Thursday, March 17, 2011

Cepatnya masa berlalu..(Kau pergi Jua) Part 1




Bismillah..

Lama sungguh Ibu tak berblogging..sekadar jadi honoured guest dan silent reader dlm blog sendiri..

Byk nya perkara yg dah berlaku dan semuanya berlaku terlalu cepat..terutama selepas pemergian Arwah Bonda tercinta pd 4hb Feb 2011 baru ni..

Lama juga Ibu mengumpul kekuatan utk mengingati kembali kisah kisah sedih, pilu ..terutama semasa kami semua diuji Allah ketika Arwah bonda sakit dan dari hari ke sehari kesihatan nya makin merosot dan ada masanya dia tak mengenali kami yg bergilir2 menemani.. Terasa besarnya kekuasaanNYA bila kami sbg kelompok insan yg diberi peluang berbakti hingga saat akhir bonda di dunia..dari peringkat bonda masih boleh berkata kata dan bercerita..tentang masa lalu, tentang susahnya membesarkan anak anak (kesemuanya 9 org) bersama arwah ayahanda, kehidupan kami semasa di Kampung Tok Bok, dan mcm mcm cerita yg kdg2 Ibu sendiri dah pernah dgr, tp selagi bonda seronok bercerita, selagi itu la Ibu akan jd pendengar setia.. Termasuk juga tentang masakan stail lama2, ulam ulaman , kuih muih versi zaman dulu dulu..ubi ubi yg dah jarang dijual skrg, sampai la "Oren Klate" dan mcm mcm lg..

Lama juga Ibu ambil masa nak recover semula utk pujuk hati sendiri, bahawa Ma (panggilan kami utk bonda) dah pergi menghadap Rabbul Jaliil..Tuhan Yang meminjamkan Ma kepada kami selama 70 tahun di dunia.Setiap sudut rumah dari pagar hingga lah ke setiap bilik, ruang tamu dan dapur..termasuk juga CBJ66**. Setiap apa yg Ibu pandang akan mengingatkan Ibu pd Ma. Cuma hasrat Ma utk naik menjenguk ke tingkat atas rumah baru kami tak kesampaian kerana katanya tak larat nak naik tangga.. Ibu pernah beberapa kali offer utk pimpin tgn Ma.

Lama benar rasanya tempoh masa yg kami adik beradik tempuhi (w/pun sebenarnya cuma lebih kurang 3 buan) semasa ma sakit terbaring di katil dan hanya mampu berkerusi roda setiap kali hendak dibawa ke pusat Dialisis..Mungkin kerana terlalu sayu melihat keadaan ma semasa di hospital Selayang,jarang mengeluh dgn prosedur dialisis yg memakan masa yg amat panjang dan ada masa nya Ma muntah2 semasa prosedur dijalankan..Badan dah terlalu lemah utk melawan mahupun bertahan..Selalu juga Ibu terfikir adakah kami sbg anak anak sedang buat sesuatu yg betul atau yg sepatutnya pd masa tu.. Kalau rawatan dialisis di lihat sgt menyakitkan dan keadaan Ma masih juga tak bertambah baik,, adakah cara rawatan lain yg dpt membantu.. Tapi mengikut Doktor, selagi berpeluang merawat, itu lah yg terbaik..kerana kedua2 buah pinggang Ma dah rosak teruk dan mengecut..Tanpa dialisis semua toksik dlm bdn Ma tak dpt dibersihkan dan akan merebak ke organ2 lain dlm bdn dan lebih teruk lg kencing manis akan merosakkan fungsi2 organ utama Ma.. Aduhh !!! Peritnya apa yg Ma tanggung masa tu, kalau la dpt kami sama sama kongsi dan ringan kan beban Ma..

Lama Ma jadi penghuni Wad 7A dan 7B di Hospital Selayang..keluar masuk setiap ada komplikasi pd saluran tiub di tepi tengkuk Ma..Pernah sekali tiub yg dimasukkan rapat ke jantung tu terkeluar semua sekali..tercabut masa Ma bgn dari tidur di rumah Kak Pa.. Ibu dan adik2, Eiy dan Adik bongsu kami bergegas ke Hospital,, sayu sgt sgt Ibu tgk Ma lansung tak berkerut dahi @ mengeluh kesakitan..spt tak ada apa yg berlaku dan dia tak merasa apa apa lg..Tiub baru dipasang dan Ma dibenarkan dibawa balik semula ke Puchong . Kami diingatkan oleh Dr beberapa kali tentang kemungkinan berlaku jangkitan pd tiub dan kesannya pd Ma, mungkin badan Ma tak kan mampu melawan dan maknanya kami semua mesti bersedia dgn apa jua yang akan berlaki nanti..


Beberapa hari selepas tu , Adik bongsu, isteri dan ank yg menjenguk Ma di rumah Kak Pa dapati Ma demam panas dan tak beri apa apa respon ..Sekali lagi Ma dibawa ke Hospital dan kali ni dgn khidmat First Ambulance. Ibu amat kecewa dgn servis Bibik yg ditugaskan menjaga Ma..Tak apa lah, kami tinggal kan urusan ketidakjujuran Bibik kpd Allah..Semuga dia insaf dan tidak melakukan perkara yg sama kpd majikan baru nya nanti..

.....akan bersambung....

4 comments:

Mommy Ummar said...

i still cant write details of our last months/days with her.

Puan Sue said...

Lama dan rasa nya sgt lama Darihati mengambil masa , mengumpul kekuatan utk membiarkan jari jemari menari di dpn monitor ni..sambil airmata mengalir tanpa diminta...

Darihati akan menulis lagi bila tiba masa yg sesuai tanpa sesiapa di sekeliling kerana Darihati peru dilihat kuat dan tabah di hadapan anak anak..Setiap kali jari jemari mula bercerita tentang detik detik terakhir bersama bonda, suasana bertukar menjadi terlalu sayu...

maemache said...

sekalung ucapan takziah buat Puan Sue, adik beradik dan keluarga dari kami sekeluarga..iringilah pemergian bonda yang tercinta itu dengan doa dan harapan, moga rohnya Allah tempatkan bersama orang-orang yang beriman dan beramal soleh...amin.

Puan Sue said...

Jutaan terima kaseh utk Akhi yang amat menitik beratkan ikatan ukhuwah sesama islam..

Sebenarnya Puan Sue menjangkakan sudah cukup bersedia utk menghadapi dugaan kehilangan,, tapi bila Arwah bonda dibawa pergi, utk seketika dunia seakan suram,detik waktu seolah terhenti, hati terlalu pilu, rasanya tak kan pernah cukup masa yg Allah berikan pd kami utk membalas jasa jasa bonda..

InsyaAllah kami akan semakin tabah dan bonda tetap punya tempat istimewa di hati kami semua..Doa kami akan sentiasa mengiringi bonda dan arwah ayahanda si sana..

sekali agi, syukran ya akhi..