Thursday, July 01, 2010

Sabar lah Sayang..

Assalamualaikum..
I`m back again after few weeks of frozen sessions. Let`s us pray that start from today I `ll become more blogger mom,,sharing every single precious moments here.."Precious moments"..? Well, may be sometimes it appears to be precious and sweeeeet BUT it`s life right..We can`t expect things to be just like we want it to..
Good practice to share is that ALWAYS SEE THINGS IN A POSITIVE WAY..

Those days when everything goes wrong, and we feel like it`s better to put a BIG AND HUGE FULL STOP..Let`s see the other side of the wall.Well, this is just an experience to share..

Yesterday I was talking to an ex-neighbour about this Herba Maharani. The first words that came out from her was.."Te Zhi Bai Feng Wan"..
"Eh..ni nama cina, produk dari China ke?"
Me : Produk ni halal. Even ada Halal Cert dari Ifanca. I dah lama amalkan,,bla bla bla..
"Oh ye ke..tp w/pun kita tahu org islam kat sana paling ramai, boleh confirm ke prosedur proses dia tu bersih, ikut cara islam.."

And after few words of excuses, indirectly this lady seems to tell me..

* I`m clean.
* I do not take China product.
* I`m busy.
* My health condition is excellent.

Or may be she thinks that every imported product, she might go and visit and observe every single process and check every single manpower whether muslim or not, and the herbs as well, where,when and how they are being harvested..MasyaAllah..What a difficult life she`s being tru. Pity her..

Dear friends,, let us educate ourself, to get a Halal Certificate, especially in the International level which involves many muslim consumers all over the world, it takes not only 1 or 2 persons to work out..And not within a week or a month of researches done..This is a BIG THING to prove. SO.. If the product comes with a clear Halal Cert, let us not "serabut" our mind with all those BIG BIG question marks right..?

Back to my yesterday`s experience, I told my self, SABAR LAH SAYANG..This is a real life..We meet all kinds of human, we may talk any kinds of language, we also deal with many type of prospect buyer,,BUT one thing for sure, Allah knows the reasons behind those bad experiences..HE loves you, HE`ll protect you, And always remember, HE knows what`s best for you..

So..SABAR LAH SAYANG..


** DARI HATI said..
Sape sape berminat nak mengamalkan pemakanan kesihatan Herba Maharani, boleh sms 013-9092456. Penjagaan dalaman utk kita kaum Maharani.Penyelesaian utk masalah dalaman dan pengikat kasih Sang Maharaja..Kellasss gitu.

Thursday, May 27, 2010

I`m back..

Alhamdulillah..dapat kembali ke meja ni dan duk sekejap masuk entry baru..Sah sah la blog ibu dah frozen.

Banyak betul perkara berlaku sepeninggalan Ibu dari ruang blog nih. Sebenarnya bukan hilang terus tapi banyak berlegar kat Face Book.Menyambung kembali ikatan silaturrahmi di antara kwn kwn.

Bayangkan pada usia 40 ni baru la Ibu dapat berhubung semula dgn sahabat yg dah lama lost contact, ada yg dari zaman sekolah menengah (Sek.Men Keb Agama Naim LilBanat)..ada yg dari UITM..ada yg sedara mara dekat dan jauh..and etc

Tu la sebenarnya kemudahan IT ni kalau kita gunakan dgn saluran yg betul dan berfaedah ,insyaAlah yg jauh dapt didekatkan, yg dekat dpt dimesrakan ,,dan yg mesra dapat kita serasikan..TAPI ada jugak pantang larang nya..Almaklum la dulu masa kita kwn kwn masing masing muda, solo, belum kawen..Sekarang bila dah dpt contact semula, tittle pun dah berubah, rupa dan bentuk pun ada yg berubah, dan yg pasti tittle pun dah bertukar..Cik dah jadi Puan..Jadi sendiri mau ingat dong..

Nanti Ibu cerita lagi..

Monday, May 03, 2010

Bulan Banyak Besday..

Asssalamualaikum..

Syukur Alhamdulillah pagi ni dapat Ibu duk sekejap kat tepi katil ni, ngadap lappy..Ikutkan bayk lagi keje tak siap tapi hati rasa terpanggil nak berblogging pagi ni.

