Sarawak..lebih tepat lagi Saratok..atau lebih khusus lagi..Surau Tmn Seroja.. Segalanya bermula di sini.4 tahun lalu, bila dikhabarkan kami akan berpindah ke Sarawak, blank ...totally blank.. tambahan pulak dgn komen kwn kwn yg duk cerita gambaran tak elok je..
Pertama tama nya, bila abang dimaklumkan pasal hal transfer ni, dia terus call aku,bagitau dan tanya pendapat..ok ke tidak ni.. Basically pada aku tak de apa yg nak ditakutkan as long as kami berpindah dlm satu famili , tak ada sorang pun antara kami yg akan ditinggalkan di semenanjung, waima si Saparlina pun akan kami angkut bersama. Tapi yg menjadi BIG Questionmark dlm kepala masing masing ialah nak meninggalkan Sue Beauty Salon di Balok, Sue Beauty Salon di Kemaman dan Up Tele Centre di juga di Pusat Perkhidmatan Balok tu.. Terbayang bayang guane kami memulakan dari zero stage sampai la kami berdua dapat bernafas dgn legaaaa.. dan penat lelah kami dapat dinikmati dgn kunjungan ke Beijing (ala ala honeymoon sbb kitorang tak bwk anak anak pun..) dan sebelum tu saat saat yg sgt bermakna buat kami berdua bila dijemput menjadi tetamu Allah,menjalani ibadat umrah.
Segala mcm hal bermain dalam fikiran dan kami perlu lakukan sesuatu, antaranya ada perniagaan yg perlu dijual dan ada yg masih boleh diteruskan walaupun kami bakal berada jauh dari sini nanti..
Tak kurang juga di kalangan peserta Felcra di Seri Bandi yg menawarkan diri utk jumpa orang tu dan orang ni..Mungkin merasakan ada sikit sikit kabel dgn org atasan/berpengaruh, supaya tempat kami di Sarawak nanti dapat ditukarkan dgn orang lain.. Tapi aku berpendapat perpindahan kali ni tak perlu dipandang sbg masalah atau hukuman . Kami sahut cabaran ni dan akhirnya ramai yg pelik kerana aku tak protes dan sanggup berpindah semasa bisnes kami berada di keadaan sgt selesa dan insyaallah akan menambah lagi cawangan di kwsn bandar kuantan.. Tak apa .. Rezeki kita ALLAH yg pegang, walau di mana kita berada, selagi berpegang pada tali NYA dan tali sesama insan, insyaAllah ...
Dan selepas 3 thn 8 bulan menjadi rakyat sementara dan pemegang paspot lawatan sementara di Sarawak, kami selamat mendarat semula di KLIA pd 2 Jan 2009.. Juga lebih kurang sama perasaannya spt mula menjejak kaki di airport Kuching dulu.. Tak tahu nak stay kat mana, anak sekolah camane, rumah kami ok ke tidak, dan macam macam lagi dalam kepala..Tapi ada sesuatu yang amat berharga kami bawa pulang bersama. Kalau dulu kami ke Sarawak anak cuma 4.. Dan kepulangan kami semula ke semenanjung bersama ahli paling kecil @ kata orang Sarawak, `mbiak benar.. Muhammad Rahim Irsyad. Cabaran besar menanti di sini, InsyaAllah akan kami harungi bersama..
2 comments:
huhuhu...gembira tak terkata boleh blk ke tanah air..
Letak gmbar adik ichad byk2...
Post a Comment