Friday, December 26, 2008

Hijrah 2009,,, Min Saratok ila KL

Salam.. Lama tak berkesempatan update blog. Pejam celik pejam celik dah 27 hari umur Adik Irsyad dan 27 hari juga lah ibu berpantang. Alhamdulillah kali ni senang sikit penjagaan selepas bersalin.Selepas seminggu je tempat jahitan operate dah tak sakit lagi dan kalau nak bersin atau batuk pun tak la sakit lagi. Kalau ikutkan jaminan Doc John Tang, "selepas 3 hari je dah baik"..Boleh gitu..??

PINDAH KE KL.. Mulanya rasa seronok sgt bila hubby bagitau kami akan pindah ke KL hujung bln ni. Maklum la dah hampir 4 tahun kami sekeluarga di Sarawak.. Tapi bila tiba bab nak cari rumah sewa dan memilih which area yg offer reasonable rental rate, dkt sekolah, within abg punya new office area, sikit demi sikit keseronokan nak balik ke semenanjung makin berkurang.. Susah sebenarnya bila kita sendiri tak berpeluang nak buat pilihan psl rumah yg kita sendiri nak duduki nanti. Dari persetujuan abg yg nak survey rumah sama sama selepas kami dah landing kat semenanjung nanti, rupanya dah bertukar cerita.. ibarat kata orang yg sentiasa dekat di hati ini..Chapratasa Si na OOO..

To be continued...Jejaka idaman Malaya tengah nangis nak nenen..

Wednesday, December 10, 2008

Lagi gambar Adik Irsyad

Gambar ni ibu snap masa dia baru nak lena, selepas nenen punya la lama.. Agaknya tengah mimpi... geram pulak tgk dia senyum lama camtu..






Adik tido meniarap..Ibu letak atas meja panjang.. Abah boleh tlg tengok kan sambil ngadap lap top..



Dah balik ke rumah..pipi pun makin chubby..Asal adik tido je mesti ada yg dtg cuit pipi, cium adik.. Bila si adik mula nangis.. semua automatik mula zikir ramai ramai..Laailaa haillallah....

Alhamdulillah.. Sesungguhnya tak terhitung nikmat-nikmat yang Allah telah kurniakan kepada hambaNYA.. Antaranya ialah nikmat menjadi ibu. Pengalaman mengandung, melahirkan, menjaga , menbesarkan, mendidik, dan berhadapan dgn mcm mcm persoalan dari anak anak yg semesti nya menduga kesabaran, seandainya tidak disertai dgn kesabaran tahap maksima... Ibarat kata seseorang yg sgt ibu kenali...'lampu Atroman mesti menyala b`kelip kelip ...
(Hanya yg pernah melalui shj akan faham...) Semuga semua para ibu di luar sana sentiasa ceria dan redha dgn apa jua pakej anak anak yg telah Allah amanahkan kpd kita. Selamat malam...







Anakanda Muhammad Raheem Irsyad bin Mohd Rashid.

Very proud Big Bro. and Si Cantik Manis ibu..Kak Nani.. 3 hari 2 mlm kat spital, diorang plus Along dan Kak Nini really enjoyed all the sweet moments (pd perspektif anak anak la..tp yg sebenarnya pd ibu setiap saat very painful for the whole body)



Selepas di keluarkan dari perut ibu... Sama mcm adik beradik yg lain, masa kecik ..mulut copong..





Dr Rashid yg byk membantu pasukan Doktor Pakar semasa di Bilik Bedah.. baby irsyad diserahkan pada abah sebaik selesai dibersihkan.. Alhamdulillah..





Thursday, December 04, 2008

Alhamduillah...Segala Puji Hanya Utk Mu Ya Allah..

Alhamdulillah...Setelah bercuti sekian lama, hari ni dapat jg peluang duk kejap depan desk top ni..Baby Irsyad duk lena atas riba K.nini..Baru perasan selesa pulak nak menulis sbb keyboard boleh di tarik rapat ke perut..almaklum la sebelum ni kena jarakkan space bila nak menulis.

