dijaga hatinya, tidak perlu ditanya apa yg dia suka dan tak suka..

Adakah cuma hati kawan kawan yg sgt perlu di sanjung dan ditatang..

Rendahnya kedudukan isteri di hati sang suami.. Dan tingginya ego diri seorang lelaki ..

Baru baru ni ada seorang isteri yang bercerita kat Ibu, dia sedang mengawal makan (nak kuruskan badan katanya) Tp si suami selalu mengajak keluar temankan utk minum2 dan kdg2 makan di luar bersama sama.. Katanya selalu juga dia menolak tp kesian bila si suami memujuk..
(Dlm hati Ibu, sebenarnya dia sgt beruntung..kerana si suami tak terfikir utk mengajak kwn2 utk keluar, tp lebih selesa utk bersama isteri ..keluar minum2 dan mkn2 bersama)

Bagi Ibu sendiri, kaum lelaki yg menjadikan rumah mereka sbg tempat tidur semata mata dan ketenangan dan keseronokan di cari di luar, adalah kaum yg sangat lemah dan gagal dlm memegang status sbg seorang suami.. Berilah apa jua gelaran dan pangkat kpd anda, Tok Siak, Tok Ketua kampung, Pak Imam hatta Pak "Lebai" sekali pun, percaya lah itu hanya gelaran org sekeliling .. namun hanya seorang hamba Allah di mukabumi ini yg tahu siapa anda sebenarnya..true colour anda hanya isteri anda yg tahu.

Ibu sendiri terkena tempias senario 'busuk' ni bila sang suami selalu di ajak keluar selepas tiba di rumah dgn 'punch card merah' .. InsyaAllah akan Ibu tangani sebaik mungkin, tp jgn terkejut nanti kalau Ibu pulak yg akan keluar 'ngeteh' beramai ramai.. Atau worse comes to worst, Ibu akan bg reminder call @ sms kat sesiapa yg 'panas punggung' utk stay kat rumah msg msg waktu mlm supaya ...

*"Mind Your Own Family" Jaga family masing masing.. Beri peluang kwn anda berehat dgn keluarga masing masing..

* Cari lah keredhaan Allah dgn bykkan meluangkan masa dgn isteri dan anak2 di rumah. Allah akan pandang anda dgn kasih sayang NYA jika anda ikhlas mengasihi ahli keluarga kerana NYA

* Apa kata bawa isteri anda keluar 'ngeteh' ...Tunjukkan isteri anda tempat2 menarik waktu mlm..minuman apa yg best utk diminum di luar.. Jd kan waktu 'ngeteh' sbg waktu santai utk anda berdua .. Jgn ingat isteri tak penat w/pun keje nya di rumah..

* Mtk isteri buatkan air kegemaran dan duduk duduk la bersembang di anjung rumah dan tanya kan masalah seharian dia dan ank2,sepeninggalan anda ke tempat kerja.. Dia mungkin banyak memendam dan hanya mampu memerhati kesibukan anda keluar masuk rumah..

Dan byk lagi yang akan Ibu lakukan..Semuga Allah merahmati ikatan yang kami bina sejak 15 tahun lalu, w/pun byk dugaan yang kami lalui.Dari Cheneh Baru, ke Bandar Seri Bandi, Ke Saratok Sarawak dan sekarang..harapan ibu supaya cara hidup di sini tidak akan mengganggu gugat ketenangan kami..

Saturday, April 02, 2011

Rindu bertandang lagi

(Si bunga Ros yang mekar petang ni setelah lama tak berkembang kelopaknya spt juga hati Ibu)


Bismillahirrahmanirrahim..

Ptg ni Ibu ada kuliah Bahasa Arab (Tafsir Quran) di surau..Alhamdulillah , dpt sikit2 ilmu, kalau nak ikutkan badan yg kurang sihat ni, terbaring je la..Bila di majlis ilmu, terasa kurang sakitnya dan hati lebih tenang..Mungkin itu la ubat paling mujarab, besarnya hikmah mendalami ilmu Allah.

Spt biasa dlm kumpulan kami, ada seorang kakak ni yg akan bawa mak dia, nampak dah berumur sgt dan kurang bercakap dgn kami..

Usai solat Asar selepas tamat kuliah, kakak td menegur Ibu bertanya kbr dan perihal pekerjaan Ibu. Ibu bersyukur kerana kehadiran 'org baru' di kelompok jemaah di sini semakin dikenali dan diterima, Alhamdulillah..

Sebenarnya dah lama Ibu perhati 'dua beranak' ahli surau dan ahli majlis ilmu ni..Suka tgk keakraban 'Kak Ina' dan bonda nya, waktu berjemaah Maghrib dan Isya` pun, kalau ada si anak, maka si Ibu pasti dibawa sama, solat sambil duduk di kerusi je sebelah si anak..

Semasa berjalan keluar pagar surau td, kata kak Ina " Mmg akak kena selalu ajak mak ni Sue, kalau ikut kan dia dah tak nak keluar ke mana mana, nak duk rumah je..Kita la kena pujuk..Kalau duduk je,terbaring je,,lama lama sakit.. Setakat ni , Alhamdulillah..Nak dia ikut.."

Terus CPU Ibu playback scene semasa arwah ma tinggal dgn kami dulu dan masih boleh berjalan, selalu juga Ibu ajak dia ke surau yg sama..Cuma mungkin cara pujukan Ibu dan Ina tak sama..atau arwah Ma punya alasan tersendiri..Ibu ke surau berkereta, k.ina dan bondanya cuma berjalan kaki..

Maka rindu pd ma pun bertandang lagi.. Semasa memandu pulang td, banyak yg bermain di fikiran Ibu..

`Ala Kulli Hal...Ibu sgt yakin Allah Lebih Mengetahui apa yg terbaik utk hambaNYA..

Balik Kampung @ Saratok, Sarawak

Bismillah...

Ibu baru je dapat call dari Zauji, katanya baru tiba di dpn rumah Pak Idi dan Mawar..Rupanya sempat dia berkunjung ke rumah kwn2 kami semasa di Saratok dulu.. Cemburu pulak rasanya bila dgr Zauji dah sampai Saratok.. Pantas dia bercerita anak sahabat kami dah besar, dulu Ibu dan Mawar melalui fasa mengandung bersama sama , dan seorang lagi kwn kami Mak Limin . Agaknya anak Mak Limin (Nurul Salbiah) pun dah besar mcm Ichad juga.. Baru mlm tadi Ibu call Peah bertanya khabar, seronok mendengar perkembangan terkini dari sana.. Mak Amoi dah bercucu, Mak Awen baru selesai majlis pertunangan anaknya Non, Mak Biskut pun sama..

Sementara berita kurang baik nya, Mak Anggun pulak yang tak sihat..Tiba tiba Ibu rasa rindu kan suasana di saratok dulu, berdhuha dan majlis ilmu di surau seroja, berkebun pulak pd sebelah petang, berjemaah semula pd waktu malam.. Seisi keluarga kami dah jadi mcm keluarga besar di sana..

Sempat Ibu berpesan kat Zauji td, " ambik la gambar family Mawar, dpt Sue tgk diorang.." Sebenarnya kalau nak ikutkan hati, setiap sudut Saratok , Ibu nak Zauji buat photo shooting. Ibu nak tengok puas puas..

Di sana, sebuah daerah yang jauh dari bandar besar, namun kenangan selama hampir 4 tahun berkampung di Taman Muhibbah akan kami sekeluarga kenang dan insyaAllah kami akan ke sana lagi suatu masa nanti.

Kg Melango, Kg Masjid, Kg Bunga Raya, sekadar menyebut beberapa tempat yang memberi kenangan indah dalam hidup kami..

Harapan Ibu semuga Zauji tak lupa menitipkan beberapa keping not bernilai besar kpd wakil surau, tanda kasih dan sayang kami kpd rumah Allah di sana..insyaAllah dpt meringankan sedikit beban pembayaran bil bil letrik dan air Surau Darul Muafiqin..

Friday, April 01, 2011

Pesanan yg baik walaupun pahit..

Bismillahirrahmanirrahim..
Kali ni Ibu nak tulis seringkas yg boleh, supaya mudah diterima semua.Bunyinya mmg pahit, kelat dan panaskan telinga..(utk yg terkena la..)


"Aurat wanita bukan hanya rambut..."

Wahai adik2 dan sahabat2 yg dekat di hati, berbaju lengan pendek dan mengikut potongan badan , berseluar ketat..dan pd masa masa yg sama memakai tudung.. Mengapa mudah terikut ikut kebiasaan yg SALAH.?

Mari kita biasakan yg BETUL dan betulkan yg SALAH tu

* Ada juga yg beralasan belum sampai seru nak menutup aurat mcm yg Allah suruh.. Boleh pulak beralasan mcm tu..Pd hal sejak dulu..dlm Al Quran dah disebut tentang suruhan menutup aurat.. Nak tunggu seruan yg mcm mana lg ye..

** Posting kali ni agak tak mesra je bunyi nye kan, dan mungkin ramai yg tak setuju sbb katanya bertudung atau tak adalah hak peribadi.. Cuba renungkan, hakikatnya udara yg kita sedut setiap saat ni pun hak Allah, setiap titis darah yg mengalir di urat urat kecil pd bdn ni pun hak Allah, segala sesuatu yg ada di dunia ni adalah milikNYA..dan tujuan kita dihidupkan di mukabumi ni, adalah sbg hambaNYA yg mesti patuh kpd suruhan NYA..

Jadi bila ditimbulkan tentang hal perintah menutup aurat (mengikut syari`at) , kenapa dikatakan "hak peribadi"...?

Wallahua`lam ..

Salam kasih sayang dari

Puan Sue