Tuesday, December 16, 2025

16/12/2025 Selasa 

 Kembali menulis, mungkin ada yg perlu dikongsi setelah sekian lama blog ni sepi. Saya tengok sahabat blogger yg lain juga dah lama tak update cerita. Hari ni dah berbaki cuma 14 hari sahaja lagi sebelum memasuki 2026. Ada impian yg dah terlaksana dan ada juga yg belum dicapai. Tentu ada hikmah bila Allah lambatkan. Kita merancang, DIA yg lebih tahu bila waktu yg sesuai utk berlaku. Alhamdulillah, Thumma Alhamdulillah. Zauji setahun je lagi sebelum pencen secara rasmi di hujung 2026 nanti. 

Along Raihana direzeki kan WFH. Work From Home. Dia antara yg jadi peneman kami di rumah walau sesekali sibuk dgn meeting online. Doing so well, kerap travel ke sana sini. Happy for her, dia cukup bijak utk mengatur kehidupan menikmati masa yg ada . Degree dlm bidang Food Tech. tapi bidang kerja sekarang agak tak seiring tapi dia tahu guna peluang kerja yg relevant dgn keperluan semasa. 

Reef dah hampir setahun di sebuah sekolah menengah di Terendak, Melaka.Sibuk dgn dunia Pendidik. Ticer Reef ni kesayangan ramai murid di sana. Dia juga happy dgn kerjaya sekarang. Impian nya memang dari dulu nak teaching, tapi selepas SPM Allah beri peluang utk belajar baking dulu. Dia redha dan buat yg terbaik semasa Dip. Dan sambung course TESL utk Degree. 

Abg Rahman Arief dah masuk alam pekerjaan. Sambung legasi Abah dlm bidang Pengurusan Pertanian. Beberapa bulan dalam latihan di SimeDarby Plantation, rezeki dia dapat tempat di FGV sbg Cadet Planter. Awal pagi tadi bertolak ke Putrajaya utk lapor diri. Posting ke ladang di negeri mana , akan diketahui hari ni. Selalu ibu doakan agar anak anak sentiasa dapat berada di tempat yg baik. Berurusan dgn org org baik dan dapat solat di awal waktu. Tu ciri ciri orang berjaya yg disenangi. 

Kak Imane tahun ni sambung Degree di UITM Shah Alam. Peringkat Diploma sblm ni di Raub. Course IT yg agak mencabar tp Ibu sentiasa yakin anak yg sorang ni akan fly high dan mampu jadi somebody yg disegani nanti. Masih lg seorang yg kreatif dan innovatif. Masih juga enjoy aktiviti Seni melukis, reka bentuk dan berbagai hasil tgn kreatif. 

Si bongsu Sarawakian, Irsyad. Kami pindah balik ke Semenanjung semasa umur nya baru 30 hari. Semalam hari akhir dia menduduki SPM. Punya minat yg jauh berbeza dari siblings yg lain. Tapi berada dalam aliran sains tulin DLP. Seperti adik beradik yg lain, dia sangat suka kucing. SPM is over. 

Pagi ni usai kami lambai Zauji yg keluar ke ofis, dia bercerita malam tadi tidur pkl 3 pagi. Rupanya leka pasang mainan. Harijadi 30/11 baru ni banyak dapat hadiah dari kwn kwn. Katanya nak buka slps selesai exam. Semuga anak ni akan melangkah jauh dlm mengejar impian. 

What ever will be ,,will be. The future is not ours to see. Dan saya ? 

In shaa Allah akan saya sambung di posting yg seterusnya. 

Bila.... saya pun tak pasti. ha haaa.
kenangan semasa kami di Jade Dragon Snow Mountain tahun ni.