Pejam celik ..dah masuk bulan Mei 2010. Cepat nya masa berlalu. Kesibukan pindah rumah baru nak reda, w/pun belum kesemuanya kemas di simpan. Minggu lepas Ibu sibuk melayan tetamu istimewa kat rumah ni. Penat bagaikan tak terasa bila melihatkan insan mulia ni semakin sihat, berselera, ceria dan semakin mampu bergerak ke sana ke sini dlm rumah kami yg tak besar mana ni..Hjg minggu dia berkunjung ke rumah kakak di Puchong pulak..Tak pasti berapa hari mampu bertahan kat sana..
Yg penting kami adik beradik pakat buat jadual, gilir gilir jaga si Bonda. Peluang nak bermesra, bermanja dan berkasih sayang spt sekarang sgt Ibu nantikan, semuga di penghujung usia yg Allah berikan padanya, dpt di isi dgn saat saat manis bersama kami anak menantu dan cucu cucu..

Sebenar nya bila masuk bln Mei, kami agak excited sbb 3 org antara kami akan menyambut ulangtahun kelahiran bulan ni..Along 7hb, Abg Aman 9hb dan Ibu sendiri 19hb Mei..Dah masuk angka 40 tahun daaaa..apa pun usia hanya sekadar angka yg semakin bertambah..tapi mungkin ramai diantara kita yg tak perasan, bila semakin bertambah usia kita, sebenarnya semakin singkat lah masa yg tinggal utk kita mengumpul bekalan bagi kehidupan yg kekal di akhirat nanti..Hendaknya Ibu juga tak terlalai dgn hiasan di dunia yg sgt mengasyikkan ni..hingga terlupa kita masih punya satu lagi kehidupan di sana nanti..

Dan harapan Ibu semuga di saat Ibu dipanggil pulang nanti, segala tugasan yg Allah amanahkan pd Ibu di dunia ni sbg HambaNYA, sbg Ibu ,Isteri ,seorang anak, sahabat kpd semua saudara seislam, dan mcm mcm lagi ..dpt dilaksanakan sebaik mungkin. Amin..

Sunday, April 11, 2010

My Frozen Blog

assalamualaikum..Lama sungguh Ibu tak dapat update blog. Sibuknye ya ampun.. Dulu Ibu ada bercerita pasal abah nak beli rumah utk kami berteduh, dipendekkan cerita proses jual beli rumah tu berjalan agak baik walaupun tak selancar yg Ibu yg harapkan dan kami dah selamat moved in pun sejak beberapa minggu lepas.

Dan kesibukan pindah rumah ni sebenarnye amat memerlukan komitmen yg sgt tinggi, dari packing barangan dari rumah lama, hingga la nak mengemas semula kat rumah baru..

Talian TM pun belum dapat dibuat pindahan ke rumah baru. Apa pun Alhamdulillah kami sekeluarga dapat sesuaikan diri dan bersabar dgn serba sedikit ketidak selesaannya..Dan malam ni sempat Ibu curi masa update blog ni dari laptop masa kami on d way balik dari Kemaman. Agak tak selesa dgn benda kecik ni, may be Ibu ni boleh kata " conservative type" jugak la..sebab tak suka dgn screen kecik, tak suka bila tak de mouse..

Saturday, February 27, 2010

Outing Day...

Assalamualaikum.. Cuti 3 hari, nak bawak anak anak gi mana ye..? Semalam pagi kami berdua (plus Aman dan K.nani) ke Pasar Borong Selayang. Beli stok utk aktiviti masak masak Ibu seharian. Dah puas diingatkan, pegi pasar borong tak sesuai utk budak budak..Si Ben 10 dan Si Power Puff Girl ni seboleh boleh nak ikut..Lastly, ibu bagi ikut..Along dan Kak Nini stay kat rumah, jaga Ichad.

Dan rasanya Si Power Puff Girl Ibu dah dapat kenangan manis semalam bila dia terpele`ot kat pasar tu..kat tempat jual ikan pulak tu..Kesian dia. Ye la..tempat tu kan licin..Nasib baik dia boleh kontrol tak nangis..Aduhai,, kalau dia start jerit mesti terkejut semua org kat sana semalam..

Petang pun redup je..
Abah layan tido..
Si Aman pulak duk tunggu nak ajak keluar..

Penyudahnye ptg smalam kami tak kemana pun , So pagi ni awal awal pg lg Ibu dah plan something yg Aman dah lama mintak. Ketepikan dulu plan kami berdua nak gi berziarah ke kedai perabut kat Puchong, selesaikan dulu hajat si abak bujang..

So kami pun pegi la ke.....Muzium Negara.Ha ha ha..Layaaan..








Monday, February 15, 2010

Hari Cuti..Best nye kalau ...


Buku ni pun Ibu belum habis baca lagi..

Assalamualaikum..



