Sunday, July 14, 2013

Ramadhan datang lagi..Rindu yang takkan pernah terpadam.

Bismillah..walhamdulillah..

Hari ni dah hari ke 5 kami berpuasa, rutin yg jadi senang bagi anak anak,,kecuali bab nak kejutkan bgn sahur, mencabar betulkan jd mak ni,

Dulu dulu masa saya kecik, kami tinggal di Kg Tok Bok, Machang. Kejiranan di kawasan sekeliling rumah kami amat baik dan mengambil berat. Bayang kan, semasa waktu sahur,,seawal pukul 4.30 akan kedengaran suara jiran kami yg merangkap guru mengajar Al Quran , akan laungkan nama Arwah Ma,, bila dilihat dari tingkap dapurnya lampu bhgn dapur kami belum terang..

Ada masa nya plk, Arwah Ma yg akan laungkan nama arwah jiran kami tu,, utk kejutkan satu sama lain...dulu tak de hand phone..Talipon rumah pon hanya ada di rumah kami sahaja, jadi itu lah cara terbaik lagi berkesan.. Kerana jiran2 lain di sekitar juga akan turut tersedar dari lena bila terdengar suara Arwah berdua ni.

Sekarang, bila usa saya juga dah mencecah 40an dan sudah ramai barisan jran lama kami yg dah dpanggil pulang (termasuk juga arwah Ma dan Abah),, Ramadhan seakan menggamit kerinduan pada suasana dulu.
Bila kita sendiri yg perlu bangun awal utk siapkan juadah sahur, kita juga yg akan pastikan semua isi rumah sempat sahur, dan kita juga yg akan mengetuai sessi basuh pinggan, kemas, mengelap semua nya..mmg sgt2 terasa , berat nya tanggung jawab seorang isteri dan ibu. TAPI sebagaimana besar tugas yg kita buat,, berkali ganda juga lah ganjaran yg Allah sediakan, insyaAllah.

Dan Ramadhan juga punya kenangan tersendiri bagi kami adik beradik.. 9 Ramadhan tahun ni, genap 18 tahun Arwah Abah kami pulang ke Rahmatullah,  Semuga ruh Abah dan Ma ditempatkan bersama ruh org2 soleh dan para anbia`..Ya Allah,, terlalu besar jasa kedua dua mereka dalam membesar,  mendidik dan memastikan segala keperluan kami cukup.  Ketegasan Abah serta kesabaran Ma dulu telah menjadikan kami semua tahu menilai baik dan buruk..

Andai nya dpt diputarkan semula masa lalu, teringin sgt2 nak rai kan Ramadhan yg penuh berkat ini bersama kedua nya,, tp Allah jua Yang Maha Mengatur segala sesuatu,, Dan setiap yg berlaku punya hikmah nya, Dan segala dugaan yg Allah turunkan kpd kami semua berbelas tahun yg lalu adalah utk mempersiapkan kami adik beradik bagi mengenal sikap sebenar org2 di sekeliling kami, waima saudara terdekat.
Alhamdulillah, pada usia 40an  ni, kami tiada lagi sedikit pun terasa hati atau dendam dgn sesiapa sahaja, biar lah Allah sahaja yg menilai hati hambaNYA.Dunia ni kan tempat persinggahan sebentar sahaja, jgn kita terlalu tamak dan merasakan kita milik byk hak di dunia,,

Sesekali pulang ziarah pusara arwah Abah di Kampung Tok Bok, hati akan tetap terusik melihatkan rumah pusaka peninggalan Arwah di tepi jalan bersebelahan kubur.. Dan bila ziarah ke pusara arwah Ma di Kubur Panjang Tanah Merah pula hati semakin sayu,, Semuga kedua dua nya bersatu semula di alam sana,,

Amiin,,,Ya Rabbal Aa`lamiin

No comments: