
..Memujuk hati utk teruskan penceritaan, walaupun amat sayu ...Seperti hidup di dunia ini juga, walaupun ada masanya tidak menjanjikan kebahagiaan, tetap mesti diteruskan..Semuga akan ada jalur sinar yg akan membuatkan kita tersenyum nanti.
Hari Rabu 2hb Feb, semasa baru selesai membeli brg keperlaun dapur di Tesco,Ibu terima panggilan telefon dari adik perempuan, memaklumkan bahawa Dr Pakar yang mengikuti perkembangan rawatan Ma nak jumpa semua anak2 terutama anak lelaki..Bunyinya amat serius dan kami semua sepakat utk segera ke Hospital.
Rupanya infeksi sudah merebak sehingga ada kuman yg dah melekat pd jantung, dan antibiotik atau dialisis sudah tak dpt membantu lg..CT Scan juga merekodkan Ma dah kena strok pd byk bhgn otak (tidak hanya di sebelah kiri spt yg di bimbangi sblm ni). Rawatan Dialisis pd peringkat ni tidak lg membantu atau merubah apa2.Jadi utk apa lagi Ma perlu di cucuk di sana sini..dan....
Dan sbg langkah akhir, kami diberi peluang utk bawa Ma pulang dan 'selesa'kan Ma,
Terdetik di hati, mungkin peluang utk Ma utk terus bersama kami dah tak lama..Ya Allah, Tabahkan lah hati kami ank2 yg bakal ditinggalkan ini..
Setelah Dr menerangkan yg peluang Ma mungkin paling lama could be few weeks atau few days.. Kami sepakat utk meringankan kesakitan Ma dan membenarkan semua saluran, Tiub pd badan Ma di buka dan dikeluarkan semula..Maknanya mulai dari saat itu Ma akan keihatan seperti kami semua semula, tanpa wayar pd tepi tengkuk utk Dialisis, tanpa sluran drip dan ubat ubatan pd kiri kanan tgn..Kelihatan spt pesakit yg dah sihat dan bersedia utk di bawa pulang utk bersama ahi keluarga semula..Pd luaran nya begitu lah...Tp hakikatnya kami perlu bersedia utk sesuatu yg lebih menyakitkan ..
Pukul 5.45 ptg hari yg sama Ibu dan Bibik mengiringi Ma dgn First Ambulance, perjalanan pulang Ma ke Puchong..Beberapa kali Ibu bercakap2 dgn Ma, bagi tahu Ma kita akan balik ke rumah kakak semula, Ma tak perlu tinggal di Hospita lg..Ma cuma berkelip2 mata tanpa apa ekspresi atau kata2..Tak pe la, Ibu yakin Ma masih mampu mendengar kata kata Ibu..
Sepanjang perjalanan Ibu sesekali pegang tgn Ma dan spt td juga tiada sebarang respon seperti tiada apa yg sedang berlaku atau Ma mungkin dah terlalu penat dgn apa yg di lalui seperti di Hospital.Tak ape la..
Pd waktu mlm nya Ibu sempat berikan suntikan Insulin pd abdomen Ma, kesian..dlm kondisi spt itu, lakukan lah apa saja, Ma tak kan mampu melawan atau menolak dari diperlakukan apa apa pun..Kami bergilir utk menjaga dan menemani Ma..Ada kakak dari Kelang dan Adik dari Damansara yg menemani Ma pd mlm nya..Ibu yg kepenatan, dijemput Zauji pulang pd lewat mlm.. Kesian juga pd anak2 yg seharian ditinggalkan..
Hari Khamis Ma seakan benar2 merehatkan diri sendiri..Mungkin Ma terasa lega tanpa suasana wad lagi..tanpa mengambil apa apa makanan, dan cuma sedikit air..Bacaan Al Quran dari anak anak dan cucu sentiasa menemani Ma setiap masa.. Dan Ibu sgt yakin Ma masih mampu mendengar.
