Friday, July 03, 2009

Outstation lagi..

Mulai Isnin minggu ni, hubby kena pegi outstation mcm biasa semula.Isnin ke Perak, balik hari selasa. Semalam Rabu ke Sabah.Katanya kena masuk Danom, mencabar jgk tour kali ni. Pagi tadi seawal kul 6 pagi,masa wake up call dia bagitau dah nak bertolak masuk ke ladang.Almaklum kat sabah lebih cepat 'cerah tanah'..
Petang tadi,sms lagi dah ada kat Lokan.(Sebenarnya tak tahu pun kat area mana Lokan ni, tp boleh agak ke dalam sgt tempatnya sebab cuma ada 1 line coverage.Tu pun ikut nasib..kalau ada angin, dapat la 1 bar)..Kesian abang..

Dan..Macam biasa. Abah tak de, maknanya semua tugas disandang oleh ibu..Alahai, time cenggini la terasa seronoknye tinggal kat Saratok dulu.Tapi apakan daya, perjalanan hidup dah tersurat.

Kalau dulu, bila abah busy masuk ladang ke, pegi meeting kat Kuching ke,atau sampai ke Mukah atau sesekali kena balik ke KL,ibu tak kisah sangat.Byk agenda ibu bersama Mama salbiah dan jemaah kat seroja.Rindu tu tetap ada la..cuma kemanisan menghadiri Kelas Dhuha bersama Mama selalu nya dpt mengisi masa selang ibu.Berdhuha, baca doa harian,ngaji,Asmaul Husna,Istighfar Baroya..

Sibuk tetap sibuk..Maklum, tinggal kat tempat orang, ibu selalu nak pastikan keselamatan anak anak terutama masa ke sekolah dan balik.

And the same practices kami buat bila dah balik Semenanjung, hantar dan jemput balik.Cuma bezanya tahun ni masa selang ibu kat rumah byk dikawal oleh si Manja Ichad. Dulu lepas selesai urusan hantar anak,kami sama sama kat Surau Tmn Seroja.Byk aktiviti belajar dgn Mama.Indahnya hidup berjemaah..

Kat sini, belum berpeluang nak join such group.Dan tambah dgn ber`anak kecik ni, pergerakan ibu agak terhad..



Dari kiri Aishah,Yah,Mama Salbiah dan Ibu {dukung adik Nani}


Saja je flash back pasal kerinduan pd Sarawak..Agak nye apa la aktiviti jemaah kat sana selepas ibu, Mama dan Siti Aishah dah transfer balik..

InsyaAllah ibu akan berkunjung ke sana nanti, bersama Mama dan mana mana jemaah dari sini yg sudi..semuga dpt mengubati rindu kami pd sebuah surau dan jemaahnya di suatu tempat yg agak jauh..beribu batu dari sini..

3 comments:

Anonymous said...

Salam,
Saya tengok kat Bloggers Kelantan tentang puan nak daftar. Logo puan dah masukkan.. Saya rasa mungkin kena jugak tinggalkan address kat sini:
https://www.blogger.com/comment.g?blogID=4104136858691856109&postID=5979004484600229897

Ada satu lagi directory yang puan mungkin turut nak daftarkan; Kelantan Bloggers:
http://kelantanbloggers.blogspot.com

Mommy Ummar said...

kami pun lamo ponteng kuliah dhuha. ado jemaah nok nnanyo. malu jgk braso.
pete td,
"lama x nmpak awak kt mesjid..bz sgt ye?"
"takde la bz sgt kak..cuma terikat sikit"

(dale hati..mitok2 Allah lapangkan hati mudahkan urusan kita sehari2, buleh gi belaja2 di mesjid)

Inshaallah nati Ichad besar sikit kaksue buleh join surau tmn selaseh pulok.

Puan Sue said...

InsyaAllah..Harap harap lagu tu la.. ( Ya Ilahi, wa Maliki..Anta Ta`lam Kaifa Haali..)