Friday, March 06, 2009

Puteri Balqis

Terima kasih Puteri Balqis, Ummuha wa Abuha.. akhirnya dapat juga ibu Su 'bertemu mata' (ni ayat ore klate..makna nya bersua, berjumpa dan menatap wajah)


Bila diberitahu oleh Jun kunjungan dari KT akan datang ptg ni, ibu rasa happy sangat sebab adik yang seorang ni rupanya masih ingat kat kakak dia.. Ya la, kami sama sama dah pernah merasa berkunjung ke tempat yang jauh dari keluarga masing masing..Alhamdulillah surau seroja juga la yg menjadi pusat aktiviti kami dalam mendalami ilmu agama,berdhuha bersama, menyumbang apa saja yg terdaya setakat yg mampu , dan dari situ juga semakin ramai adik adik yg baru menjejak kaki ke saratok dpt ibu kenali..


Aishah(antara yg terawal), Tini,Jun,Je,ET,Liya,dan ramai lagi kalau nak disebutkan.. Ditambah lagi dgn barisan jemaah kariah spt Yah,Peah,Kak Tim (anak anak ibu panggil NekTim),Mawar,Mak Biskut(..panjang dan menarik ceritanya..),Mak Aiman, Mak Anggun, Mak Ida, Mak Amoi, Mak Awen, dan lain lain.. Sebenarnya bila kita berada jauh dari keluarga dan kampung halaman, perlu nya kita ada kwn kwn yang dapat berkongsi suka dan duka .. Dan `ala kulli hal, biarlah yg jadi kawan kita tu dari kalangan yang dekat hatinya dgn Allah..
Alhamdulillah kwn kwn yg ibu sebutkan tu semuanya punya minat yg sama.. Berkunjung ke rumah Allah, berdhuha, cintai majlis ilmu, masyaAllah..
Dan sekali lagi segala puji bagi Mu Ya Allah kerana menempatkan Mama Salbiah at the right time and the right place..

2009.. Bila dah berhijrah kembali ke semenanjung semula terasa benar kehilangan sesuatu..Hanya Allah yg lebih tahu..Dan selebihnya biarlah kami sesama jemaah yg menyimpan kenangan nya..Yang pasti, memori di saratok ,sarawak ..teramat indah dan tentunya mendapat tempat yg sgt istimewa di hati..Dan seperti ada hikmah yang tersirat bila hijrah kami di awal tahun 2009 dimulai dgn mama,baba and family.. kemudian our family menyusul pada 2hb Jan dan diikuti pulak oleh Aishah..

1 comment:

ummubalqis said...

thanks untuk k.su sekeluarga kerana menyambut kunjungan kami. maaf x sempat duk lama hari tu coz byk agenda yang nk diselesaikan