(Si bunga Ros yang mekar petang ni setelah lama tak berkembang kelopaknya spt juga hati Ibu)Bismillahirrahmanirrahim..
Ptg ni Ibu ada kuliah Bahasa Arab (Tafsir Quran) di surau..Alhamdulillah , dpt sikit2 ilmu, kalau nak ikutkan badan yg kurang sihat ni, terbaring je la..Bila di majlis ilmu, terasa kurang sakitnya dan hati lebih tenang..Mungkin itu la ubat paling mujarab, besarnya hikmah mendalami ilmu Allah.
Spt biasa dlm kumpulan kami, ada seorang kakak ni yg akan bawa mak dia, nampak dah berumur sgt dan kurang bercakap dgn kami..
Usai solat Asar selepas tamat kuliah, kakak td menegur Ibu bertanya kbr dan perihal pekerjaan Ibu. Ibu bersyukur kerana kehadiran 'org baru' di kelompok jemaah di sini semakin dikenali dan diterima, Alhamdulillah..
Sebenarnya dah lama Ibu perhati 'dua beranak' ahli surau dan ahli majlis ilmu ni..Suka tgk keakraban 'Kak Ina' dan bonda nya, waktu berjemaah Maghrib dan Isya` pun, kalau ada si anak, maka si Ibu pasti dibawa sama, solat sambil duduk di kerusi je sebelah si anak..
Semasa berjalan keluar pagar surau td, kata kak Ina " Mmg akak kena selalu ajak mak ni Sue, kalau ikut kan dia dah tak nak keluar ke mana mana, nak duk rumah je..Kita la kena pujuk..Kalau duduk je,terbaring je,,lama lama sakit.. Setakat ni , Alhamdulillah..Nak dia ikut.."
Terus CPU Ibu playback scene semasa arwah ma tinggal dgn kami dulu dan masih boleh berjalan, selalu juga Ibu ajak dia ke surau yg sama..Cuma mungkin cara pujukan Ibu dan Ina tak sama..atau arwah Ma punya alasan tersendiri..Ibu ke surau berkereta, k.ina dan bondanya cuma berjalan kaki..
Maka rindu pd ma pun bertandang lagi.. Semasa memandu pulang td, banyak yg bermain di fikiran Ibu..
`Ala Kulli Hal...Ibu sgt yakin Allah Lebih Mengetahui apa yg terbaik utk hambaNYA..
2 comments:
As-Salam Sue..
InsyaAllah doa dan bacaan ayat-ayat suci al-Quran dapat melapangkan hati kita pada rindu yang bertandang.. al-fatihah buat bonda sue..
Terima ksih kak yg sgt memahami..
Mungkin ingatan dan rindu pd arwah bonda tak akan pernah terpadam..
Post a Comment