Assalamualaikum...
Saya dan suami insyaAllah bakal ke Tanah Suci utk ibadah haji tahun ni .. Alhamdulillah sgt bersyukur walaupun debaran di hati kian bertambah bila semakin dekat tarikh kami bakal berangkat.
Doakan semuga urusan saya dan suami dipermudahkan kerana urusan ibadah haji adalah kemuncak kerja besar kita sbg hambaNYA,, Rabbi Yassir wa la tu`assir Ya Kareem.
Salam Tulus Ikhlas dari
Puan Sue
Saturday, August 01, 2015
Thursday, February 26, 2015
JUS SENGAT DARA. ....Mesti cuba tau
JUS SENGAT DARA
Hubungi Puan Sue 013 9092456 utk order , atau anda mungkin berminat utk jadi rakan niaga saya.
Wednesday, February 25, 2015
2015 ,, suka duka kita tempuh bersama.
Bismillah,
Saya selalu nya jadi silent reader dan blog walker ,,kadang kadang tersinggah di blog sendiri, tanpa sempat mencatit kan apa apa di sini. Seperti nya sangat busy , pada hal kita semua diberi 24 jam yg sama setiap hari,
Baru mlm ni saya perasan , rupanya last entri saya adalah tahun 2014.
Alhamdulillah masih diberi kudrat dan peluang utk melakukan banyak perkara , Dan banyak juga yang kami sekeluarga lalui , suka duka ,,dgn izin NYA segala nya akan kami tempuhi bersama.
* Jan 2015 Anak bongsu kami Muhammad Raheem Irsyad mula sekolah Tahun 1. Aduhai terasa cpt sgt masa berlalu, Baby kecil yg kami bawa pulang semasa pindah dari saratok dulu , dah masuk sekolah .
sering saya kata kan pd dia supaya jangan membesar cepat sgt, nanti tak ada lagi budak kecik dlm rumah kita. Selepas bersunat pd 2014, mmg dia saya lihat lebih 'macho' . he he he..
Along tunggu result SPM, kak Reef form 4, Abg Aman tunggu pengambilan ke asrama penuh, Kak nani pula Tahun 5.
* Feb 2015 Si bujang Form 1 Muhammad Rahman Arief , terpilih ke MRSM Parit.
Antara berat hati, sarat rindu , terpaksa jua Ibu relakan jiwa berjauhan. Dia sgt steady , tanpa homesick atau aduan tak puas hati di tempat baru, manakala Ibu yang kerap menghubungi , bersms, sekadar utk bertanya khabar, utk tenang kan hati sendiri ,,utk pastikan segala nya ok di sana. Alhamdulillah, dia Ibu tinggalkan dalam jagaan Allah di sana. Semuga akan ada sahabat2 yg baik yg Allah aturkan utk berdamping dgn dia di sana. Dan semuga dia akan sentiasa tahu tidak kira dlm apa jua keadaan , selain Allah tempat mengadu, dia sentiasa ada kami , jarak bukan lagi pemisah.
Feb juga mencatit kan titik besar dlm keluarga ,,bila si Along di uji dgn kemalangan ,, Kami tetap bersyukur kerana Allah masih mengizinkan Along selamat , walau tempoh utk pulih semula akan mengambil masa yg lama, Sabar lah sayang,,,allah pilih kita utk di uji, DIA nak kita lebih dekat kpd NYA.
Bisnes di Sue Beauty Saloon juga semakin meningkat, pelanggan semakin ramai , Maka nikmat Allah yg mana satu akan kita semua dustakan...?
InsyaAllah ,,, setiap kali di uji tentu ada hadiah , reward dari Allah,, Yakin ,,itu saja.
Salam Kasih Sayang..
Tuesday, March 11, 2014
Tersalah kereta,, Malu nya...
Assalamualaikum,
(gambar sekadar hiasan)
Sekadar berkongsi pengalaman lucu saya, mungkin juga pernah dialami sahabat2 lain.
Minggu lepas anak ke empat kami secara tak sengaja terpatah dua spek mata nya, maka nak tak nak terpaksa la kami berkejar ke kedai spek di Greenwood utk dapatkan ganti. Kebetulan pula esok nya dia perlu ambik bahagian dlm acara merentas desa , program Sekolah Taman Selasih.