Tuesday, February 14, 2023

Trip Berdua Sarawak & Sabah 8 Feb ~ 12 Feb 2023

Bismillah, Simpan kenangan di blog. Sesekali boleh jenguk dan baca . Alhamdulillah angan angan nak berkunjung ke Kundasang yg dah sekian lama diratib akhirnya terlaksana. Zauji pelawa utk ikut dia bertugas diluar kawasan di Lawas, Sarawak. Tapi kami perlu ambil flight ke KK Sabah dan ambil pula road trip ke Lawas. Saya dah terbiasa mengikut dia ke kawasan agak pendalaman. Jadi kali ni memang dah bersedia mental dan fizikal. Seawal pkl 5 pagi dari rumah menuju ke KLIA. Solat Subuh di airport dan kami mulakan trip dgn lafaz Bismillah semuga Allah permudahkan urusan kerja suami dan urusan percutian kami berdua nanti. Setiba di KK kami dijemput oleh staff di sana dan dibawa makan . Saya terpaksa skip dulu I.F sewaktu di sana kerana kami perlu makan mengikut tempat yg bersesuaian dan selesa. Dalam perjalanan yg mengambil masa lebih kurang 4~ 5 jam nanti, kita tak kan pasti tempat makan yg halal bersih atau selesa. It`s ok. Makan utk alas perut. Dari Kota Kinabalu, melalui beberapa tempat yg saya masih ingat spt Papar, Beaufort, Sipitang. Dan kami perlu melalui Pos Imigresen utk chop pasport bagi masuk ke Sarawak. Pass yg kami dapat dari Imigresen Sabah di airport sebaik touch down pagi tadi diambil dan digantikan dgn yg baru. Hotel Seri Malaysia Lawas agak selesa. Mungkin bangunan hotel ni yg paling besar di Bandar Lawas. Kami tinggal di sini utk 2 mlm. Seperti biasa, semasa suami keluar utk urusan rasmi di sekitar sini, saya akan isi masa dgn aturcara sendiri. Sejak dari masa tiba utk check in saya dah mula tertarik dgn suasana di hadapan seberang jalan dari Hotel. Ada sungai dan ada juga bot mengambil penumpang utk ke kampung di seberang. Kami sepakat utk mencuba servis bot tersebut dan jika berkesempatan , nak juga ke kampung seberang. Alhamdulillah saya berpeluang naik bot dan beritahu Jurumudi tu, saya nak pusing pusing sekitar sungai dgn bot. Dgn bayaran yg agak murah cuma RM 4 sahaja. Berkunjung ke Pasar Besar Lawas, saya tertarik dgn Ikan Belitus, rupanya seakan Ikan Tamban tapi tak banyak tulang mcm Ikan Tamban. Kecil dan runcung je bentuknya seperti jari telunjuk.Kata si penjual, ikan tu cuma ada di sekitar Lawas sahaja. Teringin nak mencuba tapi saya cuma 2 mlm sahaja di situ, dan ada beberapa tempat lagi akan kami kunjungi. Terpaksa la saya lupakan hasrat nak merasa ikan Belitus. Agak menarik bila bercakap dgn penduduk setempat semasa di Pasar Besar. Cara percakapan mereka tak sepenuhnya seperti orang klaka Sarawak. Agak formal sebutan nya dan saya tak dengar mereka sebut Kamek, kitak, sik, siney, situk, atau apa apa la yg selalu saya dengar semasa kami tinggal di Saratok dulu. Nada mereka juga agak lembut, boleh dikatakan semua yg saya temui sgt peramah. Selesai 2 malam di Hotel Seri Malaysia, kami meneruskan perjalanan keluar sempadan dan masuk semula ke Sarawak. Boleh tahan lama juga perjalanan ke Kundasang. Sakit pinggang sebab duduk lama, sakit lutut , al maklum dah di usia 50an. :) Sebelum sampai di Kunsdasang kami singgah di Jambatan Tamparuli. Kali terakhir kami ke situ adalah lebih kurang 16 tahun lepas. atau mungki lebih lama dari itu. Suasana masih sama . Kami menginap di Amazing Grace Kundasang. Sejuk. Sgt sgt sejuk. Alhamdulillah ada disediakan heater. Keesokan hari nya seusai solat Subuh kami brisk walking ke kawasan yg lebih tinggi, berkabus dan kedinginan. Bak kata Zauji (Zauji :suami ku dlm bahasa Arab) rugi la kalau datang jauh jauh duk diam diam dalam bilik jer. Selepas sarapan kami ke Ladang Lembu Dairy Farm. Ramai nya pengunjung. Dari luar nampak mcm lengang je,bila dah masuk ke dalam,, kereta dan van travel agent bersusun. Alhamdulillah, kenderaan kami senang dapat tempat parking. Pemandangan yg sgt indah, cuaca nya dingin, bunga bungaan yg beraneka warna , berpeluang juga menikmati Gelato, Aiskrim Yogurt dari hasil tenusu di situ. Bergambar berdua , cipta momen momen indah bersama. Kami juga ke tempat beri makan ikan dalam sungai yg mana saiz ikan ikan di situ sgt besar dan ikan ikan ni sgt jinak. Tak lama di situ, kami teruskan perjalanan utk ke tempat Lokan Salai . Alhamduillah dapat menjamu selera makan hidangan Lokan Salai dan Jelly kelapa yg sedap.

Friday, July 29, 2022

SEMUGA SEMUANYA BAIK BAIK AJA.

29 July 2022 Jumaat
Setelah sekian lama tak menjenguk ke blog sendiri, hari ni Puan Sue nak share satu komen yg dijumpai di YouTube tadi. Kalau tak silap di ruangan komen lagu KerisPatih. Lupa juga lagu nya yg mana satu. u olls baca la bait bait ayat nya tu. Sengaja Puan Sue screenshot, agar nama penulis asal dan tarikh luahan hatinya tersimpan juga di sini. Mungkin orang nya pernah kehilangan, ditinggalkan . Tentu dalam lukanya tapi masih punya hati yg amat terbuka, tulus menerima utk disapa kembali. Terfikir juga , di alam nyata , masih wujud kah .