Aduhai..pengalaman melahirkan melalui pembedahan "separa sedar"..Tak terfikir plk sebelum ni akan melalui benda benda camni..

29hb Nov 2008

Appointment di Rejang Specialist (Sibu). Ultra sound tgk baby breech, punggung dan kaki ke bawah.Ingat kn boleh bersalin normal.Dah ready bwk beg baby dan ibu sekai ari ni.Ikutkan scanner tu, berat baby dlm 4 kg. So Dr advise mmg kena go tru operation..Kami berdua pun bincang dan sbg seorang hubby yg sgt prihatin, abg memilih utk bersetuju dgn Dr John. Katanya duit insyaAllah cukup, yg penting ibu dan baby selamat.. Kami cuma booking bilik utk pakej 3 hari 2 mlm di sini dan dibenarkan balik dulu hari ni..Ikutkan ibu yg dah tak larat ni, elok tido kat hotel je mlm ni sementara nunggu kena mula puasa dari kul 12 mlm ni, tp abg punya idea lg adventurous..kita balik saratok dulu mlm ni..esok pg datang semula..Ibu pujuk pun tak menjadik..so mengalah je la..Maklum la dkt nak bersalin ni, tak berani dah nak bantah kata suami..

30hb Nov 2008

Kesian tgk kan abg siapkan segala mcm bekal awal pg lg, dgn bantuan Along dan K.Nini..Lambat jg kami berangkat dari rumah. Ikutkan pesan Doc, Pukul 9 kena admit, tp dah kul 9.20pg baru sampai dan baru nak register je kat kaunter tgkt 1, terus ibu dibawa ke bilik menunggu utk OT.. Tak sempat nak cakap cakap dgn abg lg..masa tu plk si Aman ke tandas nak 'kemeh'..Abg ke bwh ambil beg. Dan kami terpisah camtu je. Dah tkr baju dan di'shave' ( he he he..) baru la fmly member di panggil masuk b`gilir gilir teman kan ibu jap..

Kul 12 tgh hari.. Detik bersejarah..Ditolak ke bilik OT..Mtk dgn staff tu nak jumpa hubby, diorang pun panggil abg masuk..Rupanya suami dibenarkan ada bersama masa operation. Dah tanya bidan incharge td samada suami boleh teman kan tak, katanya kalau bius penuh suami tak boleh temankan tp kalau bius separuh badan, suami dibenarkan masuk OT sekali.. So bila diorang kata suami akan ada bersama, maknanya operation kali ni dibuat bius separuh je la..(Takut...)

Prosedur bius pun agak mendebarkan..Dlm keadaan membongkok, bhgn tlg blkg dibersihkan dan disuntik ubat bius. Selesai suntikan, abg dipanggil masuk..Doc mula buat checking samada dah rasa kebas smpai tahap mana.. Berdebar sgt masa tu, takut si doc ni gi potong kat perut tu masa ibu masih sedar sepenuhnya..Tp diorang ni lg berpengalaman dan cekap.. Si juru bius kat sebelah pn nmpk relax je..

Masa terasa bhg perut mcm digerak gerakkan,perasan jgk dgr suara baby nangis..sayup sayup je..tanya hubby kat sebelah.." Diorang tgh wat ape?" Abg cuma cakap istighfar byk byk..Rupanya Muhammad Raheem Irsyad dah selamat di keluarkan masa tu..Jap je lps tu, baby dah siap dibersihkan dan dibawa kat abg utk sessi bergambar..Sabor je..Jurubius jd photographer, ambik gmbar kami bertiga. Dan kesakitan semakin terasa lps tu sampai ibu mengerang dan mtk ditambahkan dos ubat pelali.." Make me sleep please..Tak tahan.." Dan lps tu semua nya nampak putih je..Cuma ada dgr slow music.. ( entah la sampai kat mana masa tu sbb bila cerita kat abg..dia kata mana ada org psg muzik kat dlm tu..)

Wednesday, November 19, 2008

BSP lagi.. Oh tidak..

Hari ni pagi pagi lagi dah bersiap gi scan kat spital.. Rasanya dah awal sgt tapi dapat no 10 jgk. So sambil nunggu giliran scanning tu, dah tak de 'bende nak dibuat , sempat lagi tido beberapa round, w/pun tak la lena mana pun sbb baru nak lelap je, dgr misi panggil nama2 pesakit utk masuk ke bilik rawatan..

Dan bila sampai giliran jumpa Dr Dhebb , alhamdulillah segalanya berjalan dgn lancar termasuk la Dr Dhebb sendiri volunteer cari 'bird' si baby..katanya nampak jelas dan kali ni very confident.. Dan sudah headlock, already engaged.. Harap harap jgn pulak dia gi pusing2 lagi lps ni.. Cuma menurut Dr, kalau dah anak ke lima, mmg kes akan dirujuk ke Hospital Besar Sibu. Kecuali mmg dah turun tanda nak bersalin, maka "tak dpt tidak".. boleh la di terima utk bersalin di Saratok ni.. Dan byk kali la si Dhebb remind psl baby ni..BESAR sgt.. Wallahua`lam.. Kecut perut jgk mendengarnya.. Harap harap berkat khasiat Salindah kali ni, semuga Allah permudahkan proses kelahiran nanti.. Jauh di sudut hati, masih ada harapan menggunung semuga kali ni "NO STITCH AT ALL" kt tuuut... Bunyi nya mcm pelik sikit doa ibu kali nih.. Tapi selagi ada ruang utk berdoa, itu lah antara doa yg amat kerap di ulang.. Pelik tp tak mustahil kan...?

Ehh...Pasal tajuk Bsp lagi kat atas tu.. Aduhai.. mula kul 2 ptg tadi, kena ulang lagi gi ke unit A and E (Kemalangan dan kecemasan) spital tiap 2 atau 3 jam.. Sampai la kul 11 pagi esok.. Yg tak sedap nya masa kul 2 ptg tu, bacaan nya 7.3 m/mol.. consider tinggi jg la..Dan kul 5 ptg dah turun sikit ke 5.4 m/mol.. Ni jap lagi kul 7 mlm kena g lagi.. hulur je jari kat petugas situ, kena cucuk sikit dan kumpul sample darah . Harap nye bacaan turun lagi..w/pun ptg tadi makan jg sikit isi sup sayur, dah terliur sesangat.. Rasa macam tersiksa sgt sbb dalam minggu ni mmg selera semakin ok..Maklum la baby pun dah besar..Pandai dia ilham kan kat ibu ni nak makan itu la , ini la.. tp bila kena ulang gi cek blood sugar ni, kena kawal plk setiap apa yg di mkn.. Sepatut nya dah dkt nak bersalin ni, bagi je la peluang kat si ibu mengandung ni nak mkn ape ape pun.. Dah lps bersalin nanti kan kena pantang lagi.. Sabor je..

Monday, November 17, 2008

Cuti sekolah lagi..

Masuk hari ni , rupanya dah 3 hari sekolah cuti..Cuma bezanya kali ni kami tak de merancang cuti cuti malaysia utk kami sekeluarga..Tahun lepas agak meriah bila kami buat road tour dari Saratok ( Sarawak ) ke Sabah by road. Bagi yg pernah buat trip camni, pasti maklum bagaimana mencabarnya bagi ibu dan abah melayan kebosanan anak anak bila tempat yg dituju tak sampai sampai.. Ya la..dari Saratok seawal lps solat subuh, menghala ke Miri-masuk sempadan ke Sg Tujuh-dan bermula la episod ngecop pasport keluar masuk sempadan. Ada pos yg memerlukan beratur dgn kenderaan dan ada jgk yg kenderaan tggu tepi jln je,tp ibu turun cpt cpt gi beratur kat kaunter.. Melepasi Brunei, masuk semula ke Limbang, dan keluar lagi ke sempadan Sabah.. Cuma kami tak pasti anak anak 'alert' ke tidak dgn keadaan peta geografi tmpat tmpat yg dah kami pergi tu.. Rasanya mereka belum bersedia kut.. Bestnya menginap di Nabalu Lodge Inn betul betul di kaki gunung kinabalu.. Alhamdulillah dlm kesejukan tahap maksima di awal pagi, sempat lagi membaca Al Mathsurat di tepi tingkap menghadap ke puncak gunung.. Maha Besar kekuasaanNya..

