
Bismillah..
(Bermula dari 19 Mei 1970..jauhnya perjalanan hidup yg dah di lalui..)
Dah 2011 ye..Cepatnye masa berlalu. Byk perkara baru berlaku tahun ni,insyaAllah dpt kami tangani dgn baik.
Story 1.
Anak bongsu kami Muhammad Raheem Irsyad aka Atromen Cosmos,dah berusia 2 tahun. Makin bijak beraksi, kuat betul pengaruh atromen dlm diri si oncot ni. Dah boleh communicate dgn kami dan mmg dia ni beruntung sgt sbb jd centre of attraction dlm family. Bila dia lena lama sgt, ramai yg tertunggu tunggu si adik bangun tido.Dan bila si to`et ni dah bgn, ramai ramai pulak dtg nak cium la,, usik la.."Ha..dah bgn dah.." Tp apa apa pun ibu la yg paling beruntung sbb dia paling manja dgn Ibu..Alhamdulillah jejaka kecik yang nama nya dah di reka dan di seru seru lama sebelum Ibu mula pregnant..Akhirnya hadir secara zahir dlm hidup kami pd 30 Nov 2008..(Best kan ada budak kecik dlm rumah ni..)
Story 2
Alhamdulillah si Story Teller aka Nur Raudhatul Imane dah selamat melangkah ke alam Tahun 1.. Seperti yg di jangka, dia boleh sesuaikan diri dgn suasana baru. Mungkin berkat pengalaman bersekolah tadika di merata tempat dari Tadika Hikmah di Saratok Sarawak dulu, kemudian Tadika Kemas Tmn Selasih (Batu Caves) dan sampai la ke Tadika Iman Readers. Hari ni hari ke 3 dia jadi budak tahun 1 kat Sekolah Kebangsaan Taman Selasih. InsyaAllah dia akan jadi seorang yg berjaya dlm hidup dan sentiasa ceria, menyenangkan org sekeliling dan mudah berinteraksi .
"Ibu, kakak ada 3 kerja yg kakak nak jadi nanti..Pelukis, Detektif, Saintis.."
Tak pe la,,kita tgk je nanti, kalau panjang umur ibu dan Abah dpt kami meraikan, whatever will be, will be..
Story 3
Putera pertama (anak ke 3) dlm keluarga suerashid, Muhammad Rahman Arief thn ni dah masuk Tahun 3. Orang kat SeriBandi masih ingat kat Abg Aman. Dulu masa dia ni kecik,lepas hantar si Along dan Kak Nini ke Tadika, ibu akan bawak Aman round pegi tengok Kren kat tapak projek sekolah menengah dan naik Tekta (Traktor)kat ofis abah. Lps dah selesai sessi lawatan baru Ibu ke kedai kita kat Balok dan Chukai..Cepatnya masa berlalu.. Alhamdulillah Abg Aman dah pun kena 'potong' tahun lepas, suka Ibu tgk kwn kwn yg join dia waktu rehat kat Sekolah hari tu..Semua nya nampak baik, bersih dan pandai hormat org.
At least masa kat sekolah dia jd kawan yg baik dan di senangi kwn2 lain walaupun kat rumah perangainya sgt berbeza..Mungkin faktor manja..( Tak pe Man..dark side punya ibu simpan ye..)
Tahun ni dia dpt lg dilantik jadi Ketua Kelas 3 Cempaka. Terima Kasih Allah, semuga Muhammad Rahman Arief akan dipinjamkan serba sedikit sifat kepimpinan , semuga nanti dia tahu melindungi dan mengurus org2 di sekeliling dgn baik..
Ingat ya Man..melindungi..dan bukannya menyakiti.. (I`ll be watching you..)
Story 4
Tahun ni anak ke dua kami Nur Rifhani dah masuk Tahun 6..Debaran kami kian bermula..UPSR.. Nampaknya kita kena keje keras ye Nie..Ibu akan pastikan semuanya berjalan lancar. No excuse. Kurangkan FaceBook, atau maybe kita tutup dulu akaun FB nini, tunggu sampai lps exam baru activate smula..boleh..? Or maybe once in a blue moon..
Badan dia kecik je..tp semangat nya kuat, seboleh boleh nak punctual bila masuk bab gi sekolah..Rasa mcm baru je lg Ibu dukung budak 'sihat'yg suka hisap 2 btg jari kiri, yg lengan nya ada tiga ruas besarrrr punya..matanya bulat, rambut dia sikit je,dan pendek je org nye masa kami stay kat Cheneh dulu..Sekarang Reef Honey dah kurus tinggi ,berkacamata dan pandai bergaya gitu..
Apa pun, byk masa yg akan kita luangkan bersama nanti, especially waktu ulangkaji. READY or not? Ibu And Abah will only take a 'YES' as the answer..

Story 5
The eldest in our family, Nur Raihana ..sometimes boleh di recognized sbg 'Kak Sue'jugak..pd umur 14 tahun, kami berdua kdg2 nampak mcm kakak dan adik ..(Happy to write this..) Mmg masa sgt cepat berlalu.. This young lady, used to have rambut meggee masa kecik dulu..Suka mandi kat swimming pool(selalu la weekend kami akan check in hotel dan layan si kecik tu mandi kolam.)At the same time boleh unwinding kan..Anak pun belum ramai mcm sekarang..
Masa dia baby dulu sgt senang nak uruskan..Letak je dpn tv, pasang video nasyid Kumpulan Raihan..Baring la dia kat situ habiskan nenen sebotol..Dan dah besar ni pun masih senang di urus..(InsyaAllah..)
Tahun baru dgn spek baru yg lg tebal ..Semuga Along ada 'clearer' vision ..Ingat ..next year PMR.. Being excellent in UPSR mmg tak menjaminkan dpt belajar kat Sekolah Asrama Penuh..tapi apa yg penting pd Ibu dan Abah adalah ..Along had proven to us that YOU DID IT..
Next year PMR..get ready.

`Ala kulli hal..saya amat bersyukur dgn apa yg Allah kurniakan sepanjang 15 tahun usia penyatuan hati kami, di kurniakan anak anak yang sihat, ceria dan lengkap pakej spt mana anak2 org lain..bising,bergaduh,berebut,dengki,kuat mengadu,kuat makan,suka sepah rumah, merajuk,tarik rambut kakak,suka tukar baju,conteng dinding, panjat rak tv,high demanding,manja,penakut,bekeng,suka menjerit,bla bla bla ..Ini lah kehidupan..Semuga Allah taala memberi peluang kami berdua utk merasai hari hari emas kami nanti untuk melihat kejayaan anak anak kami bukan sahaja dihormati kerana pencapaian akademik dan kerjaya..tapi kami mengimpikan lebih dari itu..Biarlah mereka juga di kenali di kalangan yang di langit dan di bumi sebagai hamba Allah yang berakhlak mulia, sentiasa memperbanyakkan amalan baik dan dekat hatinya dgn Yang Maha Pencipta, ada sumbangan nya utk anak2 yatim dan golongan miskin.. InsyaAllah..
5 comments:
saya suka !
T kasih..saya lagi suka...!!
bagus pakej pn sue ni, secukup rasa ;)
ambo plk ado 1 story jah, tp ado secukup raso jgk atah dio sore ;))
Salam Sue,
Selamat tahun baru 2011. Semoga hidup bahagian selalu.
Thanks Kunang kunang..semuga 2011 akan memberi kita lebih byk ruang utk mendekatkan diri pd NYA..
Post a Comment