Tuesday, July 13, 2010

Sape nak jaga Ibu nanti?

Dalam seminggu dua ni keadaan 'cuaca' kami adik beradik agak tak menentu. Ibu tak salahkan mana mana pihak, setiap orang ada alasan tersendiri bila isu sensitif ni berbangkit.

Almaklum bila masing masing dah berjawatan tinggi, dah tentu la tanggung jwb yg dipikul pun jadi makin berat.Dan masa utk mereka yg sibuk ni pun jadi semakin sempit..Dan sebagai pemerhati bebas, Ibu selalu pujuk hati sendiri utk redha dgn keadaan sekarang, sebarang komplen mungkin akan menjejaskan keikhlasan di hati..(Betulkah begitu..)

Dan kadang2 ada juga di kalangan adik adik Ibu yg boleh 'absorb' pendapat dan nasihat Ibu. Walaupun ada juga masa tertentu h/p Ibu tu jadi tempat luahan perasaan dan menerima c/c sms yg mana first copy nya d hantar kpd adik beradik yg lain..Mcm ni la kami adik beradik. Dlm 6 org yg confirm sbg adik beradik kandung ni pun jarang kami sependapat dalam hal hal tertentu apa lagi topik yg sgt sensitif spt sekarang.

Sering Ibu bermuhasabah sendiri , apa pula nasib Ibu sendiri nanti bila dah tua dan anak anak semua dah keje,dah ada kehidupan dan keluarga msg msg. InsyaAllah anak anak Ibu juga akan berjaya dalam hidup mereka nanti, tapi adakah mereka sanggup meluangkan masa berharga mereka nanti utk jaga kebajikan Ibu dan Abah.?
Apa kah tanggung jawab yang Allah swt amanahkan pd Ibu ni sudah sempurna Ibu laksanakan dan sbg balasan nya nanti adakah anak anak kami akan terpanggil utk berkhidmat pula kpd kami berdua nanti..

Melihatkan keadaan Bonda Ibu sekarang, selalu Ibu memohon supaya Allah kurniakan tubuh badan yg sihat kpd kami berdua d penghujung usia kami nanti, agar kami dapat taking care to each other dan agar kami dapat tumpukan utk memperbanyakkan amalan kami. Selalu Ibu katakan pd anak anak ..
"BIla Ibu dgn Abah dah tua nanti, sape yg nak jaga Ibu, Abah ?" Masing masing akan janji utk jaga kami nanti.. Ye la..sekarang dunia besar anak anak ni cuma dalam rumah kami je..balik balik nampak muka Ibu..( abah selalu tak de kat rumah..)

Tgk la nanti bila semua dah besar, skop pemikiran, kwn kwn pun makin berbagai jenis dn kategori, bidang tugas pun bertambah..agak nya masa tu mcm mana la keadaan Ibu dan Abah..Agaknye kami nanti pun mcm org tua tua kat dalam cerekarama melayu jugak kut.. Selalu tertunggu tunggu anak anak balik jenguk mereka, selalu tunggu anak anak call bertanya khabar..Dan bila sang parents suruh si anak balik, alasan nya sangat formal..SIBUK... TAK DPT CUTI...ADA MEETING...PEGI KURSUS...OUTSTATION... KENA G OVERSEA SEMINAR...BLA ..bla..bla

Nampaknye Ibu dan Abah kena tukar visi. Kami mesti punya satu atau lebih bisnes dari sekarang lagi.Kelak bila kami dah tua nanti (sekarang belum tua lagi kan..)kami ada sesuatu yg kami usahakan bersama, insyaAllah rezeki utk kami sentiasa Allah berikan berkat dari usaha kami nanti, dan semuga kami tidak akan terlalu bergantung pd belas ehsan anak anak,kami perlu sibukkan diri kami nanti supaya anak anak yg akan tertunggu tunggu utk dapat jumpa kami, bukan seperti senario yg selalu Ibu lihat sekarang.

Pesan Ibu pd diri sendiri dan juga pd kwn kwn yg sudi bertandang ke blog ni, ambil la peluang utk berbakti pd kedua org tua kita sementara mereka masih diberi kesempatan utk melihat pencapaian kita sekarang. Impian mereka utk kita masa kita masih kecil dulu mungkin jauh lebih tinggi dari apa yg kita capai sekarang..Tapi apa pun jawatan kita di dunia ni, setinggi mana pun pangkat yg kita sandang, renung renungkan..kita juga seorang anak yg dilahirkan dari perut seorang ibu, dan besarnya pengorbanan seorang bapa utk memastikan segala keperluan kita sejak dilahirkan sentiasa cukup.. Sebagai mana kita membesarkan anak anak kita sekarang, cuba renungkan ...bagaimana perit ibu dan ayah kita membesarkan kita dulu..mungkin 40 tahun dulu, atau 50 tahun dulu, keadaan pasti lebih sukar dari sekarang..

Arwah Abah Ibu dah lama dipanggil pulang, kembali ke pangkuan Yang Maha Pencipta..Tinggal la Bonda Ibu keseorangan meniti hari hari tua. Sesekali Ibu cuba letakkan diri ni di tempat Bonda sekarang...Aduh..Kesian...( Selalu Ibu selitkan dalam doa selepas solat.."Ya Allah..Engkau lebih mengetahui apa yg tersirat di hati ku..Kasihanilah ibu ku..Datangkan lah berita gembira utknya..Gembirakan lah hati nya Ya Allah..Dia terlalu byk melalui kesusahan utk membesarkan kami dulu..Gembirakan hatinya..." )

Kasihan Bonda...

1 comment:

maemache said...

terlalu besar pengorbanan seorang ibu untuk anak-anaknya, kerana ibu mana yg tak sayangkan anak-anaknya..semasa mereka masih ada, kita semua terlalu sibuk dengan urusan kehidupan keluarga dan tak sempat menziarahi mereka, tetapi bila mana kita tidak lagi sibuk dengan urusan kehidupan, mereka telahpun pergi meninggalkan kita, jadi apa maknanya lagi ketidaksibukan kita pada masa itu. renungkanlah bersama..