Sekadar mengimbas kembali keseronokan percutian tahun lps.. Bila kami bawak anak anak keluar jln jln menuruni bukit ke arah pasar borong sayuran di kaki gunung,diorang bertanya tentang cuaca sejuk semasa kami berdua ke Beijing dulu.. Jawapan ibu lebih kpd 'menyejukkan hati' anak anak sebenarnye.. " Sama la camni..bila ibu buka mulut je, keluar asap.." Kesian pulak, insyaAllah dimurahkan rezeki nanti kami akan bwk semua sekali plk bila berpeluang cuti cuti jauh sikit ke luar negara..Amin..

Tahun ni nampaknya masing masing dah faham.. Tak de program bercuti lagi sbb ibu dah tak larat ..Semua dah mula pasang angan angan..membayangkan suasana meriah, seronok, tak sabar nak tunggu saat saat adik baru ada nanti.. agaknya si adik kat dalam perut ni pun dah tak sabar nak keluar.. di tolaknya perut ibu dari serata sudut..atas, bawah, belah kiri, kanan.. Sabar lah sayang.. tiba masanya nanti, insyaAllah ..

Hari rabu 19 hb nanti sekali lagi ibu kena gi scanning...Dr akan decide samada boleh bersalin normal atau operation..Alhamdulillah ibu dah tak kisah lagi, Tak nak pikir benda benda negatif lagi..Setiap dugaan yg Allah beri tentu ada hikmahnya yg tersendiri.. Think positive..And smile always..

Friday, November 07, 2008

Menghitung Hari..

Salam.. Dah beberapa hari tak update apa apa kat sini. Sebenarnya banyak perkara yg berlaku tapi masa tak sesuai utk duduk dan menulis.Dicampur plk dgn kesihatan tak mengizinkan.. Sesekali buka jugak utk baca kalau kalau ada pesanan kat 'Shoutbox'. T kasih ummibalqis..Bila dah berjauhan camni terasa dkt nya ukhwah yg pernah dibina..Insyaallah jarak dan waktu tidak akan membina benteng 'saudara sesama islam' yang selalu kita sebut semasa majlis ilmu di surau seroja dulu.

Sekarang dah masuk minggu ke 35. Agak agak dlm 2 @ 3 minggu lagi anakanda kami yang ke 5 akan lahir.. Samada secara normal atau 'zass' spt yg dicadangkan oleh Pakar O&G di Rejang Specialist. Dari sehari ke sehari saya cuba membina keyakinan dan semangat, persediaan fizikal dan mental utk menempuh hari kelahiran putera yg ke dua nanti.. Segala persediaan yg termampu sudah disediakan insyaallah, termasuk la bertanyakan pengalaman kengkawan kat forum wanitamelayu.com mengenai pengalaman bersalin secara c`zer..Rupanya tak lah seteruk mana pun kalau kena 'zass'.. cuma penjagaan pemakanan selepas bersalin sgt penting supaya luka jahitan tak basah,bernanah atau terbukak..(nauzubillah..)

Dua hari lps dah pergi scan di Spital Besar Saratok, ketiga tiga doktor yg buat scan secara berjemaah tu sepakat bagi komen placenta/uri mmg low lying tp tak menutup jalan cuma si kecik kat dalam tu suka duk melintang.. Jadi 2 minggu lagi kena review scanning, kalau masih melintang makna nya ibu akan melalui pengalaman baru.. kena operate la.. Tp bukan kat spital sini, kena wat kat Spital Besar Sibu.. 2 jam perjalanan by road. Sabor je.. Ni la pengalaman nak bersalin kat tempat orang..jauh dari sedara mara..InsyaAllah segalanya akan berjalan lancar.. Saya sgt yakin Allah akan memberi dugaan hanya pada tahap yg mampu dihadapi oleh hambaNya.. Siapa lah kita utk mempertikaikan setiap ujian dan dugaan Nya..