Wednesday, December 29, 2021

2 Days 1 Night and more.

Hujung tahun 2021 , kami plan sesuatu yang lebih menarik utk kami luangkan masa bersama. 27hb kami ke Ipoh satu malam. City View Hotel just next to Kinta Riverside. Everything was ok, except for breakfast. Ingat ke ada buffet breakfast. ( Anak anak dan kami berdua memang suka buffet. Bukan nak makan banyak tapi just enjoy picking little bit of this and that) Sini rupanya packed breakfast. Tak pe la, maybe sebab endemic. Cuma kalau diberitahu awal awal masa booking itu hari memang kami tak nak ambik breakfast di hotel la. Lagi la enjoy kat Restoran Hj Yahya . More varieties. Ok..itu cerita the next day sebenarnya. Back to the arrival day, selesai check in je, kami rehat rehat di bilik masing masing dulu. Rupanya Geng Gegirls dah ada plan sendiri. Nak explore near by places sendiri. Along, Reef dan Kak Nani teruja nak pegi BookExcess, Concubine Lane, Cun Cun Cafe etc. Diorang keluar dulu, dan Abg Aman dgn Irsyad pun sama dah siap nak keluar jln jln sendiri je. Dah berubah rupanya, bila semua dah besar panjang, diorang dah ada wish list sendiri mana nak pergi dan tgk peta nak lalu kut mana. Ibu Abah pun keluar jgk , jalan berdua. Ipoh ni banyak tempat menarik . Bangunan lama yg masih terpelihara. Kami jalan tepi tepi lorong, tenang sangat kat sini. Ternampak satu kedai makan, menarik signboard nya. WHARONG. Ejaan nya klasik . Si Abah ngajak masuk , nak minum petang. Rupanya budak budak ber5 ni ada berkumpul dlm tu. Sembang sembang , makan minum .Suasana dlm tu santai santai sangat. Yg paling menarik , lapik meja yg kami berdua duduk tu adalah dari kaki mesin jahit lama. Makanan nya pon sedap. Harga tak mahal sangat. Affordable. Saya selalu ingatkan anak anak , bila kita travel, kena ada niat nak bantu ekonomi penduduk kat situ. So bila kita dah pilih kedai tertentu, kita sebenarnya sdg bantu menjana pendapat utk mereka. Alhamdulillah. Sempat juga ambik gambar kenangan. Mungkin kunjungan lepas lepas ni, bilangan kami bukan 7 lagi. Who knows ,,, maybe akan bertambah bilangan dgn menantu menantu plk. Ha giteww !! Semuga Allah perkenankan segala doa kecil dan besar saya. Allahumma Aamiin.i>

Sunday, September 19, 2021

Dari Taman Samudera kembali ke Taman Selaseh

 Bagai sireh pulang ke ganggang.

Dengan sokongan sepenuhnya dari suami dan anak anak , SBS kini berada di lokasi baru. 

Alhamdulillah. Agak santai dan membahagiakan. Keluar pintu rumah , masuk pintu salon. Sesuatu yg pernah diimpikan sebelum ni tapi tak pernah terfikir utk dapat dalam waktu terdekat. 

Alhamdulillah.thumma Alhamdulillah.

Cuma kali ni situasi nya agak berbeza. Perlu appmt terlebih dahulu. Hanya yg fully 2 dose vaksin dibenarkan jadi pelanggan di sini. Kanak kanak juga tidak digalakkan masuk ke ruang salon, kecuali yg nak gunting sahaja. Hanya yg tidak bergejala diterima sbg pelanggan.  Sama juga di pihak saya, Jika saya sendiri berasa tidak sihat , samada batuk atau selsema sekalipun, saya tidak akan ambil sebarang temujanji. 

Semuga kita semua akan terhindar dari jangkitan virus Corona . Rasa dah lama sangat kita semua berkurung , jaga SOP, jaga jarak, tak dapat pergi bercuti. Kita semua sabar dan ketepikan  semua keinginan nak ke sana sini. 

Baru seminggu dua ni, kerajaan dah benarkan rentas daerah antara Selangor, KL dan Putrajaya. So  kami sekeluarga ( kecuali Abg Aman) pilih satu lokasi di sekitar Kuala selangor. 

Stay tuned kat next posting ya,, byk gambar menarik saya nak share.


Salam Kasih Sayang,

Take care, u olls

   💚👩 


Friday, September 17, 2021

Salon Muslimah (May 2011 ~ Ogos 2021) Taman Samudera , Batu Caves

 Bismillah, 

u olls ok ke  tu.

Saya ada sedikit berita nak dikongsi. Berita terkini , tak berapa sensasi. Ingat tak pasal salon muslimah yg saya usahakan sejak dari anak anak masih kecil dulu. Ke mana pon kami pindah (atas sebab urusan penempatan kerja suami),  operasi salon rambut dan kecantikan tetap berjalan.  

Namun kita hanya mampu merancang. Allah jua yang menentukan.

Sejak fenomena Covid 19 , perniagaan saya agak terjejas. Kerap diarahkan utk tidak beroperasi. Semakin menngkat kes baru, makin lama juga operasi salon dicutikan. Tapi dalam waktu yg sama juga sewa dan utiliti tetap perlu dibayar. 

Pada mulanya saya merancang utk terus bertahan hingga hujung tahun ni. Tapi dinasihatkan utk berani buat keputusan  demi mengurus akaun yg semakin menyusut.  Makanya di awal bulan Julai 2021 saya maklumkan kpd pemilik premis utk tamatkan penyewaan mulai Ogos 2021.  Kami pindah keluar semua barang dan tinggalkan semua kenangan di situ. Suka duka pahit manis mengusahakan salon muslimah (kecantikan dan gunting rambut) saya simpan dlm ingatan. 

