Tuesday, November 24, 2020

2020 ~ Selepas lama menyepi



Alhamdulillah,,
Malam ni kembali menulis seperti dulu. Harapnya kali ni akan lebih banyak cerita dan idea yg boleh dikongsi.

Sedih juga bila melihat senarai blogger yg aktif dulu dah lama menyepi.  Al Fatihah  untuk Allahyarhamah Dr Hasnah yang dah kembali ke Rahmatullah kalau tak silap awal bulan ni. 

Saya masih dengan biz Salon Muslimah . Anak anak pun dah besar, yang sulung dah selesai menamatkan pengajian peringkat Degree. Alhamdulillah👧 
Anak ke dua masih di peringkat Degree TESL  di UITM. Yang Ke tiga juga di UITM .
Anak ke empat dah di Tingkatan 4 tahun ni. Dan  bongsu kami yg lahir di Sarawak 2008 dulu , dah umur 12 tahun . Ya Allah cepat sungguh masa berlalu. 

Terlalu banyak suka duka kami lalui. Alhamdulillah ,,biarlah yg suka lebih diingati agar kami lebih mensyukuri nikmat yg Allah beri. Kenangan duka akan kami simpan di lipatan kenangan.

Dengan pandemik Covid 19 sejak Mac 2020 (awal tahun ni) , banyak perubahan yg kami lalui. Sekolah di tutup, Pelajar Universiti juga diarahkan pulang ke kediaman masing masing, malah di awal PKP dulu, perniagaan dan banyak aktiviti ekonomi diarahkan tutup. 
Kami melihat dari sudut positif. Allah nak bagi peluang kami berkumpul semula . mungkin selama ni kami banyak terpisah dan kerinduan Ibu ni Allah dengar. 

Selalu dulu bila berjauhan dgn anak anak, antara doa Ibu ialah mengharapkan suatu suasana dimana semuanya ada di depan mata. Bila masak extra sedap, selalu teringat nak makan bersama dgn semua ahlul bait. Bila Zauji kerap out station, bertugas jauh di pedalaman Sabah, Sarawak ,, selalu lah Sang Zaujah ni mengharapkan keajaiban utk sentiasa melihat si dia berada di rumah. al maklum bila usia semakin meningkat, tak banyak yg kita harapkan, selain dari untuk melihat  insan insan tersayang berada di ruang mata, berkongsi ruang yg sama, makan sama sama,  solat berjemaah . Ma Shaa Allah .
Allah menjawab semuanya seiring dgn Covid 19.

Banyak yg ingin dikongsi lg, In shaa Allah entri yg selepas ini.  Doa kan saya , Zauji dan semua kanak kanak riang kami sihat, dan sentiasa dlm rahmat Allah.
saya juga mendoakan yg sama utk anda semua. 

Allahumma aamiin  

💚

No comments: