Sunday, September 19, 2021

Dari Taman Samudera kembali ke Taman Selaseh

 Bagai sireh pulang ke ganggang.

Dengan sokongan sepenuhnya dari suami dan anak anak , SBS kini berada di lokasi baru. 

Alhamdulillah. Agak santai dan membahagiakan. Keluar pintu rumah , masuk pintu salon. Sesuatu yg pernah diimpikan sebelum ni tapi tak pernah terfikir utk dapat dalam waktu terdekat. 

Alhamdulillah.thumma Alhamdulillah.

Cuma kali ni situasi nya agak berbeza. Perlu appmt terlebih dahulu. Hanya yg fully 2 dose vaksin dibenarkan jadi pelanggan di sini. Kanak kanak juga tidak digalakkan masuk ke ruang salon, kecuali yg nak gunting sahaja. Hanya yg tidak bergejala diterima sbg pelanggan.  Sama juga di pihak saya, Jika saya sendiri berasa tidak sihat , samada batuk atau selsema sekalipun, saya tidak akan ambil sebarang temujanji. 

Semuga kita semua akan terhindar dari jangkitan virus Corona . Rasa dah lama sangat kita semua berkurung , jaga SOP, jaga jarak, tak dapat pergi bercuti. Kita semua sabar dan ketepikan  semua keinginan nak ke sana sini. 

Baru seminggu dua ni, kerajaan dah benarkan rentas daerah antara Selangor, KL dan Putrajaya. So  kami sekeluarga ( kecuali Abg Aman) pilih satu lokasi di sekitar Kuala selangor. 

Stay tuned kat next posting ya,, byk gambar menarik saya nak share.


Salam Kasih Sayang,

Take care, u olls

   💚👩 


2 comments:

nur said...

Assalam sue
Alhamdulillah kembali bertemu di alam maya. Moga ukhwah kembali bertaut InshaaAllah. Selamat maju jaya dalam biz sue. Selamat kembali berblogging sue

~kak fzi (pandangan kasih)

Puan Sue said...

wkmsalam kak fzi
agak sunyi dah blogging sekarang . Tp masih sesekali kita posting agar rumah sendiri tak bersawang,,

t kasih kak tinggalkan jejak..