Syukur Allah permudahkan urusan kami. Sebahagian besar perkakas salon telah dijual . Dan cuma sebahagian  ditempatkan di rumah. Kami redha dgn ujian ini dan tekad utk bangkit. 

Saya amat bersyukur kerana suami sgt menyokong dan sentiasa bersedia meyumbang tenaga dan idea utk projek seterusnya.

Nak tahu...?

Baca next posting , tau 


Salam Kasih Sayang

~ Puan Sue ~

Saturday, February 13, 2021

12.02.2021 tarikh angka cantik.

 Bismillah, 

12022021 . saje ja buat posting sempena tarikh cantik hari ni.  Ok ,,nak share juga salon rambut dah dibenarkan buka tapi hanya untuk gunting rambut sahaja. Alhamdulillah thumma Alhamdulillah. In sha Allah semuga dapat la bayar sewa salon dan bayar utiliti. 


Esok 1 rejab . Cepat sungguh kan. Dalam 60 hari je lagi dengan izin Allah kita semua akan berada di bulan yg mulia, Ramadhan. Tapi tak siapa yg tahu sempat sik kita semua menyambut Ramadhan . 

Tapi takpe, Allah sebaik baik Perancang. Kita cuma hamba . jalan dan laluan sudah terbentang, kita lalu je. 


Monday, January 25, 2021

Kejap Ada,, Kejap Tak de

Assalamualaikum,, Cer tengok gambar dan tajuk kali ni. Dulu dulu kan ada satu iklan ni yg sebut "kejap ada.. kejap tak de" . iklan biskut mcm dalam gambar tu . Tapi kali ni saya nak bawa jauh sikit. Ke level yg lebih tinggi, skop lebih besar. Di usia 50an sekarang, saya banyak jadi pemerhati. Bermuhasabah dan amat bersyukur. Saya melihat sesuatu perkara yg berlaku dari sudut positif. Yang pastinya tiada sesuatu yg berlaku secara kebetulan, tak sengaja atau tak dirancang. Melainkan semua nya adalah dalam perancangan Allah semuanya. Mesti yakin bahawa Allah dah aturkan semuanya. Apa jua yg berlaku adalah dgn izin NYA. Bila dah mampu sampai ke level macam tu, jiwa akan lebih tenang. Redha. Ni saya sebut sebagai InnerPeace. Alhamdulillah.

 Dunia ni tempat kita semua diuji. Masalah dan cabaran datang silih berganti. Dari sekecil kecil perkara hingga ke sebesar besar masalah. Kalau dulu dulu saya mudah susah hati bila diuji, dan banyak masa diluangkan utk selesaikan. Seboleh mungkin saya nak penyelesaian nya seiring dgn apa yg saya harapkan. Itu dulu dulu laa..Mungkin faktor peningkatan usia buatkan kita semua lebih matang dalam membuat pertimbangan.

Secara ringkasnya, macam ni. Sentiasa ingatkan diri sendiri , tak semua perkara dapat kita selesaikan. Ada yg di luar kawalan kita pun. Expectation kita terhadap sesuatu hal tentu nya jelas dan sebolehnya biarlah akan menjadi nyata spt yg tergambar dalam fikiran kita. Itu normal. Peranan kita cuma buat yg terbaik. 

Saya katakan ianya adalah salah jika kita hanya berserah kpd takdir semata mata tanpa berusaha. Selepas semua usaha dah kita buat mengikut kemampuan yg terbatas, maka berdoalah . Semuga Allah datangkan pertolongan dari setiap sudut dan arah yg tak terjangka dek akal kita. Dan selebihnya berserah kpd NYA. Apa jua yg bakal berlaku nanti adalah yg Allah sudah takdirkan. Terima dgn hati tenang. Mudah kan.. Berdamai dgn takdir. Dan berlapang dada, itu akan menjadikan hati lebih tenang. Alhamdulillah.. thumma Alhamdulillah.

Berbalik kpd tajuk di atas tadi, Kejap ada...Kejap Tak de. Begitu lah ujian. Be Strong ,

 Hidup kita ni pun singkat je. 

 Wassalam.
 Salam Kasih Sayang dari Puan Sue.

Saturday, January 16, 2021

PKP lagi.

