Assalamualaikum..
Mlm ni dpt jugak berblogging skjp di temani Zauji Habibi di sebelah. Nasib bail hotel kami sediakan sudut utk berinternet secara 'gratis'..
Hari ni hari ke 3 kami di sini.. Anak2 la yg paling seronok, sbb baru hari ni sempat mandi kolam di hotel..Hari pertama sebaik tiba di Polonia dan menjamu selera masakan nasi Padang, kami terus kan perjalanan selama 5 jam lebih kurang ke PARAPAT.. Tido d Lake Toba International Cottage.. Dpt 3 bilik,,kali ni keberanian anak2 akan di uji sbb kena tido kat bilik asing2.. Lake Toba sgt luas, katanya yg ke 3 paling luas d dunia..
Hari ke 2, agak penuh jadual..Usai breakfast kami boating ke Pulau Samosir (perkampungan Batak..) HA ha ha..mula mula suspen sgt bila lalu di gerai2 jualan kaum Batak, al maklum kami dah di ingatkan oleh pemandu supaya jgn bertanya harga atau tawar menawar kalau tak nak beli, mereka ni agak agresif..Maka benar la bagai di kata, tp alhamdulillah sampai la ke boat semula wa/pun masih ramai penjual yg ikut naik utk 'paksa' kami beli,, tetap tak berjaya .. (Dlm hati Allah saja yg tahu,, betapa berdebar nya tgk kan wanita2 tu duk pujuk dlm versi memaksa Zauji suruh beli cenderahati..) Bukan jealous tp risau sbb seboleh boleh nak suruh kami beli.. (Tp kesian pun ada,, tu la mata pencarian diorang..)
Semasa kat Pulau ni kami diberi kejutan oleh ketua suku dgn Tarian menyambut dan memuja pengunjung.. Ha ha ha...Semua kena menari ..Nak tak join , takut di apa apakan so semua buat sporting... Kamijuga di bawa ke tempat "pancung orang"
Dari Parapat kami singgah kat satu kedai d daerah Simarjarunjung utk menikmati Teh Jahe(Teh halia) dan dlm hujan lebat ptg tu sempat jugak kami ke kwsn Air terjun
Si Piso Piso.. Zauji dan ank2 yg dah kesejukan enjoying mkn telur ayam kampung separuh masak..Tak tahu dah berapa kali re-order ,,sampai Pak Tuan kedai senyumnya manis sekali..Dan beli beberapa baju tebal dan 'maf la'. Persiapan utk ke Brastagi..lagi atas dari Parapat.Sejuknya ya ampun... Agak2 mcm kita ke Cameron Highland la.Very2 calming scenery..
Pagi di Brastagi, selepas breakfast kami bertolak ke Pasar Buah dan Bunga bungaan.. Sejuk mata memandang bila berhadapan dgn bunga2 yg terlalu cantik dan berbagai macam..Nak beli pokok bunga mmg tak lepas nak masuk pesawat nanti,,so beli benih pokok je..Kalau betul la kata kata penjual td, insyaAllah dlm 2 bln dpt la tgk bunga2 tu tumbuh kat Seri Dewi pulak nanti...
Aktiviti Zauji dan anak2, menunggang kuda (Ichad pun ikut sama) sekeliling pasar kat situ..Kena la dlm 90 000 rupiah utk sessi berkuda...Takpe la buat kenangan.
Dari Brastagi ke Medan agak2 2 jam by rough road, kami sabar je sepanjang perjalanan tu, jln nya teruk sgt sgt.. Kesian kat pemandu2 kat sini..Tu la satu2nya jln utama yg terpaksa dilalui..
Sampai di Medan semula dah tengahari..Alhamdulillah,kali ni makan hidangan masakan Jawa dgn tambahan Ikan Bakar, Ayam Bakar..Dlm kepenatan dan melayan kerenah anak anak terutama Kak Nani yg melaung kuat masa semua org tgh mkn bersila td, selera kami suami isteri tetap maintain "excellent" w/ pun dah hampir licin hidangan, si Ichad pulak muntah...(sorry..)
Tu la antara suka duka melancung dgn ank2..Tahap kesabaran mesti tip top selalu...Alhamdulillah pemandu kami "Mas Ramli" sabar dan sentiasa bersedia berkhidmat,, termasuk la menguruskan check in utk kami td semasa kami singgah 'cuci mata' kat Medan Mall..
Dan mlm ni semua ank2 dah mengantuk , layan nonton sinetron kat bilik, Ibu Abah having our own sweet time...Layan internet kat lobby nih..Gratis you...
`Ala Kulli Hal,, Alhamdulillah..
1 comment:
wow syokyer dia melancong...
| Jemputan untuk menyertai GA | Domain untuk dimenangi |
Ikhlas
- Qalish [Dot] Com -
Post a Comment