Dipendek kan cerita selepas mencuba seberapa banyak bingkai spek yg ada di kaunter tu, bingkai yg terakhir dicuba berjaya dipadankan dgn kanta spek kakak, Alhamdulillah, misi selesai dgn jaya nya.
Disebabkan suami dah berada di dlm kereta bersama si Bongsu dan kakak yg lain, selesai saja urusan saya terus bawa kakak ke kereta, badan pun dah penat sangat, seharian di salon . Saya pimpin kakak (panggilan kami utk anak ke 4 ni) ke kereta yang sedang menunggu tak jauh dari kedai spek tadi. Dan tangan dah hampir menarik pemegang pintu belakang utk pastikan dia naik dahulu ,,tiba tiba terasa lain pulak bentuk kereta tu..
Rupanya salah kereta, warna je sama. Kereta tu Avanza dan kenderaan kami lain.. Cepat cepat saya bawa kakak ke kereta lain yg setia menunggu kami. Tanpa menoleh kpd pemandu kereta tadi saya terus masuk dan bercerita kpd suami, semua yg menunggu ketawa dan diam diam saya menoleh kpd Pak Aji di dlm kereta tadi,, nasib baik belum sempat buka pintu dan duduk di sebelah dia. Pasti marah Mak Aji nya nanti..
Saya tanyakan Kak Nani," kenapa tak bgtau Ibu, tadi tu bkn kereta kita..?"
Katanya "Kakak ingat kan ibu saje je nak kona kut jauh.."
(Bagus nye kakak ni sentiasa bersangka baik kat ibu...)
Mungkin faktor usia, pandangan saya terutama di waktu malam semakin kurang jelas. Dan saya ni jenis yg tak suka ingat no kenderaan suami, pastinya lps ni saya perlu lebih berhati hati..Bimbang juga tersebar berita tak sedap di dengar nanti. Aduhai..
Sebelum ni saya cuma terbaca pengalaman yg sama oleh kwn kwn di FaceBook , kali ni giliran saya...

Tuesday, December 24, 2013
Pasar Karat Ipoh 221213
Bismillah
Hari ahad lepas sempat kami bawa anak anak ke Ipoh,,saja nak bertukar angin dan arah, biasanya bila berkelapangna kami akan ke Kuantan atau Terengganu.

enjoy tengok barang barang antik. macam macam ada
seterika tembaga ni memang ada sentimental value, saya pernah tengok kakak kakak guna dulu.
kak nani dan Irsyad di pintu masuk Memory Lane
cuba perati items yg dijual,,sampai batu giling pun ada.
Kami check in di Kinta Riverside Hotel and Suite..menghadap ke Sungai Kinta,,pemandangan kat depan hotel ni sangat menarik especially waktu petang hingga ke malam. ala ala i-city kat Shah Alam tu..
Alhamdulillah anak anak enjoy dan kami berdua juga dpt rehat rehat minda .
Jika difikir kan, mmg benar, kita ni walau sesibuk mana pun dgn tugas tugas seharian, kita mesti pandai mencuri masa utk bersama mereka, lokasi tak penting . Mungkin kita belum mampu utk ke obersi tiap tiap tahun, tapi sekurang kurang nya biar lah anak anak menyimpan banyak kenangan manis bersama kita , sementara Allah masih memberi sedikit ruang dan peluang, renung renungkan..
Salam kasih sayang
Friday, November 29, 2013
Kembali beraksi
Alhamdulillah..
Hari ni saya dah mula masuk salon semula, mula gunting rambut, inai uban customer.
Terima kasih Along dan Nini yg setia jd pembantu Ibu. Plan asalnya saya cuma menghantar mereka berdua ke salon dan saya balik rehat di rumah semula, tp sebaik menjenguk masuk ke salon, (rasa rindu kian menebal utk berada di situ) sorang demi sorang customer mula masuk .
Walau terasa masih kurang stabil bila berdiri terlalu lama, pelanggan Sue Beauty Saloon tetap saya utamakan.
