Salam ..
Kali ni Ibu nak cerita pasal satu 'habit' kaum lelaki waktu mlm.. 'ngeteh' nama ringkasnya..maksudnya keluar minum teh dan borak borak dua tiga jam di coffee house atau tempat2 yg boleh duduk2 sambil tgk2 perangai org lalu lalang sambil bercakap2 dan membakar duit (hisap rokok laaa..)
Utk yg bujang dan tiada sape2 yang anda commited utk jaga hatinya dan jaga kebajikan dan meluangkan masa anda dgn mereka, tidak termasuk dlm skop yg Ibu nak ceritakan di sini..
Ibu lebih suka fokuskan pd golongan suami, ayah dan seangkatannya. Banyak persoalan yang Ibu nak anda semua renung renungkan ..
Berapa jam dah anda luangkan di tempat keje (dari kul 8pg - 7 mlm dan ada masa nya tiba di rumah dah kul 8 mlm) dan cuma sampai di rumah pd waktu mlm.. anda akan tiba dgn wajah kepenatan dan cuba utk senyum kpd sang isteri yang seharian disibukkan dgn segala macam tugasan yg tak kan pernah selesai.. Sedangkan si isteri juga penatnya hanya Allah yang lebih tahu..
Belum sempat anak anak sedar si Ayah sudah pulang, anda pula mula bersiap2 utk KELUAR SEMULA luangkan masa dgn kwn2 yang sedari pagi anda jumpa di pejabat, anda luangkan masa bersama semasa tea break, lunch dan tea break lagi ptg nya.. Ada kalanya utk 'ngeteh' dan pd mlm yg lain nya pulak, lebih eksklusif iaitu 'Driving Range'..
Agaknya apa la perasaan isteri anda ye..
Kenapa tak ditukar perangai buruk ni ? Apakah isteri cuma utk ***(tuuut) dan tidak perlu dijaga hatinya, tidak perlu ditanya apa yg dia suka dan tak suka..
Adakah cuma hati kawan kawan yg sgt perlu di sanjung dan ditatang..
Rendahnya kedudukan isteri di hati sang suami.. Dan tingginya ego diri seorang lelaki ..
Baru baru ni ada seorang isteri yang bercerita kat Ibu, dia sedang mengawal makan (nak kuruskan badan katanya) Tp si suami selalu mengajak keluar temankan utk minum2 dan kdg2 makan di luar bersama sama.. Katanya selalu juga dia menolak tp kesian bila si suami memujuk..
(Dlm hati Ibu, sebenarnya dia sgt beruntung..kerana si suami tak terfikir utk mengajak kwn2 utk keluar, tp lebih selesa utk bersama isteri ..keluar minum2 dan mkn2 bersama)
Bagi Ibu sendiri, kaum lelaki yg menjadikan rumah mereka sbg tempat tidur semata mata dan ketenangan dan keseronokan di cari di luar, adalah kaum yg sangat lemah dan gagal dlm memegang status sbg seorang suami.. Berilah apa jua gelaran dan pangkat kpd anda, Tok Siak, Tok Ketua kampung, Pak Imam hatta Pak "Lebai" sekali pun, percaya lah itu hanya gelaran org sekeliling .. namun hanya seorang hamba Allah di mukabumi ini yg tahu siapa anda sebenarnya..true colour anda hanya isteri anda yg tahu.
Ibu sendiri terkena tempias senario 'busuk' ni bila sang suami selalu di ajak keluar selepas tiba di rumah dgn 'punch card merah' .. InsyaAllah akan Ibu tangani sebaik mungkin, tp jgn terkejut nanti kalau Ibu pulak yg akan keluar 'ngeteh' beramai ramai.. Atau worse comes to worst, Ibu akan bg reminder call @ sms kat sesiapa yg 'panas punggung' utk stay kat rumah msg msg waktu mlm supaya ...
*"Mind Your Own Family" Jaga family masing masing.. Beri peluang kwn anda berehat dgn keluarga masing masing..
* Cari lah keredhaan Allah dgn bykkan meluangkan masa dgn isteri dan anak2 di rumah. Allah akan pandang anda dgn kasih sayang NYA jika anda ikhlas mengasihi ahli keluarga kerana NYA
* Apa kata bawa isteri anda keluar 'ngeteh' ...Tunjukkan isteri anda tempat2 menarik waktu mlm..minuman apa yg best utk diminum di luar.. Jd kan waktu 'ngeteh' sbg waktu santai utk anda berdua .. Jgn ingat isteri tak penat w/pun keje nya di rumah..
* Mtk isteri buatkan air kegemaran dan duduk duduk la bersembang di anjung rumah dan tanya kan masalah seharian dia dan ank2,sepeninggalan anda ke tempat kerja.. Dia mungkin banyak memendam dan hanya mampu memerhati kesibukan anda keluar masuk rumah..
Dan byk lagi yang akan Ibu lakukan..Semuga Allah merahmati ikatan yang kami bina sejak 15 tahun lalu, w/pun byk dugaan yang kami lalui.Dari Cheneh Baru, ke Bandar Seri Bandi, Ke Saratok Sarawak dan sekarang..harapan ibu supaya cara hidup di sini tidak akan mengganggu gugat ketenangan kami..
3 comments:
“Apabila Allah kasihkan seseorang, Allah mengenakan dengan suatu ujian sehingga Allah mendengar rengekan permintaan yang bersungguh-sungguh.” (Dari Musnad Firdaus oleh Dailami)
:Patience is bitter , but its fruit is sweet . :)
Sincerely , Rainn .
assalamualaikum...
baru berkesempatan singgah di sini..takziah ats pemergiaan bomda tersayang semuga roh nya di tempahan bersama para solohin...al fatihah
t kasih ina..semuga bonda tenang di sana..amin
Post a Comment