Friday, March 27, 2009

NATANE COSMETICS.. Sila buat tempahan.

ASSALAAMUALAIKUM...


PRODUK KECANTIKAN NATANE
Hubungi Puan Sue : H/P 013 - 9092456 E-Mail suerashid@yahoo.com





NATANE - ENHANCE YOUR BEAUTY


Produk Natane merupakan rangkaian penjagaan kulit yg terhasil dari gabungan teknologi tinggi dan kepakaran dermatologi yg diiktiraf dalam bidang kosmetik. Melalui kajian saintifik yg tinggi,produk ini diformulasikan sesuai utk kulit wanita Asia.Dengan ramuan bahan bahan terbaik dari makmal makmal dermatologi Perancis dan Korea.
Produk Natane telah terbukti keberkesanan nya kpd kulit wajah pengguna. Penggunaan yg teratur dan pemakaian yg berterusan, insyaAllah akan memberikan hasil yang amat memuaskan.
Natane diakui selamat berdasarkan bahan aktif yg menyejukkan kulit seperti Aloe Vera, Minyak T-tree, ekstrak timun, ekstrak Ginseng, azulen dan asid buah. Kandungan bahan aktif ini mampu mengaktifkan kembali proses penggantian sel kulit lama kpd sel kulit baru TANPA radangan,pengelupasan dan kaedah yg menyakitkan kulit. Hasil nya kulit wajah akan menjadi lembab bercahaya.

Rangkaian produk kecantikan Natane :

HARGA

* Active Lotion Milk ( Susu Pembersih ) RM 54.90

* Active Lotion Cream ( Scrub Muka ) RM 64.90

* Softening Cleanser Foam ( Sabun Pembersih ) RM 44.90

* Acne Purifying Toner ( Penyegar ) RM 69.90

* Active Purifying Toner ( Penyegar ) RM 69.90

* UV Protection ( Krim Siang SPF 30 ) RM 69.90

* Blanc Matrix Renewing ( Krim Malam ) RM 69.90

RASAILAH PERUBAHAN WAJAH HANYA DALAM 14 HARI BERSAMA NATANE

Mulakan dengan ..

BASIC MATRIX CARE
Hanya dengan 4 langkah mudah, ringkas, tidak menyakitkan,tiada pengelupasan, bebas melakukan aktiviti harian, telah terbukti keberkesanannya memberi hasil yang optimum untuk wajah idaman anda.

ACTIVE LOTION MILK 60 ml ( SUSU PEMBERSIH ) RM 54.90
Untuk kulit berminyak, jerawat dan sensitif.Penggunaan bahan solekan setiap hari pd wajah memerlukan rutin pembersihan yang lebih mendalam.
Gunakan Active Lotion Milk utk menanggalkan sisa sisa solekan yg termendap di bawah lapisan kulit. Berfungsi sbg anti oksida, mengeringkan jerawat tanpa mengubah nilai pH.
Bahan aktif utama iaitu Tea-tree Oil berfungsi utk melarutkan bahan berminyak pd kulit wajah dan sbg agen penyembuh utk memulihkan kembali sel kulit yang luka dan sensitif.

Penggunaan

Titikkan susu pembersih d beberapa bhgian muka dan urut perlahan lahan dan rata di seluruh wajah. Lap semula menggunakan kapas muka yang di lembabkan.Bilas dgn air bersih. Menjadikan kulit lebih segar dan bersih.


SOFTENING CLEANSER FOAM RM 44.90
Pembersih muka .Sangat lembut dan melembabkan kulit selepas membersih.Mengeluarkan segala kotoran yg tersumbat jauh ke dalam kulit tanpa mengganggu keseimbangan pH pd kulit.
Menanggalkan sel mati dan memberi ruang utk kulit bernafas dgn lebih sempurna
Kandungan bahan aktif iaitu ALOE VERA 100% bertindak sbg anti-oksida,bahan pelembab dan dpt mengelakkan dari masalah pengeringan kulit sbg faktor utama kpd pembentukan kedutan awal.

Guna dgn berterusan, insyaallah kulit wajah menjadi lebih cerah, berseri dan tekstur kulit yang lembut dan sihat..

UV PROTECTION RM69.90
Krim Siang .
Dirumus dari Vitamin E yg kaya dgn pelembab dan diakui mempunyai daya untuk menghalang kesan negatif radikal bebas yg merupakan punca utama kpd kesan penuaan.
SPF 30 utk memberi perindungan maksimum kpd kulit.
Selain berfungsi sbg pelindung dari sinar matahari,juga bertindak sbg pelembab.
Tidak melekit dan mudah serap pd lapisan kulit.
Hasilnya kulit wajah kelihatan ceria dan lembab bercahaya.

NATANE ... ENHANCE YOUR BEAUTY


BLANC MATRIX RENEWING RM69.90
Krim malam.
Mengeringkan jerawat dn mengurangkan serta menghilangkan parut pd wajah.
Merawat kulit wajah dgn mengurangkan garis halus/kedutan di wajah.
Memulihkan masalah jeragat dan warna kulit tidak sekata.
Mengembalikan tekstur kulit yg asli,licin,halus,cerah dan berseri.
Kesan ketara dapat dilihat selepas beberapa minggu namun ramai pengguna mengakui keberkesanan dpt dirasai hanya selepas beberapa hari sahaja.

ATURAN PENGGUNAAN

Selepas mencuci muka (sebelum tidur).Gunakan tangan yg bersih utk mengambil sedikit krim dan sapu beberapa titik di kwsn dahi,hidung,dagu dan pipi. Ratakan perlahan lahan.
Elakkan menyapu krim di kawasan muka yg sensitif spt. mata dan bibir.
Pada peringkat awal penggunaan, boleh dipakai setiap malam mengikut kesesuaian. Selepas 3 bulan boleh lah dikurangkan kepada 4 kali seminggu.

MEMANDANGKAN KITA SEMUA MEMILIKI JENIS KULIT WAJAH YG BERBEZA, MASALAH KULIT KITA JG TAK SAMA ANTARA SATU DGN YG LAIN.... JADI TEMPOH UNTUK MERASAI KESAN / HASIL YG AKAN DIPEROLEHI SELEPAS PENGGUNAAN PRODUK JUGA PASTI BERBEZA .. INSYAALLAH CARA PENGGUNAAN YG BETUL DAN SABAR AKAN MEMBERIKAN PULANGAN YANG MEMUASKAN..


DGN NATANE...
RINGKAS, TIDAK MENYAKITKAN, TIADA PENGELUPASAN, BEBAS MELAKUKAN AKTIVITI HARIAN , TERBUKTI KEBERKESANAN
INSYAALLAH AKAN MEMBERI HASIL YG OPTIMUM UTK WAJAH IDAMAN ANDA.


DAPATKAN SET PERCUBAAN NATANE HARGA : RM 130.00
Mengandungi :

# Active Lotion Milk
# Softening Cleanser Foam
# UV Protection ( Day Cream )
# Blanc Matrix Renewing ( Night Cream )


Selamat Mencuba

Appsal Dia ni ???

Uskut..Uskut...

Nak tanya ada tak sape sape yang pernah berurusan dgn sejenis manusia yg suka tanya harga kat kita? Tak kira la harga baju yg kita duk pakai, harga bilik hotel yg kita duduk masa gi bercuti, ( itu belum kira lagi soalan soalan kecik mcm nama hotel, berapa hotel kita duduk masa gi bercuti..) harga set jati kat rumah kita, berapa gaji yg pekerja kita terima sebulan, tiap hari berapa jualan cash yg kita dpt collect, dalam sebulan berapa order tru internet yg masuk dan berapa anggaran jualan sebulan, atau ada masa nya soalan akan menjadi lebih detail spt harga kuih yg kita hidangkan utk minum petang..( include beli kat mana..sabo je..) waima harga diapers yg anak kita pakai..Dan macam macam soklan yang kadang kadang wajar dijawab dgn jawapan..." Entah la..Saya tak suka ingat harga harga ni"..atau pun "Murah murah je.." Dan pastinya jawapan lebih kurang tu mesti la diberi dengan senyuman..

Itu yang tersurat atau terluah dgn kata..Tapi sebenarnya ayat yang tersekat kat tekak, .. Dan tak terucap.. (demi bersikap sopan dan menjaga hati watak watak tertentu..) " Bakpo gak duk sibuk nok nnahu teh..Ambo pong dok rajin tanyo ko demo pasal rego rego ni..Guano nyo..Demo nok tulong bayar ko??? " Atau kalau nak lebih 'gedebe' lagi mungkin soklan soklan spt di atas wajar di jawab dgn 'napa tawar'..