Alhamdulillah.

Thursday, November 28, 2013
25hb Nov 2013 ~ melihat nikmat sebalik ujian.
Bismillah..
Hajat nak bercerita selalu tertangguh, pd kebanyakan masa, saya akan meletakkan keutamaan utk menulis pd pilihan yg tercorot setelah urusan lain selesai. Dan selalu nya sebaik urusan urusan lain hampir saya siapkan, bateri diri pulak dah semakin slow dan byk idea hilang gitu je.
Alhamdulillah saya baru dpt pulang semula ke rumah kediaman kami, selepas 2 malam berseorangan di KJP Tawakkal, menghuni wad Ambrosia.
Dah lama tak jadi pesakit di wad, last sekali dulu pd 30 Nov 2008 , di Rejang Specialist Hospital, Sibu. melahirkan Sang Penyelamat Bumi kami , Muhammad Raheem Irsyad., dia bakal menyambut besday 2 hari je lg .
Pd usia 43 tahun sekarang, dah mula ada beberapa bhgn pd badan kita yg perlukan review dan rawatan . Saya disarankan utk menjalani prosedur Colonoscopy dan satu pembedahan yg tak pernah terfikir oleh saya sebelum ni iaitu Fistulotomy. Bukan mudah menjadi seorang wanita, proses mengandung yg lama dan kesakitan saat melahirkan ( 3 perempuan dan 2 lelaki) rupanya telah meninggalkan kesan pd badan saya.
Bila menoleh semula ke tahun tahun yg dah dilewati, 1996, 1999, 2002, 2004 dan 2008.Terlalu banyak utk disyukuri sebenarnya, melihat mereka membesar di depan mata , gelak tawa, tangis, bergaduh, minta itu dan ini, cara mereka menarik perhatian kami, adalah detik detik yang amat bermakna bagi seorang ibu.
Saya ingin berkongsi pengalaman saya menempuh saat saat yg mendebarkan sebelum dibedah. memang sejak diberitahu oleh Dr Al Amin pd hari isnin sebelum nya, debaran dah mula terasa tp saya cuba abaikan.Tapi bila dah tiba hari nya saya sgt bersyukur, Allah bekalkan keyakinan dan segalanya saya serahkan pd NYA.
Sebenarnya kita tak perlu takut, bimbang, sedih atau berburuk sangka dgn apa jua dugaan Allah. Itu yg saya selalu ingatkan diri sendiri. Apa apa jua yg Allah beri adalah dlm kapasiti yg badan kita mampu terima, takkan diduga lebih dari apa yg mampu kita tanggung. YESSSS !! Berbaik sangka lah dgn Yang Maha Pencipta. Takkan ada satu apa pun walau sekecil zarah yg hadir di bumi tanpa izin NYA, so kita sebagai hamba NYA hanya perlu yakin. La Haula wala quwwata illa billah.
Alhamdulillah, pembedahan berjalan lancar, keputusan colon-scope juga tidak membimbangkan, cuma saya perlu redha dgn rutin berendam dgn air garam ,utk mempercepatkan baik pulih tempat luka pembedahan yg tak dijahit.Sedikit ketumbuhan yg dibuang dan di `bakar` daging di sekitar nya utk pastikan tak tumbuh lagi .
Tanpa jahitan , saya perlu menunggu tempoh pemulihan paling awal 4 minggu,, insyaAllah tak lama.
Satu perkara yg saya amat syukuri bila melihat anak anak mampu sesuaikan dgn suasana baru , anak pertama dan kedua gantikan saya di salon kami ( walau belum mahir gunting rambut atau facial pelanggan, mereka bersedia utk pelanggan yg dtg membeli produk),,sebelum ke salon , si kakak siapkan dahulu breakfast dan lunch ,, kain di ampaian juga beres. Anak yg ke 4 melayan keperluan si adik bongsu. Saya cuma uruskan diri sendiri dan rutin penjagaan luka . Alhamdulillah...Syukur Ya Allah.
Sesekali di uji, kita akan melihat banyak hikmah yg tersembunyi.
Salam Kasih Sayang.

Subscribe to:
Posts (Atom)