Bismillah, Seingat saya kita semua mula ber PKP ni 18hb Mac 2020. Salon tak dibenarkan beroperasi . 3 bulan jugak la berjimba dalam rumah. Menikmati kehidupan sebenar seorang isteri dan ibu rumahtangga. Banyak aktiviti dari masak masak, menjahit seluar anak anak dari kain pelikat dan kain batik sarung. Berkebun hingga menjual anak anak pokok dan mak ayah pokok juga . The best part was when hobbies can transformed to cash flow. Tak banyak tak pe, janji ada. Pokok aloe vera , Turnera, rose jepun, bunga kembang pukul 10, pokok oregano, tu antara yg saya masih ingat la. Mudah sangat nak biz di alam maya ni . Masuk iklan kat Market Place FB , gambar mesti jelas dan menarik. Next step , bersedia je la layan pertanyaan dan ambil order. Tapi mesti SABAAAAAR !!! Yg banyak bertanya , tunjuk minat mendalam tu tak semestinya akan beli. Kadang yg nampak mcm tak serius pun tapi yg ni la akan bagi kita rezeki kiriman Tuhan. Selepas beberapa bulan berPKPB , sekali lagi salon diarahkan tidak beroperasi. Dalam keadaan income dari salon baru je rasa nak selesa,lega dan mula nak settle bayaran bulanan kereta. Tak pe laa, bukan mudah nak turunkan angka kes terkini . Kena redha utk berada lg sekali dlm keadaan tak berpendapatan dan waktu yg sama sewa dan utiliti salon perlu dibayar. Aduhai COVID 19. Kali ni saya pastikan ada aktiviti muamalat dibuat dan saya libatkan semua ahlul bait termasuk Sang Zauji. Kami jual Cili Besar yg dah kami pack setiap satu bekas dgn harga RM 5shj. Mudahkan,, Saya gunakan medium WhatsApp group di Taman ni. Alhamdulillah. Laku Kerass tau . Utk anda semua yg berhasrat nak tambah pendapatan di rumah , boleh la mula intai intai peluang. Zaman sekarang ni kita cari peluang , kalau tak nampak peluang , kita jadi orang yg mencipta peluang. Bi iznillah. ~ Puan Sue ~

Tuesday, November 24, 2020

2020 ~ Selepas lama menyepi



Alhamdulillah,,
Malam ni kembali menulis seperti dulu. Harapnya kali ni akan lebih banyak cerita dan idea yg boleh dikongsi.

Sedih juga bila melihat senarai blogger yg aktif dulu dah lama menyepi.  Al Fatihah  untuk Allahyarhamah Dr Hasnah yang dah kembali ke Rahmatullah kalau tak silap awal bulan ni. 

Saya masih dengan biz Salon Muslimah . Anak anak pun dah besar, yang sulung dah selesai menamatkan pengajian peringkat Degree. Alhamdulillah👧 
Anak ke dua masih di peringkat Degree TESL  di UITM. Yang Ke tiga juga di UITM .
Anak ke empat dah di Tingkatan 4 tahun ni. Dan  bongsu kami yg lahir di Sarawak 2008 dulu , dah umur 12 tahun . Ya Allah cepat sungguh masa berlalu. 

Terlalu banyak suka duka kami lalui. Alhamdulillah ,,biarlah yg suka lebih diingati agar kami lebih mensyukuri nikmat yg Allah beri. Kenangan duka akan kami simpan di lipatan kenangan.

Dengan pandemik Covid 19 sejak Mac 2020 (awal tahun ni) , banyak perubahan yg kami lalui. Sekolah di tutup, Pelajar Universiti juga diarahkan pulang ke kediaman masing masing, malah di awal PKP dulu, perniagaan dan banyak aktiviti ekonomi diarahkan tutup. 
Kami melihat dari sudut positif. Allah nak bagi peluang kami berkumpul semula . mungkin selama ni kami banyak terpisah dan kerinduan Ibu ni Allah dengar. 

Selalu dulu bila berjauhan dgn anak anak, antara doa Ibu ialah mengharapkan suatu suasana dimana semuanya ada di depan mata. Bila masak extra sedap, selalu teringat nak makan bersama dgn semua ahlul bait. Bila Zauji kerap out station, bertugas jauh di pedalaman Sabah, Sarawak ,, selalu lah Sang Zaujah ni mengharapkan keajaiban utk sentiasa melihat si dia berada di rumah. al maklum bila usia semakin meningkat, tak banyak yg kita harapkan, selain dari untuk melihat  insan insan tersayang berada di ruang mata, berkongsi ruang yg sama, makan sama sama,  solat berjemaah . Ma Shaa Allah .
Allah menjawab semuanya seiring dgn Covid 19.

Banyak yg ingin dikongsi lg, In shaa Allah entri yg selepas ini.  Doa kan saya , Zauji dan semua kanak kanak riang kami sihat, dan sentiasa dlm rahmat Allah.
saya juga mendoakan yg sama utk anda semua. 

Allahumma aamiin  

💚

Wednesday, January 18, 2017

It Might be You..

Antara lagu fevret saya. Lagu dulu  dulu lebih telus dan lembut. 
berbanding lagu lagu sekarang yg kebanyakan nya pd saya lebih  kelam kabut dan susah nak lekat di hati... Ha Haaaa





IT MiGHT BE YOU (Stephen Bishop) 

Time, I've been passing time watching trains go by 
All of my life 
Lying on the sand watching seabirds fly 
Wishing there could be someone 
Waiting home for me 

Something's telling me it might be you 
It's telling me it might be you 
All of my life 

Looking back as lovers go walking past 
All of my life 
Wondering how they met and what makes it last 
If I found the place would I recognize the face 

Something's telling me it might be you 
It's telling me it might be you 
So many quiet walks to take 
So many dreams to wake and there's so much love to make 

I think we�re gonna need some time 
Maybe all we need is time 
And it's telling me it might be you 
All of my life 

I've been saving love songs and lullabies 
And there's so much more 
No one's ever heard before 
Something's telling me it might be you 
Yeah, it's telling me it must be you and 
I'm feeling it'll just be you 
All of my life 
It's you, it's you I've been waiting for all of my life 
Maybe it's you Maybe it's you I've been waiting for all of my life. 