Percaya tak kalau saya katakan spesies macam ni memang wujud dan selalu berurusan dgn saya. Dan selalunya bila terpaksa berdepan dgn soklan pelik dan tak kena tempat tu, biasanya saya akan anggap sbg 'therapy session'.. Makna nya.... di pihak saya..Allah sdg menduga kesabaranku.. Didatangkan NYA seorang insan yg ada byk BIG questionmarks dalam kepala dia..kerjanya sentiasa nak membandingkan antara kemampuan kami dan kemampuan dia..Atau mungkin takut saya perabis duit si s**** atau pun mungkin memang jenis yang nak tahu semua benda..tanpa pedulikan perasaan orang.. Wallahua'lam

Entah la..Kadang kadang GERAM SANGATTT.. Dan satu ayat 'catchy' yang baru Aman dapat sejak pindah ke semenanjung ni.." KO , PE HAAL ? " Mungkin soalan soalan yg tersenarai kat atas tadi juga wajar dijawap dgn jawapan....."KO PE HAAL NAK TAHU SEMUA..ADA AKU MINTAK DUIT NGKO ?"

Tapi percaya la, saya memang terdidik utk berkata perkara yg perlu sahaja dan dgn nada yang lunak didengar ..KECUALI keadaan terlalu mendesak dan sgt perlu untuk menegakkan pendirian sendiri ..Maka ada ketikanya nada suara mesti berubah, pitching lari, tonasi tak menentu, selagi yang tersirat tak abis di luahkan. 'Ala kulli haal, insiden camtu jarang berlaku, kalau pun ada boleh dikategori sbg kes terpencil je.( he he he..brase nnok ssuke ssoghang jah..)

Dan semakin usia meningkat, pengalaman banyak mengajar saya untuk tidak menyakiti orang di sekeliling.. Dan sama sama kita berdoa semuga spesies "Inspektor Sahab" ni akan semakin pulih ..

Friday, March 06, 2009

Puteri Balqis

Terima kasih Puteri Balqis, Ummuha wa Abuha.. akhirnya dapat juga ibu Su 'bertemu mata' (ni ayat ore klate..makna nya bersua, berjumpa dan menatap wajah)


Bila diberitahu oleh Jun kunjungan dari KT akan datang ptg ni, ibu rasa happy sangat sebab adik yang seorang ni rupanya masih ingat kat kakak dia.. Ya la, kami sama sama dah pernah merasa berkunjung ke tempat yang jauh dari keluarga masing masing..Alhamdulillah surau seroja juga la yg menjadi pusat aktiviti kami dalam mendalami ilmu agama,berdhuha bersama, menyumbang apa saja yg terdaya setakat yg mampu , dan dari situ juga semakin ramai adik adik yg baru menjejak kaki ke saratok dpt ibu kenali..


Aishah(antara yg terawal), Tini,Jun,Je,ET,Liya,dan ramai lagi kalau nak disebutkan.. Ditambah lagi dgn barisan jemaah kariah spt Yah,Peah,Kak Tim (anak anak ibu panggil NekTim),Mawar,Mak Biskut(..panjang dan menarik ceritanya..),Mak Aiman, Mak Anggun, Mak Ida, Mak Amoi, Mak Awen, dan lain lain.. Sebenarnya bila kita berada jauh dari keluarga dan kampung halaman, perlu nya kita ada kwn kwn yang dapat berkongsi suka dan duka .. Dan `ala kulli hal, biarlah yg jadi kawan kita tu dari kalangan yang dekat hatinya dgn Allah..
Alhamdulillah kwn kwn yg ibu sebutkan tu semuanya punya minat yg sama.. Berkunjung ke rumah Allah, berdhuha, cintai majlis ilmu, masyaAllah..
Dan sekali lagi segala puji bagi Mu Ya Allah kerana menempatkan Mama Salbiah at the right time and the right place..

