Friday, September 20, 2013

Hati org tak kan sama..

Salam Jumaat ,,penghulu sekelian hari,,



Sesekali berpeluang duduk duduk sendirian, tarik nafas lega dan flashback perkara perkara yg dilalui,,saya selalu nya akan mengambil  masa utk pujuk hati sendiri.

Kita ni kan selalu punya satu macam expectation atau pengharapan terhadap sesuatu perkara atau kadang2 pd orang tertentu.

Saya juga begitu,,selalu nya berpendapat  org2 tertentu terutamanya pasangan hidup kita sepatutnya ,,,begitu begitu,,atau begini begini terhadap kita,,kerana kita sbg pasangan hidupnya,,teman sekamar tidur,, yg amat saling memerlukan..terutama di segi berkomunikasi,,berkongsi cerita kisah kami seharian,,saya di tempat  premis perniagaan dan dia di pejabat..dan kisah anak anak kami.

Kami melalui hari2 yg sibuk setiap hari, begitu juga anak anak.

Perkara perkara yg dipandang kecil pd org lain, masih jd keutamaan pd saya, spt bersalaman sblm keluar ke tempat kerja,,bertanya kan jika saya mampu uruskan sesuatu hal penting sendiri  atau saya masih memerlukan bantuan..

Sesekali juga,,bila ada yg terlepas pandang perkara sebegitu, pd mulanya hati kecil akan mudah terasa, terkilan dan teringin nk jauh hati,,Tp pd umur 40an sekarang,,Alhamdulillah,,senang pula pujuk hati sendiri. Mungkin saya terlalu mengharapkan sesuatu  berlaku atau dibuat spt yg saya rasa sepatutnya begitu,,walhal sebenar nya saya sendiri tidak layak pun diperlakukan sebaik baik atau seindah indah pengharapan . Mungkin juga rutin seharian yg amat sibuk telah  membentuk keadaan sebegitu,.

Spt tajuk di atas tadi, hati orang mmg tak kan sama,mungkin bagi  ygsedang bercinta,,sensitiviti mereka sgt kuat, apa juga do's and don'ts yg jadi pantang larang  pasangan ,,akan mereka sgt2 jaga,,tp bila menjelang usia perkahwinan dah berbelas tahun,, bab2 tu mungkin semakin berkurang,,(walau pon pd saya, ianya satu hal yg utama) tp takpe la,,mungkin bukan rezeki kita di dunia utk dilayan sebegitu..

Redha dan buat lah yg termampu. Dunia ni kan hanya persinggahan sementara, mungkin dlm sesetengah perkara, mmg keadaan tidak pernah berlaku adil pd kita,,,sekali lg,,pujuk lah hati,,redha.. Pasti kehidupan di sana yg kekal nanti,,kita akan tersenyum kembali