Tuesday, January 17, 2017

Salon Muslimah Sue Beauty Saloon

Bismillah..

malam ni  terpanggil utk jenguk je blog . Lama sungguh tak ber blog-walking. Sangat sibuk.

Urusan di Salon Muslimah dan jadual padat menguruskan rumahtangga rupanya dah bawa saya jauh dari blogging.

Ok ..saya nak bercerita tentang salon muslimah milik saya. lokasi nya di Taman Samudera , Batu Caves.

Apa istimewa nya salon Puan sue..

*Khusus utk kaum wanita sahaja

*Suasana salon yg selesa dan tertutup dari pandangan lelaki.

*Harga servis kami amat berpatutan.

*Berhawa dingin.

*Menyediakan ruang solat .


Servis yg kami tawarkan  

~ Rambut : Gunting, Cuci & Blow, Inai Uban
                  Hair Treatment 
~Badan    : Facial, Rawatan resdung, 
                 Urut Badan Tradisional.


Alamat

Sue Beauty Saloon
579-G, Jln Samudera Utara 2
Tmn Samudera 
68100 Batu Caves, Selangor 

Waktu Perniagaan

10.30 pg ~ 6.00 ptg
( Isnin hingga Khamis)

Boleh hubungi Puan Sue 013 909 24 56  utk sebarang pertanyaan

Thursday, May 19, 2016

19 hb Mei 2016

Bismillah... idea utk berkarya dtg pd 19 mei 2015 yg lalu. Hari ni saya selusuri  semula bait bait nya.
lalu saya tambah dan tolak sedikit di sini sana,, mungkin selepas setahun perlu ada rencah baru  :)
(Terima kasih bonda, bertarung nyawa melahirkan 46 tahun yg lalu. Hidup bonda juga amat sukar tapi sgt sarat dgn kasih sayang, tak terbalas walau dgn segunung intan. 
Semuga bonda tenang di sana dlm rehat yg panjang, dimuliakan di sisi Allah, Dan semuga Allah mengizinkan utk bonda bertemu dan menyambung cinta dgn ayahanda yg terputus semasa di dunia.  Nantikan kami semua di syurga..Allahumma Aamiin )


Melihat ke luar dari sini
Santai seorang diri
Melihat rintik rintik hujan menari

Membasahi bumi


Jasad terpaku di sini
Fikiran pulang kembali

Ke lipatan memori
Sgt jauh rupanya umur pergi

wajah yg dtg silih berganti


Menoleh ke waktu silam dari sini
Byk kenangan dilalui
Byk tmpat dilewati
Byk wajah ditemui
Byk kali jg hati dilukai
Walau ramai yg telah pergi
Tak kembali...

Tak terhitung nikmat utk disyukuri
Tak juga pasti
Berapa lama lg  berbaki 
saat saat terindah

yg Allah nk beri....

(19Mei 1970-19Mei 2016)

Saturday, August 01, 2015

Labbaikallahumma Labbaik

Assalamualaikum...

Saya dan suami insyaAllah bakal ke Tanah Suci utk ibadah haji tahun ni .. Alhamdulillah  sgt bersyukur walaupun debaran di hati kian bertambah bila semakin dekat tarikh  kami bakal berangkat.


Doakan semuga urusan saya dan suami  dipermudahkan kerana  urusan ibadah haji adalah kemuncak kerja besar kita sbg hambaNYA,,  Rabbi Yassir wa la tu`assir Ya Kareem.

Salam Tulus Ikhlas dari

Puan Sue

Thursday, February 26, 2015

JUS SENGAT DARA. ....Mesti cuba tau

JUS SENGAT DARA






Hubungi Puan Sue 013 9092456 utk order , atau anda mungkin berminat utk jadi rakan niaga saya.

Wednesday, February 25, 2015

2015 ,, suka duka kita tempuh bersama.

Bismillah,

Saya selalu nya jadi silent reader dan blog walker ,,kadang kadang tersinggah di blog sendiri, tanpa sempat mencatit kan apa apa di sini. Seperti nya sangat busy , pada hal kita semua diberi 24 jam yg sama setiap hari, 

Baru mlm ni saya perasan , rupanya last entri saya adalah tahun 2014. 

Alhamdulillah masih diberi kudrat dan peluang utk melakukan banyak perkara , Dan banyak juga yang kami sekeluarga lalui , suka duka ,,dgn izin NYA segala nya akan kami tempuhi bersama.

* Jan 2015  Anak bongsu kami Muhammad Raheem Irsyad mula sekolah Tahun 1. Aduhai terasa cpt sgt masa berlalu, Baby kecil yg kami bawa pulang semasa pindah dari saratok dulu , dah masuk sekolah .
sering saya kata kan pd dia supaya jangan membesar cepat sgt, nanti tak ada lagi budak kecik dlm rumah kita.  Selepas bersunat pd 2014, mmg  dia saya lihat lebih 'macho' . he he he..
Along tunggu result SPM, kak Reef form 4, Abg Aman tunggu pengambilan ke asrama penuh, Kak nani pula Tahun 5. 

* Feb 2015  Si bujang Form 1 Muhammad Rahman Arief , terpilih ke MRSM Parit.
Antara berat hati, sarat rindu , terpaksa jua Ibu relakan jiwa berjauhan. Dia sgt steady , tanpa homesick atau aduan tak puas hati di tempat baru, manakala Ibu yang kerap menghubungi , bersms, sekadar utk bertanya khabar, utk tenang kan hati sendiri ,,utk pastikan segala nya ok di sana. Alhamdulillah, dia Ibu tinggalkan dalam jagaan Allah di sana. Semuga akan ada sahabat2 yg baik yg Allah aturkan utk berdamping dgn dia di sana. Dan semuga dia akan sentiasa tahu tidak kira dlm apa jua keadaan , selain Allah tempat mengadu, dia sentiasa ada kami , jarak bukan lagi  pemisah.

Feb juga mencatit kan titik besar dlm keluarga ,,bila si Along di uji dgn kemalangan ,, Kami tetap bersyukur kerana Allah masih mengizinkan Along selamat , walau tempoh utk pulih semula akan mengambil masa yg lama, Sabar lah sayang,,,allah pilih kita utk di uji, DIA nak kita lebih dekat kpd NYA.

Bisnes di Sue Beauty Saloon juga semakin meningkat, pelanggan semakin ramai , Maka nikmat Allah yg mana satu akan kita semua dustakan...?

InsyaAllah ,,, setiap kali di uji tentu ada hadiah , reward dari Allah,, Yakin ,,itu saja.


Salam Kasih Sayang..

Puan Sue

Tuesday, March 11, 2014

Tersalah kereta,, Malu nya...

Assalamualaikum,
(gambar sekadar hiasan)
Sekadar berkongsi pengalaman lucu saya, mungkin juga pernah dialami sahabat2 lain.
Minggu lepas anak ke empat kami secara tak sengaja terpatah dua spek mata nya, maka nak tak nak terpaksa la kami berkejar ke kedai spek di Greenwood utk dapatkan ganti. Kebetulan pula esok nya dia perlu ambik bahagian dlm acara merentas desa , program Sekolah Taman Selasih.

Dipendek kan cerita selepas mencuba seberapa banyak bingkai spek yg ada di kaunter tu, bingkai yg terakhir dicuba  berjaya dipadankan dgn kanta spek kakak, Alhamdulillah, misi selesai dgn jaya nya.

Disebabkan suami dah berada di dlm kereta bersama si Bongsu dan kakak yg lain, selesai saja urusan saya terus bawa kakak ke kereta, badan pun dah penat sangat, seharian di salon . Saya pimpin kakak (panggilan kami utk anak ke 4 ni)  ke kereta yang sedang menunggu tak jauh dari kedai spek tadi. Dan tangan dah hampir menarik pemegang pintu belakang utk pastikan dia naik dahulu ,,tiba tiba terasa lain pulak bentuk kereta tu..

Rupanya salah kereta, warna je sama. Kereta tu Avanza dan kenderaan kami lain.. Cepat cepat saya bawa kakak ke kereta lain yg setia  menunggu kami. Tanpa menoleh kpd pemandu kereta tadi saya terus masuk dan bercerita kpd suami, semua yg menunggu ketawa dan diam diam saya menoleh kpd Pak Aji di dlm kereta tadi,, nasib baik belum sempat buka pintu dan duduk di sebelah dia. Pasti marah Mak Aji nya nanti..
Saya tanyakan Kak Nani," kenapa tak bgtau Ibu, tadi tu bkn kereta kita..?"
Katanya  "Kakak ingat kan ibu saje je nak kona kut jauh.."
(Bagus nye kakak ni sentiasa bersangka baik kat ibu...)

Mungkin faktor usia, pandangan saya terutama di waktu malam semakin kurang jelas. Dan saya ni jenis yg tak suka ingat no kenderaan suami, pastinya lps ni saya perlu lebih berhati hati..Bimbang juga tersebar berita tak sedap di dengar nanti. Aduhai..

Sebelum ni saya cuma terbaca pengalaman yg sama oleh  kwn kwn di FaceBook , kali ni giliran saya...

Tuesday, December 24, 2013

Pasar Karat Ipoh 221213

Bismillah

Hari ahad lepas sempat kami bawa anak anak ke Ipoh,,saja nak bertukar angin dan arah, biasanya bila berkelapangna kami akan ke Kuantan atau Terengganu.




enjoy tengok barang barang antik. macam macam ada 


seterika tembaga ni memang ada sentimental value, saya pernah tengok kakak kakak guna dulu.


kak nani dan Irsyad di pintu masuk Memory Lane

cuba perati items yg dijual,,sampai batu giling pun ada.

Kami check in di Kinta Riverside Hotel and Suite..menghadap ke Sungai Kinta,,pemandangan kat depan hotel ni sangat menarik especially waktu petang hingga ke malam. ala ala i-city kat Shah Alam tu..

Alhamdulillah anak anak enjoy dan kami berdua juga dpt rehat rehat minda .

