Saturday, November 12, 2011

Bismillah..

Sekadar renungan dan mengingati diri sendiri..

Agaknya bila kali terakhir kita muhasabah diri sendiri,,

Tentang solat kita, solat suami, solat anak anak,,

Bacaan Al Quran kita, bacaan Al Quran suami, anak anak ..sudahkah betul sebutannya, panjang pendek bacaannya, tajwidnya bagaimana;;

Bila kali terakhir kita mengingatkan ahli keluarga kita untuk solat berjemaah. Sesekali suami tentunya mampu memimpin jemaah solat di rumah..Berapa kerap ianya berlaku di rumah kita,,

Masa yg Allah pinjamkan kepada kita,, di mana , bagaimana , bersama siapa kita habiskannya.

Cuba renung renungkan dan fikirkan sejenak. Semuga kita semua masih diberi ruang untuk menjadikan hari ini lebih baik dari semalam. Dan ingatlah kadang kala org yg kita anggap musuh sebenarnya ingin menyedarkan kita dari terlalai...dan org yang selalu kita dahulukan sbg sahabat yg menyokong setiap langkah kita ada masa nya sering melalaikan dan byk merampas detik detik berharga dari ahli rumah kita sendiri.. Tanpa rasa simpati kerana hati mereka sekeras tembok besi.

***Dari hati berkata kata " Tiada keraguan kini, kerana hanya Allah yg lebih mengerti"

Thursday, November 10, 2011

Kasturi Syifa` ...Satu ikhtiar perubatan Islam

Assalamualaikum....Dgn nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani..

Kali ni Ibu nak berkongsi sedikit info tentang haruman yang menjadi fevret Ibu sejak dulu..kasturi.. Teringat masa kami jadi tetamu Allah utk ibadah Umrah dulu, mmg haruman Kasturi seakan ada di mana mana ..pendek kata mmg itu la bauan di kebanyakan tempat di sana .. Mengikut kata sorang kawan Ibu, "kasturi ni bauan syurga" Sgt menarik fakta ni kan..

Jom kita dptkan info lebih detail pasal haruman kasturi Syifa` pula.

Minyak wangi kasturi syifa' satu ikhtiar perubatan islam.

Diantara kandungannya minyak wangi kasturi putih yg telah dibacakan 30 juzuk alquran,doa2 syifa,almuawwizat,asmaul husna,selawat tafrijiyyah,selawat syifa,solat hajat dan lain2..salah satu wangian sebagai ikhtiar agar dapat membantu menjadi perisai,benteng diri..menaikkan aura diri,menghilangkan rasa gemuruh dan gementar,menjadi pelindung diri untuk ke hutan,lautan yg luas,tasik2,sungai sungai..dan berbagai2 kegunaannya.

InsyaAllah ianya boleh digunakan sebagai terapi wangian sunnah yang berfungsi sebagai:

  1. Perisai diri
  2. Perisai tempat kediaman, tempat karja, tempat perniagaan dan sbgnya
  3. Memberi ketenangan jiwa
  4. Mencerdaskan akal dan mencetuskan aura positif
  5. Menghindarkan peasaan gemuruh dan gementar
  6. Menghindarkan gangguan makhluk halus, jin dan sebagainya
  7. Doa perlindungan untuk ketempat2 keras seperti dalam hutan, lautan yg luas, tasik, sungai, bangunan tinggalan lama dan sebagainya
  8. Doa perlindungan dari disihirkan orang, histeria, rasukan dan sebagainya
  9. Produk ini dijamin bersih halal dan suci dan boleh dibawa solat
  10. Mudah-mudahan dimakbulkan Allah
11. Bagi bayi / kanak kanak yg selalu menangis terutama pd waktu mlm .
Cara Penggunaan:
  1. Berdiri menghadap kiblat, tarik nafas perlahan-lahan,
    santai dan tenang.
  2. Beristigfarlah dan mulai membaca Ummul Kitab Al-
    Fatihah.
  3. Berselawat 3x dan gemakan niat atau Doa ketika mulai menyapu kasturi.
  4. Gemakan niat seperti : “Ya Allah jadikanlah usaha ku yg
    sedikit ini asbab kepada penyembuhan ke atas rohani
    dan jasmani ku”.
  5. Kemudian hidu lah bau Kasturi itu sedalam-dalamnya.
  6. Mudah-mudahan Allah memberi manfaat daripadanya
Sebagai Perisai Diri / Shield (Aura Protection)
  1. Mulai menyapu kasturi pada kedua-dua belah kening
    dan dibelakang telinga
  2. Sapu dibahagian bahu kiri dan kanan
  3. Tangan (urat nadi) di kiri dan kanan
  4. Sapu juga pada leher serta hidulah bau Kasturi itu
    sedalam-dalamnya.
  5. Kanak2 sering menangisdi tengah malam, : Sapukan pada ubun2,tangan, cuping, telinga, leher, pakaian dan sebagainya
Sebagai Perlindungan tempat kerja, rumah dan tempat peniagaan
  1. Sebaik-baiknya digunakan bersama air yang telah siapdiruqyah dengan Ayat Al-Quran dan sebagainya.
  2. Sediakan satu bekas yg telah di isi dgn air, sapu Kasturi Syifa’ pada jari telunjuk
  3. Mulai dgn masukkan jari ke dalam air tersebut dan kemudian pusing air itu tadi dgn jari anda mengikut pusingan tawaf (Anti-Clockwise)
  4. Gemakan niat ketika itu, seperti “Ya Allah jadikanlah usaha ku yg sedikit ini asbab kepada terlindungnya diriku drpd kejahatan manusia dan jin”.
  5. Baca 3 qul pada air kemudian hembus perlahan-lahan.
  6. Masukkan ke dalam botol spray kemudian spray lah di dinding rumah atau di ruang pejabat atau di tempat-tempat perniagaan.
Insya-Allah..
Kandungan: Minyak wangi kasturi putih (Makkah) didoakan dengan:
  1. 30 Juzuk Al-Quran
  2. Ayat-ayat Syifa'
  3. Ayat-ayat Ruqyah
  4. Al-Muawizat
  5. Asmaul Husna
  6. Doa-doa Syifa
  7. Selawat Syifa
  8. Selawat Tafrijiyah
  9. Istihgfar
  10. Solat hajat
Alhamdulillah produk ni boleh di dapatkan di SUE BEAUTY SALOON juga. Bagi yg dekat, boleh datang terus ke salon ,,insyaAllah bagi yg jauh pula akan di hantar melalui poslaju .


Friday, November 04, 2011

Hari Anugerah ....Alhamdulillah

Alhamdulillah urusan hari ni dipermudahkan...

Dari dua tiga hari lepas Abg Aman dan Kak Nani duk ingatkan ibu supaya jgn lupa hadir di majlis tu,,kedua dua nya dapat 5A masa exam akhir tahun baru ni..Kak Nini pula insyaAllah lg seminggu terima result UPSR..

Dipendekkan cerita abah yg dijadualkan sampai dari Srawak hari ni (Jumaat) pon dapat selesaikan urusan kerja lebih awal dan tiba rumah lewat mlm td dgn penerbangan akhir dari Kuching..Dpt la kami sama sama hadir pagi td..

Kata Abah pg ni ada meeting di ofis..Kata Ibu,, "Ibu pon ada appoinment facial dlm kul 10 pg ni" Tp kami sepakat utk attend sebagai penyokong kuat dan pendorong ank ank dlm mencapai kejayaan...terdetik di hati Ibu.."Jgn lah hanya berjaya di dunia sahaja..biarlah kejayaan akademik ank ank Ibu seiring dgn kecemerlangan di akhirat juga.."

Dan alhamdulillah sebaik selesai abg Aman dan Kak Nani turun dari pentas dgn "Piala Gelas " di tgn,,kami semua bergegas balik rumah dan Ibu bersiap ke salon ..

Walaupun terlepas janji temu dgn Puan Customer Ibu pagi ni,,Ibu masih mampu bersyukur kerana masih diberi peluang oleh Allah utk melihat detik detik kebanggaan dan senyuman puas ank ank tadi.. Itu juga satu bentuk rezeki yg tak ternilai dari Allah swt.

Wahai ank ank..Jgn kecik hati atau merajuk setiap kali Ibu atau Abah marah bila ada yg tak buat ulangkaji,,tak siap kerja sekolah,, malas pergi sekolah,, liat nak bgn pagi,, liat nak solat terutama Subuh.. Sesungguhnya kami berdua memegang amanah dari Allah dlm membesarkan, mendidik, dan memastikan ank ank kami tak tersasar haluan nya.. Bukan senang nak jadi ibubapa ..

Saturday, September 17, 2011

Selepas Raya...

Alhamdulillah selesai sudah Ramadhan, semuga segala amalan baik yg kita lakukan samada terang terangan atau sembunyi sembunyi akan mendapat ganjaran dari Allah swt.

