Assalamualaikum..Walhamdulillah ,pujian yg tak terhingga kpd Pencipta sekelian alam Yang Maha Berkuasa..Pagi ni ibu bersiaran dari Kg Pogoh, Segamat.Rumah bapa mertua Ibu.
Semalam sabtu, kami bertolak balik ke Segamat. Gedebak gedebuk Ibu duk ralit dgn keje rasmi tiap hari, dkt kul 12 lebih baru la boleh berangkat. Perjalanan agak santai, tok lorat mana..Sempat la kami singgah kat Restoran Jejantas kat Highway..(dah masuk area Melaka kalau tak silap..)
Anak anak pun seronok mkn kat KFC sambil tgk kereta lalu lalang kat bawah jejantas tuh.Kesian pulak si Kak Nini Aka ANGAH, nak mkn kat A&W..Si ALONG pulak tak puas kalau tak dpt nasi atau heavy meals..dan Si Akak Nani duk pujuk Abah nak mkn KFC..Punya la dramatik budak sorang ni..Siap pegang kaki abah sambil pujuk.."Abah kan tak pernah pun bagi apa yg akak mintak..Boleh la Bah.."
So bila Abah mtk ibu decide nak mkn kat mana, Ibu kena consider permintaan yg akan melibatkan IMPAK MAKSIMA kalau ditolak. Kami kena mengalah, masuk je la kat KFC..
Kak Nini muncung jugak sekejap, Si Along nampak sporting la sbb Ibu order kan set Nasik utk dia..Dan yg paling happy of coz la Kak Nani..Dpt Chicky Meals..Rasanya semua pengunjung yg duk dkt meja kami boleh dengar dia duk berceloteh.. "Ibu ni kan.. sgt baik la..Selalu gembirakan hati anak anak." Ya la ..dpt yg dia nak..Kalau Ibu tak ikutkan tadi.. Harus riuh satu jejantas tu dgn suara budak 6 tahun menangis.Ibu tak tahan kalau dia nangis.Kuat sgt dan selagi tak dipujuk..Aduihh..Sakit telinga.
Dan bila sampai kat rumah Mama di Kediaman Pengetua SMKA Sultan Muhamad kat Batu Berendam ptg semalam..hati kami berbunga riang..Kerinduan pd Mama terubat jua.Spt dulu dulu jugak mcm tu la Mama.Ceria dan sentiasa ready nak serve apa apa yg sedap utk anak cucu..Baba pun nmpk tenang dan gembira..Jelas tergambar ketenangannya bila sentiasa senyum bila berbual dgn Abah dan kami. Alhamdulillah satu keluarga bahagia dpt bersatu semula di dalam sebuah kediaman yg sgt menarik dan 'sejuk' je berada kat dlm tu. Bukan sebab aircond yg sentiasa terpasang, tapi ketenangan hati, hanya yg merasai dpt menghargainya..
Terima kasih Ma..hidangan minum petang yg agak heavy, mi goreng,ayam bakar,tempe goreng (Along duk puji sedap...)Dan sessi sightseing keliling rumah, kami ronda tengok kebun Mama dan Baba belakang dapur dan landskap dpn rumah yg sgt menggamit kenangan semasa sama sama di Saratok dulu.Nanti balik ke rumah Ibu akan upload gambar kami..tak lupa jugak gambar si Tomei, kucing Parsi yg besar,bersih,bulu lebat dan perkasa ..Memang Tomei la..Teringin nak ada sekor mcm tu, TAPI Ibu geli kucing..So baik lupa kan..
Dari rumah Mama kami terus ke Segamat, sampai pun dah dkt kul 8..Alhamdulillah, perjalanan kami dipermudahkan..
No comments:
Post a Comment