2009.. Bila dah berhijrah kembali ke semenanjung semula terasa benar kehilangan sesuatu..Hanya Allah yg lebih tahu..Dan selebihnya biarlah kami sesama jemaah yg menyimpan kenangan nya..Yang pasti, memori di saratok ,sarawak ..teramat indah dan tentunya mendapat tempat yg sgt istimewa di hati..Dan seperti ada hikmah yang tersirat bila hijrah kami di awal tahun 2009 dimulai dgn mama,baba and family.. kemudian our family menyusul pada 2hb Jan dan diikuti pulak oleh Aishah..

Thursday, February 26, 2009

Surau Taman Seroja..

Sarawak..lebih tepat lagi Saratok..atau lebih khusus lagi..Surau Tmn Seroja.. Segalanya bermula di sini.4 tahun lalu, bila dikhabarkan kami akan berpindah ke Sarawak, blank ...totally blank.. tambahan pulak dgn komen kwn kwn yg duk cerita gambaran tak elok je..

Pertama tama nya, bila abang dimaklumkan pasal hal transfer ni, dia terus call aku,bagitau dan tanya pendapat..ok ke tidak ni.. Basically pada aku tak de apa yg nak ditakutkan as long as kami berpindah dlm satu famili , tak ada sorang pun antara kami yg akan ditinggalkan di semenanjung, waima si Saparlina pun akan kami angkut bersama. Tapi yg menjadi BIG Questionmark dlm kepala masing masing ialah nak meninggalkan Sue Beauty Salon di Balok, Sue Beauty Salon di Kemaman dan Up Tele Centre di juga di Pusat Perkhidmatan Balok tu.. Terbayang bayang guane kami memulakan dari zero stage sampai la kami berdua dapat bernafas dgn legaaaa.. dan penat lelah kami dapat dinikmati dgn kunjungan ke Beijing (ala ala honeymoon sbb kitorang tak bwk anak anak pun..) dan sebelum tu saat saat yg sgt bermakna buat kami berdua bila dijemput menjadi tetamu Allah,menjalani ibadat umrah.

Segala mcm hal bermain dalam fikiran dan kami perlu lakukan sesuatu, antaranya ada perniagaan yg perlu dijual dan ada yg masih boleh diteruskan walaupun kami bakal berada jauh dari sini nanti..

Tak kurang juga di kalangan peserta Felcra di Seri Bandi yg menawarkan diri utk jumpa orang tu dan orang ni..Mungkin merasakan ada sikit sikit kabel dgn org atasan/berpengaruh, supaya tempat kami di Sarawak nanti dapat ditukarkan dgn orang lain.. Tapi aku berpendapat perpindahan kali ni tak perlu dipandang sbg masalah atau hukuman . Kami sahut cabaran ni dan akhirnya ramai yg pelik kerana aku tak protes dan sanggup berpindah semasa bisnes kami berada di keadaan sgt selesa dan insyaallah akan menambah lagi cawangan di kwsn bandar kuantan.. Tak apa .. Rezeki kita ALLAH yg pegang, walau di mana kita berada, selagi berpegang pada tali NYA dan tali sesama insan, insyaAllah ...

Dan selepas 3 thn 8 bulan menjadi rakyat sementara dan pemegang paspot lawatan sementara di Sarawak, kami selamat mendarat semula di KLIA pd 2 Jan 2009.. Juga lebih kurang sama perasaannya spt mula menjejak kaki di airport Kuching dulu.. Tak tahu nak stay kat mana, anak sekolah camane, rumah kami ok ke tidak, dan macam macam lagi dalam kepala..Tapi ada sesuatu yang amat berharga kami bawa pulang bersama. Kalau dulu kami ke Sarawak anak cuma 4.. Dan kepulangan kami semula ke semenanjung bersama ahli paling kecil @ kata orang Sarawak, `mbiak benar.. Muhammad Rahim Irsyad. Cabaran besar menanti di sini, InsyaAllah akan kami harungi bersama..

Sunday, February 15, 2009

Natane Cosmetics.

Segala puji bagi Allah Yg mempermudahkan segala urusan kita..dan melapangkan pintu pintu rezeki buat hamba hamba NYA yg berusaha..