Pagi Jumaat seawal pukul 3 pg lebih Ibu dikejutkan dgn byk panggilan telefon, rupanya keadaan Ma semakin tenat..Kami cuma pergi berdua, meredah kedinginan pagi dgn hati yg amat berdebar debar. Setiba di rumah kakak, hanya Allah yg mengetahui perasaan kami adik beradik melihatkan kesukaran Ma melawan kesakitan , namun spt yg di beritahu oleh Dr semasa sessi perbincangan tempoh hari, kami boleh memilih utk tidak membawa Ma ke Hospital semula bila tiba 'saat2 akhir'..
Dan janji Allah tentang saat kematian adalah pasti..Daripada Allah kita datang dan kepadaNYA jua kita semua akan dikembalikan.. Bonda kami Hajah Mek Yas telah dipanggil pulang ke Rahmatullah pd petang Jumaat yg tenang, tanpa Ibu dan beberapa anak yg lain di sisi.. W/pun kami semua menemani Ma dari awal pagi tanpa seorang pun meninggalkan jauh dari sisi Ma, namun semasa Ma menghembuskan nafas terakhir, hanya adinda Ibu dan seorang kwn baik yg terpilih utk berada di sisi.. Hampir tiba waktu Ma hendak meninggalkan kami semua, kami seakan terasa seperti Ma semakin baik dan kami ingin memberi ruang kpd Ma utk tidur sementara Ibu dan Zauji pulang sekejap menjenguk dan menguruskan mkn dan minum anak2 dan begitu juga dgn beberapa adik beradik yg lain seakan terpanggil utk menguruskan sesuatu yg penting dan kami rasakan sempat pulang semula utk menjaga Ma menjelang mlm nanti..
Di rumah, sewaktu sibuk menjamu anak2 makan, Ibu menerima panggilan dgn nada yg amat berbeza dari adik yg menemani Ma sehingga saat2 terakhir..Innalillahi Wa inna ilaihi Rooji`uun..

Wahai Tuhan Yang telah meminjamkan seorang Ibu kpd kami..
Wahai Tuhan Yang telah mengambi kembali bapa kami ..
Telah kami pasrah dan redha dgn apa jua ketentuan MU
Terlalu besar jasa jasa mereka melahirkan,membesarkan
dan mendidik kami
Dgn segala kesukaran hidup
Kasihani lah Ibu kami Ya Allah
Kasihani bapa kami Ya Allah
Kasihanilah kami jua Ya Allah
Kami sudah tiada ibu dan bapa di dunia ini
Siapa lagi yg akan menegur kesilapan kami
menasihati kami, menenangkan hati kami..
Wahai Tuhan Yang Maha Pengasih
Wahai Tuhan Yang Maha Penyayang
Wahai Tuhan Yang Maha Mengetahui
Wahai Tuhan Yang Memiliki Segala sesuatu
Satukan lah hati hati kami
Agar kami tidak bersengketa lagi ,
Eratkan kasih sayang antara kami kerana MU
Pertemukanlah kami semua,
anak anak yg tidak punya ibu bapa lagi di dunia
Dgn Ibu dan Bapa kami nanti
di Syurga MU Ya Allah..
Dtgkan lah perkhabaran gembira kpd kami
Tentang Ibu dan Bapa kami
Tenangkan lah mereka di sana
Semuga tiada lagi kesakitan yg merentap kebahagiaan
Bersemadi lah Bonda dan Ayahanda..
Kami di sini amat merindui.
(Di akhiri catatan dgn titisan airmata..entahkan bila akan berhenti..)
4 comments:
Salam Takziah, moga sue sekeluarga bersabar dengan kehilangan ibu yang dikasihi..
t kasih Matahati..
Hanya yg pernah mengalami saat saat kehilangan org tersayang akan lebih memahami..
Semuga bonda tenang di sana dan kita yg masih hidup perlu bersyukur kerana diberi peluang menambahkan bekalan utk melangkah ke alam yg abadi di sana nanti..
Assalamualaikum Sue,
Takziah, semoga Sue dapat menghadapi semua ini.
terima kasih kak KK..setiap yg hidup pasti akan dipanggil pulang, beratnya kesan sebuah perpisahan bila bonda tersayang telah tiada lg..
Kami redha , semuga arwah bonda tenang di sana..Amin
Post a Comment