Bismillah.
14 tahun yang lalu pd tarikh yg sama anak kedua kami Nur Rifhani telah selamat lahir ke dunia .
Proses melahirkan yg agak mudah berbanding si kakak yg hadir 2 tahun sebelum nya.
Bila diingat semula, saya akan tersenyum sendiri. Sambil menahan sakit, saya masih mampu menghabiskan sebungkus nasi beriani .
Lebih kurang pukul 10 mlm dibawa ke Bilik Bersalin HTAA, Kuantan diiringi doa Zauji dan wajah penuh kerisauan Ma ( semuga Allah mencucuri rahmat keatas ruh arwah Ma dan ditempatkan bersama ruh org2 beriman).. Syukur yang tak terhingga lebih kurang 10.45 mlm puteri ke dua kami selamat dilahirkan . Segala puji pujian bagi Allah yg mempermudahkan segala urusan.
Nur Rifhani membesar seiring bersama si kakak sulung Nur Raihana di kediaman pertama kami di Kuarters Kakitangan Felcra Cheneh Baru, Kemaman. Semasa masih bayi lagi saiz badan nya agak berisi tapi kurang tinggi.
Selepas Cheneh Baru, kami pindah ke Bandar Seri Bandi, masih di Kemaman dan ke Saratok , Sarawak.. juga mengikut tuntutan kerja Zauji. Hingga lah sekarang kami kembali semula ke semenanjung dan menetap di sini,,,tak pasti juga sampai bila. Dari dua puteri, mereka kini dah berlima. 3 power Puff Girls dan 2 Superhero Penyelamat Bumi.
Cepat nya masa berlalu, anak anak semakin membesar, meninggi juga memerlukan perhatian lebih dari kami berdua. Zauji semakin sibuk menguruskan anak syarikat FB dan saya juga semakin disibukkan dgn urusan rumahtangga dan perniagaan (Fardhu Kifayah) kami , Sue Beauty Saloon. Pd usia 40an sekarang, ada kala nya saya terlupa tarikh tarikh penting dlm family kami. Ada masa nya saya akan bertanya kpd si sulung jika terlupa tarikh lahir salah seorang dari kami terutama semasa mengisi borang rasmi utk permohonan tertentu.
Kemuncak kpd sindrom lupa ni,, hari ulangtahun Si Reef juga saya lupa. Biasanya sehari sebelum harijadi mereka saya akan ingatkan Zauji dan anak anak yg lain. Kali ni saya memang dah buat dia terasa hati,,
11hb Oct dah jadi hari biasa tanpa salah seorang pun wish her happy birthday.
Saya beruntung mempunyai seorang adik perempuan yg sgt rapat dgn anak anak saya, dia juga lah yg dtg bawakan hadiah harijadi dan ucapkan Happy Birthday sebaik melangkah masuk hari tu..dgn saya terpinga pinga ,,Besday? Besday sape? Nini ke ? Owh Tidak...
So poor memory... So bad.... SORRY REEF !!
InsyaAllah next year, jika Allah masih beri kesihatan yg baik dan ingatan yg baik juga , Ibu akan pastikan hari ulang tahun kelahiran Nini ( i love to call her Nini) kita sambut sama sama , ok....
(Bukan gambar sebenar, tp mmg best kan tgk pic bby)


No comments:
Post a Comment