Menjadi seorang hamba Allah , isteri, ibu, dan pada masa yg sama melakukan juga kerja2 lain amat mencabar sebenarnye kan..Pada Ibu, tugas amat mencabar yg perlu dilalui (like it or not..I have no choice) adalah bangun sahur..Lain org ..maka lain pengalaman kannn.. Bayangkan bila kita kena bgn semasa ahli keluarga lain sdg sedap tido, siapkan hidangan utk sahur..cabaran seterusnye nak kejutkan si oncot oncot kat atas pulak.

Kekadang zauji (in Arabic means suami) bgn juga bantu kejutkan anak anak ,,itu pun dah selepas beberapa kali dipanggil..

Cabaran seterusnya ..bila si oncot-oncot semua dah turun ke bawah..Ada yg terus duduk di meja mkn dgn rambut fesyen bgn tido dan mata tak dpt dibukak ..Aduhai ,,byg kan la.. Ada lg yg sampai hujung tangga je ,,bertukar jadi 'spider',,melekap kat lantai.. Dan ada juga sesekali yg bgn dgn fresh,,duduk je kat meja makan,,mula bercerita pasal mimpi semalam..Ada juga yg turun ke dapur dgn mood marah...

Hari ni kiranya dah 17 hari lepas raya..Ibu rasa lega sgt.. Puasa ganti pon tinggal 3 hari je lagi yg belum di selesaikan..Open house pun tak banyak mana nak di attend lg..

Sebut pasal raya, tahun ni la pembuka lembaran baru Ibu beraya tanpa ma di sisi kami..Semuga Arwah Ma dan Abah tenang di sana dlm rehat yg panjang,,tiada lg kesakitan.

Dan Ibu & Zauji mula sikit sikit merancang utk meng'up grade' beberapa sudut dlm kediaman kami..insyaAllah sikit demi sedikit kami akan lebih selesa di sini..sekadar yg termampu dan semuga keluarga kami diberi Allah kesempatan utk merasai sedikit kesenangan dan keselesaan di dunia...Amiin

Thursday, May 12, 2011

Sue Beauty Saloon




Selamat datang ke Sue Beauty Saloon.

Menyediakan perkhidmatan Gunting Rambut, Cuci Rambut , Facial, Rawatan Resdung, Rawatan Kaki (rendam herba dan urut), Urut Badan, Sauna dan bla bla bla...

Waktu Perniagaan : 9.30 pagi - 7 mlm

Sebarang pertanyaan / temujanji sila hubungi Puan Sue 013 909245

Saturday, April 23, 2011

Beberapa hari lagi.. "Kelahiran Semula"

Bismillah.. suspen jer tajuk entri kali ni.. Re- birth of Sue Beauty Saloon.

Macam tak percaya sebenarnya , ibu dlm proses nak buka semula kedai seperti dulu.

*Wang deposit dan sewa dah dibayar..(Lega....),
*Kunci kedai dah dapat
*Layout plan dah buat sikit sikit.
*Hari ni dah mula beli stok jualan

Alhamdulillah urusan kami tadi dipermudahkan, perbincangan utk dpt kan harga sbg pekedai berjalan lancar dan stok permulaan produk kosmetik, produk slimming , jamu , makanan kesihatan dan bermacam lagi utk mengisi rak display nanti diangkut ke kereta.

Aduhai..duit mengalir laju je mcm air paip. Semuga segala usaha kami diberkati Allah dan dapat manafaatkan semua orang yang bakal berurusan dgn kami.

InsyaAllah awal Mei 2011 nanti "Sue Beauty Saloon" akan kembali beroperasi..

Tuesday, April 05, 2011

Hasil Tangkapan ..To`et jer..






Bismillah,,

Mlm td sebaik balik dari dating, Zauji terus pasang "portable playroom" utk Jerry, yg menumpang di rumah kami sesedap rasa dan rajin 'berkongsi rezeki kami'...

Ibu : Kecik je bdn dia..Harap2 dapat la mlm ni..
Zauji : Kalau bg ikan bilis, suka dia ni..
Ibu : ( ikan bilis mahal pun sanggup dikongsi bersama..istimewa nya Jerry)

Kami naik utk jenguk anak2, rupanya si Ichad lena kat bilik sejuk kakak nya.. dan ambik masa utk online sekejap.. Sedang berbual dgn Zauji, tiba tiba kami dgr bunyi spt ada sesuatu di dapur..

Zauji : Ha ! dah dpt..

Dipendek kan cerita itu la dia ' tetamu kecik' yg suka menyelinap masuk ke dapur kami dan main2 kat belakang fridge dan serata tempat yg dia suka..hatta meniti kat wayar talian talipon kat atas...

Alhamdulillah, antara rekod tangkapan paling pantas yg kami buat setakat ni.. Harap2 yg ni spesis terakhir dari kaum kerabat dia yg berkongsi dapur dgn kami...