Sepanjang bulan ni, pengguna Natane mula dapatkan semula bekalan. Caranya biasa la..Sms / call dan tempahan akan dihantar ke alamat. 013- 9092456. Lagi cepat dpt respond kalau sms..Mun (jika) di e-mail , agak lambat sikit la sebab kadang kadang tak sempat nak buka e-mail box tiap hari..Dua minggu lepas kami ke Pertama Complex ambil stok dan jumpa dgn Boss Natane, En Zaidi. (sebenarnya suami bos.. Puan Sha selalu busy, jd mana mana la.. asalkan kami dpt stok yg di order..) For the first time this year, kami diberitahu kos utk pengedar dinaikkan. Maknanya kos modal kami meningkat, katanya itu ekoran dari kenaikan beberapa faktor yg sik dapat dielakkan. Apa nak buat, disebabkan produk ni sentiasa ada permintaannya, jadi setakat kenaikan harga antara 4-5 ringgit tu kami terpaksa terima la.. Dan pengguna Natane sgt sgt beruntung sebenarnya.. Walaupun modal pengedar meningkat, harga jualan bagi semua item masih dikekalkan mcm biasa..

Dan..Utk semua pengguna Natane, teruskan pakai produk ni ye.. sik susah nak beli..sms je pd Puan Sue, transfer RM kat maybank2u.com atau dptkan no akaun bank lain yg terdekat dgn tmpt u all, insyaAllah penghantaran segera akan dibuat.


Natane.. Enhance Your Beauty.. ( Boleh gitu..?)

What a shiny sunny Sunday..

Salaaam.. Hari ahad, sepatutnya penuh dgn program menarik yg kami plan awal awal sejak semalam.. tapi disebabkan hubby masih kat Sabah, maka jadi la hari ni.. Just another day without you. apa nak buat, tuntutan keje mendahului perkara2 lain.

Sms dari mama pagi tadi sikit sebanyak buat kami semua seronok. 'Slm wahai anakku.d manakah anakanda b'ada...hjt di hati nak ke...ape pendpt anakanda?' Yesss..!Bila bagitau anak anak je yg NekMa nak datang, semua nampak ceria je.. Sebenarnya ibu la yg paling happy.Lama benar tak jumpa mama. Katanya nak bawakan gulai lemak ikan tenggiri utk Aman. Tu la satu satu nya "bonda semua orang" yg sentiasa mengutamakan keperluan orang lain, ingat kesukaan anak cucu dan kalau diibarat kan bateri, mama ni jenis bateri Energizer yg kuasanya everlasting..

Cun cun waktu zohor, sampai la 3 beranak ni..Mama, baba dan zakwan. Rupanya zek stay area sini jugak. At least from now on dia dah tahu rumah kami, ape ape hal atau jika ada kesuntukan bila bila masa pun, boleh la kami bantu, insyaAllah..
berbalik pada cerita mama, sebenarnya datang nak ambil kotak kotak dan luggage yg kami bawa balik dgn kargo dari Saratok hari tu. Kiranya hari ni selesai la misi kami.. Mcm biasa la, mama kalau dtg mmg tak sah kalau tak bawa apa apa..so hari ni, sambal tumis ready made, beberapa bungkus burung puyuh masak tumis pedas, gulai lemak ikan tenggiri dan sebiji kek buah campuran dari singapore.. alhamdulillah rezeki kami..

Seronok tengok kan mama, baba dan zek melayan kakak nani dan abang aman makan. Kak Nini dokong adik Irsyad dan ibu layan diorang sembang kat meja mkn. Mama nampak ceria.. al maklum tak perlu berjauhan lagi dari insan insan tersayang.. Alhamdulillah. Kunjungan yang singkat dah buat kami happy.. Dalam berbual bual tadi, sempat lagi Aman bercerita kat NekMa yg dia dilantik jd Ketua Kelas.. Apalagi, seronok la TokBa dan NekMa dgr pencapaian cucu diorang kat tempat baru ni.

Dan..kali ni NekMa mula ikut cara kakak Nani panggil baby Irsyad...."Raimchad"

Moral of the story : Ada masanya pertemuan yg singkat lebih bermakna dan punya pengisian tersendiri. Mungkin ada orang yg kita boleh jumpa sepanjang hari tapi belum tentu dia dapat bikin hati kita senang, aman dan tenteram... ( Lu pikir la sendiri***)

Saturday, February 14, 2009

Alahai irsyad...

Alhamdulillah.. sempat juga nak bercerita sikit malam ni. Opps..Si 'mbiak benar' nang kacak nangis lagi, nampaknya kena hold dulu cerita. Nanti buka semula ye..