Jika difikir kan, mmg benar, kita ni walau sesibuk mana pun dgn tugas tugas seharian, kita mesti pandai mencuri masa utk bersama mereka, lokasi tak penting . Mungkin kita belum mampu utk ke obersi tiap tiap tahun, tapi  sekurang kurang nya biar lah anak anak menyimpan banyak kenangan manis bersama kita , sementara Allah masih memberi sedikit ruang dan peluang, renung renungkan..

Salam kasih sayang                 





Friday, November 29, 2013

Kembali beraksi

Alhamdulillah..

Hari ni saya dah mula masuk salon semula, mula gunting rambut, inai uban customer.
Terima kasih Along dan Nini yg setia jd pembantu Ibu. Plan asalnya saya cuma menghantar mereka berdua ke salon dan saya balik rehat di rumah semula, tp sebaik menjenguk masuk ke salon, (rasa rindu kian menebal utk berada di situ) sorang demi sorang customer mula masuk .

Walau terasa masih kurang stabil bila berdiri terlalu lama, pelanggan Sue Beauty Saloon tetap saya utamakan.

Alhamdulillah.


Thursday, November 28, 2013

25hb Nov 2013 ~ melihat nikmat sebalik ujian.

Bismillah..

Hajat nak bercerita selalu tertangguh, pd kebanyakan masa, saya akan meletakkan keutamaan utk menulis pd pilihan yg tercorot setelah urusan lain selesai. Dan selalu nya sebaik urusan urusan lain hampir saya siapkan, bateri diri  pulak dah semakin slow dan byk idea hilang gitu je.

Alhamdulillah saya baru dpt pulang semula ke rumah kediaman kami, selepas 2 malam berseorangan di KJP Tawakkal, menghuni wad Ambrosia.

Dah lama tak jadi pesakit di wad, last sekali dulu pd 30 Nov 2008 , di Rejang Specialist Hospital, Sibu. melahirkan Sang Penyelamat Bumi kami , Muhammad Raheem Irsyad., dia bakal menyambut besday 2 hari je lg  .

Pd usia 43 tahun sekarang, dah mula ada beberapa bhgn pd badan kita yg perlukan review dan  rawatan . Saya disarankan utk menjalani prosedur Colonoscopy dan satu pembedahan yg tak pernah terfikir oleh saya sebelum ni iaitu Fistulotomy. Bukan mudah menjadi seorang wanita, proses mengandung yg lama dan kesakitan saat melahirkan ( 3 perempuan dan 2 lelaki) rupanya  telah meninggalkan kesan pd badan saya.
Bila menoleh semula ke tahun tahun yg dah dilewati,  1996, 1999, 2002, 2004 dan 2008.Terlalu banyak utk disyukuri sebenarnya, melihat mereka membesar di depan mata , gelak tawa, tangis, bergaduh, minta itu dan ini, cara mereka menarik perhatian kami, adalah detik detik yang amat bermakna bagi seorang ibu.



Saya ingin berkongsi pengalaman saya menempuh saat saat yg mendebarkan sebelum dibedah. memang sejak diberitahu oleh Dr Al Amin pd hari isnin sebelum nya, debaran dah mula terasa tp saya cuba abaikan.Tapi bila dah tiba hari nya saya sgt bersyukur, Allah bekalkan keyakinan dan segalanya saya serahkan pd NYA.

Sebenarnya kita tak perlu takut, bimbang, sedih atau berburuk sangka dgn apa jua dugaan Allah. Itu yg saya selalu ingatkan diri sendiri. Apa apa jua yg Allah beri adalah dlm kapasiti yg badan kita mampu terima, takkan diduga lebih dari apa yg mampu kita tanggung. YESSSS  !! Berbaik sangka lah dgn Yang Maha Pencipta. Takkan ada satu apa pun walau sekecil zarah yg hadir di bumi tanpa izin NYA, so kita sebagai hamba NYA  hanya perlu yakin. La Haula wala quwwata illa billah.

Alhamdulillah, pembedahan berjalan lancar, keputusan colon-scope juga tidak membimbangkan, cuma saya perlu redha dgn rutin berendam dgn air garam ,utk mempercepatkan baik pulih tempat luka pembedahan yg tak dijahit.Sedikit ketumbuhan yg dibuang dan di `bakar` daging di sekitar nya utk pastikan tak tumbuh  lagi .
Tanpa jahitan , saya perlu menunggu tempoh pemulihan paling awal 4 minggu,, insyaAllah tak lama.

Satu perkara yg saya amat syukuri bila melihat anak anak mampu sesuaikan dgn suasana baru , anak pertama dan kedua gantikan saya di salon kami ( walau belum mahir  gunting rambut atau facial  pelanggan, mereka bersedia utk pelanggan yg dtg membeli produk),,sebelum ke salon , si kakak siapkan dahulu breakfast dan lunch ,, kain di ampaian juga beres. Anak yg ke 4 melayan keperluan si adik bongsu. Saya cuma uruskan diri sendiri dan rutin penjagaan luka . Alhamdulillah...Syukur Ya Allah.

Sesekali di uji, kita akan melihat banyak hikmah yg tersembunyi.

Salam Kasih Sayang.