Friday, November 13, 2009

Jejak Kasih Pagi Jumaat..Alhamdulillah

Bismillah..Hari jumaat, biasanya hari paling sibuk ibu. Anak anak balik awal dan cuma selang masa setengah jam je dari masa Along balik dgn Kak Nani balik dari tadika.Nak ngemas, masak,laundry,tu belum kira sessi kawalan trafik dgn Si Tengku Muda. Pendek cerita, "ppeluh pah kketing" (bahasa Ibunda lagi..)

Tapi sejak dua tiga hari ni selalu teringat kat sorang kwn yg lama betul ibu dah tak jumpa. Agak nya dia pun duk teringat jugak kat ibu..He he he..Who knows..

Pagi ni sempat ber`fb dgn Ani jap.Cuba la trace si kwn ni berpandukan no yg Ani bagi...Alhamdulillah. Hajat ibu tercapai.Ceria je suara Li (perempuan la..) di hujung talian.Bertukar cerita suka duka..Rupanya dia tinggal tak jauh dari tempat ibu sekarang.Makna nya dgn izin Allah kami akan berpeluang jumpa nanti..
Benar jua kata Mama dulu, ikatan ukhuwwah persahabatan kerana Allah adakalanya lebih kuat dari ikatan sesama pertalian darah daging kita. Ada masanya kita lebih terkenangkan kwn kwn baik yg dah lama tak jumpa, berbanding dgn saudara kita sendiri..

`Ala kulli haal..Life must go on..Begitu la kwn ibu yg sorang ni, respect betul dgn cara dia. Siapa la kita hamba ciptaanNYA utk melawan apa jua takdir yg ditentukan ALLAH..

Utk Li..Ingat tak masa kat ITM dulu, kita pernah sebut..BEST WOMAN WIN..

4 comments:

CITY® said...

itm?
ambik kos apa?
huwaaaaaaaaaaaa

engine ker?
ekekkeke

ummu said...

Salam;
betul tu..kadangkala persahabtan yang diikat kerana Allah lebih erat dari persaudaraan pertalian darah.Kerana hati yang bertaut kerana Allah pasti sentiasa segar ...

Puan Sue said...

Salam bluecity aka SITI BIRU (nama baru yg k sue bagi..jgn marah ye..)
Itm kem kijang dan pastu final semester kat ITM Segamat. Grad 1991

Bukan engineering ..tp Business Studies..

Bluecity kat mana dulu? Course Engg ke?

Puan Sue said...

um.masyitah..
betul betul betul..
Sama sama kita berpegang pd tali Allah dan tali sesama insan..
(Hablun minallah wa hablun minannas..)

Sudi sudi la masuk ke blog sue lagi ye