Minggu ni mmg sibuk , jadual kami sekeluarga bila cuti je tak lekat kat rumah pun..
Mulai dari 12 hb majlis akad nikah Ayah Su (Adik bungsu Ibu), esoknye pulak kami ada jemputan di rumah adik lelaki Ibu, Aweh.Majlis Cukur Jambul anak perempuan ke 3. Sofea Camellia. Comey betul si baby dipakaikan persalinan pink. Tu la kan, kita mak mak ni, bila tgk baby je, sejuk je ati. Setakat ni Camellia ni la yg paling junior dalam family MSY.. Si Tengku Muda Ibu dah turun takhta dah..

Semalam pulak 14 hb Majlis Persandingan kat rumah keluarga pengantin perempuan. Lokasinya kat Kota Warisan (akad nikah pun kat situ)..Rombongan kami ditempatkan kat rumah berdepan dgn rumah pengantin, MASYAALLAH..Lawa nye rumah. 8 bilik,4 kat tingkat bawah, 4 lagi kat atas, siap ada kolam mandi nye, gazebo 2 tingkat,kamera cctv, lanskap yg menyejukkan mata, dapur yg luas dan sangat selesa. ( Biasa la, Ibu ni consider sgt suasana dapur,, tempat ofis HQ kita kan..)
Terima kasih la kat Tuan rumah yg sudi menawarkan rumah mewah dia utk jd tempat bersanggah kami.Peramah dan merendah diri je Tuan Rumah yg berbadan kecik tu..
( Ibu duk berfikir sendiri,, kdg kdg orang yg betul betul kaya dan berada selalu nye tak meninggi diri pun, tapi yang baru baru nak belajar jadi org kaya je yg selalunya lebih b`lagak dan eksyen nya mengalahkan mak datin pulak.. Seronok berbual dgn Tuan rumah ketika dia dtg menegur Ibu dan pelawa minum, dalam hati, ape la keje suami org nih..) Tu la kan,,, rezeki masing masing.

Majlis bersanding agak meriah la, Dan yg pasti Ibu ada kenangan tersendiri semalam, Bila dah selesai acara tepung tawar, dan kami dijemput ke tempat jamuan, rupanya Abah sedang makan semeja dgn sorang artis ni, selalu keluar TV. Antara siri yg kami selalu nampak muka dia..Drama Tari Tirana..Sape ekkk ?? Ha ha ha..Bukan si Tirana atau Ashhh, atau si Neo..Tapi Si Atuk Tirana...ZAIBO..

Zaibo ni kalau di majlis sgt sopan orang nye, cakap pun teratur je, tak sombong. Sambil mkn mkn tu sempat la Ibu join jugak dia dan Abah sembang..Ha ha ha ..Tak pe la kan..artis terkenal jugak tu..

Dan masa balik,, kat atas kereta.. Anak anak siap nyanyi pulak..Zai zai zai zai..BO bo bo bo..

Dan...

Hari ni la baru Ibu boleh relax sikit, tak de nak terkejar kejar gi majlis kenduri kat mana mana..

Tu la tajuk kat atas tu..Hari Cuti..Best nya kalau ...

* Ibu dapat rehat rehat kat rumah je..atau..
* Abah bawak kami gi bercuti kat Langkawi ke..atau..
* Kita beli nasik bungkus je,tak yah masak..Ibu penat la..atau..
* Ibu rasa nak gi buat rawatan badan ..Lama tak scrub bdn ..atau..
* Anak anak pakat tolong Ibu gosok baju yg menimbun tu..atau..

..kita semua kena ikut Abah balik ke Segamat, mlm ni ada kenduri dan doa kesyukuran..Alahai penat nye..Kaki kanan ibu yg bengkak ni pun belum baik lagi..

Nak balik ke nih?? Hari Jumaat ni nak kena balik ke Tanah Merah pulak, kenduri Sambut Menantu di rumah MSY.. Very long journey tuh..Ya Ampuuun.

Saturday, February 06, 2010

Slowly..But it works..!

Alhamdulillah, lepas sebulan sudah makin nampak hasilnya, walaupun tak la se drastik org yg makan ubat kurus atau mcm mcm pil "ajaib" yg konon nye boleh kurang kan berat badan beberapa kg sebulan..

Pendekatan yg Ibu ambik ni lebih kepada 'mesra diri' dan 'mesra selera'..

Sekadar rekod baru utk diri sendiri..Berat Ibu dah turun 1 kg..InsyaAllah yg dah turun tu tak kan naik naik lagi.. Rasanya ok dah tu kan..sebulan boleh buang 1 kg..

Sekali lagi..Alhamdulillah.